Selasa, 17 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pemilihan PAS, Mengapa Tiada Ketelusan?

Posted: 17 May 2011 01:15 AM PDT

Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan ialah Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang medi di ibu pejabat PAS, jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1.Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2.Mahfuz Omar (naib presiden)
3.Mazlan Aliman (ajk PAS Pusat)
4.Datuk Mohd Amar Abdullah (exco kerajaan kelantan)
5.Mohd Hatta Md Ramli (bendahari)
6.Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7.Nik Zawawi Nik Salleh (ketua peneranagn Dewan Ulamak)
8.Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan Pas, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato'
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato'
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato'
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa'ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka samaada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima.

Seramai 1100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu bermula 1 hingga Jun depan. -HD

Ulasan GB

1) Daripada 176 kawasan cuma 146 pencalonan kawasan yang diterima (152 yang hantar, 6 pula ditolak). Ini bererti 30 kawasan (17%) tidak mencalonkan sesiapa. Tidak ada butiran terperinci dan lengkap mengenainya, iaitu pencalonan kawasan mana yang tidak menghantar dan ditolak, kenapa ditolak dan tidak memberi peluang untuk kawasan-kawasan terbabit membantah. Ia seperti cuba untuk mengenepikan beberapa calon tertentu.

2) Tidak diberikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon. Alasan Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman seperti disiar malaysiakini, "Kita tidak umum... Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)."

Alasan itu lemah kerana hal tersebut tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diberitahu sebelum pemilihan kawasan berlansung. Malah apabila tidak diumumkan jumlah pencalonan ia akan melahirkan persepsi negatif di kalangan ahli. Pertama, membuktikan jawatankuasa pemilihan tidak telus, kedua, ada seperti hendak berkonspirasi untuk mengenepikan calon tertentu dan ketiga tidak menghormati demokrasi di dalam parti dengan melihat kepada jumlah kawasan yang mencalonkan seseorang calon. Keempat, Ia menyukarkan calon-calon untuk menerima atau menolak pencalonan kerana tidak diberitahu setakat mana kekuatan melalui jumlah pencalonan yang mereka terima dari seluruh negara.

3) Sudah ada Jawatankuasa Pemilihan, mengapa Setiausaha Agong, Mustafa Ali masih berperanan? Sedangkan di dalam pemilihan yang lalu, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Agong tidak campurtangan. Masih lagikah beliau mahu cuba menghulurkan tangannya dan mengawal pemilihan seperti yang berlaku di masa lalu?

4) Daripada senarai yang dikeluarkan oleh harakahdaily di atas, nama Mohd Sabu yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden diletakkan paling akhir. Sedangkan saya yakin dan percaya beliau merupakan yang paling tinggi menerima pencalonan. Ia seolah-olah cuba untuk mencicirkan nama Mohd Sabu.

5) Begitu juga untuk calon Naib Presiden, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Saya yakin beliau bukan orang yang paling sedikit menerima pencalonan Naib Presiden.

6) *Bagi poin ke 4 dan 5 juga, jika alasan bawa aturan nama itu bukan mengikut sebab-sebab tertentu mengapa ia harus demikian? Bukankah itu menggambarkan wujud seperti cuba untuk mempengaruhi perwakilan nama mereka yang disenaraikan lebih dahulu? Mengapa tidak dilakukan seperti calon-calon AJK iaitu dengan mengikut turutan abjad?

7) Saya juga mendapat maklumat bahawa Harakahdaily/Harakah terlibat menonjolkan beberapa pemimpin tertentu di dalam parti untuk merebut jawatan-jawatan tertentu dengan fokus berlebihan diberikan kepada beberapa orang tertentu sahaja berkali-kali. Ini WAJAR dihentikan sebelum kami para blogger membongkarnya habis-habisan.

7) Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.

Waspada: Ada "Janin" Dalam Air Botol

Posted: 16 May 2011 11:30 PM PDT

Kangar - Seorang peniaga dari Felda Mata Ayer dekat sini loya selepas mendapati dua botol air minuman ringan yang dijual di kedainya mempunyai bendasing yang menyerupai janin.

Rodali Ismail, 50, berkata, dia menyedari kewujudan bendasing dalam salah satu botol itu selepas seorang pelanggan meletakkan minuman itu di atas kaunter ketika mahu membuat pembayaran.

Menurutnya, menyedari kewujudan bendasing itu, dia kemudiannya menggantikan botol minuman terbabit dengan yang baru sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya kemudiannya membawa botol itu ke tempat yang lebih terang dan bercahaya bagi membolehkan objek di dalamnya dilihat dengan lebih jelas.

"Apabila diperhati, saya terkejut apabila mendapati dua botol itu mempunyai ketulan-ketulan yang menyerupai janin. Padahal tarikh luput kedua-duanya adalah pada bulan Julai dan September tahun ini," katanya, semalam.

Rodali berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku membabitkan air minuman sejak lebih 10 tahun berniaga.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pihak pemborong dan pembekal yang bertanggungjawab menghantar barang ke kedainya dan mereka menawarkan sebanyak 240 botol air minuman yang sama untuk menggantikan dua botol yang rosak itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak bersetuju dengan cadangan pemborong itu sebaliknya memilih untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

"Saya akan bawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi demi memberi kesedaran kepada pembeli dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli air minuman dan makanan.

"Ia juga bertujuan memberi amaran kepada pengeluar minuman ini supaya lebih mengambil berat soal kebersihan dan keselamatan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata," katanya. -SH

UMNO Lindungi PERKASA

Posted: 16 May 2011 10:50 PM PDT

DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa

KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan.

"Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian.

"Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian.

"Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia.

"Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya.

Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.

UMNO Kelantan Takut Kejayaan Ladang Rakyat

Posted: 16 May 2011 09:20 PM PDT

Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah

GUA MUSANG, 16 Mei: "Ladang Rakyat tidak pernah rampas tanah rakyat. Kalau ada tanaman mereka tidak masukkan dalam kawasan projek.

"Lagi pun kawasan yang diambil Ladang Rakyat kesemua tanaman yang pernah ditanam tidak menjadi akibat dimakan binatang liar," kata Ramli Abdul Rahman (gambar), 57 ketika ditemui di Kampung Baru Star.

Kampung tersebut terletak kira-kira 25 km dari bandar Gua Musang. Kedudukannya di laluan yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli melalui Jelawang, Dabong.

Di sebelah timur bukit di kampung itu, tidak jauh dari masjid terletak projek perladangan sawit diusahakan Ladang Rakyat.

Kelapa sawit yang ditanam tiga tahun lalu kini ada yang sudah berbuah.

Ramli memberitahu Ladang Rakyat tidak pernah merampas tanah penduduk kampung seperti didakwa sesetengah pihak melalui media massa sebelum ini.

"Saya masih ingat lagi sewaktu Allahyarham Chek Hashim Sulaiman menjadi Penyelia Dun Galas acap kali beliau datang menemui penduduk membincangkan cadangan Ladang Rakyat membangunkan ladang sawit di sini.

"Kalau tidak silap enam kali beliau datang. Perjumpaan diadakan di masjid Star Baru dan Madrasah di Kampung Kalai," katanya.

Menurutnya dua tahun berbincangan diadakan dan penduduk berpuas hati apabila kawasan yang sudah ditanam dikeluarkan daripada projek Ladang Rakyat.

Beliau juga meluahkan rasa pelik selepas lebih empat tahun projek Ladang Rakyat dijalankan mengapa pula baru sekarang ada penduduk di sesetengah tempat mempertikaikan.

Oleh itu beliau mengsyaki ada orang tengah yang menjual tanah milik kerajaan cuba menimbulkan pelbagai dakwaan bukan-bukan terhadap Ladang Rakyat.

Seramai 10 penduduk ditemui di Kampung Star Baru Sabtu lalu menjelaskan perkara serupa seperti diberitahu Ramli.

Di majlis berasingan pada malam bertempat di padang Majlis Daerah Gua Musang lebih 1,000 penduduk hadir mendengar penjelasan mengenai isu membabitkan Ladang Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi tampil menjelaskan isu tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamad dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Jusoh.

Biar pun hujan pada sebelah petang, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan sebenar mengenai isu Ladang Rakyat selepas diberi imej negatif media harian proUmno.

Umno tentang program kebajikan

Dr Nazmi berkata, sejak daripada awal lagi pemimpin Umno cuba menggagalkan projek Ladang Rakyat apabila mereka menentang ketika Enakmen Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dibentang pada persidangan Dun Kelantan.

Katanya, selama dua hari setengah enakmen tersebut dibahas dan akhirnya perbadanan tersebut berjaya diwujudkan dengan undian 23 Adun PAS menyokong dan 22 Adun BN menentang.

"Umno menentang kewujudan program Ladang Rakyat kerana program ini memberi kebajikan kepada rakyat di mana sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM40 juta dibayar kepada lebih 4,300 peserta.

"Kejayaan program ini dapat dilihat apabila pada pilihan raya umum Mac 2008 Adun BN yang menentang penubuhan Ladang Rakyat kecundang dalam pilihan raya sehingga tinggal enam orang," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan biar pun Umno mendesak kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih kononnya berlaku penyelewengan membabitkan Ladang Rakyat, namun audit yang dilakukan Jabatan Audit Negara tidak menemui sebarang penyelewengan.

Menteri Besar pula menyokong cadangan Ladang Rakyat menyaman pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap agensi terbabit. -HD


Pemuda Umno berhimpun bantah Ladang Rakyat

KOTA BHARU, 16 Mei: Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Mereka memakai baju Umno dan lambang 1Malaysia membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri yang kini menjadi sumber pendapatan lebih 4,300 rakyat miskin di negeri itu.

Dengan memakai kain lilitan kepala bertulis 'Gelombang Merah' mereka membuat bising di hadapan pintu masuk utama ke Kota Darulnaim yang juga menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Perhimpunan bermula jam 9 pagi apabila pemuda yang memakai baju berwarna merah berlogo Umno mulai tiba sedikit demi sedikit. Mereka turut membawa sepanduk bagi mengecam projek Ladang Rakyat.

Selepas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian sampai pemuda dan segelintir penyokong veteran Umno yang berselerakan di kawasan taman di hadapan SUK beredar ke tempat jalan di mana sebuah pacuan empat roda digunakan sebagai tempat berucap.

Kawalan di kawasan itu agak ketat apabila ramai anggota polis yang berpakaian seragam termasuk FRU dan trafik berkawal. Pintu masuk ke SUK ditutup di mana orang yang datang berurusan tidak dibenarkan masuk.

Ucapan pemuda Umno dimulakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Wan Khairul Wan Ihsan. Beliau mendakwa perhimpunan pemuda Umno itu sebagai tanda kebangkitan awal pemuda Umno Kelantan.

Seorang lagi pemuda Umno dengan megah memberitahu Umno berjaya membina jambatan Sultan Yahya Kedua biar pun lewat disiapkan berbanding projek Ladang Rakyat di bawah kerajaan negeri.

Seorang pemuda lain yang juga memakai baju berwarna merah menarik tangan rakannya yang berada agak jauh daripada tempat perhimpunan dengan menyebut 'jangan pula takut hendak masuk rapat'.

Malah seorang peserta perhimpunan tersebut membisik kepada rakannya lebih baik kita balik sahaja.

Beberapa penduduk Orang Asal juga kelihatan. Wanita yang memakai pakaian parti itu juga juga hadir biar pun jumlahnya tidak ramai. Turut kelihatan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Pusat, Affendi Yusof.

Akhirnya, kira-kira jam 10.10 pagi, Anuar Safian menyerahkan 'memo rakyat' kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof di hadapan pagar Kota Darulnaim dengan kawalan ketat anggota pasukan keselamatan.

Turut kelihatan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Seminggu lalu difahamkan Umno menghantar khidmat pesanan ringkas dengan mengarahkan setiap bahagian menghantar 500 orang, namun yang hadir hari ini hanya tidak sampai 500 orang.

Apa yang jelas perhimpunan tersebut bukan membabitkan rakyat yang sebelum ini mendakwa Ladang Rakyat merampas tanah mereka, sebaliknya Pemuda Umno pula mengambil kesempatan.

Projek Ladang Rakyat dimulakan kerajaan negeri pada 2006 untuk membantu rakyat miskin di mana setiap peserta diberi dividen RM200 sebulan.

Projek ini dan Bazar Tok Guru menjadi sasaran Umno Kelantan melalui gelombang merahnya bagi menyerang kerajaan negeri.

Bagi kerajaan negeri, Umno sangat takut terhadap kejayaan kedua-dua projek terbabit kerana parti itu tidak ada harapan untuk menawan semula Kelantan seperti diimpikan ramai pemimpin Umno.

Ekoran itu pelbagai usaha dibuat untuk mempastikan ia tidak berjaya dan dibantah rakyat. RTM menjadikan agenda berita 'rampasan tanah' sebagai bahan provokasi bagi menghasut rakyat.


Projek Bazar Tok Guru yang bakal menjadi mercu tanda baru perniaga kecil di negeri ini juga mendapat serangan bertubi-tubi Umno dengan berselindung di sebalik persatuan peniaga.

Namun sekarang peniaga tidak lagi mengendahkan Umno dan ramai sudah berdaftar untuk berniaga di bazar terbabit.

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat diberi tanggungjawab mengurus kira-kira 50,000 ekar tanah bagi melaksanakan program pembangunan ladang kelapa sawit. Pulangannya diberi manfaat kepada rakyat.

Projek pertama bagi pembangunan tersebut melibatkan kawasan seluas 10,000 ekar di Lubok Bongor dan sembilan lagi lokasi lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebelum ini berkata, kerajaan negeri tidak memberi sumbangan 'one-off' kepada rakyat miskin sebaliknya mewujudkan ladang untuk mendapatkan hasil sebelum diagih kepada mereka.

Katanya, melalui program itu rakyat miskin diberi dividen sebanyak RM200 sebulan daripada hasil keuntungan ladang yang diusahakan dengan kerjasama syarikat swasta.

"Program ini bukannya semata-mata untuk menampung perbelanjaan hidup, tetapi ia merupakan program pendidikan kewangan dan peningkatan taraf hidup. Rakyat miskin akan memasuki 'akademi ladang rakyat', sebagai peserta program,"
ujarnya.

Tambahnya, mereka akan dibantu sehingga menjadi 'graduan' daripada akademik berkenaan, dan diharap dapat keluar dari garis kemiskinan.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, keunikan program terbabit iaitu tanah-tanah kerajaan yang diberi milik kepada Ladang Rakyat atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

"Pemilihan syarikat pemaju dibuat menerusi tawaran terbuka. Melalui program ini syarikat diberi hak untuk membangunkan tanah dengan tanaman kelapa sawit dan membayar setiap awal tahun kepada Akaun Amanah Peserta Program Ladang Rakyat," katanya. -HD


Jerutan Ke Atas Anwar Terus Mencengkam, Nik Aziz Minta Anwar Banyak Bersabar

Posted: 16 May 2011 06:30 PM PDT

Tali menjerut Anwar semakin mencengkam... Wira Arjuna

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie dan justeru Anwar perlu membela diri.

Dalam erti kata lain, bukti pendakwaraya adalah kukuh dan Anwar perlu mengemukakan pembelaan kenapa beliau tidak harus dihukum.

Pada masa sama, polis juga bergerak laju membereskan siasatan video seks terhadap Anwar.

Kenyataan terbaru Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar ialah kini ada bukti dari Amerika Syarikat video itu tulen dan pelakunya sudah dikenal pasti.

Jelas ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang.

Rencana ini tidak boleh memperinci keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah kerana batasan undang-undang mengenai kes yang masih dibicarakan di mahkamah.

Terlalu banyak pun sudah ditulis sebelum ini mengenai "kewibawaan" pengadu Saiful Bukhari Azlan, keterangan pakar-pakar, bukti yang diperolehi polis secara tipu helah dan bermacam-macam lagi.

Cukup sekadar merumuskan hakim tidak mendapati sebarang cacat cela dalam kes pendakwaraya. Hujah-hujah yang diberikan oleh Zabidin begitu mirip dengan penghakiman yang diterima oleh Anwar kali pertama beliau menghadapi tuduhan sama pada tahun 1999.

Dalam kes terbaru, sebagaimana pertuduhan pertama Anwar sudah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat yang arif menilai sendiri segala "bukti-bukti" yang dibawa oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam menyediakan pembelaan di ri sebagaimana yang dikehendaki oleh Zabidin, Anwar kini terpaksa menghadapi pusingan baru dengan Polis dan Gani Patail berhubung dengan video lucah Datuk T.

Setakat ini belum pasti tuduhan apa yang akan dibawa oleh Gani terhadap Anwar bersabit video fitnah itu yang dikatakan sudah diedarkan di masjid-masjid, pasar malam dan rumah-rumah selain terpancar di Internet.

Tetapi yakinlah, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah "bukti-bukti" dan keterangan bersabit video itu.

Lebih sebulan telah berlalu, namun pihak yang menayangkan video itu pada 21 Mac lalu – Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah masih bebas untuk menabur fitnah ke sana ke mari.

Manusia merancang… Kesudahan lakon layar adalah di tangan Maha Esa. Kegigihan Anwar mengharungi detik-detik getir yang menjelang adalah juga sebahagian daripada ujian Allah.

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan fitnah video lucah yang cuba dipalitkan kepada Anwar hanyalah lagi satu lapisaan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam menamatkan pemerintahan sebuah parti yang kian terdesak dengan kemungkaran yang kian terdedah. -mk


Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar

KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya. -HD


Israel Serang Kapal Malaysia

Posted: 16 May 2011 05:00 PM PDT

Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal 'MV Finch' ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.


Faizal menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di Kuala Lumpur melalui panggilan dan sistem pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit dari kapal tersebut beberapa jam selepas kejadian tersebut.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 6.05 pagi waktu tempatan (kira-kira 1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang datang dengan laju serta mengelilingi kapal 'MV Finch' selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.

Katanya satu daripada das tembakan itu hampir mengenai krew kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bahagian kapal.

"Sambil mengelilingi kapal mereka meminta kami memberhentikan kapal dan mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan tersebut," kata Faizal.

Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh adalah rakyat Malaysia manakala yang lain ialah warga asing iaitu dua krew warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Faizal berkata tentera Israel menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.

"Tentera laut Israel menggunakan peluru jenis point 50mm anti air craft," katanya.

Faizal berkata wartawan The New Straits Times Alang Bendahara sempat merakam video tindakan kejam Israel itu terhadap mereka.

Menurut Faizal lagi, selepas tentera Israel melepaskan tembakan pertama, Kapten Jalil Mansor dari kapal misi memberitahu tentera Israel melalui radio bahawa: "Ini adalah menyalahi undang-undang terhadap orang awam yang tidak bersenjata".

Tentera Israel: Ini ialah tembakan amaran. Berpatah balik.
Kapten Jalil Mansor: Kami orang awam yang tidak bersenjata dalam misi bantuan kemanusian ke Gaza.
Tentera Israel: Ini ialah zon tentera tertutup. Ia adalah satu pencabulan. Berpatah balik.
Kapten Jalil Mansor: Kami akan teruskan (misi).

Kemudian tentera Israel menuju ke bahagian belakang kapal misi dan melepaskan tembakan amaran kedua ke udara.

Derek Graham: Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Kami dalam misi keamanan dan tidak bersenjata.
Tentera Israel: Berpatah balik. Kami akan lepaskan tembakan lagi.
Derek Graham: Kamu tembak orang awam yang tidak bersenjata.
Tentera Israel: Kami tidak tembak orang awam yang tidak bersenjata.Derek Graham: Seperti tembak ke arah kami.
Tentera Israel: Kami tidak lepaskan tembakan ke arah kamu. Kami cuma lepaskan tembakan amaran.

Selepas itu, tentera Israel melepaskan dua lagi tembakan amaran dan mengugut: "Lain kali, kami akan mendarat di atas kapal kamu".

Kemudian kedengaran di radio, tentera Mesir memberitahu tentera Israel: "Hentikan tembakan. Mereka berada di perairan Mesir".

Mengetahui kehadiran tentera laut Mesir, tentera Israel terus beredar.

Kapal misi bantuan itu berlepas dari Greece petang Selasa waktu Malaysia memasuki Mediterranean menuju ke Gaza, membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

- Bernama >

Saksi Pembela Diugut Dan Kewibawaan Saiful Jadi Persoalan.

Posted: 16 May 2011 04:15 PM PDT

Anwar : Polis Ugut Saksi Pembela Kes Liwat Fitnah

KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis "menakut-nakutkan' saksi pembelaan yang dijadualkan memberi keterangan apabila perbicangan bersambung bulan depan.

"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.

Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan tiga puluh saksi disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Pemeriksaan itu mendapati dubur Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda atau kecederaan untuk menyokong dakwaan liwat yang dibuat oleh beliau.

Dr Osman, seorang warga Myanmar, turut memberi perakuan bersumpah bahawa beliau diugut oleh polis untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa jika tidak mahu menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Peguambela juga dijangka memanggil Hassanuddin Abdul Hamid iaitu pemiilik unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di mana jenayah liwat itu di dakwa berlaku.

Hassanuddin dilaporkan berada bersama Anwar dan beberapa orang lain sepanjang petang 26 Jun 2008.


Hassanuddin dan isterinya tidak dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya.

Dalam satu ceramah, baru-baru ini, Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kenapa pendakwaraya tidak memanggil Hassanuddin.

Berikut petikan penuh ceramah Saifuddin :

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Bila Saiful buat aduan, polis serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini."

"Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada".

"Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama."

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". Sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat Saiful. Masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar," kata Saifuddin.
-tvsnews



Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri

Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta "dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)".

"Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini," katanya.

"Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa."

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.

Termasuk 'saksi alibi'

Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara (kanan).

Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun. -mk



Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu
,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipe cat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun. -tvsnews


Ulasan GB

"Tali menjerut Anwar semakin mencengkam" tulis Wira Arjuna. Peluang untuk Anwar melepaskan diri dari pertuduhan itu semakin mengecil. Ia akan sama seperti kes Liwat 1 yang mana kebanyakan hujah pembelaan, Hakim Augustine Paul ketika itu dengan mudah mengklassifikasikannya "tidak relevan". Pagi tadi sewaktu menyampaikan keputusan penghakimannya, Hakim Zabidin berhujah dengan cara yang serupa, dimana cabaran pembela terhadap kewibawaan Saiful sebagai saksi tidak relevan katanya.

Sedangkan fokus utama ialah aduan Saiful itu sendiri. Dan Saiful sebagai saksi utama perlu mempunyai integriti. Integriti Saiful telah lama hancur musnah malah semenjak awal perbicaraan lagi.

1) Doktor yang merawatnya kali pertama menyatakan TIADA KECEDERAAN untuk menyokong dirinya diliwat.

2) Saiful tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar. Pengakuan itu dilakukan hanya selepas blogger menunjukkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan 2 hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan.

3) Sehelai seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful. Seorang Islam ada mempunyai "teman wanita" yang seluarr dalam boleh dihantar ke rumahnya?

4) Saiful ada menjalinkan hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif.


Cukup empat poin di atas AMAT RELEVAN dan sudah sepatutnya membatalkan kedudukan Saiful sebagai saksi yang berwibawa. Tetapi malangnya, mahkamah berpendapat disebaliknya.

Justeru seperti yang GB katakan sebelum ini: konspirasi berjalan terus.

Dan menurut Wira Arjuna lagi, di dalam kes video seks pula, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah "bukti-bukti" dan keterangan bersabit video itu.


Tangkap Ibrahim Ali Segera - NGO Aman

Posted: 16 May 2011 08:15 AM PDT

NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Angkatan Warga Aman Malaysia (Aman) menggesa Kementerian Dalam Negeri menahan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) ekoran kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian.

Ibrahim (gambar) dalam ceramahnya kelmarin memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Menurut Pengerusi Aman AP Raja Retinam, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu "amat bahaya", boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali berhubung perang jihad adalah satu kenyataan amat bahaya, kami mahu beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Malah dalam kenyataannya itu beliau seolah-olah mencabar polis, macam mana sehingga hari ini masih tiada tindakan yang dikenakan terhadap Ibrahim Ali... sudah lebih 48 jam tapi kenapa tiada tindakan diambil?"
katanya selepas membuat laporan polis terhadap Ibrahim di Balai Polis Sentul di sini.

Selain itu, tegas Raja Retinam, Ibrahim perlu menerima hukuman seperti mana yang dikenakan terhadap ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden awal bulan.

Sebelum ini Aman mendakwa ia merupakan gabungan kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan.

"Beliau dilihat cuba menghasut rakyat untuk bertindak menentang komuniti Kristian, ini tidak boleh," katanya.

Tambah Raja Retinam, ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan beliau adalah amat dahsyat, Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan segera, tahan beliau di bawah Akta Darurat.

"Ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman seperti ini, ini sudah menjadi budaya Perkasa dengan sekarang disokong Pembela (Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam).

"Saya tidak nampak kenapa Ibrahim Ali ini kebal, begitu juga dengan Utusan Malaysia, sepatutnya terbitan Utusan Malaysia digantung dan editor juga perlu digantung sehingga siasatan selesai," katanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang diterbitkan pada 7 Mei lalu.

Bercakap secara peribadi sebagai anak jati kelahiran Kelantan, Raja Retinam menyifatkan Ibrahim tidak layak untuk menjadi rakyat negeri itu.

"Saya sebagai anak Kelantan berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali, saya anak jati Kelantan dan rakyat Kelantan tidak akan kata perkara sebegitu.

"Saya rasa kelayakan beliau sebagai anak Kelantan perlu digugurkan kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam, beliau tidak layak untuk jadi rakyat Kelantan, rakyat Kelantan bukan seperti itu," katanya.

Selain itu, beliau juga menegaskan, Umno tidak sepatutnya bertindak mempertahankan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat fitnah.

"Umno terpaksa mempertahankan Utusan Malaysia sebab Umno adalah bos walaupun apa yang dilaporkan itu tidak betul.

"Utusan Malaysia bukan mewakili orang Melayu," katanya dengan merujuk kepada edaran akhbar itu yang dikatakan merosot.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.

Malah hari ini DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim. -TMI


Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan

Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.

Ibrahim yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

"Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

"Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam," kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.

Sikap membisu

Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.

"Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...

"(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya."

Dengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.

"Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis. -mk


Ulasan GB

Yang GB lihat, kenyataan Ibrahim Ali itu menambah-parahkan sakit tenat yang sedang menimpa UMNO BN kini.

Ditambahi pula dengan sikap kerajaan yang enggan untuk bertindak ke atas Ibrahim & Utusan akan menyebabkan pekung UMNO BN semakin terserlah. Pekung apa? Pekung assabiyah dan perkauman sempit.

Membiarkan Ibrahim bercakap dan bertindak sesuka hatinya, menimbulkan porak peranda dengan kalimah jihad yang dia sendiri keliru dan jahil mengenainya, akan hanya membantu kecepatan berakhirnya riwayat BN sendiri. Teruskan.

MP Kelana Jaya Pula Terima Video Seks, Polis Lansung Tak Bertindak

Posted: 16 May 2011 06:50 AM PDT

Petaling Jaya: Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Loh Gwo Burne hari ini mendakwa menerima satu sampul surat berisi beberapa keping gambar lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekeping cakera padat (CD) dipercayai klip video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD' itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sejak bila kewujudan sampul surat tersebut kerana berada di luar negara minggu lalu.

Sejurus membukanya, beliau mendapati beberapa helai kertas bersaiz ukuran A4 yang menunjukkan gambar video lucah menyerupai Anwar dan sekeping CD tidak berlabel.

Beliau kemudiannya mendakwa menerima satu panggilan telefon mencurigakan daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira pukul 3.54 petang yang bertanyakan pendapatnya jika beliau sudah menonton CD tersebut.

Fasih berbahasa Inggeris, lelaki itu melalui perbualan telefon dengan Loh berkata beliau mungkin menemui sesuatu yang menarik tentang bosnya (Anwar) yang jelas bukan seorang pemimpin yang berkaliber.

"Saya tanya siapa yang bercakap, namun beliau berkata 'kita mungkin boleh jadi kawan'.

"Lelaki itu juga berkata kepada saya jangan bimbang kerana saya akan diberi habuan jika menolongnya mengaibkan Anwar dan terus mematikan panggilan,"
katanya kepada pemberita di pejabat PKR Kelana Jaya di sini hari ini.

Terganggu dengan panggilan tersebut, Loh membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Way 12.30 malam tadi.

Ditanya jika sudah menonton CD tersebut, Loh menafikannya.

"Tidak perlu kerana jika keluarga Anwar sendiri sudah mengesahkannya, kenapa perlu saya tonton dan mempercayai kesahihan video tersebut," tegasnya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar S Manikavasagam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana menerima cd yang sama, namun beliau mengesahkan itu bukanlah Anwar selepas empat kali menontonnya. -FMT

Ulasan GB

Manalah rakyat nak percaya kepada pihak polis. Setiap sesuatu yang berlaku menunjuk dan mengarahkan kepada maruah dan integriti polis yang tercemar.

Datuk Eskay menyatakan hanya ada satu salinan dan salinan itu diserahkan kepada polis.

Kini begitu ramai memperolehinya, sampaikan di masjid pun diedarkan.

Dan polis berdiam diri tanpa apa-apa tindakan... dan rakyat sudah mempersoalkan apakah polis juga berada di belakang konspirasi pengedaran video seks ini. Jika tidak kenapa polis lansung tidak bertindak menyekat pengedarannya.


Malaysia Today Kerjasama Dengan WikiLeaks

Posted: 16 May 2011 05:30 AM PDT

London: Laman web yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today dijangka akan meningkatkan pelawatnya lagi apabila memulakan kerjasama dengan laman dari Australia, WikiLeaks.

(GAMBAR: Petra dan Assange bersalaman dan menunjukkan dokumen perjanjian kerjasama antara mereka)

Kedua-dua laman itu melalui pemiliknya, Raja Petra dan Julian Assange menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-duanya hari ini di the Sunday Roast lunch dekat the Duke of York.

Turut serta di majlis itu adalah anak Raja Petra, Sara Petra.

WikiLeaks menggegarkan dunia apabila membuat pelbagai pendedahan tentang dokumen yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Turut didedah adalah dokumen-dokumen berkaitan dengan Malaysia.

Raja Petra pula banyak menggegarkan politik Malaysia apabila membuat pelbagai pendedahan.

Antaranya adalah membuat pendedahan melalui Kenyataan Bersumpah kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada di tempat pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Puncak Alam.

Baru-baru ini, Raja Petra melalui TV3 menegaskan itu bukan kenyataan beliau tetapi kenyataan seorang pegawai kanan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kenyataan Bersumpahnya.

Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

Ekoran itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan pegawai tentera berkenaan telah digantung tugasnya. -HD

Cedera Parah Dipukul Dengan Cota Polis

Posted: 16 May 2011 04:50 AM PDT

Ayer Keroh - Gara-gara dituduh merempit, seorang operator pengeluaran sebuah kilang di sini didakwa dibelasah dengan cota oleh seorang anggota polis sehingga cedera semasa terjatuh daripada motosikalnya.

Lebih malang, remaja terbabit dikatakan terjatuh selepas melanggar sebuah motosikal yang turut menjadi mangsa dipukul anggota polis berkenaan dalam kejadian kira-kira 12.30 malam, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Farhan Abdul Malek, 22, berkata, semasa kejadian, dia menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Kebaya, di sini untuk ke rumah saudara di Pegoh untuk menziarah sepupunya yang baru sampai dari Kuala Lumpur.

"Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu kon jalan melayang entah dari mana dan mengenai seorang penunggang motosikal di hadapan saya.

"Akibatnya, motosikal dan penunggang berkenaan terjatuh menyebabkan saya juga gagal menekan brek dan terlanggar motosikal berkenaan. Saya juga terjatuh dan terseret atas jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, semasa menahan sakit, katanya, tiba-tiba seorang anggota polis datang dan mengheretnya ke tepi jalan sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurutnya, anggota polis berkenaan menuduhnya merempit dan hendak melanggarnya semasa membuat sekatan jalan raya. sedangkan mangsa langsung tidak menyedari ada sekatan jalan raya memandangkan tiada pengadang diletakkan.

"Jalan berkenaan memang gelap dan saya tidak nampak apa-apa sehingga saya sedar penunggang motosikal di depan saya sehingga menyebabkan kami berlanggar sesama sendiri.

"Apa yang menghairankan saya, polis berkenaan tanpa usul periksa menarik saya ke tepi jalan dan terus memukul saya dengan cota sebanyak empat kali di belakang badan sebelah kiri tanpa menghiraukan kecederaan saya alami.

"Saya juga dituduh mahu merempit sedangkan saya beritahu mereka saya mahu ke rumah sepupu. Saya juga tidak melanggar kesalahan jalan raya kerana lengkap berhelmet dan mempunyai cukai jalan dan lesen memandu yang sah," katanya.

Dia bagaimanapun dilepaskan kira-kira setengah jam selepas itu sebaik saja merayu kerana sakit dan luka teruk sebelum dihantar polis berkenaan ke Hospital Alor Gajah, di sini untuk rawatan.

"Saya kemudian bersendirian mendaftar di hospital berkenaan sebelum menghubungi sepupu dan bapa saya memaklumkan kejadian berlaku, sebelum dihantar ke Hospital Melaka pagi tadi (semalam) untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Malek Enden, 57, berkata, akibat insiden berkenaan anaknya patah tulang rusuk belakang akibat dipukul dengan cota, selain cedera serius di kedua-dua belah tangan dan melecet di belakang badan.

Menurutnya, dia kesal dengan sikap anggota polis itu yang membuat tuduhan dan tindakan melulu terhadap anaknya sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

"Sudahlah anak saya dituduh bukan-bukan, polis tersebut juga membuat sekatan jalan dengan cara tidak betul.

"Jika benar mahu membuat sekatan jalan, kenapa dengan peralatan yang tidak lengkap dan hanya dua pegawai sahaja terlibat?

"Tiada sebab untuk anggota polis ini membaling seorang penunggang motosikal dengan kon jalan jika tiada apa-apa kesalahan dilakukan penunggang berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Melaka, semalam.

Abdul Malek juga menjelaskan anaknya tidak pernah terlibat dengan kegiatan rempit.

"Saya masih keliru kenapa anak saya dipukul seolah-olah ada salah faham dan dendam dilepaskan kepada orang yang tak sepatutnya," katanya.

Berikutan kejadian itu, Abdul Malek membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, petang semalam berhubung tindakan keterlaluan anggota polis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Sariffudin Shaharudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan bapa mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut sebelum membuat sebarang tindakan.

Sehingga petang semalam, mangsa masih dirawat di wad D aras empat Hospital Melaka. -SH

Mangsa Simbahan Asid Derita

Posted: 16 May 2011 03:20 AM PDT

Shah Alam – "Hampir dua bulan kejadian itu berlaku, namun saya masih trauma dan berasa tidak selamat apabila berada di mana-mana sahaja," kata seorang daripada 23 mangsa simbah asid, Rohainah Hussin, 30, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun kesan kecederaan pada muka sebelah kiri, leher serta telinga yang terbakar sudah beransur pulih, dia masih memerlukan rawatan lanjutan dan terpaksa mengambil cuti dalam tempoh yang lama.

"Dalam tempoh dua bulan ini, akak berulang-alik ke Hospital Pantai untuk rawatan termasuk mendapatkan ubat-ubatan khas bagi memastikan kesan luka yang masih berair dapat pulih segera.

"Selain itu, akak juga akan jumpa doktor pakar mata Rabu ini untuk pemeriksaan susulan kerana sewaktu kejadian cecair terbabitt turut menjejaskan penglihatan," katanya.

Ketika ditanya berhubung pengedaran fotofit suspek oleh polis kelmarin, Rohainah berkata, dia tidak sempat melihat wajah lelaki yang menyimbah asid ke arahnya dan rakan pada 23 Mac lalu.

Menurutnya, kejadian terlalu pantas, namun rakannya hanya perasan lelaki yang menaiki motosikal bersendirian itu bertopi keledar dan berbadan gempal, berbeza berbanding fotofit diedarkan.

"Saya cuma berharap individu yang tidak bertanggungjawab itu ditangkap segera kerana perbuatannya menyusahkan orang ramai dan menimbulkan rasa tidak selamat terutamanya dalam kalangan wanita.

"Rasa takut serta tidak selamat sentiasa ada, tidak kira ketika berada di rumah atau di tempat awam. Kejadian itu boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja," katanya yang terkena simbahan asid ketika sedang berjalan bersama rakannya untuk ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields pada 23 Mac lalu.

Rohainah berkata, dia bersetuju dengan saranan beberapa pihak untuk memperketat penjualan asid di kedai untuk mengelak bahan itu disalah guna bagi tujuan jenayah.

Menurutnya, saranan itu bagaimanapun perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten supaya kejadian sama tidak berulang.



AWAS WANITA

Kuala Lumpur – Mengejutkan. Meskipun sudah 23 kes simbah asid melibatkan mangsa dan pemangsa yang saling tidak mengenali dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak Mac lalu, dan semakin menjadi-jadi bulan ini, masih ramai wanita yang seakan tidak ambil endah, sekali gus mendedah­kan diri mereka sendiri untuk menjadi mangsa seterusnya.

Ini kerana, daripada laporan kes terdahulu, hampir kesemua mangsa diserang di tempat terbuka, tidak ada kaitan malah tidak mengenali penyerang selain daripada berimej sama iaitu bertudung.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rata-rata wanita muda di Ibu Kota dan pusat bandar lain di Lembah Klang, bukan sahaja tidak takut malah tidak sedar keselamatan mereka kini terancam, meskipun berada di tempat terbuka seperti berhampiran stesen Komuter atau LRT.

"Saya tak tahu. Betulkah ada kejadian seperti itu?" tanya Amira Mohamad, 23, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika ditemui di Jalan Pantai Bharu di sini.

Menurutnya, rutin harian sebagai penuntut sentiasa sibuk dengan pelajaran menyebabkan dia kurang memberi perhatian.

"Kalau baca surat khabar pun, setakat baca saja. Saya tak ikuti sepenuhnya dan tak ambil ingat sesuatu perkara. Terima kasihlah kerana beritahu" katanya.

Nur Ilyka Mohd Nasir, 17, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ampang mengaku, ada mendengar me-ngenai serangan itu, namun dia tidak berasa dirinya terancam.

"Saya pergi sekolah dengan bas, balik sekolah pun dengan bas. Semasa tunggu bas pun, ramai-ramai dengan kawan. Jadi saya tak rasa diri saya akan diserang 'lelaki asid'," katanya.

Tambahan, Nur Ilyka berkata, daripada apa yang pernah diberitahu ibu bapanya, serangan itu berlaku di kawasan yang hampir dengan pusat bandar.

"Setahu saya, serangan itu tak pernah berlaku di kawasan Lembah Jaya, Ampang tempat saya tinggal," katanya.

Mengikut rekod, pagi Jumaat lalu, serangan seumpama itu berlaku di Seksyen 10, Wangsa Maju yang berjarak hanya kira-kira 10 kilometer dari Ampang, tempat di mana Nur Ilyka berasa selamat.

S Yasotha, 38, ketika ditanya mengenai hal itu berkata, dia tidak tahu mengenai 'lelaki asid' kerana tidak mengikuti laporan media massa.

"Saya tidak tahu mengenai simbah asid. Betulkah kejadian itu ada berlaku?," katanya.

Seorang guru, Shobihah Ismail percaya, lelaki asid hanya menyerang mangsa tertentu.

"Oleh itu, tidak perlu khuatir dan berhati- hati menghadapi kemungkinan disimbah asid," katanya.

Pandangan sama juga disuarakan pembantu kedai, Siti Hawa Ramly, 18, yang mengaku tidak bimbang keluar berurusan setiap hari walaupun tahu isu 'lelaki asid' berleluasa.

"Saya tidak bimbang kerana percaya serangan itu berlaku kerana ada sebab tertentu, mungkin dendam. Saya tidak terlibat dengan penyerang itu jadi buat apa nak rasa takut?," katanya.

Penuntut kolej swasta, Nurhaliza Abd Razak, 21, mengaku tidak buat sebarang persediaan menghadapi kemungkinan seandainya dia dijadikan sasaran.

"Sudah tahu ini, rasa takutlah juga tapi saya buat macam biasa saja," katanya.


Tiada ulasan: