Rabu, 18 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


7 Bandar Di Malaysia Akan Tenggelam Pada 2020

Posted: 18 May 2011 12:30 AM PDT

Bandar 'hilang'

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun. -BH





Tanjung Piai makin ditelan laut




KUKUP: Taman Negara Tanjung Piai, yang juga tanah paling selatan benua Asia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semula jadi termasuk hutan paya bakau, flora serta fauna, mula berdepan dengan kemusnahan akibat hakisan.

Ia diluluskan sebagai taman negara pada 1997 sebelum diisytiharkan antara Tapak Ramsar Malaysia pada 31 Januari 2003, sebelum diwartakan menjadi Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004 membabitkan kawasan seluas 926 hektar.

Kira-kira 526 hektar daripada kawasan taman negara ini meliputi hutan bakau, manakala bakinya dataran berlumpur. Pelbagai spesies bakau boleh didapati di taman negara itu termasuk bakau minyak, tulen, kurap, lenggadai dan bakau putih, selain dihuni hidupan seperti ketam, belacak, kera dan lotong cikong.

Bagaimanapun, sejak 2003 hingga 2006, hakisan menyebabkan hutan bakau di taman negara itu berkurangan sebanyak purata dua meter setahun di beberapa bahagian, namun sejak 2007, keadaan itu semakin membimbangkan apabila berlaku peningkatan hakisan hingga mencapai tujuh meter setahun.

Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula dikatakan merekodkan hakisan pada purata 12 meter di kawasan bakau taman negara itu setiap tahun.

Tinjauan mendapati, pokok bakau di kawasan terbabit cukup penting untuk bertindak sebagai zon pemampan daripada hakisan, ribut dan angin, mengurangkan kesan rumah hijau selain digunakan bagi pendidikan, penyelidikan dan rekreasi. Ia juga berfungsi sebagai pelindung dan penstabil ekologi ekosistem pulau.
Inisiatif perlu diambil bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau. Tentunya tanpa tindakan dari sekarang, khazanah alam di Kukup itu serta keselamatan penduduk sekitar Tanjung Piai semakin terancam manakala taman negara itu sendiri hilang keunikan dan popularitinya sebagai ikon pelancongan Johor.

Pengurus Taman Negara Tanjung Piai, Khalid Zahrom, berkata sebelum ini hutan bakau tumbuh berdekatan pelantar menempatkan glob yang menunjukkan pengunjung berada di tanah paling selatan benua Asia, selain di jambatan Pusat Peranginan Tanjung Piai, namun kini tumbuhan itu sudah musnah akibat hakisan.

Pelbagai faktor menyebabkan hakisan itu, jelasnya termasuk air pasang besar yang berlaku dua kali dalam sebulan serta tempoh kritikal fenomena itu antara Oktober hingga Februari setiap tahun.

"Selain itu kesan alur air daripada pergerakan bilangan kapal yang semakin meningkat setiap tahun, hujan dan angin kuat turut menghakis tanah hutan bakau ini menyebabkan hutan bakau kian berkurangan saban tahun," katanya.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Abu Bakar Mohamed Salleh, berkata kerajaan menyalurkan dana bagi pemeliharaan bakau sedia ada termasuk meletakkan tiub-geo sepanjang 800 meter sepanjang pesisir kawasan bakau pada 2003 yang menelan kos RM1.9 juta, namun keadaan itu tidak berkesan untuk mendepani air pasang besar.

"Selain itu kerajaan membelanjakan RM8 juta pada 2009 untuk membuat benteng menggunakan batuan besar sepanjang kira-kira 600 meter serta tiub-geo sepanjang 600 meter di kawasan bakau taman negara berkenaan.

"Tanpanya, air masin akan melimpah sekali gus merosakkan tanah kebun penduduk di Tanjung Piai dan mampu menjejaskan keselamatan penduduk terutama berdekatan pesisir pantai," katanya.

Difahamkan, kajian terperinci juga belum dilakukan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi mengenalpasti jumlah hakisan sebenar di taman negara itu.

Jamaliah Mohd Ali, 65, yang menetap di Kampung Serkat dekat ini sejak dilahirkan, mengakui banyak perbezaan jelas kelihatan pada Tanjung Piai berbanding dulu termasuk keadaan hutan bakau yang semakin menipis berhampiran rumahnya. -BH


Macam Mana Pemimpin PAS Terpilih?

Posted: 17 May 2011 11:15 PM PDT

Senarai mereka yang layak bertanding di dalam muktamar PAS yang akan datang telah diumumkan. Cuma menunggu pengesahan daripada mereka yang tercalun sama ada terus bertanding atau menarik diri.

Tentu ramai yang akan menarik diri kerana merasa diri tidak layak, tidak mampu memberi tumpuan kepada tugas, terlalu banyak jawatan yang dipegang di pelbagai peringkat dan macam-macam lagi.

Ramai juga yang bakal mempertahankan jawatan atau mencuba nasib ke jawatan yang lebih tinggi. Tidak kurang yang tidak pernah berjawatan di peringkat pusat dan mencuba-cuba 'pasaran' mudah-mudahan terpilih.

Banyak pencalonan daripada kawasan belum tentu menyumbang kepada banyak undi. Semuanya bergantung kepada hari muktamar. Tidak ada kempen? Salah, kempen tetap ada dan sekarang pun telah ada individu yang berkempen.

Semuanya di tangan perwakilan daripada kawasan-kawasan seluruh negara. Tenggelam atau timbul adalah di tangan perwakilan daripada kawasan. Apa kriteria yang biasanya digunakan oleh perwakilan daripada kawasan (bukan semua kawasan tetapi sesetengah kawasan)?

CALON PANDAI CERAMAH: Dia suka calon yang pandai berceramah. Dia tidak kisah, calon itu bekerja atau tidak selepas terpilih, asalkan calon itu pandai berceramah dan pandai buat lawak dalam ceramah.

CALON SATU NEGERI: Dia angkat calon dari negerinya sendiri. Ada perwakilan yang mengundi calon dari negerinya kerana katanya, mudah sikit kalau nak 'sign' apa-apa dokumen sebab berada dalam satu negeri.

CALON LAMA: Tak payah fikir yang baru, pilih saja yang sudah sedia ada. Orang lama senang berkira, dah lama kenal dan senang untuk diajak datang berceramah ke kawasan.

CALON USTAZ: Kena lantik ustaz untuk pertahankan apa yang diistilahkan sebagai 'kepimpinan ulama'. Kalau bukan ustaz, 'kepimpinan ulama' di dalam PAS terjejas.

CALON BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN: Pegawai tinggi kerajaan ada nama, ada pengaruh dan sedap kalau diperkenalkan di dalam majlis ceramah. Tentu orang ramai akan kagum.

CALON YB: Biasanya YB ada duit. Kalau dia terpilih sebagai pemimpin tentu mudah untuknya menjalankan tugas-tugas parti.

CALON ADA GELARAN: Gelaran Datuk atau apa-apa gelaran yang menyumbang rasa gah ketika disebut. Tentu nama yang ada gelaran sedap ditulis dan sedap disebut dan menimbulkan kebanggaan penulis atau penyebut.

Banyak lagi kriteria yang digunakan oleh perwakilan untuk memilih pemimpin dalam muktamar. Apa pun kriteria yang digunakan, calon itu hendaklah mampu memikul beban membawa PAS ke hadapan, bukan menarik PAS ke belakang.

Pemimpin itu hendaklah mampu memenuhi aspirasi rakyat terbanyak yang mahu melihat PAS mampu menggantikan Umno dalam tempoh terdekat.

Justeru, pemilihan perwakilan untuk memilih pemimpin hendaklah dikenalpasti dengan teliti. Jangan tangkap muat. Perlu ada kriteria perwakilan supaya mereka yang menjadi perwakilan mampu memilih pemimpin yang berwibawa.

Saya ulangi, bukan semua kawasan menggunakan kriteria di atas tetapi suatu masa dahulu, kawasan di negeri saya menggunakan sebahagian keriteria di atas. -Ust Zorkharnain

BN Yang Lemah, Bukan Rakyat Ketagihan Candu Subsidi

Posted: 17 May 2011 10:15 PM PDT

Pakatan: BN lemah, tak adil PM dakwa rakyat ketagih 'candu subsidi'

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya.

Beberapa pemimpin PR yang dihubungi juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.

Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan.

Sehubungan itu, wakil rakyat PR mengesyorkan agar pentadbiran Najib menggunakan pendekatan holistik untuk memotong subsidi, dengan menggunakan sistem penstrukturan total dan mengurangkan subsidi bagi korporat besar berbanding pengurangkan skim dinikmati golongan miskin.

Kerajaan juga perlu melaksanakan majlis gaji minimum untuk menggalakkan gaji dan menyediakan sistem pengangkutan awam lebih baik untuk mengelakkan pergantungan pada kenderaan sendiri dan mengurangkan penggurangan minyak.

Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan istilah "candu" oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.

Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.

"Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka,"
katanya.

Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.

"Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi... kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.

"Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global," kata beliau.

Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.

"Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.

"Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?" kata beliau.

"Mereka tidak serius dalam matlamat mereka menstruktur semula subsidi di negara ini," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang bersetuju dengan Najib bahawa subsidi adalah umpama "candu" kepada ekonomi Malaysia tetapi mempersalahkan kerajaan atas kegagalannya menyediakan alternatif yang betul kepada pengguna sebelum mengurangkan akses kepada "candu subsidi".

Pua juga mendakwa pentadbiran Najib menggunakan pendekatan salah dengan memotong subsidi rakyat miskin tetapi pada masa yang sama memberikan subdisi dalam jumlah yang besar kepada sektor korporat.

"Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menjadikan candu ini eksklusif kepada kroni-kroni BN," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini kepada The Malaysian Insider.

Katanya, dalam usaha mengurangkan beban ketagihan kepada candu subsidi, alternatif-alternatif yang lebih baik harus diadakan seperti sistem pengangkutan awam.

"Pada peringkat sekarang, rakyat Malaysia menggunakan jumlah minyak pada amaun yang banyak, bukan kerana kita membayar harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran tetapi juga kerana kita tiada alternatif lain, terpaksa memiliki kenderaan kerana lemahnya infrastruktur pengangkutan," kata Pua.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemotongan subsidi kepada korporat besar seperti Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol daripada hanya membebankan golongan miskin.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago bersetuju dengan Pua sambil menambah, salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia pada umumnya ketagih subsidi ialah kerana kadar upah yang tidak bergerak.

Katanya, 34 peratus pekerja Malaysia memperoleh gaji bulanan di bawah garis kemiskinan RM700.

"Antara tahun 2000 dan 2010, gaji hanya mengalami kenaikan 2.6 peratus, bermakna sepanjang 10 tahun lalu, kenaikan gaji tidak bergerak dan gaji kita tidak sepadan dengan kenaikan kos," katanya lagi.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan membentangkan rang undang-undang majlis gaji minimum ketika sesi Parlimen akan datang dan menetapkan gaji minimum antara RM1,500 dan RM2,000.

Sebagai tambahan, katanya, program bantuan tunai seharusnya dilaksanakan untuk melengkapkan peranan majlis itu, menyasarkan kumpulan miskin dan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 setiap bulan.

"Akhirnya, perlu ada usaha besar di pihak kerajaan untuk mengurangkan rasuah di mana kerajaan kehilangan wang dalam jumlah yang banyak, memotong perbelanjaan besar seperti subsidi korporat-korporat besar dan mengawal aliran keluar wang haram," katanya lagi.

Katanya, jika kerajaan mahu mengurangkan manipulasi pasaran dan menggalakkan saingan, ia seharusnya menggunakan pendekatan yang sama ke atas syarikat-syarikat besar seperti IPP dan pemegang konsesi tol.

"Biar mereka bersaing di ekonomi global. Mereka juga seharusnya berdaya saing... jika mereka tidak boleh melakukan, maka sesuatu yang menyedihkan," katanya lagi.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak harus menghukum rakyat atas ketidakupayaannya mengimbangkan bajet menerusi pemotongan subsidi, yang diperlukan oleh kumpulan sasaran.

Katanya, ketika ekonomi berada dalam kedudukan baik antara 2003 dan 2008, kerajaan telah gagal untuk memotong perbelanjaan, sebaliknya mengadakan projek-projek infrastruktur besar, sekali gus menyebabkan defisit bajet meningkat saban tahun.

Kata Adun Selangor ini, kerajaan tidak seharusnya mempersalahkan rakyat atas kelemahan mereka dan kegagalan melaksanakan strategi menggalakkan pertumbuhan yang dinamik ekonomi.

"Rakyat menderita ekoran inflasi yang tinggi, tiada gaji minimum, harga hartanah pula melambung... jadi mengapa membebankan rakyat," katanya. -TMI

Kereta "Terbang" Masuk Rumah Orang

Posted: 17 May 2011 08:30 PM PDT

Alor Gajah: "Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, anak-anak duduk di beranda sebelum mengaji," kata Sabrina Taib, 36, menceritakan kejadian sebuah kereta terbabas dan melanggar dinding rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Menurutnya, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki itu terbalik dengan empat tayar di atas dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran.

"Masa itu saya duduk berehat dengan tiga anak saudara di bahagian belakang rumah pusaka itu sambil menonton televisyen kira-kira jam 3.20 petang.

"Tiba-tiba saya dengar dentuman kuat di bahagian depan rumah disusuli bunyi kaca pecah. Mulanya saya terfikir pokok tumbang atau rumah dipecah masuk.

"Disebabkan tidak sedap hati, saya membuka pintu belakang dan berjalan ke hadapan rumah sebelum ternampak sebatang dahan patah, namun tiada pokok tumbang.

"Saya terus berjalan ke depan dan tergamam melihat sebuah kereta terbalik dengan empat tayar di atas di beranda rumah. Sebaik terbau petrol saya terus berlari mendapatkan pertolongan anak saudara untuk mengeluarkan mangsa kemalangan itu," katanya.

Menurutnya, anak saudaranya yang membantu memberitahu ada petrol melimpah keluar dari kereta berkenaan.

"Kami seperti hilang arah kerana takut sesuatu lebih buruk berlaku iaitu kereta itu meletup sebelum pemandu kereta yang cedera merangkak keluar kira-kira lima minit kemudian dan terus naik ke atas jalan kerana rumah kami berada di bawah tebing di selekoh.

"Kemudian anggota polis tiba diikuti anggota bomba menyembur cecair bagi menghalang limpahan minyak petrol itu," katanya yang masih terkejut.

Sabrina berkata, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarganya atau orang lain mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu.

Katanya, kejadian itu kali kedua dan kemalangan pertama berlaku sekitar 1980-an apabila tayar sebuah lori tercabut serta terpelanting ke rumah berkenaan tetapi tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kerosakan.

"Setengah jam sebelum kejadian, suami ada bersama pesakit di sebuah bilik di tepi beranda yang rosak teruk. Kebetulan dia (suami) yang juga pengamal perubatan tradisional pergi merawat pesakit di Tampin, Negeri Sembilan.

"Saya anggarkan kerosakan dialami kira-kira RM20,000," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kemalangan itu ketika dihubungi petang semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal kenderaannya akibat dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar rumah terbabit.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan serta Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59. -hm

Arnold Schwarzenegger Yang Bercerai Mengaku Ada Anak Luar Nikah

Posted: 17 May 2011 07:00 PM PDT

Los Angeles: Bintang filem dan bekas gabenor, Arnold Schwarzenegger, berkata dia berpisah dengan isterinya, Maria Shriver, selepas dia mengaku memiliki anak luar nikah dengan kakitangannya.

"Selepas melepaskan jawatan, saya memberitahu Maria mengenai kejadian yang berlaku lebih sedekad lalu," katanya dalam kenyataan kepada akhbar Los Angeles Times, semalam.

Schwarzenegger, 63, berkata dia memahami perasaan marah dan kecewa Maria serta rakan dan keluarganya.

Katanya, mereka memang berhak berperasaan begitu.

"Tidak ada sebarang alasan mengenainya dan saya bertanggungjawab atas kesalahan itu," katanya.

Kata bintang filem Predator itu, dia meminta maaf kepada Maria, anak-anak dan saudara-maranya atas perbuatannya itu.

Akhbar berkenaan tidak menamakan wanita yang melahirkan anak Schwarzenegger tetapi melaporkan, dia bersara Januari lalu selepas bekerja untuk pasangan terbabit selama 20 tahun.

Los Angeles Times melaporkan, wanita terbabit bersara secara baik.

Maria, 55, berpindah dari rumah pasangan terbabit di Brentwood awal tahun ini selepas Schwarzenegger mengaku mengadakan hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Memetik satu sumber, Los Angeles Times berkata, Schwarzenegger membiayai anak haramnya itu sejak awal dan kini masih menanggung keperluan kewangannya.

Schwarzenegger dan Maria berkahwin pada 1977 dan mempunyai empat anak berusia di antara 14 dan 21 tahun.

Sepanjang tempoh menjadi gabenor, Maria - bekas wartawan penyiaran - setia menyokong Schwarzenegger walaupun ada laporan mendakwa aktor terbabit pernah mencabul wanita ketika cuba mendapatkan mandat kali kedua sebagai gabenor California pada 2003. Schwarzenegger kini cuba menerbitkan komik Governator dan siri animasi televisyen. - AFP



[Bergambar] Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat

Posted: 17 May 2011 05:25 PM PDT

Singapura - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini,"
kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi


MAYAT DITEMUI DALAM TANGKI AIR
Ramai masih kurang selesa guna air untuk minum

BEKALAN air yang terputus sudah dipulihkan, namun sebilangan penduduk Blok 686B Woodlands Drive 73 masih kurang selesa menggunakan air tersebut untuk diminum atau memasak menyusuli penemuan mayat dalam tangki air di blok berkenaan kelmarin.

Malah, ada juga yang berharap pihak berkuasa dapat melanjutkan bekalan air sementara sehingga hujung minggu ini.

Tinjauan Berita Harian ke blok itu semalam mendapati bahawa beberapa penduduk lebih selesa mengambil air daripada saluran paip sementara yang dipasang Majlis Bandaran Sembawang dengan bantuan agensi air negara, PUB.

Saluran air sementara itu menggunakan bekalan daripada sebuah pili bomba berdekatan.

Seorang penduduk, Encik Muhamad Fazalee Ebudaen, 41 tahun, berkata beliau dimaklumkan pihak majlis bandaran mengenai pemulihan bekalan air namun masih kurang selesa menggunakan air tersebut.

'Kami diberitahu menerusi notis pemberitahuan yang dikirimkan pada sebelah pagi agar membuka paip air selama lima minit sebelum menggunakannya.

'Namun saya masih kurang selesa menggunakan air ini untuk memasak atau meminumnya. Oleh itu saya pergi ke bawah untuk mendapatkan bekalan air,' kata ayah dua anak itu.

Bekalan air di blok tersebut dihentikan kelmarin selepas mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui dalam tangki air yang terletak di bumbung blok itu.

Wanita tersebut dipercayai bekerja dengan sebuah keluarga di tingkat enam blok berkenaan.

Namun, wartawan yang mengunjungi unit flat itu petang semalam mendapati pagar dan pintu unit tersebut berkunci dan penghuninya tiada di rumah.

Menurut jiran-jiran, mereka tidak kenal mangsa tersebut.

Ketika dihubungi semalam, polis mendedahkan bahawa mangsa yang berusia 30 tahun itu dikenali hanya dengan nama Ruliyawati.

'Pihak kedutaan telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut,' kata jurucakap polis.

Polis menambah, seorang lelaki warga Bangladesh, yang dipercayai pekerja penyenggaraan di kejiranan itu, telah diberkas dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Ekoran penemuan mayat di dalam tangki itu, penduduk turut berharap agar bekalan air sementara dapat dilanjutkan hingga hujung minggu ini.

Bagi Encik See Kim Poh, 60 tahun, beliau masih berasa geli untuk menggunakan air di bloknya buat beberapa hari ini.

'Loya tekak saya nak gunakan air ini setelah fikirkan berapa lama mayat itu berada dalam tangki air itu.

'Saya harap pihak berkuasa dapat lanjutkan bekalan air sementara itu beberapa hari lagi sehingga kami rasa selesa gunakan air daripada tangki blok,'
katanya sambil mengisi air ke dalam baldi di kolong blok tersebut.

Kejadian itu juga membuka peluang kepada seorang usahawan menawarkan khidmatnya.

Seorang jurutera, Encik Mark Wong, misalnya telah mengedarkan warkah kepada penduduk menawarkan khidmat ujian air secara percuma.

Ketika dihubungi, beliau berkata pihaknya berupaya melakukan ujian untuk memastikan air itu selamat diminum. -BHS












[Bergambar] Kaki Pelakon Melecur Teruk Kena Air Panas

Posted: 17 May 2011 04:20 PM PDT

Kaki Jasmin Hamid Melecur

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.

Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.

Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.

"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut. -mstar

Ulasan GB

Tak kira siapa, sentiasa berhati-hati dengan air panas. Malang boleh menimpa di mana dan bila-bila masa sahaja.

Dan perhatikan juga gelagat anak kecil anda.

Nama Dr Dzulkefly Akhirnya Dimasukkan, Tetapi Tiada Kenyataan Maaf Daripada J/K Pemilihan [updated]

Posted: 17 May 2011 09:10 AM PDT

Setelah GB membongkar isu ketiadaan nama YB Dzulkefli Ahmad di dalam senarai 82 orang calon AJK PAS Pusat, akhirnya, pada jam 10.40 malam, nama beliau disenaraikan di dalam lamanweb harakahdaily.

Jumlah AJK yang tercatat akhirnya berubah menjadi 83 orang daripada cetakan asal senarainya 82 orang.

Kesemua media eletronik & internet sebelum ini juga melaporkan 82 orang. Justeru harakahdaily tidak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa mereka tidak mengubah senarai tersebut.

Malah stesyen-stesyen TV pada malam ini juga menyebutkan 82 orang.

Dan amat dikesalkan tiada sebarang kenyataan permohonan maaf samada dari Jawatankuasa Pemilihan atau Harakahdaily sebagai media rasmi yang melaporkan mengenai "kesilapan" berkenaan.

Sikap yang tidak beretika itu melambangkan sikap bodoh sombong dan tidak profesyenal yang tidak sepatutnya ada di kalangan pimpinan PAS dan wartawan/penulis media PAS.

Akhirnya Allah juga yang mendedahkan sepertimana doa kita sebelum ini

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Berikut dilampirkan video dari TVS dan TVPAS yang juga melaporkan senarai awal AJK yang bertanding iaitu cuma 82 orang bukan 83 mengikut senarai yang terbaru.









BONGKAR: Benarkah Nama Dr. Dzulkefli Ahmad Tiada Untuk AJK PAS Pusat?

Posted: 17 May 2011 07:15 AM PDT

Sewaktu menyiarkan ulasan mengenai calon-calon yang layak bertanding bagi Pemilihan di dalam Muktamar akan datang ini, satu komentar meminta GB menyiasat mengenai ketiadaan nama Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefli Ahmad.

Hal ini memeranjatkan kerana telalu mustahil seorang yang dikenali ramai di kalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS tiba-tiba namanya tidak ada di dalam senarai calon-calon yang bertanding sekalipun hanya di peringkat AJK.

Dan mustahil juga jika tidak ada satu pun dari 152 kawasan yang menghantar pencalonan tidak menyenaraikan nama tokoh PAS Kuala Selangor itu.


GB menyemak nama-nama senarai 82 AJK calon yang dikatakan layak bertanding untuk AJK PAS Pusat. Benar, nama Dr. Dzulkeli Ahmad TIDAK ADA!

Oleh kerana pengumuman pencalonan pada kali ini TIDAK TELUS, dimana disembunyikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon dengan alasan KONONNYA untuk tidak dilihat sebagai berkempen, maka tidak dapat disemak kawasan-kawasan yang ada mencalonkan nama Dr.Dzulkeli Ahmad.

Seperti yang umum mengetahui Dr.Dzulkefli adalah salah seorang pemimpin PAS yang dihormati dan disenangi bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh ahli-ahli parti komponen Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR.

Samada namanya tercicir atau dicicirkan, pihak Jawatankuasa Pemilihan perlu menjawab persoalan bagaimana namanya tidak ada di dalam senarai kerana kami yakin, seperti yang GB utarakan awal tadi: mustahil jika tidak ada satu pun dari 152 kawasan yang menghantar pencalonan tidak menyenaraikan nama tokoh PAS Kuala Selangor itu.

Apakah beliau termasuk diantara calon-calon yang diketepikan oleh "perancangan tertentu" yang menyebabkan 6 pencalonan kawasan-kawasan ditolak?

Saya harap Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali (yang tak sepatutnya berada di dalam hal-hal pemilihan parti kali ini) tampil untuk menjawabnya sebelum ahli-ahli akar umbi berpersepsi wujud PENIPUAN di dalam hal pemilihan kali ini.

Dr. Dzulkefli, seorang yang low-profile tidak kisah sangat samada namanya dicalonkan atau tidak, tetapi ahli-ahli PAS tidak mungkin boleh menerima kerja yang tidak profesyenal yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dengan mengenepikan orang yang tidak disukai oleh mereka sesuka hati. Amanah kawasan perlu dijalankan dan disempurna dengan sebaik-sebaiknya.

Rasulullah menegaskan dalam satu hadis, Apabila amanah diabaikan, maka tunggulah masa kehancuran. (HR Bukhari dari Abu Hurai rah RA)

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Berikut ialah senarai penuh pencalonan pimpinan PAS Pusat:

Presiden

TG Hj Hadi Awang (Menang tanpa bertanding).

Timbalan Presiden

1. Nasharudin Mat Isa.
2. Mohamad Sabu.
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub.
6. Husam Musa.

Naib Presiden

1. Nasharudin Mat Isa.
2. Mohamad Sabu.
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub.
6. Husam Musa.
7. Ust Idris Haji Ahmad.
8. Mahfuz Omar.
9. Mazlan Aliman.
10. Ust Mohd Amar Abdullah.
11. Mohd Hatta Md Ramli.
12. Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa.
13. Ust Nik Zawawi Nik Salleh.
14. Ir. Nizar Jamaluddin.

AJK PAS Pusat

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato'
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato'
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato'
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa'ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Bodek Najib & UMNO, Terus Diangkat Senator

Posted: 17 May 2011 05:28 AM PDT

Presiden Kimma dilantik senator

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

"Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

"Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu," kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan. -TMI

Ulasan GB

KIMMA, sama seperti Ezam Mohd Noor, ke hulu ke hilir membodek Najib dan UMNO, maka diberi anugerah Senator. Tengok di bawah, baik punya bodek!





Ada Harapan Untuk RON95 Naik Bulan Depan

Posted: 17 May 2011 04:00 AM PDT

Harga petrol RON95 disemak bulan depan

Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat. - Bernama


Najib: Subsidi ibarat candu, kos politik tak boleh dielak

Pada Mac lalu, Najib berkata beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang.
OXFORD, 17 Mei — Subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

"Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

"Kami perlu menaikkan harga (bahan api) secara berperingkat-peringkat, kami tidak boleh melakukannya dalam satu malam. (Jadi) ada kos politik dalam mengurangkan subsidi," katanya lagi.

"Saya perlu menguruskannya antara urus tadbir yang baik dan dapat dipilih semula," katanya.

Pentadbiran Najib memperkenalkan dasar pelarasan subsidi sejak tahun lalu, yang sekali gus membawa kepada kenaikan harga beberapa barang kawalan.

Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.

Laporan media memetik Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata, kemungkinan itu ada memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya.

Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan harga barang kemungkinan naik kerana kemungkinan kerajaan mengkaji balik subsidi ekoran peningkatan kos subsidi tahun ini berbanding tahun lalu.

Justeru, dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.

Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa minggu lalu. -TMI


Ahmadinejad Sifatkan Israel Sebagai Sel Cancer Yang Mesti Dibasmi

Posted: 17 May 2011 02:30 AM PDT

Teheran - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel seperti sel cancer yang mesti dibasmi. Pernyataan ini dikeluarkannya setelah Israel melancarkan serangan yang mengorbankan 12 orang Palestin yang melakukan protes pada hari ulang tahun Israel.

"Pada hari perayaan rejim (Israel) ini, banyak orang melakukan demonstrasi di pelbagai tempat. Namun ada beberapa yang terbunuh dan tertecedera, ini menunjukan sifat asli dari Israel," ucap Ahmadinejad melalui satu wawancara melalui televisyen nasional.

Lebih lanjut Presiden Iran menyamakan Israel dengan sel cancer. "Seperti halnya sel cancer yang menyebar ke seluruh tubuh, rejim ini menyebabkan infeksi ke seluruh wilayah. Cancer (Israel) ini harus dibasmi dari tubuh," lanjut Ahmadinejad seperti dipetik AFP, Isnin (16/5/2011).

Sebelumnya pemimpin Iran ini mendesak agar Israel dihapuskan dari muka bumi.

Warga Palestin melakukan aksi tunjuk perasaan menyambut terbentuknya negara Israel. Protes tersebut dilakukan di wilayah perbatasan dengan Lebanon, Syria dan Gaza. Aksi protes ini pun berakhir dengan terkorbannya 12 orang penunjuk perasaan Palestin dan mencederakan ratusan orang lainnya.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sempat bersumpah akan melindungi wilayah perbatasan Israel dari siapa pun yang berusaha untuk merosakkan wilayah tersebut.

Tiada ulasan: