Blog-list Malaysia |
- Hadiah Muhyiddin Sempena Hari Guru.. Tahniah Cikgu..
- Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggil
- Hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri
- Saiful boleh dipercayai dan seorang yang "berwibawa". - Hakim
- Masjid menjadi tempat menyebar video seks
- ‘Datuk T’ sedia didakwa di mahkamah, kata Eskay
- Dakwa Utusan di bawah Akta 574
- Esok Hari Penentuan Buat Anwar Ibrahim
- Pesanan Untuk Ibrahim Ali Yang Jahil - Islam Tak Suruh Umatnya Berbunuhan
Hadiah Muhyiddin Sempena Hari Guru.. Tahniah Cikgu.. Posted: 16 May 2011 12:56 AM PDT KOS SUBSIDI NAIK, TPM BAYANG KENAIKAN HARGA BARANG -tmi Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011. Justeru katanya , negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan. "Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi. Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi. Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan. Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. |
Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggil Posted: 16 May 2011 12:18 AM PDT KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan. Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah, Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan. Contohnya Saiful mendakwa beliau "dipaksa' melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah. Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong. Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan. "Saya tidak terkejut (dengan keputusan) namun apa yang mengejutkan ialah beliau (Zabidin) seolah-olah sudah pun membuat keputusan penuh perbicaraan dan menjangkaui skop prima facie untuk memanggil pembelaan para tahap ini," Anwar memberitahu pemberita. "Ini menjadikan kedudukan pihak pembela (untuk menyediakan pembelaan) begitu genting," kata Anwar. "Kita akan pertahankan pendirian kita. Kita akan memanggil saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz (Jaafar)," tambah Anwar. Mumtaz adalah rakan karib kepada Rosmah dan dipercayai terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dan Rosmah. "Adalah jelas bahawa Najib, Rosmah, dan Musa terbabit dalam kes ini," kata Anwar. - tvs |
Hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri Posted: 16 May 2011 12:01 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan 'prahukuman' meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri. Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama. "Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini. "Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun. Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara. "Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," kata Ketua Umum PKR ini. The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi. Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini. Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar. "Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz. "Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar. Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan. "Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan. Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan. "Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas. |
Saiful boleh dipercayai dan seorang yang "berwibawa". - Hakim Posted: 15 May 2011 08:31 PM PDT Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. "Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya. Dalam penghakiman lebih dua jami itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa". Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan. Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar. |
Masjid menjadi tempat menyebar video seks Posted: 15 May 2011 05:59 PM PDT Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu. Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu. "Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu. Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai "tidak bertamadun". Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat. "Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain," kata beliau kepada TVSelangor. Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina. "Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya. Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu. "Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya. Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah. Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim. Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang. Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu. Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan. |
‘Datuk T’ sedia didakwa di mahkamah, kata Eskay Posted: 15 May 2011 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sudah bersedia untuk menghadapi tuduhan mempertontonkan video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil melahirkan keyakinan dengan pengesahan terbaru polis mengenai ketulenan rakaman itu. Shazryl juga yakin bahawa polis akan mendedahkan identiti lelaki dalam rakaman video itu, yang pertama kali dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu, walaupun undang-undang tidak memerlukan identiti mereka yang muncul dalam filem pornografi didedahkan. "Saya percaya polis akan mendedahkan identiti. "Berikan mereka sedikit masa memandangkan pasukan mereka baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat," kata beliau dalam kenyataan SMS dari China. Shazryl (gambar), individu utama dalam pendedahan rakaman video seks itu juga bertanya menerusi SMS sama ada terdapat sebarang maklumat bila beliau akan dikenakan tuduhan di mahkamah. Apabila ditanya sama ada persoalan itu bermakna beliau sudah bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang, beliau membalas: "Ya, Datuk T akan berada di mahkamah apabila mereka mendakwa kami." Beliau merujuk kepada trio "Datuk T" iaitu selain beliau, dua yang lain ialah bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Jumaat lalu, polis mengesahkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara. "Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar," katanya. Khalid berkata tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan. |
Dakwa Utusan di bawah Akta 574 Posted: 15 May 2011 07:24 AM PDT PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia harus didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menerbitkan laporan yang tidak berasas dan berunsur fitnah bertajuk "Kristian agama rasmi" pada halaman muka hadapan minggu lalu. Dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran berkata laporan Utusan itu hanyalah bersumberkan maklumat yang tidak sahih yang dipos oleh dua blogger pro-Umno dan ternyata tidak benar. "Tuduhan palsu yang disebarkan dengan meluas ini telah menjadi isu negara dan berpotensi untuk menimbulkan perpecahan dan ketegangan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini," kata mereka dalam satu kenyataan media bersama hari ini. Mereka berkata, berbagai laporan polis telah dibuat supaya tindakan diambil terhadap Utusan, para wartawan dan editor yang bertanggungjawab menyebarkan laporan itu mengikut lunas undang-undang. "Tetapi laporan-laporan polis ini tidak diendahkan dan siasatan tidak dijalankan malahan akhbar ini hanya sekadar diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri," kata mereka. Ujar mereka, "tidak dapat disangsikan lagi bahawa Utusan menikmati kekebalan dari pendakwaan kerana ia dimiliki oleh parti pemerintah Umno yang bertindak sebagai lidah rasmi parti itu. Utusan Malaysia kata mereka telah melakukan jenayah dan proses keadilan di negara ini hendaklah berjalan tanpa campur tangan daripada "tuan-tuan politik" akhbar itu. "Kami mendesak pihak berkuasa segera menjalankan prosiding jenayah terhadap Utusan Malaysia, para wartawan dan editor yang bertanggungjawab di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan," tegas mereka. Seksyen 298A melarang sebarang penerbitan perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warga negara atau sekumpulan warga negara. Apabila disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara di antara dua hingga lima tahun. - FMT |
Esok Hari Penentuan Buat Anwar Ibrahim Posted: 15 May 2011 05:48 AM PDT Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah). Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri. Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS. Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan. Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya. Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas. Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri. Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun. Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.MalaysiaKini |
Pesanan Untuk Ibrahim Ali Yang Jahil - Islam Tak Suruh Umatnya Berbunuhan Posted: 15 May 2011 02:26 AM PDT Nur Manuty : Islam Tegah Umatnya Lakukan Kehancuran Apatah Lagi Berbunuhan SHAH ALAM 15 MEI : Islam adalah agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya daripada melakukan kehancuran di atas muka bumi Tuhan. Malah Islam menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran. Berlandaskan hujah itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty berkata, adalah tidak wajar seorang Islam mahu menganjurkan suatu pertumpahan darah yang hanya membinasakan umat manusia tanpa alasan yang benar-benar kukuh. " Islam agama yang mahukan keamanan. Semua manusia yang berlainan agama diperuntukkan dalam Al-Quran, haram darahnya kalau kita membunuh manusia. Satu nyawa yang hilang seolah-olah kita membunuh semua manusia," kata Manuty. Beliau mengulas kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyatakan kesediaannya melancarkan perang salib ke atas penganut Kristian yang didakwa mahu merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Hakikatnya paderi Kristian yang didakwa mengadakan perbincangan mengenainya menafikan bahawa wujud dakwaan seperti yang dilaporkan media kawalan Umno, Utusan Malaysia awal bulan ini. Menurut Nur, tindakan Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya bertujuan untuk "memanaskan" keadaan. " Untuk provokasi lah tujuannya. Hendak timbulkan ketegangan supaya nanti dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,"katanya. Sementara itu, menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tindakan Ibrahim Ali yang mengugut mahu melancarkan perang jihad menunjukkan yang beliau sendiri tidak menghormati teras agama Islam itu sendiri. " Ini lah masalah kita dari dahulu sampai sekarang. Orang yang bukan Islam, mereka tidak boleh gugat Islam, yang menggugat Islam ialah orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan Islam termasuklah Ibrahim Ali,"katanya. " Orang Kristian sudah katakan sebelum ini mereka memang tidak ada niat untuk cabar kedudukan Islam. Apa yang mereka mahukan ialah hak mereka untuk mengamalkan agama mereka dan itu memang suatu hak yang dijamin oleh Islam,"tambahnya lagi. Menurut Khalid, tindakan itu juga merupakan talian hayat yang digunakan Umno-BN untuk mengembalikan sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu setelah menyakini undi bukan Melayu tidak lagi memihak kepada mereka. Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein pula mengeluarkan kenyataan dan dilihat cuba memejamkan mata dengan menyifatkan ia hanya pandangan Ibrahim dan tidak memudaratkan. " Kita ada undang-undang hasutan yang sepatutnya memang boleh digunakan tetapi tidak digunakan. Tetapi dari dulu lagi, kalau (Umno-BN) membuat kerja-kerja seperti ini, yang akan ditangkap ialah orang PAS dan DAP," kata Khalid lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan