Kerabu Bersuara ® |
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu
- Anwar yakin PAS kekal di Pakatan Rakyat
- Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia
- Pimpinan Pakatan bincang PRU 13 pertengahan Mei
- Sebaran Segera: Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Kematian Osama Laden
- Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat
- Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua
- Salahudin kesal kenyataan Najib ekoran kematian Osama
- UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan
- Shamsul: PKR tak akan minta maaf, kecoh bukan kerana kami
- Pemuda PAS: ‘Apakah Presiden MCA mahu musuhi umat Islam’
- Guan Eng: DAP rangka pelan ganti BN Sarawak dalam 5 tahun
- Shukurb Harun: Lagu PAS sertai BN datang lagi
- CIJ gesa Utusan nilai kembali pemecatan Hata
- Hata Wahari Pernah Berjanji Untuk Dedahkan Siapa Awang Selamat. Bila Nak Dedah?
- Isu Rebate Cukai Tanah UUM Sintok. Bodohnya NC UUM Bercakap
- Menjawab Pertanyaan Mustapha Mohamed.
- Rakyat Malaysia Bangga Cara Najib Puji Obama Laknat Dan Kutuk Orang Islam
- Muslim Amerika: Kematian Osama ibarat ‘pedang dua mata’
- Najib Setuju Islam Pengganas?
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu Posted: 03 May 2011 03:00 PM PDT Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 6 Mei 2011 (Jumaat) Program 1) 5.00 – 6.30 ptg – Rapatsetia Pimpinan KeADILan Terengganu Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Lokasi: Gem Beach Resort, Batu Rakit Program 2) 7.00 – 8.30 Mlm - Solat Magrib Dan Hajat Rakyat Terengganu Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim (Imam – Ustaz Zainal Abidin Ahmad – Mantan Timb Mufti Negeri Terengganu) - Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Terengganu Lokasi: Surau Kampong Tanjung, Batu Rakit (Tapak Ijtima' PAS 2010) Program 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 Lokasi : Perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Bukit Payung Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Azmin Ali 3. YB Azan Ismail 4. YBhg Abu Bakar Chik 5. YBhg Abd Rahman Yusof Program 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 Lokasi : Tanjung , Bandar Kuala Terengganu (Belakang Astaka) Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Azmin Ali 3. YB Azan Ismail 4. YB Wahid Endut 5. YBhg Fariz Musa |
Anwar yakin PAS kekal di Pakatan Rakyat Posted: 03 May 2011 02:00 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Zulaikha Zulkifli PETALING JAYA, 3 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan PAS dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diharapkan oleh Umno dan BN. Sambil menyifatkan cadangan Umno sebagai usaha terdesak, Anwar (gambar) berkata, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bersama Pakatan Rakyat daripada menyertai BN. "Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno... Umno terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Saya letakkan kepercayaan penuh, usaha dilakukan Umno itu adalah untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP, namun ia tidak akan berlaku," kata beliau pada sidang media di sini. Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN. Beliau mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP. Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka. Bagaimanapun Hadi dan pemimpin-pemimpinan kana menolak pelawaan tersebut. Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Setiap dua minggu kita akan berjumpa untuk merangka strategi besar hadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana ia juga akan membincangkan mengenai persediaan Pakatan Rakyat dan dasar bersama kita. "Selain itu, dalam mesyuarat hari ini kita juga menyentuh soal projek Lynas Corporation, yang mana isu ini telah menjadi isu nasional dan antarabangsa... selain kurang ketelusan dan keputusan berbeza yang dikeluarkan... kita desak kerajaan supaya batalkan projek ini," katanya. Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan Buku Jingga sebagai alternatif untuk rakyat selepas BN gagal melaksanakan sepanjang 53 tahun ia memerintah. "Kita bergantung kepada Buku Jingga, yang akan kita gunakan sebagai alternatif untuk menangani isu rakyat walaupun kita disekat melalui media, namun kita percaya ia boleh disampaikan," katanya. Tambah Anwar, setakat ini respons yang diberikan rakyat berhubung Buku Jingga amat memberangsangkan. "Rakyat terima baik Buku Jingga ini walaupun kerajaan memfitnah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara dan kawasan ceramah di halang polis," katanya. |
Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia Posted: 03 May 2011 08:50 AM PDT |
Pimpinan Pakatan bincang PRU 13 pertengahan Mei Posted: 03 May 2011 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pertengahan bulan Mei ini untuk membincangkan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Demikian dinyatakan Naib Presdien KEADILAN, Tian Chua pada laman Twitter beliau. "Mesyuarat tertutup pimpinan Pakatan Rakyat untuk membincangkan (persediaan) PRU 13 pertengahan Mei ini," kata Tian Chua. Menurutnya lagi, satu konvensyen ekonomi melibatkan negeri-negeri Pakatan juga akan diadakan pada 12-13 Jun 2011 ini. |
Sebaran Segera: Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Kematian Osama Laden Posted: 03 May 2011 06:00 AM PDT Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika? Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M |
Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat Posted: 03 May 2011 05:30 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Mei: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat. Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan. "Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim. Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama. "Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan. "Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim. Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam. |
Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua Posted: 03 May 2011 05:00 AM PDT Analisis Harakahdaily KUALA LUMPUR, 2 Mei: Rakyat kini berhadapan dengan satu permainan teka-teki yang dimainkan oleh dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Baru-baru ini, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menjemput PAS untuk bersama-sama BN kerana parti Islam tersebut tidak mungkin dapat merealisasikan matlamat mereka di dalam Pakatan Rakyat kerana DAP tidak memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama. Secara tidak langsung dan teoritis, jemputan Najib bermaksud bahawa BN secara dasarnya sudah setuju (maklumlah beliau ialah Presiden BN), dan dapat membantu PAS untuk menjayakan dasar Islamnya di dalam sistem negara. Manakala bagi Chua pula, beliau menyatakan bahawa MCA secara dasarnya bersetuju untuk PAS menyertai Barisan Nasional, namun bersyarat – "hanya dan jika hanya" parti Islam tersebut menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Chua. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, ini bermaksud Presiden MCA telah mendedahkan ketidakikhlasan Najib dalam memberikan 'wadah' yang lebih baik untuk PAS untuk melaksanakan perjuangannya kerana beliau amat sedar bahawa MCA (seperti yang didakwa Chua bahawa beliau tahu) akan membantah sekeras-kerasnya dasar Islam yang dibawa PAS tanpa mempedulikan pendirian Umno. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, MCA telah membuktikan bahawa tanggapan semua orang ternyata silap bahawa Umno menentukan segala-galanya dalam BN kerana Chua telah menunjukkan bahawa beliau boleh tidak mengendahkan Umno dalam perkara-perkara yang tidak disukainya. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, maka DAP bukan penghalang terbesar untuk PAS mencapai cita-citanya, sebaliknya ia adalah MCA, tidak kira di mana PAS berada asalkan parti Islam tersebut kekal konsisten dengan perjuangannya. Menjawab balas kepada permainan teka-teki Najib-Chua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS telah memberi penjelasan yang cukup ringkas bagi merungkai permainan politik ini jika ada di antara rakyat yang keliru dengan drama 'good cop, bad cop' (polis baik, polis jahat) yang dilakonkan oleh Najib dan Chua. "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak! "Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat," tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam. Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan. "Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!" kata Dzulkefly. "Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!" Apa yang dikatakan Dzulkefly agak benar kerana Chua, yang mengakui bahawa beliaulah pelakon dalam video seks dengan seorang wanita tiga tahun yang lalu, terkenal dengan sikap biadapnya terhadap Islam yang diberikan lampu hijau oleh Umno secara senyap. Sebagai contoh, Chua pernah menyoal mengapa kedai-kedai di Kelantan tidak beroperasi ketika Hari Raya Haji, memandang rendah serta menghina kaum Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim atas kehendak agama dan juga mengeluarkan kenyataan menyimpang bahawa negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam 'is naturally corrupt' (biasanya mengamalkan rasuah). Watak Chua juga terjejas teruk apabila beliau mencetus kontroversi di Twitter bulan Mac yang lalu setelah menggunakan kata-kata kesat dalam bahasanya ketika membalas pengkritik yang merentasi isteri-isteri mereka, orang tua dan juga saudara kandung. Namun demikian, walaupun sedar dengan kelakuan Chua, Umno dan terutamanya Najib tidak pernah menegur beliau atas tindakannya menghina Islam, dan bagi kebanyakan orang, sebenarnya Najib mengizinkan Chua untuk terus meremehkan Islam sebagaimana yang beliau suka buat di hadapan komuniti bukan Islam, terutamanya kaum Tionghua. Sekiranya ada pemimpin DAP yang melakukan perkara yang sama seperti Chua, sudah pasti ulama-ulama Umno akan melenting dan menyarankan bahawa pemimpin terbabit didakwa di bawah akta hasutan, dan lebih teruk lagi dikurungkan dalam ISA yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam. Dengan kelalaian yang cukup jelas dalam menjaga nama baik Islam, parti dan golongan manusia yang sama ini cukup bebal dalam mengajak PAS untuk menyertai pasukan mereka, yang kononya demi mencapai cita-cita yang tidak boleh dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat. Ia dilakukan dalam keadaan cukup sedar bahawa dalam pasukan tersebut terdapat satu parti anti-Islam, MCA yang menentukan syarat penyertaan dengan menyuruh parti Islam menggugurkan dasar Islam sebelum menyertai BN. Sekarang, siapa lagi yang masih betul-betul keliru dalam permainan teka-teki Najib-Chua ini? |
Salahudin kesal kenyataan Najib ekoran kematian Osama Posted: 03 May 2011 04:30 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seni Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam. "Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam. "Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia," kata Salahudin. Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan kematian Osama dalam satu serangan tentera Amerika di bandar Obbottabat, 100 km ke utara Islamabad. Jenazah beliau kemudiannya disemadikan dengan menenggelamkannya ke dalam laut. Ekoran itu, Najib dalam kenyataannya berkata, kematian Osama akan menyebabkan dunia akan lebih aman, selamat dan adil. Beliau juga berkata, kematian Osama akan memulihkan nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif yang dibawa oleh pengasas Al Qaeda itu. Najib berkata demikian selepas melancarkan rumah terbuka Vaisakhi di Dataran Merdeka semalam. "Bagi saya ini kenyataan yang prejudis dan tidak bertanggungjawab serta mengelirukan dari Perdana Menteri tanpa mengambil kira fakta yang ada," kata Salahudin. Bagi beliau faktor dasar luar Amerika yang terus menerus memerangi umat Islam perlu diambil kira. |
UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan Posted: 03 May 2011 04:00 AM PDT 1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan. 2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat. 3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap. 4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini. 5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point. Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam. Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA. 6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka. 7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual. 8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak. 9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini 10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ? Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Nasrudin bin Hassan Ketua DPP Malaysia |
Shamsul: PKR tak akan minta maaf, kecoh bukan kerana kami Posted: 03 May 2011 03:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 3 Mei — Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan membantah upacara sumpah laknat oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah walaupun berlaku kekecohan di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul pada Jumaat lalu - yang didakwa dilakukan penyokong parti itu. Justeru tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, pihaknya tidak akan meminta maaf berhubung kekecohan itu sambil menyifatkan ia bukannya dicetuskan oleh penyokong beliau. Sebaliknya, kata beliau, kekecohan itu timbul ekoran provokasi penyokong Umno dan Perkasa yang turut berada dalam masjid ketika itu. "Isu minta maaf ini tidak timbul sebab kekacauan yang berlaku itu adalah kerana propaganda yang dilakukan penyokong kerajaan apabila ada penyokong yang kita syaki daripada Umno dan Perkasa cuba menghalang jemaah daripada keluar daripada masjid. "Jadi kekecohan yang berlaku disebabkan provokasi yang dilakukan ini dan ia telah menyebabkan ketengangan berlaku, malah mereka juga menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai. "Yang kita syaki kekecohan itu berlaku disebabkan penyokong Umno dan Perkasa, itu yang berlaku... bukan kita yang sebabkan kekecohan itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider. Jumaat lalu, sebelum Shazryl bersama dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tiba di Masjid Amru al-As, kekecohan tercetus ekoran tindakan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan ketiga-tiga individu itu. Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan. Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri. Ekoran kekecohan di Masjid Amru al-As itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan sejak itu, Tambah Shamsul, beliau menafikan sekeras-kerasnya pihaknya cuba menghalang Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut. "Saya nafikan sekeras-kerasnya kami menghalang Datuk Eskay (Shazryl) lakukan sumpah, isu ini tidak timbul sebab akhirnya Datuk Eskay bersumpah juga, kita tidak halang pun. "Kita perlukan qazaf bukan sumpah, kita tidak halang Datuk Eskay angkat sumpah," katanya sambil menambah pihaknya tidak akan dikenakan sebarang tindakan walaupun laporan polis dibuat terhadap mereka. "Mengenai laporan polis yang dibuat saya rasa tiada tindakan yang akan diambil sebab kita bukan lakukan rusuhan tapi kita hanya nyatakan pendirian kita sahaja," tambah Shamsul. Tegas beliau, pihaknya juga mempersoalkan kehadiran Jawi dalam upacara sumpah laknat itu dan mendakwa jabatan agama itu yang mengatur agar ia berjalan dengan lancar. "Jadi apa yang kita lakukan adalah menuntut Pengarah Jawi (Datuk Che Mat Che Ali) melakukan qazaf bukan membenarkan sumpah dilakukan, bila ia berlaku kita syak Jawi bersekongkol atas majlis angkat sumpah Datuk Eskay ini. "Apa yang kita lakukan adalah menuntut tindakan qazaf dilakukan terhadap Datuk T ini dan ketika di dalam masjid kita ternampak Pengarah Jawi," katanya. Sumpah laknat bagaimanapun berjaya dilafazkan Shazryl kira-kira pukul 4.15 petang dengan ditemani Rahim dan Shuib. Ketiga-tiga mereka memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan yang berlaku selepas solat Jumaat itu. Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini. Bagaimanapun, sebaik sahaja ketiga-tiga individu itu cuba meninggalkan masjid penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mula menimbulkan semula kekecohan yang memaksa polis masuk campur bagi menghalang insiden tidak diingini berlaku. |
Pemuda PAS: ‘Apakah Presiden MCA mahu musuhi umat Islam’ Posted: 03 May 2011 03:00 AM PDT Oleh Latifah Kasmuri KUALA LUMPUR, 3 Mei – Pemuda PAS pusat menyifatkan kenyataan komponen BN-MCA kononnya mahu menutup pintu kepada parti itu jika tidak sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya sebagai satu "pendirian keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan" dengan umat Islam. Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin, yang menimbulkan sentimen perkauman dan keagamaan, tidak wajar wujud kerana umat Islam bukan sahaja majoriti dalam negara, malah Islam adalah agama persekutuan. "Apakah masalahnya jika PAS meletakkan prinsip Islamnya yang bertepatan dengan agama persekutuan ini dan adakah MCA mahu bermusuhan dengan PAS atau bermusuhan dengan umat Islam negara ini?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kelmarin, Dr Chua berkata MCA menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. Bekas menteri kesihatan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau. Sabtu lalu, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN. Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP. Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. "PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong. Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. Firdaus juga berkata kenyataan Soi Lek membenarkan Umno sebagai parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam telah menjelaskan "siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN." "Ternyata kenyataan beliau membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam," kata beliau lagi. Kata beliau lagi, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu. Oleh itu katanya, mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan ia mahu melaksanakan Islam. "Ini menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno. "Mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang," kata beliau sambil menambah, keadaan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. "Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR," katanya. Faridaus berkata Pemuda PAS pusat mahu menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan. "Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini. "Pemuda PAS pusat juga menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah," katanya. Kata bekliau, PAS tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR. "Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat," katanya lagi. |
Guan Eng: DAP rangka pelan ganti BN Sarawak dalam 5 tahun Posted: 03 May 2011 02:45 AM PDT Oleh Debra Chong KUCHING, 3 Mei – Lim Guan Eng berkata pihaknya merancang untuk mengadakan pelan tiga mata bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri Sarawak dalam lima tahun lagi. Setiausaha Agung DAP itu berkata partinya telah menyediakan rancangan untuk mengambil alih kerajaan negeri dengan membentuk Kabinet dan menyediakan portfolio-portfolio yang akan memberi peluang untuk melaksanakan dasar alternatif. Lim juga berkeyakinan parti itu akan menang dengan bantuan rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR dengan merujuk kepada kehilangan 55 peratus undi popular BN pada pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu berbanding pilihan raya negeri pada 2006. "Masa untuk melakukan perubahan sudah tiba. "Masa depan kita telah dicuri, kita tidak boleh biarkan masa depan anak-anak kita juga dicuri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pembangkang yang diketua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Wong Ho Leng telah membentuk 16 individu bagi menggantikan pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud. DAP berkemampuan untuk bertindak demikian setelah memengani 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). PKR pula memenangi tiga kerusi yang memberikan jumlah keseluruhan adalah 15 kerusi Pakatan Rakyat di DUN Sarawak. Lim juga berkata DAP akan bekerja lebih keras untuk meluaskan pengaruh dengan mengambil lebih ramai ahli terutamanya pengundi luar bandar. Tambah beliau, parti yang didominasi masyarakat Cina itu akan memilih Adun Kidurong Chiu Chiu Sing sebagai model kerana berjaya mendapat sokongan pengundi Iban, Bidayuh, Melanau/Melayu dan juga komuniti Cina di negeri itu. Chui berjaya mendapat 64 peratus undi bukan Cina pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu. "Tiada jurang perkauman terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan DAP," kata Lim. Beliau menambah tanggungjawab Pakatan Rakyat sekarang adalah mendesak Datuk Seri Najib Razak akan memenuhi impian penduduk Sarawak yang mahu Taib meletakkan jawatan sebagai ketua menteri. Lim juga mencabar Najib meningkatkan bayaran royalti minyak kepada negeri itu kepada 20 peratus dari kadar yang ada sekarang hanya lima peratus, yang mana ia akan menyaksikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan sebanyak RM6 bilion setahun selain mampu meningkatkan kemudahan awam di Sarawak. "Sekiranya Perdana Menteri gagal untuk memenuhi tiga tuntutan ini, rakyat Sarawak tidak perlu menunggu lima tahun tetapi boleh membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang," katanya. |
Shukurb Harun: Lagu PAS sertai BN datang lagi Posted: 03 May 2011 02:25 AM PDT Abd Shukur Harun Shukurharun@yahoo.com Kini terdengar lagi dongeng lama dari pemimpin Umno, kononnya 'marilah PAS bersatu dengan Umno', kalau tidakpun tinggalkan saja Pakatan Rakyat. Dongeng ini sangat popular, terutama dinyanyikan oleh pemimpin Umno di waktu-waktu tertentu atau di saat menjelang pilihan raya. Dongeng politik murahan ini bermotifkan supaya Pakatan Rakyat berpecah apabila apabila PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat, menjadikan PAS terpencil seorang diri, yang akhirnya, fikir mereka, PAS juga akan berkubur. Umno tahu, dongengnya ini tidak semudah itu disambut oleh PAS, namun ia berusaha terus meneriakkannya. Oleh itu, para pendukung PAS waspadalah dengan pelawaan ini, justru ia hanya seruan politik untuk menunjukkan betapa Umno, kononnya, sangat inginkan perpaduan orang Melayu. Dengan bergabungnya Umno dan PAS, kononnya bersatulah Melayu dan kuatlah politik Melayu. Ini adalah sebuah kepalsuan. Tetapi ramai yang belum lupa dan merasa pelik bagaimana Umno konon hendak menyatukan Melayu tetapi dalam masa yang sama rakyat Kelantan, yang majoriti besarnya Melayu, dinafikan haknya untuk mendapat royalti minyak. Selain itu ada senarai panjang yang telah diketahui umum bagaimana kerajaan pimpinan Umno melakukan pelbagai diskriminasi terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Pakatan Rakyat walaupun kerajaan Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat secara demokrasi dan berusaha berlaku adil kepada semua kaum. Sudah tidak menjadi rahsia lagi bagaimana kerajaan Umno melakukan 'penderaan' terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, di mana sebahagian orang Melayu juga berada dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin Umno tahu bahawa seruannya supaya PAS bergabung dengan Umno tidak akan disambut oleh PAS. Namun seruannya ini diteruskannya juga sebagai suatu propaganda psaikologi untuk menimbulkan persepsi umum kononnya Umno sebuah parti yang sangat ingin kepada perpaduan Melayu. Dengan itu mereka akan dapat undi Melayu. Perkiraan ini sangat mudah dibaca dan difahami bukan saja oleh pemimpin dan pendukung PAS, tetapi juga oleh ramai orang. Sudah tiga kali Muktamar PAS – di Perak, Selangor dan Kelantan – memperteguh ikrar PAS untuk terus menerus bersama dengan Pakatan Rakyat, malah bersama-sama memperkukuhkannya. Bulan depan, PAS sekali lagi bermuktamar - kali ini di Taman Melewar – di mana dijangka muktamar tersebut akan memperbaharui ikrar tersebut. Ikrar ini tentunya mempunyai makna yang sangat besar dan penting. Ia adalah manifestasi kesetiaan PAS bersama rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, di mana janji setia ini menunjukkan kematangan PAS berpolitik, bahkan Islam sendiri mengajarkan umatnya supaya patuh kepada janji, memelihara setiakawan. Perwakilan dalam Muktamar PAS nanti dijangka akan berhujah mempertahankan Pakatan Rakyat dan tidak akan terjebak dengan panggilan perkauman yang sangat merugikan. Pakatan Rakyat adalah harapan masa depan rakyat Malaysia, bukan Barisan Nasional yang bersifat perkauman dan penuh dengan ketidak tentuan. Selama memerintah Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan dua tahun di Perak, Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat, kauh lebih baik dari pemerintahan BN sebelumnya. Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Ia telah memancarkan keadilan kepada semua, sementara pentadbirannya telus, terbuka dan penuh demokratik dengan pengurusan ekonominya dipuji oleh pelbagai pihak. Memang diakui ada terdapat pelbagai kelemahan kecil dalam pemerintahan Pakatan Rakyat selama tiga tahun lebih itu, namun ada tanda yang amat jelas bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha memperbaikinya. Buku Jingga yang melakarkan agenda 100 hari Pakatan Rakyat jika berkuasa sangat mengejutkan pemimpin BN. Ia bukan sebuah angan-angan kosong dan tidak realistik seperti yang dicanangkan oleh golongan tertentu, namun ia sebuah perakuan yang menunjkkan Pakatan Rakyat sangat komited untuk membela rakyat. Oleh itu Muktamar PAS bulan depan sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh rakyat bagaimana peranan yang akan dilakukan PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat. Pada pendapat saya, pendukung PAS tidak akan semudah itu termakan dengan dakwaan pemimpin Umno bahawa kononnya kononnya PAS hanya menjadi alat DAP dalam meneruskan agendanya untuk memerintah Malaysia. Hingga kini tidak ada satu buktipun bahawa DAP telah memnperalatkan PAS. Oleh itu dakwaan pemimpin Umno ini sama sekali tidak berasas. Menjelang PRU Ke-13, sudah tentu Pakatan Rakyat akan menghadapi lagi pelbagai tekanan dan serangan berat dari pelbagai penjuru oleh pihak musuh untik menghancurkan Pakatan Rakyat. Dari itu, baik PAS mahupun PKR dan DAP mestilah bersedia seutuhanya untuk menghadapi cabaran ini. Jalan untuk ke Puterajaya tidak semudah itu, namun kuncinya ialah perpaduan Pakatan Rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh dengan padu dan berstrategi. Kemenangan DAP yang besar dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini – di samping kemenangan beberapa kerusi PKR – adalah isyarat jelas yang ditunjukkan oleh rakyat pelbagai kaum di pulau Borneo itu bahawa mereka mahukan perubahan. Saya percaya, rakyat di Semenanjung juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perubahan, justru PRU Ke-13 ini nanti adalah pintu gerbang rakyat melangkah kepada perubahan. Dari itu, bagi mereka yang berfikiran waras, tidak perlu melayan seruan pihak tertentu supaya PAS atau DAP bergabung dalam Barisan Nasional. Pakatan Rakyat adalah masa depan rakyat Malaysia siapapun pemimpinnya. |
CIJ gesa Utusan nilai kembali pemecatan Hata Posted: 03 May 2011 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah menggesa akhbar Utusan Malaysia menilai kembali keputusannya memecat wartawannya yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Menurutnya, tindakan memecat Hata yang memperjuang kebebasan media itu tidak wajar dan bertentangan dengan amalan demokrasi. "Utusan perlu kaji semula keputusan itu dan berilah peluang kepada Hatta kerana selaku Presiden NUJ, beliau tahu apa itu perjuangan media yang sebenarnya," katanya kepada Keadilan daily.com. Bagaimanapun, CIJ katanya, tidak terkejut dengan cara Utusan mengendalikan kes Hata kerana rekod sebelum ini menunjukkan pejuang media di akhbar milik umno itu seringkali di'lenyapkan'. Ia berikutan Utusan pada 3 September 2009, turut memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dalam syarikat akhbar itu. Mengulas lanjut, Masjaliza berkata, Utusan Malaysia kerap memainkan sentimen perkauman sehinggakan sekutu Barisan Nasional (BN) sendiri pun memboikotnya. Menurutnya, berita perkauman tidak patut dimainkan di Malaysia yang memiliki keunikan kepelbagaian agama dan suku kaum yang juga antara tarikan utama pelancong ke negara ini. MCA pada 23 April lalu menggesa rakyat Malaysia memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' seperti yang disiarkan akhbar yang ditulis Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan. Masjaliza turut menyifatkan pemecatan Hata sesuatu yang malang kerana ia disiarkan sehari sebelum sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang jatuh pada hari ini, 3 Mei 2011. Hata, Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995, semalam dipecat dalam satu surat bertarikh 21 April dan perlu merayu dalam tempoh 14 hari yang tempohnya berakhir pada 5 Mei ini. |
Hata Wahari Pernah Berjanji Untuk Dedahkan Siapa Awang Selamat. Bila Nak Dedah? Posted: 03 May 2011 01:00 AM PDT Artikel lama dari Keadilan Daily Jika saya dipecat, rakyat Malaysia akan tahu siapa Awang Selamat- Hata Wahari http://www.blogger.com/img/blank.gif Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hata Wahari yang dilapor sedang disiasat majikannya, Utusan Melayu Berhad, percaya tindakan terhadapnya didalangi 'tangan-tangan' ghaib yang mahu beliau dikenakan tindakan. Menurut Hata, beliau mungkin dipecat seperti mana nasib yang menimpa bekas Presiden NUJ cawangan Utusan, Amran Ahmad pada 3 September 2009. Namun, kata Hata, apa-apa jua tindakan tidak akan membantutkan azamnya untuk terus bersuara mewakili kepentingan NUJ. "Walau apa pun keterangan yang saya berikan, saya menjangkakan akan dipecat pada siasatan dalaman 6 Januari ini seperti yang pernah berlaku kepada Amran Ahmad. "Mungkin pilihan raya sudah semakin dekat, maka mereka mahu saya berhenti bercakap mendedahkan rahsia-rahsia mereka selama ini," kata Hata ketika dihubungi KeadilanDaily. Berpengalaman bekerja di Kumpulan Utusan selama 15 tahun, Hata memberitahu bahawa beliau banyak menyimpan 'rahsia-rahsia' Utusan. "Seandainya saya dipecat, orang ramai di luar sana mungkin berminat untuk tahu siapa sebenarnya Awang Selamat," kata Hata. Awang Selamat adalah kolumnis di Mingguan Malaysia yang tidak dikenali dan sering mengeluarkan ulasan-ulasan berbaur perkauman dan menggugat keharmonian kaum di Malaysia. Mengulas lebih lanjut, Hata berkata selama ini tidak banyak pihak berani membuat teguran untuk kebaikan syarikat penerbitan dan kebebasan media. Namun, situasi semasa politik negara memerlukan mereka yang memegang tanggungjawab untuk tampil ke hadapan dengan berani. "Sebelum ini NUJ banyak mengambil langkah berhati-hati dalam membuat kenyataan. Namun, sekarang adalah masa yang sesuai untuk NUJ kembali berperanan sebagai watchdog kepada media agar tanggungjawab utama melaporkan kebenaran kepada masyarakat dapat dilaksanakan," kata Hata lagi. Sebuah gerbang berita hari ini melaporkan Hata dipanggil oleh Utusan Melayu Berhad untuk memberi keterangan dalam satu siasatan dalaman berhubung komen-komen beliau selaku Presiden NUJ. Berdasarkan surat daripada bahagian sumber manusia syarikatnya, Hata dikehendaki hadir sesi siasatan tersebut pada 6 Januari ini. |
Isu Rebate Cukai Tanah UUM Sintok. Bodohnya NC UUM Bercakap Posted: 03 May 2011 12:00 AM PDT Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah. Isunya Universiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebate pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Sekali lagi UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu ditolak. Sehubungan itu, UUM menghantar rayuan permohonannya buat kali keenam pada 19 April 2011 setelah lima rayuannya sebelum ini ditolak. Kali ini UUM meminta rebet selama 5 tahun, sebelumnya hanya 2 tahun sahaja. Ini sudah luar dari kebiasaan. UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada 2010. Mungkin Kerajaan Kedah mempunyai alasan yang tersendiri, kerana dengan pemberian rebate ini kerajaan Kedah hilang pendapatan RM1.6 juta setahun. Kerajaan negeri pun mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan perlu juga melunaskan hutang kerajaan negeri yang ditinggal oleh Barisan Nasional hampir RM2.3 bilion. Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya. Cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun Kenapa sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula?. Kemana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja. Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah. http://idrisahmad.wordpress.com/2011/05/03/isu-rebate-cukai-tanah-uum/ |
Menjawab Pertanyaan Mustapha Mohamed. Posted: 02 May 2011 10:52 PM PDT Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Mustapha Mohamed menyelar Kerajaan PAS negeri Kelantan kerana belum melaksanakan projek jambatan merintasi sungai Kelantan dari kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang Tumpat. Angkuhnya orang kaya bercakap setelah 65% jambatan kedua Sultan Yahya Petra siap walaupun jadual asal patut siap pada Disember 2009. Kita berharap jambatan tersebut akan siap sepenuhnya sebelum pilihanraya umum ke 13 supaya tidak memberi kesan politik kepada Mustapha Mohamed khasnya untuk mempertahankan Parlimen Jeli dan jawatan Menteri. Kita bimbang sekiranya jambatan yang bernilai RM159 juta itu tidak siap sepertimana tempoh yang telah diberi ianya akan menjadi isu politik yang mengakibatkan kewibawaan Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan akan dipertikaikan oleh rakyat Kelantan dan akan merebak ke Jeli. Mustapha Mohamed sepatutnya tidak mencabar Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang belum lagi memulakan pembinaan jambatan dari kampung Cina ke Pelakbang yang beliau juga tahu sebab-sebabnya. Yang patut Mustapha Mohamed tekankan ialah projek projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN yang mana peruntukan telah pun dikeluarkan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain daripada projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang belum siap banyak lagi projek politik Kerajaan BN Kelantan dibawah kelolaan Mustapha Mohamed belum siap dan tersasar dari jadual asal. Adalah lebih baik Mustapha Mohamed tumpukan perhatian kepada projek-projek Kerajaan BN yang belum siap daripada 'membebel' terhadap pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan tidak akan tumbang dengan mewar-warkan soal projek yang belum dilaksanakan kerana sesuatu projek yang belum dilaksanakan belum ada wang yang mengalir tapi projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN tentulah sudah ada wang yang dibayar tapi kenapa projek itu tidak siap mengikut jadual. Tentu ada sebab yang tidak menasabah. Mustapha Mohamed perlu menyelesaikan masaalah dalaman projek-projek Kerajaan UMNO/BN terlebih dahulu sebelum bercakap berhubung pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Kerana seluruh rakyat Kelantan sedar dimana sebenarnya tersekat apabila sesuatu projek yang dirancang oleh Kerajaan PAS Kelantan itu terhalang. Mustapha Mohamed mahu Kerajaan PAS Kelantan mendedahkan berapakah luas projek Ladang Rakyat yang telah diluluskan dan siapa kontraktor tapi Mustapha Mohamed tidak pula mendedahkan berapa banyak projek Kerajaan Persekutuan yang belum siap dan siapa 'brokernya'. Begitu juga Mustapha Mohamed sebagai Menteri yang bertanggongjawab meluluskan anugerah AP Kereta tidak pula mendedahkan berapa banyak kertas AP Kereta diluluskan dan berapa ramai pemimpin UMNO Kelantan mendapat nikmat lumayan terutamanya ahli-ahli UMNO Bahagian Jeli yang mana beliau adalah Ketua Bahagian?. http://newkk.blogspot.com/2011/05/menjawab-pertanyaan-mustapha-mohamed.html |
Rakyat Malaysia Bangga Cara Najib Puji Obama Laknat Dan Kutuk Orang Islam Posted: 02 May 2011 10:23 PM PDT Kematian Osama: Islam larang semadi jenazah di laut KAHERAH, 3 Mei — Islam menentang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar. Laporan Reuters menyebut jenazah Osama telah disemadikan di utara Laut Arab mengikut upacara dan tradisi Islam. Osama terbunuh dalam serangan pasukan AS di timur laut Pakistan awal pagi semalam (waktu Malaysia). "Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dipetik AFP sebagaimana disiarkan Utusan Online hari ini. Sheikh Ahmed berkata, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semula jadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati. "Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," jelas beliau. |
Muslim Amerika: Kematian Osama ibarat ‘pedang dua mata’ Posted: 02 May 2011 10:19 PM PDT WASHINGTON, 3 Mei — Masyarakat Islam Amerika Syarikat (AS) menyambut kematian Osama bin Laden awal pagi semalam dengan harapan perkembangan itu akan menghakis stigma melekat di kalangan komuniti itu sejak serangan 11 September satu dekad lalu. "Ini satu perkembangan baik. Setiap orang meraikan," kata Sam Elhaf, 44, yang memperlihatkan perasaan gembira ketika ditemui di bandar Dearborn, Michigan - kawasan yang mempunyai komuniti Islam terbesar di AS. Pun begitu, umat Islam bertambah kecewa apabila kecaman mereka ke atas Osama dan rangkaian Al-Qaeda tidak dipedulikan memandangkan sesetengah warga Amerika mengaitkan Islam dengan mesej jihad keganasan dibawa Osama. "Ini telah memberi kesan buruk terhadap Muslim untuk menjelaskan kepada orang Amerika bahawa Islam tiada kaitan dengan Osama. Kami telah berusaha keras untuk meyakinkan masyarakat bahawa umat Islam bukan satu kumpulan monolit yang menyokong mereka," kata Imam Muhammad Musri dari Pertubuhan Islam Florida Tengah. "Kami juga menjadi mangsa ideologi kebencian Osama. Orang itu menjaja agama kami, jenayah yang dilakukan atas nama agama kami dan telah menyebabkan kerosakan terbesar bagi komuniti Muslim Amerika dan Islam," katanya. Muhammad dan beberapa pemimpin Islam lain mengatakan bahawa kematian Osama semalam di tangan pasukan AS di Pakistan memberi peluang peluang kepada umat Islam Amerika dan rakyat AS yang lain untuk memperbetulkan salah faham dan menghubungkan perbezaan. "Muslim... terus menjadi mangsa dalam (persekitaran) Islamofobia yang semakin menebal, maka tindakan mengeluarkan Osama, yang pastinya di peringkat simbolik, dalam jangka pendek, mengatasi tekanan yang dilalui," kata John Esposito, profesor agama dan hal ehwal antarabangsa di Georgetown University. Terdapat lebih tujuh juta umat Islam di AS dan kebanyakan merasakan secara tidak adil disamakan dengan Muslim Arab, yang didakwa merancang dan melaksanakan serangan berani mati 2001. Pengumuman oleh Presiden AS Barrack Obama tengah malam (waktu Washington dan tengah hari waktu Malaysia) bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan negara itu telah membawa kepada panggilan-panggilan bersifat 'benci' terhadap satu kumpulan hak-hak sivil Muslim. "Sejak kematian (Osama) diumumkan, kami telah menerima sejumlah panggilan ada yang melahirkan rasa benci, kebanyakannya melahirkan rasa gembira bahawa dia (Osama) telah dibunuh, dengan merujuk dia sebagai 'pemimpin anda'," kata Ibrahim Hooper, jurucakap Majlis Mengenai Hubungan Amerika Islam. Sayyid Syeed dari Pertubuhan Islam Amerika Utara, kumpulan Musliam AS terbesar berkata laungan "AS, AS" ketika himpunan di jalan-jalan di luar White House dan di seluruh negara itu adalah sesuatu yang boleh difahami. "Amerika telah memperkatakan tentang dia (Osama), belajar daripada tindakan maut ini," kata Sayyid. Di New York, di tapak menara Pusat Dagangan Dunia yang ranap, ahli farmasi dari Toronto, Jaqani Amin berkata dia "lega." "Kami gembira. setelah melihat berita, kami terus menuju ke Ground Zero untuk memberikan penghormatan. Kami gembira sebagai orang New York City," kata Jaqani, 39. "Ini adalah hari yang baik bagi umat Islam di mana-mana sahaja," kata Mahmood Rahman, pemandu teksi New York City. Majlis Hal Ehwal Awam Muslim berkata protes demokratik yang menggegarkan Timur Tengah sejak beberapa bulan lalu telah menunjukkan mesej keganasan dibawa Osama sebagai muflis. "Kami berharap ini adalah titik tolak dari era gelap dekad lalu, di mana Osama digambarkan sebagai wajah jahat keganasan global," kata Presidennya, Salam Al-Marayati. Majed Moughini, seorang peguam di Dearborn, 40, yang membakar patung Osama di belakang rumahnya pada 11 September lalu berkata, dia bimbang tentang kemungkinan tindakan balas dendam. "Ini adalah pedang dua mata. Saya gembira dia sudah pergi tetapi saya takut akan kesannya... apa yang orang-orangnya akan lakukan dalam respons mereka," katanya. |
Posted: 02 May 2011 08:12 PM PDT Keluar tv dan paper yang najib puji tindakan obama laknat bunuh orang islam. Najib ada bukti ke islam osama yang lakukan semua kekacauan sebelum ini? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan