Blog-list Malaysia |
- Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau- Shuhaimi
- Pengetua, Guru Besar Dan GPK Saja Yang Untung... Guru Biasa Habuk Pon Tarak..
- Ugutan Culik : Zahid Hamidi Dibidas Menteri Yang Kurang Cerdik
- Harga Minyak RON95 Kompom Naik..
- Akhirnya Mamak Kimma Ini Dapat Jugak Jadi Senator
- Woit Cikgu Malaysia.. Jangan Jadi Bodoh Dengan Pengumuman Najib..
- Syarikat Tawar Caj Emel 1 Malaysia Serendah 5 Sen
- Tiada Yang Layak Ganti Hadi
- Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat
- Himpunan Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tolak Fitnah
- Hakim Dan Pendakwaraya Bersekongkol
- Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam
- NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat
| Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau- Shuhaimi Posted: 17 May 2011 02:06 AM PDT SHAH ALAM 17 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kawasan Sepang mensyaratkan agar nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan dari senarai penceramah sebelum meluluskan permit untuk Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah JELAS- Tawan Malaysia. Tindakan 'lebih sudu dari kuah' itu dipertikai banyak pihak berikutan polis sebelum ini hanya meminta butiran penganjur sahaja sebelum meluluskan sebarang permit. Namun akhir- akhir ini institusi polis secara jelas diperkuda UMNO BN untuk kepentingan politik mereka, mengekang Anwar dan Azmin untuk turun padang menjelaskan isu semasa kepada rakyat. Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie ketika dihubungi TvSelangor berkata, polis bertindak keterlaluan apabila meletakkan syarat sedemikian yang dilihat jauh menyimpang daripada peranan sebenarnya, menjaga keselamatan awam. "Mulanya dia kata dia bagi permit kalau Datuk Seri Anwar tak ada tapi kemudian dia beritahu lagi, dia akan beri permit kalau Azmin Ali tak ada. Ini apa punya masalah? Permit ini sebenarnya siapa kita nak jemput terpulang kepada penganjur, syaratnya beri nama penuh, nombor kad pengenalan." Siri ceramah Jelajah Tawan Malaysia yang dijadulakan berlangsung di Dewan Orang ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat malam tadi pada mulanya mendapat permit. Namun pada saat- saat akhir, permit itu ditarik balik atas alasan dewan itu kecil dan hanya boleh dihadiri sekitar 400 orang sahaja. "Di Dewan Kg Bukit Changgang, Banting, polis bertindak menyita dewan, memasang pita rentang dan sebagainya atas alasan dewan itu kecil. Kalau tidak orang ramai yang hadir mesti 400 orang saja. "Pihak penganjur tidak perlu memohon sebarang permit untuk membuat ceramah didalam dewan," ujarnya lagi. Beliau menjelaskan pihak pengajur kemudiannya memindahkan lokasi ceramah ke Dewan orang ramai Salak Tinggi, Kuala Langat. Namun usaha itu turut mendapat halangan daripada polis. "Polis lakukan perkara yang sama juga, menghalang dengan 4 buah kenderaan peronda polis, Kemudian majlis itu dipindah buat kali ketiga ke Kg Taman Delima (Markas PAS). "Polis memberikan alasan tempat itu sempit memaksa ceramah itu dipindahkan ke Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS). Polis cuba tahan juga tapi setelah diterangkan baru ceramah dapat diteruskan," jelas Shuhaimi. Program ceramah penerangan siri ke-6 terbabit telah dihadiri kira-kira 1,400 orang malam tadi. Shuhaimi menjelaskan, tindakan polis itu dipercayai didalangi oleh campur tangan Ahli Parlimen Sepang, Mohamad Zin Mohamed yang cuba mengelakkan rakyat mengetahui kebenaran. "Kalau UMNO buat program di mana-mana kawasan persendirian tak mohon permit tapi tak ada FRU turun pun, tak ada polis buat sekatan jalan raya, jadi nampak sangat bahawa dalam daerah Kuala Langat cabang Sepang ini Ahli Parlimen dia mendalangi sekatan ceramah ini dan tidak mahu program itu dibuat." TV Selangor juga difahamkan mengenai kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim dalam ceramah tersebut namun beliau terpaksa mengubah fikirannya disebabkan gangguan polis itu. "Bukan batalkan kehadiran, bila susunan melibatkan MB dan orang-orang penting mereka kadang-kala mempunyai banyak program dalam satu malam, jika program terpaksa dianjakkan masa jadi kami tak mahu ganggu program beliau yang lain," ujarnya. Sebelum ini, KEADILAN Selangor melancarkan siri jelajah JELAS bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai 2011. Sehubungan itu, Shuhaimi meminta polis agar memberikan kerjasama terhadap gagasan Pakatan Rakyat selain menumpukan perhatiannya kepada menjaga keselamatan awam. "Jadi harap program JELAS selepas ini, saya minta dengan baik polis berilah kerjasama sebaik mungkin kerana kita juga parti yang patuh kepada undang-undang," tegasnya. ![]() |
| Pengetua, Guru Besar Dan GPK Saja Yang Untung... Guru Biasa Habuk Pon Tarak.. Posted: 17 May 2011 01:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mei — Beberapa kesatuan sekerja perkhidmatan guru mendesak kerajaan meneliti semula insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, yang disifatkan sebagai tidak memenuhi permintaan dan keperluan utama warga pendidik keseluruhan peringkat. Desakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) lahir daripada rasa tidak puas hati terhadap insentif yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada keseluruhan guru. Laporan Berita Harian memetik mereka kecewa kerana enam tuntutan yang dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada pertemuan 28 April lalu tidak diberi perhatian termasuk tuntutan kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid. Selain itu, tuntutan supaya kerajaan mewujudkan jawatan gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilakanakan. Mereka mendakwa kerajaan juga tidak memberi perhatian terhadap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di sebanyak 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dalam perutusan sempena Hari Guru semalam, Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya 'time-based' perlu diberi nafas baru. "Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. "Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya," katanya. Oleh itu kata beliau, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. "Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," kata Najib. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. Najib berkata, mereka juga boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. "Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. "Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," kata beliau. Selanjutnya, Najib menambah, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan. Dalam pada itu, Presiden NUTP Hashim Adnan berkata insentif yang diberikan tidak membabitkan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, walhal permintaan sudah beberapa kali disuarakan sebelum ini. Dipetik akhbar harian itu, beliau berkata, NUTP kecewa kerana kenaikan gred hanya dikuatkuasakan bermula 1 Januari depan, menyebabkan pengetua dan GPK yang bersara tahun ini tidak dapat menikmati insentif berkenaan. Yang Dipetua GMGBM Ruslan Madon pula berkata apa yang diperjuangkan gabungan itu sejak empat tahun lalu gagal direalisasikan sedangkan kenaikan gred bagi guru besar sekolah kurang murid jika dilaksanakan hanya membabitkan RM5 juta stahun. Sementara itu, Presiden KKGLMSM Jamale Paiman memberitahu pihaknya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi memastikan kebajikan 160,000 PPPLD daripada jumlah keseluruhan 430,000 guru terjamin. ![]() |
| Ugutan Culik : Zahid Hamidi Dibidas Menteri Yang Kurang Cerdik Posted: 16 May 2011 11:06 PM PDT SHAH ALAM 17 MEI : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyarankan agar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambilkira sifat kemanusiaan tatkala mengulas tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan Jumaat lalu. Zahid sebelum ini dipetik sebagi berkata, tindakan Izzah itu hanya 'dibuat- buat' semata- mata mahu meraih simpati orang ramai. Izzah dalam laporan polisnya menjelaskan beliau menerima ugutan SMS, menggertak akan menculik anak sulongnya jika bapanya iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berundur dari dunia politik. "Sebagai seorang menteri dia tidak wajar berkata demikian dan tidak langsung menujukkan simpati kepada ibu bapa yang menghadapi ancaman sedemikian. Ini juga menunjukkan dia mempolitikkan semua perkara dan tidak bertanggungjawab." Tian berkata Zahid sepatutnya menunjukkan rasa hormat dan bersimpati kepada Izzah, memandangkan ugutan yang diterimanya melibatkan nyawa dan bukan ingin menarik perhatian mana-mana pihak. "Saya rasa dia bukan sahaja sepatutnya tarik balik kenyataan tersebut tapi dia juga harus tunjukkan hormat dan sensitif kepada perkara yang serius ini." Tegas Tian, sungguhpun terdapat perbezaan ideologi dari sudut politik, namun Zahid tidak wajar memperlekehkan dan menghina keprihatinan seorang ibu kepada anaknya kerana tiada seorang ibu yang sanggup mempermainkan perkara sebegini. Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula berharap agar Zahid berhati- hati dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas Izzah. Ini kerana Zahid suatu ketika dulu merupakan individu yang paling rapat dengan keluarga Anwar dan lebih mengenali keluarga tokoh politik itu. "Saya juga minta supaya Datuk Zahid jangan main politik, ini soal nyawa jadi takkanlah hilang langsung perasaan simpati Zahid terhadap Anwar Ibrahim dan keluarganya. Apa pun jua perbezaan politik dan pandangan dengan Anwar, saya minta Zahid ada sedikit simpati." Beliau juga kecewa dengan tindakan Zahid yang cuba mempolitikkan ugutan yang diterima Nurul Izzah. "Janganlah korbankan sikap rasa hormat berhubung kes ini, ini soal nyawa jadi saya harap Zahid ada sempadan untuk berpolitik." - tvs ![]() |
| Harga Minyak RON95 Kompom Naik.. Posted: 16 May 2011 10:56 PM PDT Dari kenyataan pelbagai pemimpin kerajaan bahawa kerajaan tidak mampu lagi untuk mengekalkan tahap subsidi bahan bakar sekarang, maka kenaikan harga minyak petrol RON95 nampaknya tidak dapat dielakkan lagi. Ia boleh mempengaruhi tarikh pilihan raya umum akan diadakan, dan beberapa pengulas politik dan ekonomi meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin melewatkan tarikhnya untuk meredakan kesan harga minyak dan kadar inflasi yang tinggi, yang boleh menjejaskan kedudukan BN. Bagaimanapun, langkah melewatkan pilihan raya umum boleh mendedahkan Najib kepada risiko yang lebih besar, memandangkan kesan inflasi akan berlanjutan, ditambah pula keadan masa depan politik dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu. Berbanding dengan subsidi gula yang dipotong baru-baru ini, rasionalisasi subsidi bahan bakar pasti memberi kesan lebih besar ke atas harga ekonomi dan harga pengguna, memandangkan ia akan menambah kos pengangkutan. Jika kerajaan BN memilih untuk menaikkan harga bahan bakar sebelum pilihan raya umum, maka ia hanya akan memberi peluang kepada pembangkang memainkan isu kenaikan kos sara hidup yang telah terbukti dapat memudaratkan BN. Dalam satu temubual, ketua publisiti DAP, DAP Tony Pua memberitahu Malaysiakini bahawa besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat jika harga minyak RON95 dinaikkan. "Jika harganya terus meningkat, maka pilihan raya akan ditangguhkan lagi," kata ahli parlimen PJ Utara itu. ![]() |
| Akhirnya Mamak Kimma Ini Dapat Jugak Jadi Senator Posted: 16 May 2011 09:43 PM PDT Presiden Kimma dilantik senator KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari. The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu. "Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok. "Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu," kata sumber ketika dihubungi. Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah. Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah. Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976. Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini. Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan. Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara. Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan. Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC. Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan. ![]() |
| Woit Cikgu Malaysia.. Jangan Jadi Bodoh Dengan Pengumuman Najib.. Posted: 16 May 2011 08:38 PM PDT Guru Besar, Pengetua dan GPK saja yg untung Bukannya guru yang mengajar Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi. Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam. Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti. Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya. Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan. Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja. Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini. Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid. Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak. Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm. Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik. Betul tidak wahai guru? http://ibnmustaffa.blogspot.com ![]() |
| Syarikat Tawar Caj Emel 1 Malaysia Serendah 5 Sen Posted: 16 May 2011 06:08 PM PDT Jika syarikat Tricubes Berhad mengenakan caj 50 sen terhadap agensi kerajaan bagi setiap emel 1Malaysia yang dihantar kepada pengguna, caj perkhidmatan menggunakan wang rakyat mungkin boleh dikurangkan jika kerajaan membuka tender projek ini kepada syarikat lain. Ini kerana ada syarikat swasta lain yang lebih berpotensi sanggup menawarkan servis perkhidmatan yang sama seperti Tricubes namun dengan harga serendah 5 sen dan dalam masa yang sama perlindungan keselamatan data maklumat peribadi terjamin. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modular Synergy Sdn Bhd Nazar Yakin berkata, tindakan kerajaan yang enggan membuka tender projek tersebut dipersoalkan walaupun banyak pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berkemahiran ada. Nazar berkata, tidak ada sebab kerajaan enggan mempertimbangkan sebuah syarikat yang hendak menawarkan harga 10 kali ganda lebih rendah daripada Tricubes dan pihaknya akan mengemukakan kertas cadangan secepat mungkin. "Secara asasnya kita boleh letak apa saja jumlah yang kita mahu keranaini adalah urusan bisnes. Kita tak kenal mereka (kerajaan) jadi kita caj 5 sen," katanya yang turut menawarkan caj secara percuma jika kerajaan mengenakan bidaan terhadap projek itu. Katanya, keuntungan syarikat masih boleh tetap diperoleh walaupun caj serendah 5 sen dikenakan tanpa mengambil keuntungan yang besar daripada kerajaan. "Jika Google boleh menawarkan khidmat emel secara percuma (kecuali pakej premium dengan harga USD5 setahun) kenapa tidak emel yang lain," soal beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR Kelana Jaya di sini hari ini. Selain itu, Nazar yang juga bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pengasas Amanah Saham Nasional (ASN) berkata, pihaknya juga turut menawarkan pembinaan servis perkhidmatan jaringan sosial ala 'Facebook' yang dikenali 'Govtbook' bagi memudahkan orang ramai berinteraksi dengan perkhidmatan kerajaan. Katanya, melalui 'Govtbook' orang ramai lebih mudah berurusan dengan pegawai kerajaan dan dalam masa yang sama menjamin tahap sistem keselamatan data peribadi. "Kalau Facebook boleh dibina secara percuma kenapa tidak kami," katanya yakin. Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Log Gwo-Burne berkata projek ini mungkin boleh dilaksanakan tanpa berbelanjan tinggi jika kerajaan tidak terlalu mementingkan kronisme untuk memperoleh keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan walaupun ada banyak syarikat lain yang lebih berpotensi dan berminat menyertainya. Projek Emel 1Malaysia bernilai RM50 juta, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan dilancarkan Julai ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad Khairun Zainal Mokhtar, mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran 50 sen bagi setiap emel yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Menurut Khairun, pengguna jugaa akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'. Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015. Namun syarikat Tricubes dikenal pasti sebagai syarikat bermasalah apabila tersenarai dalam Bursa Malaysia sebagai antara 12 buah syarikat berstatus 'GN3′ kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk." Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya. Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya, namun dengan penganugerahan kontrak selama 10 tahun itu mungkin memberi nafas baru kepada Tricubes.-Free Malaysia Today ![]() |
| Posted: 16 May 2011 05:36 PM PDT Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua bahagian mengadakan mesyuratnya. Semua bahagian diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan. Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu. Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu. Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan. "Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya," kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama. Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu. Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang. Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi. Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan. ![]() |
| Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat Posted: 16 May 2011 08:02 AM PDT Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011. "Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan. Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah. "Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan ekonomi negara di masa hadapan negara," ujarnya. Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar. "Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang," katanya. Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan. Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno. "PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat," ujarnya. - hrkh ![]() |
| Himpunan Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tolak Fitnah Posted: 16 May 2011 07:34 AM PDT ![]() |
| Hakim Dan Pendakwaraya Bersekongkol Posted: 16 May 2011 06:18 AM PDT SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua. "Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor. "Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau. Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan." Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang. "Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya. Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang. "Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau. Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun. TVS News ![]() |
| Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam Posted: 16 May 2011 05:19 AM PDT Bohong dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan krebiliti yang ada kepadanya sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau peroelehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap keboleh percayaan itu melebhi 90 peratus. Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesutau peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja. Bahawa menurut tokoh berkenaan, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam. "Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti. Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar.." katanya. Apa yang saya diberi oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini. Katanya, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya. Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbicangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kinisudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya itu. "Saya kira pertemuan itu serisu dan penting kerana ia memakan masa yang panjang. Tetapi disini kita tidak boleh hendak mengatakan apakah keputusan hari ini setelah mereka berdua bertemu!'" katanya. Bagaimana pun beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar? Sumber - M. Sayuti Omar ![]() |
| NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat Posted: 16 May 2011 05:04 AM PDT Angkatan Warga Aman Malaysia (Aman) menggesa Kementerian Dalam Negeri menahan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) ekoran kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian. Ibrahim (gambar) dalam ceramahnya kelmarin memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Menurut Pengerusi Aman AP Raja Retinam, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu "amat bahaya", boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara. "Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali berhubung perang jihad adalah satu kenyataan amat bahaya, kami mahu beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. "Malah dalam kenyataannya itu beliau seolah-olah mencabar polis, macam mana sehingga hari ini masih tiada tindakan yang dikenakan terhadap Ibrahim Ali... sudah lebih 48 jam tapi kenapa tiada tindakan diambil?" katanya selepas membuat laporan polis terhadap Ibrahim di Balai Polis Sentul di sini. Selain itu, tegas Raja Retinam, Ibrahim perlu menerima hukuman seperti mana yang dikenakan terhadap ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden awal bulan. Sebelum ini Aman mendakwa ia merupakan gabungan kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan. "Beliau dilihat cuba menghasut rakyat untuk bertindak menentang komuniti Kritsian, ini tidak boleh," katanya. Tambah Raja Retinam, ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara. "Kenyataan yang dikeluarkan beliau adalah amat dahsyat, Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan segera, tahan beliau di bawah Akta Darurat. "Ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman seperti ini, ini sudah menjadi budaya Perkasa dengan sekarang disokong Pembela (Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam). "Saya tidak nampak kenapa Ibrahim Ali ini kebal, begitu juga dengan Utusan Malaysia, sepatutnya terbitan Utusan Malaysia digantung dan editor juga perlu digantung sehingga siasatan selesai," katanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang diterbitkan pada 7 Mei lalu. Bercakap secara peribadi sebagai anak jati kelahiran Kelantan, Raja Retinam menyifatkan Ibrahim tidak layak untuk menjadi rakyat negeri itu. "Saya sebagai anak Kelantan berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali, saya anak jati Kelantan dan rakyat Kelantan tidak akan kata perkara sebegitu. "Saya rasa kelayakan beliau sebagai anak Kelantan perlu digugurkan kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam, beliau tidak layak untuk jadi rakyat Kelantan, rakyat Kelantan bukan seperti itu," katanya. Selain itu, beliau juga menegaskan, Umno tidak sepatutnya bertindak mempertahankan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat fitnah. "Umno terpaksa mempertahankan Utusan Malaysia sebab Umno adalah bos walaupun apa yang dilaporkan itu tidak betul. "Utusan Malaysia bukan mewakili orang Melayu," katanya dengan merujuk kepada edaran akhbar itu yang dikatakan merosot. Ekoran kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," katanya. Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu. Malah hari ini DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim. ![]() |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan