Khamis, 5 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Ceramah Saifuddin Di machang(Polis kacau)

Posted: 05 May 2011 06:00 PM PDT

Video Pilihan


30/4/2011
Terima kasih kpd: http://www.lautdalam.com

Cari N3 lama-lama disini

Kelantan Bakal Mendapat Permaisuri

Posted: 05 May 2011 03:43 PM PDT

Isu Semasa

Seorang sultan yang sentiasa mesra dengan rakyat

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Dalam satu sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin bagi mengumumkan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin.

Sambil tersenyum baginda, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."
Sultan Muhammad, 42, yang membahasakan diri baginda sebagai 'saya' atau 'kita', berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir dengan berkat doa Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat), datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah (perkahwinan) akan berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad yang dimasyhurkan pada 13 September tahun lepas menggantikan bapa baginda, Sultan Ismail Petra, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Sebelum ini baginda pernah mendirikan perkahwinan dengan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. - Bernama.

-ijoks2009-
Tahniah tuanku,semoga tuanku dikurniakan isteri yang solehah dan bakal menjadi penyeri istana Kelantan.
kami sentiasa berdiri teguh dibelakang tuanku.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.
Cari N3 lama-lama disini

Apabila Ulama' Tidak Dipedulikan Tunggulah Kemusnahan

Posted: 05 May 2011 06:20 AM PDT

Merenung Sejenak

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, 

dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .

H.R Ahmad(Hadis ke 32dari himpunan Hadis 40)

Keterangan

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur.

Manusia tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka.

Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.



Cari N3 lama-lama disini

Ular Teman Hidupnya(18SG)

Posted: 05 May 2011 04:01 AM PDT

18SG

Jika ular jenis King Cobra merupakan salah satu haiwan paling beracun di dunia dan dianggap sangat berbahaya untuk didekati, namun bagi sebahagian orang ini bukanlah suatu larangan.

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Kajol Khan dari India yang ternyata lebih memilih King Cobra sebagai teman mainnya daripada anak patung  (the sun.co.uk).


Meskipun sudah pernah dipatuk tiga kali, namun Kajol tidak merasa takut mengajak mereka  bermain bersama, bahkan setiap malam tidur dengan King Cobra.

Jenis ular yang membawa 'bisa' sangat keras hingga konon boleh membunuh 40 orang ini seolah menjadi teman curhatnya. "Mereka adalah teman baik saya," kata Kajol. "Memang sungguh terasa sakit ketika saya dipatuk, tapi saya tahu, mereka hanya bergurau saja."



Ayahnya, Taj Mohammad (55th) merupakan seekor pawang ular yang sehari-hari didatangi orang untuk berubat dari hempedu ular. Sementara sang ibu, Salma Bano (45th) tidak menyukai tingkah laku anak perempuannya yang terlalu dekat dengan ular, yang menyebabkan Kajol dikeluarkan dari sekolah setelah suatu hari ditangkap membawa 'teman mainnya' ke sekolah.

"Saya benci ular," kata Salma. "Tapi saya mencintai suami dan anak saya, dan saya tidak ingin membuat mereka berdua patah hati jika saya mengusir semua ular-ular di rumah ini."


Cari N3 lama-lama disini

Geng Video Lucah Sudah Tewas

Posted: 04 May 2011 11:45 PM PDT

Isu Semasa

MInsider | Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang "Datuk T" dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

-ijoks2009-
Ya,Allah, selamatkanlah kami dari fitnah syaitan jin dan syaitan manusia.

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: