Kelab Greenboc |
- Bersedia: Harga Minyak RON95 Bakal Naik Lagi
- Pandi Kutty & Pariah - Panggilan Manja & Mesra
- 6 hingga 30 Jun Perbicaraan Untuk Bela Diri - Anwar Bakal Dipenjara, Sekali Lagi?
- TERKINI: Anwar Diarah Membela Diri
- Dua Bahan Buat Kek, Roti Ada DNA Babi: JAKIM
- Kes Liwat II : Hari Penentuan
- Husam Sendiri Gantung Banner Selepas Aktivis GEGAR Dipukul
- Lagi Kes Polis Tembak Mati Remaja
- [Video] Nurul Izzah Selar Politik Ugut
- Ibrahim Ali Wakili Melayu Mana?
- Qazaf: Pegawai Syarak Khianat Atas Akujanji Mereka
- Pembohongan Utusan Yang Tak Masuk Akal
Bersedia: Harga Minyak RON95 Bakal Naik Lagi Posted: 16 May 2011 01:25 AM PDT Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95 Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam. Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini. Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. -mk
|
Pandi Kutty & Pariah - Panggilan Manja & Mesra Posted: 16 May 2011 12:15 AM PDT Melihat 'Pandi Kutti' dalam kerangka 'Interlok' dan 'Kamus Dewan' Oleh Uthaya Sankar SB Walaupun kedengaran jelek, frasa itu adalah panggilan manja dan mesra Anwar kepada Najib. Perkataan Tamil, "Pandi Kutti" tiba-tiba menjadi sebutan di seluruh negara dan ruang siber sejak belakangan ini. Saya membaca berita di Free Malaysia Today (8 Mei 2011) bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan istilah/frasa itu semasa berucap di Dewan Hamzah, Klang pada malam 7 Mei. Perkara pertama yang saya lakukan adalah merujuk Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (DBP: 1988) untuk mencari perkataan "Pandi Kutti". Saya tahu makna frasa/perkataan itu dalam Bahasa Tamil tetapi saya juga teruja untuk mengetahui kalau-kalau ia sudah diterima pakai dalam konteks "bahasa Melayu, budaya Melayu" dengan konotasi yang berbeza. Hal ini penting kerana portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia sudah menegaskan: "Sehubungan dengan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ia hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain". Maka, tentulah saya tidak mahu masuk campur urusan "bangsa Melayu" jika "Pandi Kutti" adalah sebahagian daripada "perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka". Terbukti bahawa "Pandi Kutti" bukan perkataan bahasa Melayu; sekali gus tidak termasuk dalam kerangka "hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain" seperti dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya nyatakan demikian kerana Umno Online pada 9 Mei melaporkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein sebagai berkata bahawa "tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'pandikutti' atau anak babi adalah tindakan orang tidak berpelajaran". Turut dilaporkan bahawa "Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan" dan "Anwar sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya [sic] adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah". Apa yang menarik, FMT pada 9 Mei melaporkan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor sebagai berkata, "Anwarlah Pandi Kutti, bukan Perdana Menteri saya" pada sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. Umno Online pada 9 Mei pula melaporkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "Cercaan Anwar yang melabel Perdana Menteri sebagai 'pandikutti' atau anak babi, sebagaimana yang dilapor oleh Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu yang biadap dan sangat kurang ajar" serta "ia menampakkah kejelekan serta kedudukan beliau (Anwar) yang kini amat terperosok dan tertekan dengan permasalahan peribadi serta perbalahan yang meledak sesama anggota pembangkang". Di sebalik segala "kekecohan" itu, Perdana Menteri pula dengan tenang mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Anwar "has not caused me to lose sleep" (Bernama, 10 Mei 2011). Saya tidak mahu masuk campur dalam hal-hal dalaman mana-mana parti politik kerana bagi saya, parti-parti politik umpama sarkas yang seronok disaksikan dari luar; tetapi menjijikkan kalau kita masuk menyertai dan menjadi sebahagian daripadanya. Manja dan mesra Sebaliknya, saya mahu mengekalkan sikap apolitikal dan meneliti secara ringkas isu "Pandi Kutti" dalam kerangka "Interlok" dan "Kamus Dewan" kerana amat sesuai dan wajar dengan konteks Malaysia. Sudah terbukti bahawa isu "Pandi Kutti" tidak boleh dilihat dalam konteks "bangsa Melayu" dan "bahasa Melayu" kerana perkataan/frasa itu tidak (belum) terkandung dalam Kamus Dewan. Sebaliknya ia adalah perkataan/frasa Bahasa Tamil dan "hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Tamil, dan bukan dari kaca mata bangsa lain" sebagai meminjam pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya merujuk "Kamus Bahasa Tamil – Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris" (Fajar Bakti: 1998) dan mendapat pengesahan bahawa "Pandi" (panri) adalah "sejenis binatang" iaitu "babi" atau "pig". Maka, "Pandi Kutti" bermakna "anak babi" atau "piglet". Ternyata tidak ada apa-apa unsur penghinaan dalam frasa "Pandi Kutti". Malah, kedengaran "manja" dan "mesra" apabila diucapkan oleh dua individu yang rapat – atau pernah rapat seperti bersaudara. Untuk berlaku adil, saya menggunakan "Pandi Kutti" dan bukannya "pandi kutti" kerana saya masih ingat akan pelbagai hujah yang digunakan (antara lain) oleh Datuk Zainal Abidin Borhan dari Gapena, Profesor Teo Kok Seong dari UKM dan Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Dalam mempertahankan novel Interlok Edisi Murid (DBP: 2010), mereka mengatakan bahawa penggunaan perkataan "P****" adalah tindakan memuliakan kaum India kerana menggunakan huruf besar "P", sekali gus menjadikannya 'kata nama khas' dan bukannya 'kata nama am'. Dalam konteks ini, sedangkan perkataan "P****" boleh diterima dengan gembira – serta dipertahankan bermati-matian oleh kelompok akademik, persatuan penulis dan NGO – saya tidak nampak mengapa panggilan manja "Pandi Kutti" oleh Anwar kepada Najib dianggap menyentuh sensitif. Jangan kita lupa (atau buat-buat lupa) bahasa Anwar tidak memanggil seluruh kaum dengan panggilan "manja dan mulia" itu tetapi khusus kepada seorang individu yang (pernah) rapat dengannya. Bagi Khairy yang melihat penggunaan frasa "Pandi Kutti" sebagai "kejelekan" amat wajar segera bertemu Presiden Pena, Mohamed Saleeh Rahamad untuk memenangkan fikiran. Dalam isu Interlok Edisi Murid, pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya itu berpendirian bahawa "Biarpun ada unsur kejelekan pada sesetengah tempat, pengakhirannya membawa kepada pemahaman bersama bahawa perpaduan antara kaum penting" (Berita Harian, 20 Disember 2010). Berbalik kepada pandangan Datuk Dr Muhammad Yusoff (Umno Online, 9 Mei 2011) yang menegaskan bahawa "Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan" dan "sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya [sic] adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah". Betapa baik jika beliau telah tampil mengeluarkan pandangan dan hujah yang sama sebaik kontroversi novel Interlok Edisi Murid bermula pada akhir Disember 2010 untuk menyedarkan orang ramai bahawa "Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan". -FMT |
6 hingga 30 Jun Perbicaraan Untuk Bela Diri - Anwar Bakal Dipenjara, Sekali Lagi? Posted: 15 May 2011 10:15 PM PDT Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohamad Diah memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri. Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini bagi Anwar membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua itu. Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa". Saiful antara lain, memberitahu mahkamah beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu. Dalam penghakiman hampir sejam itu, Zabidin menerima segala keterangan Saiful, tiga pakar-pakar dan penemuan ujian DNA sebagai sebagai bukti kukuh untuk mengarahkan Anwar membela diri. Reaksi awal peguam Anwar, Sivarasa Rasiah adalah "keputusan sudah dijangkakan, apabila hakim mengatakan beliau menerima keterangan Saiful sebagai kredibel." Dalam hujahnya, Zabidin berkata beliau menerima bahawa sampel-sampel DNA melalui proses kerosakan kerana disimpan terlalu lama, namun ia tidak mencalar keputusan ujian yang dilakukan. "Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh" kata Zabidin di akhir penghakimannya. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. Ratusan penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu. Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat. Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak. Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'. Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan. -tvsnews
Ulasan GB Rasanya tak perlu tunggu kot sampai 30 Jun. Keputusannya akan sama seperti kes Liwat I. Chegubard pernah meramalkan begini: Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. Chegubard meneliti dari sudut "trend perbicaraan mahkamah" dimana memang sudah dari awal bukti nyata setiap permohonan pembela akan ditolak dan setiap cabaran pembela juga akan dikatakan tidak relevan. GB pernah mengulas sebelum ini dimana GB menyatakan hakim Zabidin adalah jelmaan hakim Augustine Paul dari kes liwat I. Kerana cara dan corak penghakimannya serupa. Kerana skrip itu dari pejabat Peguam Negara. Mana tahu? Bekas pegawai kanan polis beranama Datuk Mat Zain Ibrahim sendiri yang meminta supaya Tangkap Dan Siasat Gani Patail Segera! |
TERKINI: Anwar Diarah Membela Diri Posted: 15 May 2011 09:20 PM PDT Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwa berjaya mewujudkan kes prima facie case dan Ketua Umum PKR yang berusia 63 tahun itu perlu membela diri. Beliau juga menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi berwibawa. Tertuduh menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabie mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. "Pihak pembela cuba untuk menunjukkan Saiful sebagai saksi yang tidak berwibawa dan bukan seorang Muslim yang baik. Dengan meghormatinya pembelaannya, namun ia tidak relevan," tambahnya. "Saiful tampil sebagai saksi yang jujur dan bahanbuktinya meyakinkan, dengan setiap perincian diberikan di dalam keterangannya. "Oleh itu persoalan selanjutnya ialah samada wujud bahan bukti untuk menyokong kenyataan Saiful. "Ketiga-tiga doktor mengesahkan terdapat tusukan. "Mengenai pencemaran bahanbukti DNA, kesemua sampel telah diambil sejurus selepas kejadian dan telah dimeterai. Saya lihat kemungkinan untuk berlaku pencemaran terlalu kecil. "Berdasarkan kepada semua sebab di atas, pihak pendakwa telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh dan mengarahkannya untuk mempertahankan diri," katanya. Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar. Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar. Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut. Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar. Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat. Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar. Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku. Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang dikatakan adalah milik Anwar. Ulasan GB Ramalan GB pagi ini benar. Kata GB, skrip sudah ada. Anwar akan diarahkan untuk membela diri. |
Dua Bahan Buat Kek, Roti Ada DNA Babi: JAKIM Posted: 15 May 2011 07:30 PM PDT Putrajaya: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu. Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder.' Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik. "Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf. "Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam. Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. -BH Ulasan GB Mengapa JAKIM tidak menamakan syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri tersebut supaya umat Islam lebih berwaspada dan mudah bagi pengguna Islam membuat aduan kepada JAKIM jika ia masih terus berada di pasaran? |
Posted: 15 May 2011 06:00 PM PDT Keputusan kes liwat Anwar hari ini KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga tahun berlanjutan, kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pendakwaan sama ada akan membebaskan Anwar atau memanggil bela diri. Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar yang kini dihimpit kontroversi rakaman video seks pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan. Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat. Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Ulasan GB Skrip sudah ada. Anwar akan diarahkan untuk membela diri. GB pernah mengulas sebelum ini. Petikana: Cara bagaimana keseluruhan prosiding berjalan dan bagaimana hakim membuat keputusan tak ubah seperti prosiding semasa mendiang Hakim Augustine Paul menghakimi kes liwat 1. Plotnya serupa. Semua permohonanan peguambela akan diketepikan, walaupun hujjah kukuh dan tidak dapat dipertikaikan oleh Pendakwa. Mungkin, hakim-hakim zaman mutakhir ini serupa. Apakah kenyataan di atas menghina mahkamah. Tidak! Ia adalah pemerhatian secara keseluruhan tanpa melibatkan mana-mana hakim secara khusus. Di bawah ini khusus, tetapi sekadar menyatakan perkara yang benar. Hakim yang bernama Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, semalam menyatakan "Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak." Tidak konflik dengan kejadian? Liwat tanpa rela atau liwat suka sama suka? Berhujjahlah banyak manapun, skripnya sudah ada. |
Husam Sendiri Gantung Banner Selepas Aktivis GEGAR Dipukul Posted: 15 May 2011 04:00 PM PDT Selepas dipukul, Exco turun sendiri gantung banner Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut. Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut. Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh. Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa. Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika. Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya. Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu. "Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri," katanya kepada Harakahdaily. Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri. Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu. -HD
|
Lagi Kes Polis Tembak Mati Remaja Posted: 15 May 2011 08:00 AM PDT Keluarga gesa siasatan bebas kematian remaja ditembak polis Sivarasa menunjukkan salinan laporan polis dengan ditemani nenek Johari Abu Bakar, Jamilah (kiri) dan ibunya Salmah (tiga dari kanan). — Foto oleh Choo Choy May PETALING JAYA, 15 Mei — Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin. Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah. Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin. Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis. Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam. Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard. Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati. Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu. Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu. "Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang. "Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan," katanya. "Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan," kata Tun Hisan. Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian. Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata. "Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini. Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56. Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat. Salmah mendakwa terdapat banyak percanggahan dalam persekitaran yang menyelubungi kematian Johari khususnya dalam keterangan diberikan kepada media dan kepadanya oleh seorang anggota polis bernama "Afendi". "Anggota polis itu memberitahu saya bahawa ada empat yang lain ketika kejadian dan mereka dipantau selama lima hari sebelum ditembak. "Mereka mendakwa anak saya menembak ke arah mereka dan empat yang lain melepaskan diri ketika tembakan. Saya mendapati yang ini sukar untuk dipercayai," katanya. Malah katanya, Afendi juga mendakwa Johari melepaskan lapan das tembakan ke arah polis sebelum mereka membalas tembakan. Ibu berusia 41 tahun ini dengan menitiskan air mata berkata, dia mengesyaki sesuatu berdasarkan keadaan mayat anaknya apabila dia dibenarkan menziarahinya di rumah mayat Hospital Serdang semalam. Sivarasa, yang berada di rumah mayat bersama keluarga itu semalam berkata, tangan kanan Johari juga patah. "Anda boleh lihat tangan kanannya patah, berbentuk V. Persoalannya ialah bagaimana dia boleh mematahkan tangan dia? Selepas atau sebelum tembakan?" katanya. Beliau menambah, apabila Afendi, dari balai polis Dengkil ditanya mengenai tangannya, dia memberitahu bahawa tiada apa-apa masalah dengan tangannya. "Keluarganya juga tidak gembira dengan hospital. Pertama, mereka hanya dibenar menziarahi jenazah Johari untuk beberapa saat. "Kemudian, apabila bedah siasat lengkap, mereka tidak dimaklumkan oleh doktor yang bertugas, yang secara kebetulan, ahli patologi yang mengendalikan bedah siasat pertama ke atas A Kugan, yang kemudian dipertikaikan di mahkamah," kata Sivarasa. Kata beliau, sehingga kini tiada rekod jenayah ke atas Johari. "Kami bukan menentang tahanan mengikut undang-undang, tetapi jika dia bersalah, dia seharusnya ditangkap dan dibicarakan di mahkamah dan bukannya ditembak mati," kata Sivarasa. "Saya hanya mahukan keadilan ke atas anak saya. Jika dia melakukan kesalahan, tangkap dan penjarakan dia, jangan tembak dia," kata Salmah. Salmah kali terakhir lihat anaknya seminggu lalu dan mendengar suaranya kelmarin, kemungkinan beberapa saat sebelum ditembak. "Dia memanggil saya tetapi sebelum saya menjawab, talian terputus. Saya merasakan itu ketikanya dia ditembak mati," katanya. Jamilah berkata, kali terakhir dia bertemu Johari adalah dua hari lalu di rumahnya di Kayu Ara di sini. Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor. -TMI
|
[Video] Nurul Izzah Selar Politik Ugut Posted: 15 May 2011 06:50 AM PDT MMP : Trend Politik Ugut Cemar Demokrasi Negara SHAH ALAM 15 MEI: Politik ugutan yang berlaku sejak kebelakangan ini umpama barah yang boleh merosakkan keharmonian negara dan perlu dikekang oleh pihak yang berwajib. Tindakan proaktif dan efisyen pihak polis tentunya dituntut supaya individu yang bertanggungjawab dalam membuat ugutan dan sebagainya dikenakan hukuman yang setimpal di atas jenayah yang dilakukan. Menurut ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang merupakan seorang peguam, tindakan mengugut bukanlah sesuatu yang boleh dibuat mainan dan tindakan tegas harus diambil. " Pada saya isu ini serius apabila sampai tahap seorang wanita dan ibu mendapat ugutan. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk kita dapat mengatasi masalah ini,"katanya merujuk kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima Nurul Izzah minggu lalu. Izzah minggu lalu telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang wangi berhubung ugutan SMS yang diterimanya. Dalam laporan polis berkenaan, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seorang yang tidak dikenali. "Sebagai seorang peguam perkara ini cukup serius dan pihak polis perlu bertindak segera dengan siasatan yang rapi dengan secepat yang boleh," tegas Gobind. Menerusi SMS berkenaan, ahli parlimen Lembah Pantai itu yang mempunyai dua orang anak, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar diancam "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya. SMS penuh yang diterima berbunyi seperti berikut: "YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie. Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi. Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab". Terdahulu pemandu peribadi Anwar, Abdulah Sani Said yang berkhidmat dengan Anwar sejak 28 tahun lalu membuat laporan polis terdapat usaha untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum PKR itu. Dalam kejadian pada 19 April itu, beliau yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz S350 sedang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kemudiannya terpaksa berhenti secara kecemasan apabila kereta berkenaan tiba-tiba bergegar kuat dan tayar belakangnya seolah-olah terkunci. Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya 10 Mei lalu. Sementara itu, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, insiden seumpama ini yang sudah dilaporkan kepada pihak polis harus disiasat segera kerana ia melibatkan nyawa seseorang. "Daripada ugutan dan laporan yang dibuat, pihak polis kena buat siasatan. Jangan berlengah lagi. Sebab ugutan ini adalah ugutan nyawa. Ugutan ini membahayakan nyawa. Pada saya sendiri, sekiranya mana-mana pihak yang diugut, maka mereka buat laporan dan tunjukkan dari mana ugutan diterima dan pihak polis hendaklah bersedia membuat siasatan. Sebelum ini Ketua Umum PKR dan juga presiden parti berkenaan diugut supaya meninggalkan arena politik sekiranya tidak mahu video yang mengandungi adegan seks mirip pemimpin kanan Pakatan itu dihebahkan kepada umum. Anwar didakwa pelaku dalam video seks berkenaan walaupun beliau berkali-kali menjelaskan bahawa individu berkenaan bukanlah dirinya. Klip video 21 minit itu ditayangkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara sebelum ianya dimuatnaik di Youtube secara berperingkat-peringkat. Sehingga ke hari ini, walaupun laporan Qazaf telah dibuat ke atas trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim- yang bertanggungjawab menayangkan video berkenaan-tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib. -tvsnews |
Ibrahim Ali Wakili Melayu Mana? Posted: 15 May 2011 05:15 AM PDT Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu, kata Hishammuddin Hishammuddin Hussein merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi SUNGAI BESAR, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini. Oleh itu kata Hishammuddin, "biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili." Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika "anda semua" menjadikannya berpengaruh. Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan. "... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah," kata Hishammuddin. -TMI Ulasan GB Nampaknya perjuangan PERKASA dan Ibrahim Ali ditolak oleh UMNO. Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Hussein menyatakan suara Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini. Jadi, Ibrahim mewakili Melayu mana? |
Qazaf: Pegawai Syarak Khianat Atas Akujanji Mereka Posted: 15 May 2011 03:20 AM PDT Mufti Perlis: Pihak berkuasa syarak jangan jadi 'penonton' Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berkuasa syarak agar tidak hanya menjadi 'fence sitter' atau penonton sama seperti rakyat biasa dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan video seks yang didedahkan trio "Datuk T" Mac lalu. Juanda berkata, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam soal penguatkuasaan undang-undang - penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah - bertanggungjawab di hadapan undang-undang dan Allah s.w.t atas akujanji dan sumpah setia jawatan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang syarak. Oleh itu kata Juanda, jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir. "Kegagalan mengambil tindakan adalah salah di segi undang-undang dan berdosa di segi agama kerana khianat atas akujanji mereka. "Ambillah tindakan segera kerana isu ini sudah lama merosakkan imej umat Islam, merendahkan moral masyarakat dan memperlekehkan undang-undang negara," kata beliau dalam satu kenyataan mengulas perkembangan semasa kes video seks yang si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah pun menafikan dakwaan dibuat oleh trio "Datuk T". Selain aduan polis dibuat Anwar, laporan qazaf juga dibuat oleh beberapa pihak terhadap "Datuk T". Sehubungan itu Juanda menambah, jangan kerana akibat kelalaian mengendalikan isu ini nanti, kelak ia menjadi "paku terakhir yang dipahat" oleh umat Islam ke atas "keranda" institusi perundangan syarak. Juanda juga mendakwa imej undang-undang syarak di Malaysia sudah cukup tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang syarak dalam isu video ini. "Pihak penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah bertanggungjawab menjaga akhlak serta memelihara moral umat Islam. "Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Mereka wajib menjalankan tugas hisbah dalam sebuah negara Islam," katanya. Mufti itu juga menambah, mereka wajib menjalankan tugas "amar makruf nahi munkar" agar wujud masyarakat yang berakhlak dan bermoral, bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam dan mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral ini. "Tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkannya dan mengedarkannya untuk tontonan umum," katanya lagi. Kata Juanda, jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir. "... kalau ada pihak yang diaibkan, maka bersihkan imej mereka melalui pelaksanaan qazaf dan kalau ada pihak yang tidak bersalah, maka bebaskan mereka. Inilah keadilan Islam untuk semua, tanpa memilih kedudukan mereka," katanya lagi. "Ini semua adalah tanggungjawab kita kepada negara dan agama. Rakyat sedang menilai dan memerhatikan pihak penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah, sejauhmana mereka bertindak bagi membuktikan undang-undang adalah untuk semua dan tidak bersifat memilih bulu dalam tindakan yang diambil. "Kita semua wajib memelihara imej agama, negara dan undang-undang kita," katanya merujuk kepada laporan media bahawa rakaman video seks itu yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu adalah tulen. "... maka sepatutnya pihak polis, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah Wilayah Persekutuan tempat perkara ini berlaku mengambil tindakan segera dan tegas kerana ini adalah perbuatan jenayah syarak yang amat nyata," jelas beliau. Juanda menambah, pelaksanaan sama ada hukum hudud, qazaf atau takzir boleh difikirkan oleh penguat kuasa syariah dan mahkamah syariah. "Penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah mesti tegas dan cepat bertindak kerana isu ini sudah lama meresahkan umat Islam," kata Juanda. Ulasan GB Jika sebelum ini, Mufti Perlis tersebut mempersoalkan mengapa PAS menolak untuk berkerjasama dengan UMNO, maka kenyataannya sendiri di atas menjawab persoalan yang ditimbulkan. IAITU keengganan kerajaan yang sedia ada untuk menegakkan dan melaksanakan kebenaran dan keadilan adalah merupakan titik yang menyebabkan tidak dapat berlakunya penyatuan di antara kedua parti berkenaan. PAS juga menyeru ke arah perpaduan TETAPI perpaduan yang kita maksudkan ialah perpaduan yang bersendirikan Al-Quran dan Sunnah bukan perpaduan berasaskan 1Malaysia. Bukankah Tuan Mufti sendiri mengakui di atas bahawa apa yang berlaku seperti video seks itu adalah perbuatan jenayah syarak yang amat nyata? Maka bagaimana PAS boleh bersama dengan pihak yang terang lagi nyata tidak mahu menjalankan penguatkuasaan syariah ke atas pihak yang bersalah itu? Kami tidak tidak akan bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". Di riwayatkan oleh Imam Muslim [no:49]" Kami berlepas tangan terhadap kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya kami telah menjalankan amanah untuk memberitahu, malah mengasingkan diri dari mereka yang derhaka kepada Allah. Dan jika Allah menurunkan balanya yang merata, kami memohon perlindungan daripadaNya kerana kami telah melaksanakan perintahNya. |
Pembohongan Utusan Yang Tak Masuk Akal Posted: 15 May 2011 01:30 AM PDT Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam. Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha. Lim menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam. "Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang. "Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya. "Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya." -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan