Sabtu, 21 Mei 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik, Ibrahim Ali bakal Ketua Menteri P. Pinang ...?

Posted: 21 May 2011 03:38 AM PDT

Umno Pulau Pinang
harap kejutan dalam pilihan raya umum ...?
Kaahhhhh, kah kah ...?

Ibrahim Ali bakal Ketua Menteri Pulau Pinang ...?
Kaahhhhh, kah kah ...?

Aik, punyerlah berat ...? Hingga tercicir ...?

Posted: 21 May 2011 01:17 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu."

Seterusnya di sini ....

Naik harga sampai 30 peratus ...? Mati, mati ...?

Posted: 20 May 2011 08:13 PM PDT

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersalahkan tindakan kerajaan persekutuan yang menarik subsidi sebagai punca harga makanan melambung naik.

Dengan berbekalkan perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), katanya, peningkatan harga makanan di Malaysia adalah dua kali lebih tinggi daripada purata dunia.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan akhbar."

Menurut Anwar, kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu."

Seterusnya di sini ....

Tiada ulasan: