Khamis, 19 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Juga Akan Menerima Nasib Dibatalkan Jika Tidak Telus Dalam Pemilihan

Posted: 19 May 2011 12:00 AM PDT

Nasib yang menimpa PKR yang berhadapan risiko pembatalan pendaftarannya oleh RoS mungkin bakal menimpa PAS juga jika PAS mengambil sikap yang serupa dengan PKR.

Pemilihan pimpinan PAS Pusat kali ini dilakukan dengan cara yang AMAT GANJIL yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dimana jumlah pencalonan untuk calon-calon yang bertanding tidak didedahkan dengan alasan KONONNYA untuk Jawatakankuasa Pemilihan "tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)"

Ramai pemerhati politik berpendapat alasan sedemikian adalah satu bentuk alasan yang tidak dapat diterima oleh mana-mana organisasi yang yang sepatutnya TELUS di dalam hal-hal pemilihan pimpinan.

GB sebelum ini telah mempersoalkan ketidak-telusan tersebut di dalam tulisan GB yang lalu.

Petikan:

1) Daripada 176 kawasan cuma 146 pencalonan kawasan yang diterima (152 yang hantar, 6 pula ditolak). Ini bererti 30 kawasan (17%) tidak mencalonkan sesiapa. Tidak ada butiran terperinci dan lengkap mengenainya, iaitu pencalonan kawasan mana yang tidak menghantar dan ditolak, kenapa ditolak dan tidak memberi peluang untuk kawasan-kawasan terbabit membantah. Ia seperti cuba untuk mengenepikan beberapa calon tertentu.

2) Tidak diberikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon. Alasan Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman seperti disiar malaysiakini, "Kita tidak umum... Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)."

Alasan itu lemah kerana hal tersebut tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diberitahu sebelum pemilihan kawasan berlansung. Malah apabila tidak diumumkan jumlah pencalonan ia akan melahirkan persepsi negatif di kalangan ahli. Pertama, membuktikan jawatankuasa pemilihan tidak telus, kedua, ada seperti hendak berkonspirasi untuk mengenepikan calon tertentu dan ketiga tidak menghormati demokrasi di dalam parti dengan melihat kepada jumlah kawasan yang mencalonkan seseorang calon. Keempat, Ia menyukarkan calon-calon untuk menerima atau menolak pencalonan kerana tidak diberitahu setakat mana kekuatan melalui jumlah pencalonan yang mereka terima dari seluruh negara.

3) Sudah ada Jawatankuasa Pemilihan, mengapa Setiausaha Agong, Mustafa Ali masih berperanan? Sedangkan di dalam pemilihan yang lalu, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Agong tidak campurtangan. Masih lagikah beliau mahu cuba menghulurkan tangannya dan mengawal pemilihan seperti yang berlaku di masa lalu?

4) Daripada senarai yang dikeluarkan oleh harakahdaily di atas, nama Mohd Sabu yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden diletakkan paling akhir. Sedangkan saya yakin dan percaya beliau merupakan yang paling tinggi menerima pencalonan. Ia seolah-olah cuba untuk mencicirkan nama Mohd Sabu.

5) Begitu juga untuk calon Naib Presiden, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Saya yakin beliau bukan orang yang paling sedikit menerima pencalonan Naib Presiden.

6) *Bagi poin ke 4 dan 5 juga, jika alasan bawa aturan nama itu bukan mengikut sebab-sebab tertentu mengapa ia harus demikian? Bukankah itu menggambarkan wujud seperti cuba untuk mempengaruhi perwakilan nama mereka yang disenaraikan lebih dahulu? Mengapa tidak dilakukan seperti calon-calon AJK iaitu dengan mengikut turutan abjad?

7) Saya juga mendapat maklumat bahawa Harakahdaily/Harakah terlibat menonjolkan beberapa pemimpin tertentu di dalam parti untuk merebut jawatan-jawatan tertentu dengan fokus berlebihan diberikan kepada beberapa orang tertentu sahaja berkali-kali. Ini WAJAR dihentikan sebelum kami para blogger membongkarnya habis-habisan.

8) Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.


Untuk poin nombor 4 & 5, Ketua Pengarang Harakahdaily, Sdra Zulkifli Sulong di dalam ruangan komentar telah memberikan jawapannya begini (petikan):


Saya menyemak dengan wartawan bertugas Saudari Hazayani apa yang berlaku dan kenapa nama Mohd Sabu dihujung sekali.

Hazayani berkata, dia menyusun nama untuk timbalan presiden berdasarkan pertama penyandang iaitu Nasharudin, kedua MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, kemudian naib-naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim dan Salahudin dan kemudian AJK Pusat iaitu Datuk Husam dan Mohd Sabu. Ia dibuat dalam ayat berita bukan mengikut senarai yang diberikan JK Pemilih.

Susunan nama Naib Presiden pula, Hazayani hanya menyenaraikan sahaja apa yang diberikan JK Pemilihan ikut abjad bukannya dalam bentuk ayat berita.


Jawapan itu seperti satu alasan yang dicipta dan telah dipersoalkan oleh seorang pengunjung Kelab GB.

Begitu juga mengenai penyusunan nama-nama mengikut format yg berbeza. Untuk Timbalan presiden ikut ranking, untuk Naib presiden dan AJK ikut abjad. Sekadar mencipta alasan.


Menyusun dengan meletakkan nama Mohd Sabu di hujung untuk jawatan Timbalan presiden dan Ir Mohd Nizar Jamaluddin juga di hujung untuk jawatan Naib Presiden merupakan kesan daripada penyusunan nama mengikut format yang berbeza itu. Kebetulan?

Mengenai kes nama Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefli Ahmad yang tercicir dari senarai calon yang layak bertanding pula, Harakahdaily mengeluarkan kenyataan berikut:


Alasan yang diberikan dipersoalkan.

"apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan."

# Mengapa tidak dilakukan penyemakan dengan kawasan-kawasan yang menghantar nama berkenaan?
# Mengapa hal tersebut dipandang remeh?
# Mengapa tidak ada pernyataan maaf secara terbuka akibat kesalahan berkenaan?
# Mengapa tidak ada profesionalism di dalam mengurus hal-hal yang amat penting di dalam bab pemilihan parti?


Harakahdaily pada versi awal artikelnya meyenaraikan 82 orang calon layak bertanding untuk AJK PAS Pusat, menyalin senarai itu daripada J/K Pemilihan yang diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Kemudian, apabila disedari nama Dr Zulkefli tidak tersenarai, harakahdaily memasukkan nama itu TANPA pemberitahuan dan TANPA sebarang makluman bahawa artikel itu telah diubah. Pun tiada pernyataan MAAF dikeluarkan.

Sungguh dasyat kerja-kerja yang tidak beretika tersebut.

Mengenai poin no. 3 pula iaitu mengenai penglibatan Setiausaha Agong, Mustapha Ali di dalam pemilihan, mengapa beliau masih perlu untuk melibatkan diri? Malah banyak desas-desus menyatakan ada berlaku penipuan di dalam pemilihan yang lalu yang mana ketika itu beliau adalah Pengerusi J/K Pemilihan. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita berharap desas-desus tidak benar, tetapi jika benar, Allah itu Maha Berkuasa untuk memberikan balasanNya.

Sekarang ini seperti grand design beliau untuk mengatur pucuk pimpinan parti dengan tidak mengumumkan pencalonan yang diterima oleh semua calon-calon yang bertanding. Malah ada pemerhati politik berpendapat kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkemungkinan melakukan "U-Turn" untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden (walaupun sebelum ini telah menolaknya) adalah sebahagian daripada grand design itu bagi memastikan kekalahan Mohd Sabu yang dipercayai memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.

Jika Mustapha Ali berani menafikan akan wujudnya grand design itu, kita cabar beliau untuk melaksanakan permintaan seorang daripada pengunjung Kelab GB.. petikan:

Aku bukan sokong Mat Sabu tapi aku sokong cara pendekatan Mat Sabu dan ketelusan Mat Sabu dalam memperjuangkan cara politik Pas sejak dulu.

Hangpa boleh tolak Mat Sabu sekiranya beliau ada melakukan sebarang kesalahan dalam Pas.

OK, aku cabar Jawatankuasa Pemilihan berikan kebenaran wakil Mat Sabu untuk memerhatikan undi semasa undi dikira.


GB bertanggungjawab terhadap semua kritikan di atas. Sepertimana poin no 8, GB mengulanginya: Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.

Demi kebenaran dan keadilan, GB bersedia untuk berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin parti malah Presiden dan Setiausaha Agong sendiri, terhadap semua pendedahan yang GB kemukakan di atas. Alangkan Allah, Tuhan seru sekalian alam kita temui sekurang-kurangnya 5 kali sehari, inikan pula manusia biasa, untuk kita tegakkan kebenaran dan keadilan, apakah ada yang memikirkan GB takut?





"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi 13-15)

Demi kebenaran dan keadilan, kita mesti mencontohi sikap pemuda Kahfi di atas. Jika ada yang nak maki GB silakan. Jika ada yang nak cadangkan GB dipecat dari parti, silakan. GB yakin Allah akan menyelamatkan GB dari semua tindakan tersebut itu kerana GB mempertahankan kebenaran dan keadilan. Tindakan itu akan berbalik kepada diri tuan-tuan semula.

Misi Penyelamat Dah Tak Selamat, Kekurangan Makanan & Air Di Atas Kapal

Posted: 18 May 2011 10:30 PM PDT

Rachel Corrie kekurangan makanan, air

BEKALAN makanan dan air bersih semakin terhad di atas kapal kargo The Spirit of Rachel Corrie yang kini telah tiga hari terkandas di Pelabuhan Al Arish, sejak Isnin lalu.

Bekalan air bersih bagi kegunaan harian seperti mandi, memasak dan tujuan lain atas kapal kargo itu tinggal empat tan dan dijangka bertahan selama dua hingga tiga hari saja lagi.

Bagaimanapun, semua 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia yang berlabuh kira-kira satu batu nautika dari pelabuhan berada dalam keadaan sihat dan selamat walaupun sedikit tertekan.

Wartawan New Straits Times (NST), Iskandar Bendahara ketika dihubungi, berkata mereka kehabisan bekalan makanan segar dan kini bergantung kepada bekalan makanan sejuk beku yang dibawa dari Pelabuhan Piraeus, Greeek.

"Makanan mungkin bertahan dua hingga tiga hari lagi. Sama dengan air, kami mandi tapi jarang-jarang (untuk jimat air)," katanya yang turut dimaklumkan mengenai usaha wakil Kedutaan Malaysia di Mesir yang kini bertungkus-lumus untuk membolehkan kapal kargo itu berlabuh dan menurunkan penumpang serta memunggah keluar barangan.

Pasukan evakuasi Kedutaan Malaysia di Mesir diketuai Menteri Penasihat kedutaan, Saharuddin Hassan, sedang berusaha untuk menghantar bekalan makanan kepada kapal itu, namun masalah birokrasi di pelabuhan menyulitkan keadaan.

Derek Graham, aktivis keamanan dari Ireland yang berada atas kapal itu juga cuba memanggil nelayan berdekatan untuk membeli makanan segar sejak kelmarin, namun gagal kerana masalah komunikasi dan kedudukan kapal kargo yang jauh.

Isnin lalu, kapal kargo misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin, iaitu paip UPVC sepanjang 7.5 km, dipintas dan ditembak dua bot peronda Israel yang memaksa mereka berundur ke perairan Mesir selepas berjaya memasuki zon selamat Palestin di perairan Semenanjung Gaza di sini.

Kapal misi kemanusiaan itu berlepas dari Pelabuhan Piraeus, Greek, Rabu lalu bertujuan memecahkan kepungan laut rejim Tel Aviv ke atas wilayah Gaza sejak 2007.

Sehingga berita ini ditulis, kapal kargo yang turut membawa dua aktivis keamanan Ireland, dua krew warga India dan seorang wartawan Kanada, masih belum menerima kebenaran untuk berlabuh kerana masalah dokumentasi.

Sementara itu, cadangan untuk berlabuh bagi menurunkan penumpang dan memunggah barang keluar serta menghantarnya ke Gaza melalui sempadan Rafah tidak dapat dilaksanakan selagi belum mendapat kelulusan Kementerian Luar Mesir di Kaherah.

Saharuddin berkata, pihak kedutaan telah menghantar nota rasmi ke kementerian berkenaan bagi mempercepatkan kelulusan kapal itu berlabuh dan menjalankan urusan berkaitan.

Katanya, Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti juga menghubungi Penolong Timbalan Menteri Kementerian Luar Mesir bagi Hal Ehwal ASEAN dan Asia Tenggara, Salwa Mauhid dan Penolong Timbalan Menteri Kementerian Luar Mesir (Hal Ehwal Asia), Dr Mohamad Hegazi untuk mempercepatkan proses kelulusan.


Pendaftaran PKR Mungkin Dibatalkan RoS

Posted: 18 May 2011 08:40 PM PDT

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari

Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.-TMI

Waspada: Logo HALAL Palsu

Posted: 18 May 2011 07:00 PM PDT

Ipoh: Bimbang perniagaan merudum akibat isu ketiadaan logo halal yang hangat diperkatakan semula menyebabkan segelintir pemilik restoran kopitiam panik membeli logo halal 'swasta' bagi memperdaya pelanggan Islam.

Logo halal tidak diiktiraf itu ditampal pada pintu di kaunter bayaran premis bagi meyakinkan pelanggan yang semakin berhati-hati selepas menyedari masih terdapat kopitiam tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, berdasarkan pemantauan terdapat kira-kira enam logo halal palsu yang menyerupai logo halal Jakim berada di pasaran.

Menurutnya, kebanyakan pengguna mungkin tidak menyedari penipuan terbabit berikutan pihak yang menjual atau mengeluarkan logo halal palsu itu cuba meniru atau menghasilkan logo mirip logo halal Jakim.

"Kebanyakan logo tidak diiktiraf ini berbentuk bulat menyerupai logo Jakim dengan tulisan jawi 'halal' di tengahnya.

"Sekali pandang ramai yang tidak dapat membezakannya dengan logo halal Jakim, namun perkataan yang tertera pada tepi bulatan logo mempamerkan nama pelbagai syarikat yang tidak diiktiraf Jakim," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang sangsi berhubung restoran kopitiam yang dikunjungi boleh menyemak nama syarikat terbabit di direktori Halal Malaysia yang dikendalikan Jakim.

"Setakat ini, hanya beberapa syarikat restoran Kopitiam disahkan memiliki sijil halal Jakim antaranya Pak Hailam Kopitiam Sdn Bhd, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Jonker Walk Kopitiam dan Old Town Kopitiam Sdn Bhd di Plaza Shah Alam, Selangor,' katanya.

Isu berhubung kopitiam ini mula diperkatakan semula selepas pihak Jakim mendapati wujud sebuah rangkaian restoran kopitiam terkenal mendapat bekalan bahan mentah tidak halal dari sebuah syarikat pengedar dari Pulau Pinang hujung April lalu.

Susulan itu, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengambil keputusan menarik semula sijil pengesahan halal Malaysia bagi syarikat pengedar makanan itu selepas laporan kimia mendapati terdapat Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat itu yang turut diedarkan ke kopitiam.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, Mohd Hilmi Mohd Noor yang ditemui semalam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu melalui kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Katanya, KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati menggunakan logo halal palsu atau tamat tempoh.

Menurutnya, penguatkuasaan berhubung perbahasan 'halal' dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972/Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975/Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. "Akta ini memberi perlindungan kepada peniaga dan pengguna daripada amalan perdagangan yang tidak sihat seperti penggunaan perihal dagangan palsu atau mengelirukan berhubung dengan harga dan barang-barang serta pernyataan palsu yang mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan.

"Penggunaan perbahasaan 'halal', 'Ditanggung Halal', 'Makanan Islam' atau sebagainya termasuk dalam bentuk logo oleh premis perniagaan tidak diwajibkan di bawah undang-undang sedia ada," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. -hm

Pemanasan Global Meningkatkan Air Laut, 7 Bandar Bakal Tenggelam

Posted: 18 May 2011 05:50 PM PDT

Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.

Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.

Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk 'Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies' yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

Menurut kajian itu, peningkatan paras air laut mengakibatkan masalah banjir dan hakisan, di mana kenaikan satu sentimeter boleh menghakis pantai kira-kira satu meter secara mendatar.

Kajian itu turut memetik sumber Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2008 yang menyatakan 40 meter tanah di sebanyak 33 lokasi sepanjang pantai Malaysia hilang setiap tahun, yang berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk peningkatan air laut serta hakisan.

Khali Aziz ketika diminta mengulas mengenainya, berkata isu berkenaan harus diberi tumpuan serius semua agensi berkaitan bagi memastikan persediaan sewajarnya dari peringkat awal.

Hasil pelbagai kajian itu selari dengan penemuan pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bahawa beberapa bandar di kawasan rendah di negara ini, terutama berhampiran pantai, mungkin ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut meningkat, akibat pemanasan global.

Akhbar ini semalam melaporkan jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada 2020 ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Penemuan pakar UTHM itu adalah berdasarkan hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004 sehingga awal tahun ini yang menunjukkan paras air laut negara meningkat secara purata 10 sm setiap tahun.

Laporan Iklim Dunia, iaitu blog mengenai perubahan iklim mendedahkan pada 2007 purata peningkatan air laut global berlaku pada kadar 1.8 milimeter (mm) setahun antara 1961 hingga 2003. Bagaimanapun, kadar peningkatan itu bertambah pantas kepada 3.1 mm sepanjang 1993 hingga 2003.

Bagaimanapun, Khali berkata, kajian lanjut yang lebih terperinci penting dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan kemungkinan berlaku ancaman berkenaan dengan mengambil kira pelbagai faktor secara kolektif.

Beliau berkata, persediaan awal amat penting bagi menangani kemungkinan itu berlaku kerana sebarang tindakan perlu mengambil kira langkah jangka panjang dan tidak boleh dilakukan pada saat akhir.

Antara cadangan beliau ialah memastikan pemuliharaan hutan bakau yang mampu menghalang hakisan tanah di pantai serta mengawal pembangunan di kawasan tepi pantai.

Sementara itu, perunding alam sekitar, Brent Hoare yang juga Pengarah Eksekutif Green Cooling Association yang berpangkalan di Australia, mengakui fenomena peningkatan paras air laut kini menjadi kebimbangan global, termasuk dakwaan ia bakal menenggelamkan kawasan di negara tertentu.

"Kejadian alam boleh berlaku di luar jangkaan. Justeru, amat penting membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana hasil daripada tindakan yang diambil hanya boleh diketahui dalam jangka masa panjang. Ini tanggungjawab kita demi generasi akan datang," katanya. -BH


Johor mahu benteng laut

Usaha bentuk dataran secara semula jadi, elak hakisan: MB

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mencadangkan pembinaan benteng khas di sepanjang pantai barat Semenanjung termasuk negeri ini, bagi membantu pesisiran pantai membentuk dataran secara semula jadi selain mengelak hakisan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, mengakui kerajaan negeri sudah mengesan fenomena paras air laut yang meningkat di pesisiran pantai negeri ini khususnya di pantai Batu Pahat.

Katanya, beberapa kawasan kebun juga ditenggelami air atau hilang disebabkan kenaikan paras air laut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan pesisiran pantai Batu Pahat antara kawasan terendah di Johor.

"Sepanjang pantai barat termasuk di Johor memerlukan pembinaan benteng supaya aliran air dapat dihalang dan pada masa sama segala tanah, lumpur serta pasir dapat diperangkap dan membentuk pemendapan di pesisiran pantai," katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam, yang mendedahkan beberapa bandar negara ini di kawasan rendah terutama berhampiran pantai, bakal ditenggelami air laut menjelang 2020, berikutan fenomena paras air semakin meningkat ekoran kepanasan global.

Antara kawasan berisiko ditenggelami air laut itu termasuk Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang dan Pekan, jika fenomena itu konsisten, di samping tiada langkah pencegahan dirangka dari awal.

Risiko bandar ditelan laut itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Abdul Ghani berkata, proses pemendapan yang berterusan dan dalam tempoh lama, akan membantu pesisiran pantai berkenaan membentuk daratan secara semula jadi untuk mengelak hakisan malah membolehkan negara mendapatkan semula tanah.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, berkata pihaknya sedia menyerahkan laporan kajian paras air laut jika diminta kerajaan negeri terbabit.

"Kami pernah membuat kajian hakisan di Senggarang dan laporannya sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut pada tahun lalu," katanya.


Ulasan GB

Kita masih ingat dengan peristiwa tahun 2006 & 2007 dimana seluruh negeri Johor tiba-tiba dilanda banjir paling buruk dalam sejarah.

Ketika itu, banjir besar yang melanda menyebabkan banyak laluan terputus, sama ada jalan-jalan ini dinaiki air, jambatan runtuh atau pun berlaku tanah runtuh di sepanjang laluan ini, antaranya laluan Johor Bahru – Kota Tinggi, Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi-Kulai, Felda Sungai Sayong-Kota Tinggi dan Bandar Tenggara-Kota Tinggi, ini menyebabkan laluan darat untuk keluar-masuk ke Bandar Kota Tinggi terputus sama sekali.

Selain Batu Pahat dan Kota Tinggi, Skudai dan Pontian juga turut dilanda banjir besar ketika itu, banyak rumah penduduk ditenggelami air sehingga ke bumbung dan sekali lagi mereka terpaksa berkampung di pusat-pusat pemindahan.

Kajian dan ramalan mengenainya telah dilakukan tetapi pengabaian terhadapnya mengakibatkan bencana yang tak terperi dasyatnya.

Semuga ia menjadi pengajaran.

Menjadi Muslim Adalah Hal Terindah Dalam Perjalanan Hidup Saya

Posted: 18 May 2011 09:20 AM PDT

Ia meminta dipanggil Jill saja. Menganut Islam beberapa tahun lalu, dia kini mantap menjadi seorang Muslimah. "Insya Allah, Islam akan saya bawa sampai maut menjemput," ujarnya. Berikut kisahnya tentang pilihannya pada Islam:

"Ketika remaja, saya bekerja secara sambilan di sebuah restoran milik orang Palestin. Ya, pemilik itu seorang Muslim. Ini kali pertama saya, remaja kulit putih kelahiran Amerika, bertemu dengan Muslim. Dia soleh. Dia memperlakukan karyawan dengan "hati". Dia menyambut siapa saja dengan ramah. Dia sangat berbeza dengan Muslim yang saya kenal.

Masuk kuliah, saya memutuskan memilih jurusan sejarah timur tengah. Di sini, saya mengenal lebih jauh tentang Islam dari perspektif sejarah. Siapa penyebar ajaran Islam, bagaimana dia, apa isi ajarannya, dan seterusnya. Hati saya makin tertawan pada Islam. Namun saat itu saya belum memutuskan menganut Islam.

Pada perjalanannya kemudian, saya berkenalan dengan seorang pemuda yang mengenalkan saya pada sufisme Islam. Dari pemuda yang di kemudian hari menjadi suami saya ini, saya menyimpulkan satu hal tentang Islam: agama yang logik dan berpengetahuan. Satu kata yang selalu saya ingat: "Jill, islam adalah agama yang logik. Dia bukan hanya agama, tapi jalan keluar untuk hidup."

Dan saya membuktikannya sendiri. Setiap kali ada masala, Islam membimbing saya untuk tenang dan keluar dari masalah itu. Ajaran Islam juga dapat diterima akal. Bahkan, misalnya, untuk hal remeh kenapa wanita harus mengenakan jilbabpun, ada alasan logik yang dapat diterima akal.

Saya memutuskan berislam tidak dengan cara membabi buta. Saya mempelajarinya lebih dulu. Saya orangnya sangat berhati-hati. Betul, calon suami yang mengenalkan saya lebih jauh pada Islam, tapi pendapatnya bukan harga mati bagi saya. Saya tetap mengikuti kelas pendidikan Islam, bertanya pada teman-teman yang lain, dan seterusnya. Intinya, saya terus belajar.

Menganut Islam adalah hal terindah dalam perjalanan hidup saya. Insya Allah, saya akan membawanya hingga maut menjemput. Berislam, bukan sekadar mengucap syahadat, selesai. Insya Allah, saya akan terus belajar tentang Islam, meningkatkan dan terus menjaga keimanan saya. Insya Allah, semoga Allah selalu membimbing saya." -republika

Video Seks Diedarkan Dengan Kawalan Ketat Polis

Posted: 18 May 2011 07:30 AM PDT

Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis

BANDAR BARU SELAYANG 18 MEI : Bagaimana video seks fitnah dan risalah lucah boleh diedarkan dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?

Itu persoalan yang dilontarkan Pakatan Rakyat Selayang apabila lebih 6000 keping video seks dan risalah lucah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa majlis solat hajat anjuran Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Selayang Ahad lalu.

"Program ini dikawal oleh pihak keselamatan, polis yang menjaga sejak dari petang hingga ke malam. Tapi macamana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyeludup masuk dan mengedarkan video itu dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?," soal Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Majlis solat hajat yang dikepalai Imam Besar Syiria, Sheikh Dr Wahbah Suhaily pada mulanya berjalan lancar, namun dicemari dengan insiden mengedar video tersebut kira- kira jam 8 malam.

"Dalam masa yang sama kita melahirkan rasa cukup kecewa dan terkejut sangat dan kita tak menjangkakan sebenarnya Umno dan Barisan Nasional boleh bertindak sejahat ini iaitu mereka telah mengedarkan ribuan video-video lucah yang mereka dakwa dan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta dengan gambar-gambar," katanya kepada Tv Selangor di sini semalam," katanya.

Solat hajat tersebut diadakan untuk menolak fitnah berterusan yang dilemparkan UMNO BN ke atas Pakatan Rakyat.

Umno yang mulakan fitnah dan disokong oleh menteri-menteri, perdana menteri dan sebagainya seluruh kepimpinan Umno menyokong.

Video seks fitnah yang didalangi oleh 'Datuk T' yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim kini tersebar secara meluas di Youtube.

Tidak cukup dengan itu, video ini dicetak dalam bentuk VCD dan diposkan kepada pemimpin politik tertentu serta diedarkan di kawasan perumahan termasuk di masjid.

"Bila mana berlaku insiden ini penyebaran ini dan ingin mensabotajkan program kita ini bagi kami tidak lain dan tidak bukan secara adalah jelas tersuluh lagi nyatalah bahawa yang buat ini adalah orang yang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selayang meminta agar polis segera menyiasat perkara itu dan mengekang gejala tidak sihat daripada menular dikalangan generasi muda yang menonton video itu.

"Laporan polis demi laporan poils telah dibuat jadi kita minta supaya pihak polis respons terhadap benda ini," katanya. -tvsnews


6,532 VCD seks dijumpai

BANDAR BARU SELAYANG – Sejumlah 6,532 video cakera padat (VCD) dikaitkan dengan aksi seks mirip pemimpin pembangkang ditemui semasa Majlis Munajat Umat Tolak Fitnah, Solat Hajat dan Ceramah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 14 Mei lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib berkata, jumlah tersebut adalah yang berjaya dirampas semasa program itu, belum termasuk yang sudah terlepas ke tangan orang ramai.

"Kita kecewa dengan insiden itu sedangkan program dijalankan adalah solat hajat untuk menolak fitnah," katanya semasa sidang media berkaitan diadakan di Pejabat Pas Kawasan di sini, semalam.

Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Ketua PKR Cabang Selayang, Asri Buang; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, Rahimi Ibrahim dan Pemuda Pas Kawasan Mohd Fauzan Madzlan.

Zaidy berkata, perbuatan disifatkan permainan sabotaj pihak politik tertentu di negeri ini itu dipertikaikan dan dilakukan sewenang-wenangnya dengan edaran video seks di tempat awam dalam versi penuh.

"Kita minta polis dapat respon perkara ini dan kita sanggup bekerjasama dengan polis dalam perkara ini.

"Ini memandangkan kita ada maklumat mengenai kenderaan yang digunakan oleh pihak tertentu bertanggungjawab mengedarkan bahan berkenaan. Kita mahu polis beri amaran keras kepada pengedar terbabit," katanya.

Menurut Zaidy, pihaknya kini sedang meneliti fakta kes itu memandangkan pada malam kejadian sama, pihaknya mendapat laporan akhbar 'Selangor Terkini' diedarkan dalam satu program anjuran parti politik di surau kampung berhampiran.

Katanya, sekiranya fakta kes diterimanya mencukupi, pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan tertentu bertanggungjawab.

Terdahulu, ribuan risalah dan CD untuk diedarkan kepada orang ramai diletakkan hadapan pintu masuk stadium mengandungi gambar dalam video terbabit oleh pihak tertentu 14 Mei lalu.

Bagaimanapun cubaan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal untuk menangkap sekumpulan pemuda disyaki membuat edaran bahan terbabit, bagaimanapun gagal kerana mereka sempat melarikan diri.

Laporan polis dibuat AMK dan Unit Amal di Balai Polis Selayang sekitar jam 1.30 pagi selepas program munajat berkenaan selesai. -SH




Golongan Muda Tertipu Dengan Skim Rumah Pertamaku Yang Dijaja Najib

Posted: 18 May 2011 06:30 AM PDT

Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik 'dinilai' institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

"Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu," akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

"Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

"Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota," katanya kepada akhbar itu.


Skim Rumah Pertamaku Di Kawasan Pusat Bandar Membebankan?

Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mac lalu bagi membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus, dikatakan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kebanyakan golongan itu.

Menurut pendapat seorang remaja yang berminat pada skim tersebut, Nur Syafinas Zamri, 26, bertugas sebagi Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), beliau teruja mengetahui kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.

* Bagaimanapun, Nur Syafinas yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

* Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

* "Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.

* Manakala, Kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

* "Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika ada pun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

* "Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota," katanya.

Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Amalina Ahmad, 23, berkata konsep pembiayaan pinjaman 100 peratus, yang turut digunakan dalam pembiayaan pinjaman kenderaan, akan menyebabkan golongan muda menanggung bayaran ansuran lebih tinggi setiap bulan.

"Untuk memanfaatkan skim ini, mungkin golongan muda boleh mengambil sedikit masa dengan membuat simpanan terlebih dulu bagi memastikan kedudukan kewangan stabil ketika dinilai institusi perbankan apabila permohonan pembiayaan perumahan dilakukan," katanya. -BH


Buktikan Dahulu Angkat Sumpah Eskay Satu Upacara Keagamaan

Posted: 18 May 2011 05:50 AM PDT

No 2 Pemuda PKR: Buktikan angkat sumpah Eskay upacara keagamaan

Khairul Anuar Ahmad Zainudin dari PKR mempersoalkan siasatan pihak polis di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan, berhubung insiden kekecohan ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, tiga minggu lalu.

Justeru, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mencabar siapa yang boleh mengesahkan angkat sumpah itu "Datuk T" itu sebagai upacara keagamaan.

"Pihak polis telah beritahu bahawa siasatan dibuka di bawah Seksyen 296.

"Kami telah pun memberi keterangan. Tetapi di sini, saya ingin persoalkan beberapa perkara... kalau benar siasatan ini dibuka di bawah Seksyen 296, siapa yang boleh sahkan upacara itu (angkat sumpah) sebagai upacara keagamaan?" kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, enam soalan yang telah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP Ramlan Mat Darus.

Antaranya, adakah beliau terdengar laungan tolak sumpah laknat dan adakah beliau terlibat dalam membuat kekecohan pada hari tersebut.

Khairul turut berkata beliau kecewa dengan tindakan pihak polis yang dilihat umpama 'pengurus majlis' pada hari angkat sumpah tersebut.

"Kalau kita lihat, ramai pihak polis pada hari tersebut. (Ia) seolah-olah pihak polis ini menjadi pengurus majlis pada hari tersebut.

"Polis sepatutnya mencari suspek simbah asid daripada menjadi alat pihak-pihak tertentu," katanya.

Pada 12 Mei lalu, Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip dipanggil polis memberi keterangan.

Khairul yang turut dikenali sebagai "Jonah" hadir di balai polis Wangsa Maju kira-kira 12.30 tengah hari ini dengan ditemani Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdi Mohd Said.

Hamdi turut disiasat hari ini.

Wujud kekecohan ketika Eskay mengangkat sumpah laknat yang mempertontonkan video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, 29 April lalu. -TMI


Sumpah laknat kecoh: Jonah pula dipanggil polis

Dua orang pemimpin AMK, termasuk timbalan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin disiasat polis hari ini berhubung satu insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As akhir bulan lalu.

Timbalan ketua pergerakan pemuda PKR itu dipanggil susulan tindakan sama yang dikenakan ke atas timbalan ketua penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip pada 12 Mei lalu.

Khairul Anuar (tengah) yang lebih dikenali dengan nama Jonah, dilihat memasuki balai polis Wangsa Maju pada kira-kira 12.30 tengahari ini bagi siasatan berkenaan.

Beliau ditemani ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdi Mohd Said yang turut disiasat hari ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin pula dijangka disoalsiasat minggu depan berhubung insiden di Bandar Baru Sentul itu.

Insiden kekecohan pada 29 April itu berlaku ketika satu upacara sumpah laknat berlangsung.

Sumpah laknat itu dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah – salah seorang daripada trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab ke atas penayangan satu video lucah.

Bercakap kepada pemberita selepas kira-kira sejam disiasat, Khairul Anwar berkata polis telah membuka siasatan ke atas kes berkenaan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan kerana menggangu upacara keagamaan.

"Apa yang persoalkan, kalau betul siasatan dilakukan bawah Seksyen 296, siapa boleh sahkan upacara sumpah laknat ini satu upacara keagamaan.

"(Angkat sumpah itu) dibuat di masjid, tempat umum yang menjadi tempat sembahyang Jumaat," katanya lagi.

"(Angkat sumpah itu) dibuat di masjid, tempat umum yang menjadi tempat sembahyang Jumaat," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau juga diberitahu polis bahawa siasatan berkenaan dijalankan dengan adil dan pasukan itu telah memanggil sehingga 30 orang bagi membantu siasatan berkenaan.

"Polis kata mereka tidak ada agenda tertentu untuk kenakan AMK," tambahnya. -mk



[Video] Kemaruk Pertahan Kuasa Bukan Amalan Kesederhanaan

Posted: 18 May 2011 04:20 AM PDT

Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya umat manusia di seluruh dunia mengamalkan kesederhanaan dilihat bertentangan dengan situasi yang berlaku di negara ini.

Sebaliknya amalan dan corak pentadbiran orang nombor satu negara itu sekaligus tidak mencerminkan seperti yang dilaung-laungkannya kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana kata Khalid, pendekatan politik yang digunakan Najib dalam mengekalkan kekuasaan dilihat berada di tahap obses apabila parti pembangkang dengan tonggak utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diserang hebat, manakala jentera milik kerajaan terus dikawal ketat.

"Apa yang diperkatakan oleh Najib tentang mengamalkan kesederhanaan, tidak ada extremism dan sebagainya semua orang setuju (tentang itu).

"Tapi masalahnya apa yang berlaku di Malaysia jauh berbeza dengan apa yang dia kata termasuklah usaha extermism mereka untuk mempertahankan jawatan politik mereka,"
kata Khalid.

Selain itu ujar beliau, situasi jelas yang boleh dilihat ketika ini adalah pemerintahan kuku besi yang diamalkan kerajaan apabila institusi kehakiman terus diperalatkan manakala harga barang terus dinaikkan secara kerap.

Malah tegas beliau, isu-isu sensitif seperti dakwaan Kristian mahu menjadikan agama tersebut sebagai agama rasmi negara seperti yang dibangkitkan oleh akhbar kawalan pemerintah gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.

"Dia (Najib) ingat apa yang dilakukan macam perkara main-main (isu jihad Kristian dan ancaman perang salib oleh Perkasa) untuk menakutkan rakyat tapi apa yang dilakukan akan merosakkan suasana dan keharmonian dalam negara," katanya lagi.

Awal minggu ini negara digemparkan dengan laungan jihad dan ancaman perang salib oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim

Ali jika orang Kristian didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Kenyataan Ibrahim itu dilihat sebagai kesinambungan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi?".

Mengulas laporan Utusan itu, Najib dan beberapa menteri dilihat seolah-olah memperakui laporan Utusan tersebut.

Bagaimanapun Najib dalam ceramahnya di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford semalam berlainan pula nadanya apabila menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan.

Ia sekaligus dilihat bertentangan dengan corak pentadbiran beliau sebelum ini. -tvsnews



Ibrahim Ali Dakwa Ada Pemimpin PAS Sokong PERKASA

Posted: 18 May 2011 03:30 AM PDT

Ibrahim Ali: Pemimpin PAS juga sokong Perkasa

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada pemimpim PAS menyokong pertubuhan itu memperjuangkan agama Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu tidak mahu menamakan pemimpin PAS berkenaan.

"Ada pemimpin PAS yang saya jumpa menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Perkasa menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu," katanya dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu di ibu negara petang semalam.

Kira-kira 300 ahli dan penyokong Perkasa menghadiri program tersebut yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

Ibrahim mendakwa, bekas naib presiden PAS itu risau kerana peranan parti itu telah diambil alih oleh Perkasa.

Malah beliau juga mengulas mengenai kenyataan Husam supaya beliau (Husam) tidak menyibuk dalam isu jihad.

"Saya mahu Husam selesaikan dulu isu ladang rakyat, bazar Tok Guru yang menjadi perbualan rakyat Kelantan," tambahnya.

lsnin lalu dalam satu kenyataan media, Husam menasihatkan presiden Perkasa itu supaya tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah

lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan kuasa Umno-Barisan Nasional.

Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.

Ibrahim sebelum itu memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini. -FMT


Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen'

Slogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah bentuk jihad "tulen" yang dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah.

"Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam"

Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat."

Mengulas lanjut, Husam berkata PERKASA juga tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih," kata Husam lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Husam juga berkata, keadaan itu ditunjukkan melalui tindakan PERKASA yang didakwa hanya menggunakan "isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak."

"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini.

"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.

Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.

"Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.

Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.

"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi. -mk

[Video] UMNO BN Alih Isu Untuk Tenggelamkan Isu Rakyat

Posted: 18 May 2011 01:50 AM PDT

Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih banyak memainkan isu- isu yang memberi kepentingan politik mereka semata- mata sekaligus menenggelamkan isu semasa dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan pemerintah dilihat dengan sengaja menimbulkan pelbagai isu yang meyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat hanya kerana mahu menutup pelbagai isu yang tidak memihak kepada rakyat, umpamanya harga barang naik.

"Hari ini yang dibicarakan bukan soal hidup rakyat tapi soal video, kes liwat dan air mani. Sehinggakan rakyat tercicir, tak berbincang soal gula naik," katanya.

Baru- baru ini secara tergesa- gesa, kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya meningkat kepada RM2.30 daripada RM 2.10 sebelum ini.

Kenaikan ini adalah kali keempat setelah kerajaan pemerintah berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu.

Pada Januari 2010 harga barangan asas ini naik sebanyak 20 sen, diikuti Julai 2010, harga itu meningkat lagi sebanyak 25 sen dan harganya terus pada Disember 2010 sebanyak 20 sen.

Hanya kerana mahu menjimatkan pemberian subsidi gula sebanyak RM116.6 juta, kerajaan pemerintah seolah- olah menutup mata kepada segala perit jerih yang membelit rakyat bawahan.

Hakikatnya, berbilion ringgit boleh dijimatkan jika tiada ketirisan kewangan, rasuah dan pengurusan harta negara yang korup.

Kerajaan juga bingkas membandingkan harga subsidi dinegara ini dengan negara jiran.

Ulasan yang selalu diterima adalah, walaupun kerajaan menaikkan harga, namun harga di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Gula naik RM 2.30, kenaikkan luar biasa 65 sen hampir 45% daripada kenaikkan yang baru-baru ini, subsidinya benar RM 116.6 juta, Rosmah boleh diberi sebanyak RM 110 juta dalam program Permata tapi rakyat diberikan subsidi sebanyak RM 28 juta sahaja," katamya.

Beliau berkata demikian di hadapan seramai 1,400 orang yang hadir dalam program ceramah majlis penerangan Jelajah Selangor atau 'JELAS- Tawan Malaysia' malam tadi di Dewan Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS).

TV Selangor difahamkan ceramah yang diadakan malam tadi telah bertukar lokasi sebanyak empat kali disebabkan gangguan dari pihak polis yang menghalang ceramah penerangan itu untuk diteruskan. -tvsnews



Tiada ulasan: