Kelab Greenboc |
- Baju Pelajar Berlumuran Darah, Telinga Cedera Akibat Serangan Dalam Kelas
- Betulkah 6 Guru Belasah Seorang Murid?
- Tidak Wujud Kumpulan Ulamak Dan Kumpulan Erdogan Dalam PAS
- UDA Bidas Timb Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Tuntut Beliau Mohon Maaf
- TERKINI: Polis Sudah Panggil Pelaku Video Seks Sebenar Untuk Siasatan
- Motivasi: Satu Kesulitan VS Dua Kemudahan
- [Video] BN Kalah Teruk Jika Harga Barang Naik
- [Video] Pindah Pengundi - Agenda Tersembunyi SPR Untuk Menangkan BN
- Ramai Kesal Sikap K/Tangan Hospital Universiti Malaya Biarkan Jenazah Johari Tanpa Diurus
- Presiden Obama Tak Ingat Tahun?
- "Saya Sudah Banyak Kali Menang, Sudah Banyak Kali Kalah" - Mohd Sabu
- Naib Presiden - Pilih Tiga Daripada Enam, Nizar Sah Bertanding
| Baju Pelajar Berlumuran Darah, Telinga Cedera Akibat Serangan Dalam Kelas Posted: 26 May 2011 11:55 PM PDT Kuala Terengganu: "Saya hampir pengsan melihat darah berlumuran pada telinga kiri dan baju sekolah dipakai anak bongsu ketika dia pulang ke rumah," kata Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Bukit Kandis, Bukit Tunggal, di sini berhubung kecederaan telinga anaknya dipercayai dipukul seorang pelajar, petang kelmarin.Fatimah berkata, anaknya, Abdul Rahman Abdul Ghani, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di kawasan itu, pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang bersama abangnya, Mohd Khairul, 25, dalam keadaan berlumuran darah di telinga kiri untuk mengambil kad pengenalan bagi mendapat rawatan. Beliau berkata, Abdul Rahman memaklumkan dia dipukul dan ditendang seorang daripada sekumpulan pelajar yang datang ke kelas sementaranya sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula. "Tendangan itu menyebabkan Abdul Rahman terdorong ke belakang dan ketika hendak terjatuh, bahagian kiri mukanya tersangkut pada bucu cermin tingkap, menyebabkan luka besar pada telinga kirinya," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. Mangsa bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan selepas difahamkan menerima tujuh jahitan di telinga kirinya. Difahamkan polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pagi semalam untuk membantu siasatan. Bapa mangsa, Abdul Ghani Ismail, 64, berkata pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan wajar supaya masalah disiplin di sekolah itu dapat diperbaiki. -BH Ulasan GB Nampaknya, mutakhir ini gejala samseng di sekolah semakin menjadi-jadi. Kenakalan para pelajar sudah di tahap serius dan ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga sekolah tiba-tiba menjadi "neeraka" bagi kaum pelajar yang innocent. Kementerian Pelajar perlu memikirkan langkah-langkah bagi membendung gejala ini. |
| Betulkah 6 Guru Belasah Seorang Murid? Posted: 26 May 2011 09:30 PM PDT Hulu Langat – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.Gambar: LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud. Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah. "Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam. Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu. Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan. Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang. Ulasan GB Kita tidak tahu samada dakwaan pelajar berkenaan betul atau tidak sehingga 6 orang guru membelasahnya. Tidak pula dinyatakan sebab-sebab mengapa guru-guru itu bertindak demikian ke atasnya. Skra untuk mempercayainya, namun kes ini perlu disiasat, dan jika benar berlaku kejadian demikian, tindakan tegas ke atas guru-guru tersebut perlu diambil. Walau apa pun kesalahan yang pelajar tersebut mungkin telah lakukan, tidak sepatutnya guru-guru sehingga enam orang membelasah seorang murid. |
| Tidak Wujud Kumpulan Ulamak Dan Kumpulan Erdogan Dalam PAS Posted: 26 May 2011 08:30 PM PDT Nik Aziz dakwa Umno-BN 'cipta' label ulama, profesional di PASMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu. Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN). Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden. Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu. Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit. Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran. Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini. "Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN. "Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi. Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran. Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama. "Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. "Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. "Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional. "Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan. Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS. "Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam. "Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya. -TMI
|
| UDA Bidas Timb Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Tuntut Beliau Mohon Maaf Posted: 26 May 2011 07:15 PM PDT Musa dituntut mohon maafKakitangan UDA kesal kenyataan, tuduhan berkaitan projek BBCC KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Kakitangan Kumpulan UDA Holdings Bhd (BKKU) semalam menuntut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) memohon maaf kepada kakitangan syarikat itu kerana menggesa kerajaan menutupnya. Selain itu, BKKU yang mewakili 800 kakitangan UDA turut meminta Musa menghentikan segala kenyataan berkaitan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) melalui media sehingga pengumuman rasmi dibuat kerajaan. Yang Dipertua BKKU, Shytul Shahryn Mohamad Shaari, berkata pihaknya kesal dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan Musa terhadap Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd berhubung isu projek pembinaan BBCC di tapak bekas Penjara Pudu itu. "BKKU berpendapat kenyataan beliau (Musa) supaya UDA Holdings Bhd (UDA) ditutup seperti dipaparkan dalam media cetak dan elektronik, Selasa lalu, adalah amat tidak wajar dan mengelirukan rakyat khususnya masyarakat Bumiputera. "BKKU tidak berhasrat campur tangan dalam segala keputusan Lembaga Pengarah UDA dalam pelaksanaan BBCC tetapi memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA untuk membuat keputusan secara kolektif," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Beliau berkata, BKKU percaya Lembaga Pengarah membuat keputusan tepat dan telus dalam memastikan projek BBCC berjaya dilaksanakan bukan saja demi kepentingan lebih 1,400 kakitangan syarikat tetapi masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya. Malah, sejak 40 tahun lalu sehingga kini, UDA tidak pernah lari daripada matlamat memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai fokus utama dalam pelaksanaan projek BBCC. "BBKKU berasakan lebih baik beliau mendapatkan penjelasan sebenar daripada Datuk Nur Jazlan seperti ditawarkan Pengerusi UDA dan kerajaan daripada membuat sebarang kenyataan yang memberikan imej negatif bukan saja kepada UDA tetapi juga kerajaan," katanya. -BH |
| TERKINI: Polis Sudah Panggil Pelaku Video Seks Sebenar Untuk Siasatan Posted: 26 May 2011 05:35 PM PDT Pelaku video seks disiasatKUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu. "Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam. Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula. Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. -kosmo
Ulasan GB Petang semalam, sewaktu memandu pulang dari kerja semalam GB terdengar dari sebuah stesyen radio yang GB buka, menyatakan polis sudah kenalpasti dan telah memanggil pelaku video seks berkenaan. GB berhenti di tepi jalan untuk mencari berita meengenainya di akhbar-akhbar online namun tidak menemuinya. Mengulanginya setelah sampai di rumah. Pun tidak berjaya. Seperti ada usaha untuk menutup berita berkenaan oleh pihak media massa dari tersebar. Hanya di pagi ini bertemu dengan berita berkenaan. Ini bererti bahawa pelaku berkenaan telah diketahui dan telah dipanggil. Jika Anwar tidak dipanggil bererti beliau bukanlah pelaku sepertimana yang disebut-sebut dan diharap-harapkan dan digemabr-gemburkan oleh pihak yang menuduhnya. Dan keseluruhan episod video seks itu sudah tidak lagi ada kena-mengena dengan Anwar. |
| Motivasi: Satu Kesulitan VS Dua Kemudahan Posted: 26 May 2011 02:20 PM PDT Percayalah pada janji Allah. Sekalipun di saat kita diamuk gundah-gulana. Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al-Insyirah: 5-6). Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul. Percayalah... "Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan." 'Abdullah bin Mas'ud RA pernah berkata, "Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..." Yakinlah saudaraku... Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal. Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah. Imam Asy Syafi'i pernah berkata dalam bait syair, Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan, maka ia pasti akan selamat. Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan. Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya. - Deasy Lyna Tsuraya (republika) |
| [Video] BN Kalah Teruk Jika Harga Barang Naik Posted: 26 May 2011 09:00 AM PDT Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRUAngkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini. Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya. Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia. "Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius. "Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Menurut Lee Khai Loon, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang, namun kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya. Dalam pada itu, AMK turut kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat 'candu' kepada rakyat. Justeru katanya, polisi kerajaan itu jelas bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia. "Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP)," ujarnya. Tambahnya lagi, tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat ini telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah. "Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO-BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap. "Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,' katanya. -tvsnews
|
| [Video] Pindah Pengundi - Agenda Tersembunyi SPR Untuk Menangkan BN Posted: 26 May 2011 07:35 AM PDT PAS Bantah 1,120 Ahlinya Dipindah Kawasan UndiSHAH ALAM 26 MEI : Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan pengundi tersebut. Menurut Dr Siti Mariah, tindakan tersebut bukan sahaja menyukarkan pengundi malah ia mempunyai agenda tersembunyi memandangkan pertukaran kawasan mengundi itu turut melibatkan kawasan Parlimen dan DUN. "Mereka telah dipindahkan SPR atas alasan pembetulan sempadan,"katanya. "Tindakan tersebut menyusahkan rakyat kerana ada yang terpaksa mengundi lagi jauh, contohnya seperti di DUN Sungai Panjang sekali gus akan mengakibatkan mereka gagal untuk keluar mengundi. Malah ada juga yang pergi ke Pusat pengundian yang biasa tetapi nama mereka tiada, dan mereka pun balik," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam pagi ini. Jelas Siti Mariah, beliau turut bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi. DUN Sungai Panjang merupakan kubu kuat UMNO dan penyandangnya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang memenangi kerusi dengan majoriti lebih 5,000 pada 2008. Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menegaskan pihaknya mahu SPR bersikap profesional dalam menangani perkara tersebut. "Kita mintak SPR bertindak secara profesional, maklumkan dengan telus dan lebih awal (kepada pengundi)," ujarnya. Semalam, PAS mengemukakan satu memorandum bantahan kepada Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan 1210 ahli PAS yang dipindah kawasan mengundi tanpa disedari atau dimaklumkan oleh mereka di ibu pejabatnya. Rombangan PAS yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Dr. Siti Mariah Mahmud bersama dengan enam jawatankuasa PAS Sabak Bernam tiba pada jam 10 pagi di Pejabat SPR, Putrajaya dan terus ke pejabat Setiausaha SPR untuk berjumpa dengan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengenai bantahan tersebut. Pihak SPR yang diwakili oleh Pengarah Pilihan Raya negeri Selangor Tuan Haji Dzulkifli Ab. Rahman dan juga Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menjelaskan pekara ini tidak akan mungkin berlaku sekiranya mereka tidak membuat pemindahan sendiri. Bagaimana pun, pihak SPR mengambil sampel lima nama dalam senarai tersebut untuk disemak oleh unit sistem SPR Menurut Kamaruddin yang juga merupakan bekas Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, menyatakan kebanyakan bantahan yang diterima adalah tidak berasas dan tidak diselidik terlebih dahulu oleh pihak yang membuat bantahan dan pihaknya akan mendakwa balik sekiranya bantahan yang dibuat adalah tidak berasas. Mengulas lanjut tindakan SPR mengenakan caj RM10.00 pada setiap bantahan yang dibuat serta perlu mengemukakan bukti dan berisiko dikenakan kompaun semula oleh badan itu jika tidak memberikan kerjasama khalid berkata ia merupakan amalan berat sebelah. "Seperti kes di Shah Alam, setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM 10. Malah, kita buat kerja SPR dengan memastikan pilihan raya telus dan bersih tetapi bila kita buat bantahan kita juga dikenakan bayaran RM 10 dan kita kena buktikan orang itu tak layak mengundi di situ," tegasnya. -tvsnews |
| Ramai Kesal Sikap K/Tangan Hospital Universiti Malaya Biarkan Jenazah Johari Tanpa Diurus Posted: 26 May 2011 06:25 AM PDT Jenazah remaja tak diurus sebelum bedah siasat keduaJenazah Johari Abu Bakar, yang akan berusia 17 tahun bulan depan sebelum ditembak mati oleh polis pada 13 Mei lalu dibiarkan tanpa diurus di sebuah van semalam kerana kerana alasan birokrasi. Menurut peguam keluarganya, Latheefa Koya, kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) enggan menempatkan jenazah itu di bilik mayat meskipun Mahkamah Tinggi awal semalam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan. Latheefa berkata mayat remaja itu dibiarkan terdedah selama sekurang-kurangnya dua jam, apabila dia dibawa dari Hospital Serdang di mana ia disimpan sebelum ini pada jam 3 petang. Jenazah itu masih disimpan di van berkenaan sehingga berita ini ditulis pada hari semalam. Pada 6.40 petang, katanya terdapat bau yang kuat sehingga mengganggu pemandu van itu. "Kakitangan itu meminta surat jaminan bahawa pihak hospital tidak akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kerosakan. "Kami disuruh berhubungan dengan satu pegawai kepada pegawai yang lain, (pihak hospital) kini sedang menyediakan kertas kerja tetapi mereka enggan bawa jenazah ke rumah mayat," katanya apabila dihubungi. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan di UMMC dengan kehadiran seorang pemerhati bebas. Polis mendakwa Johari, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dan kemudiannya menjalankan kerja-kerja am ditembak mati apabila beliau melepaskan tembakan ke arah polis. Mereka juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya pada 7 Mei. Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah. Mereka berharap untuk mengkebumikan anak mereka pagi ini.
Ulasan GB Karenah birokrasi dan sikap sambil lewa terhadap mayat seorang Islam yang tidak diurus dengan membiarkan mayat terdedah selama sekurang-kurangnya dua jam sehingga bau yang kuat amat dikesali dan wajar dikecam. Pihak keluarga mangsa menuntut keadilan bagi pihak mangsa yang ditembak mati oleh polis kerana terdapat kesan lebam serta lengannya patah dan mahkamah telahpun membenarkan bedah siasat kedua dilakukan. Justeru apa perlu lagi dilengahkan? |
| Presiden Obama Tak Ingat Tahun? Posted: 26 May 2011 05:30 AM PDT Dalam kunjungan kenegaraan, sudah lazim seorang ketua negara mengisi buku tamu di tempat-tempat yang dikunjunginya. Selain menuliskan nama dan memletakkan tanda tangan, tak jarang juga ketua negara menuliskan kesan singkat mengenai negara yang dikunjunginya.Tak terkecuali Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang melakukan hal demikian ketika menginjakkan kaki di Istana Merdeka, dan Masjid Istiqlal, Jakarta, beberapa waktu lalu. Namun, ada hal aneh dalam kunjungan Obama ke England, Selasa kemarin. Ketika mengunjungi Westminster Abbey, gereja tempat pernikahan Pangeran William dan Kate Middleton, Obama nampaknya lupa kalau tahun sudah berganti menjadi 2011. Di bawah tanda tangannya, ia menuliskan tanggal 24 Mei 2008, tahun dimana dia menang pemilihan presiden di Amerika Serikat."Suatu kehormatan besar untuk mengenang warisan budaya dan pengorbanan kita bersama, 24 May 2008" tulisnya di buku tamu tersebut seperti disiarkan Yahoo News semalam. Dalam kunjungan tersebut, Obama disambut langsung pemimpin Westminster John Hall. "Atas nama pimpinan dan pengurus Westminster, Saya dengan senang hati menyambut anda dan Nyonya Obama di Wesminster Abbey pada hari pertama kunjungan kenegaraan ke Yang Mulia Ratu," demikian kata Hall. |
| "Saya Sudah Banyak Kali Menang, Sudah Banyak Kali Kalah" - Mohd Sabu Posted: 26 May 2011 04:30 AM PDT No 2 PAS: Mat Sabu tetap tanding, tidak kisah tiga penjuruKUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan. Kelmarin, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu. Selain itu, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa juga telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang disandang sejak dua penggal lalu. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mohamad yang berada di Miri, Sarawak berkata beliau tidak kisah akan pendirian terbaru Tuan Ibrahim dan akan tetap turun ke gelanggang. "Saya tidak kisah... saya tiada apa-apa pun, tak kisahlah kalau tiga penjuru, empat penjuru atau lima penjuru. "Ia hanya pertandingan, kita dalam PAS tidak macam parti lain... menang atau kalah kita tetap bersatu," katanya. Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, sebarang pertandingan bagi mana-mana jawatan tidak akan menjejaskan perpaduan dalam parti Islam itu. "Saya sudah banyak kali menang dan banyak kali kalah, pertandingan ini tiada apa-apa pun. "Kita cuma mahu membantu menguatkan parti itu sahaja, siapa menang siapa kalah itu tiada apa-apa," katanya. Bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun enggan mengulas langkah Tuan Ibrahim yang berubah fikiran. "Itu saya tidak tahu, saya tidak mahu komen pasal itu... kalau nak tahu mengapa perlu tanya sendiri kepada beliau (Tuan Ibrahim). "Bagi saya tiada apa-apa, berapa banyak penjuru pun tiada masalah," katanya. Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub. Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu. Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini. Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding esok. -TMI
|
| Naib Presiden - Pilih Tiga Daripada Enam, Nizar Sah Bertanding Posted: 26 May 2011 02:45 AM PDT Pertandingan 6 penjuru Naib Presiden – Salahuddin, Nizar sah bertandingPETALING JAYA: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak penggal lalu dalam muktamar pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas usat 2011-2013. Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian mengesahkan dirinya sudah pun menyerahkan borang maklum balas pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang tadi. "Saya hanya menghantar satu borang jawapan sahaja," katanya ketika dihubungi FMT sekaligus mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat. Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira sokongan ahli PAS daripada beberapa kawasan dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk akar umbi. Beliau sebelum ini tersenarai sebagai calon yang layak bertanding Timbalan Presiden namun mengambil keputusan pada 19 Mei lalu enggan bertanding kerana menganggap diri masih belum layak menggalas tanggungjawab nombor dua dalam parti itu. Turut mengesahkan bertanding merebut jawatan Naib Presiden adalah AJK Pas Pusat yang juga bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Talk show Nizar Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khasnya Amran Harun sebentar tadi sebelum Nizar memulakan satu rakaman 'talk show' berkaitan Pakatan Rakyat Perak dan persiapan pilihan raya umum ke 13 serta perbincangan mengenai isu Perak versi bahasa Inggeris di pejabat Harakah. Pengesahan kedua-dua pemimpin itu sekaligus menjadikan setakat ini enam orang daripada 14 calon yang layak mengesahkan untuk bertanding. Calon lain ialah penyandang Datuk Mahfuz Omar, Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad. Mengulas mengenainya, Salahuddin berkata beliau tidak berasa tergugat malah mengalu-alukan persaingan sihat daripada ramai calon berwibawa yang bersedia menerajui kepimpinan baru PAS. Hatta tarik diri, bertanding AJK Sementara itu, Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli ketika dihubungi FMT mengesahkan enggan bertanding merebut jawatan Naib Presiden tetapi hanya mahu mempertahankan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat. Katanya, keputusannya itu tidak bermakna perjuangan dan ideanya untuk mengetengahkan sesuatu isu tidak didengari pemimpin akar umbi memandangkan sesuatu keputusan dalam parti dibuat secara musyawarah. "Jawatan tak penting. Suara saya masih didengari mengikut keputusan Majlis Syura walaupun bukan berjawatan Naib Presiden, cuma duduk dikerusi belakang saja," katanya berseloroh. Petang ini merupakan tarikh akhir bagi calon yang disahkan layak bertanding mengemukakan jawapan balas kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS yang juga Pengarah Pilihanraya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang media bagi mengumumkan senarai akhir calon di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur esok. Muktamar PAS Nasional akan diadakan bermula dari 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar, Gombak. Bagi Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 1 dan 2 Jun masing-masing di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan di Dewan SUK, Shah Alam. -FMT
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














1 ulasan:
[color=#000099][b]good site www.blogger.com. Offtopic: I was ashamed to confess, but than I managed and he understood[/b][/color]
[url=http://levitra20mgprix.com/]acheter levitra[/url]
Catat Ulasan