Anak Sungai Derhaka |
- Tanah Runtuh Kajang: Mayat Dua Kanak-kanak dijumpai, 6 selamat
- Kerajaan memang tak bertanggungjawab jika naikkkan RON95 - Khairy
- Roketkini muncul Isnin ini
- Kerana 'Datuk T' Najib akan tersungkur?
- ‘Are you deaf, Najib?’
Tanah Runtuh Kajang: Mayat Dua Kanak-kanak dijumpai, 6 selamat Posted: 21 May 2011 04:23 AM PDT KAJANG 21 MEI : 8 orang kanak- kanak, mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan Rumah Anak Yatim Al- Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, berjaya diselamatkan sehingga kini. Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota keselamatan masih giat diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat. Setakat ini, 2 orang kanak- kanak disahkan meninggal dunia dan identitinya masih belum dikenalpasti. Kesemua mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Kajang. Sekitar jam 2.30 petang tadi satu tragedi tanah runtuh dilereng bukit di Hulu Langat mengakibatkan sebuah rumah anak yatim musnah sama sekali. Dilaporkan 24 orang tertimbus dalam kejadian itu. 20 daripadanya kanak- kanak dan 4 lagi adalah penjaga. 'Tiba- Tiba Tanah Kejar Saya': Saksi Tragedi Tanah Runtuh KAJANG: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi. Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim. "Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid. Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. "Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. TVS News |
Kerajaan memang tak bertanggungjawab jika naikkkan RON95 - Khairy Posted: 20 May 2011 09:36 PM PDT "Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95. Itu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO yang tak popular iaitu Khairy Jamaluddin Menantu Pak Lah, Biarpun ada yang berkata hanya berpura-pura tapi hakikatnya nampak rasional juga kerana beliau masih tahu menggunakan akal fikiran.. Jauh bezanya dengan pencacai UMNO yang menzahirkan sokongan terhadap langkah kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak tersebut.. inilah yang dikatakan sokongan membabi buta, biar diri sendiri kena mengikat perut dan hidup merempat tapi masih menyokong juga.. Kenaikan minyak bebankan rakyat MACHANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bermaksud menentang kerajaan dengan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan tarif elektrik. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menyokong kerajaan namun dalam hal ini, jika dilaksanakan, ia akan membebankan rakyat. Menurutnya, kenaikan RON 95 dan tarif elektrik akan memberi kesan terhadap barangan lain apabila ia melibatkan rantaian nilai. "Dalam sebarang keputusan, Pergerakan Pemuda mengalu-alukan gagasan rakyat diutamakan dan kami percaya ada mekanisme lain yang boleh digu-nakan untuk menampung subsidi dan kenaikan harga minyak terbabit. "Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95. "Rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol dan tarif elektrik akan menyebabkan mereka terus terhimpit," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Machang dan Pelancaran Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pergerakan UMNO Baha-gian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub; Timbalan UMNO Bahagian Machang, Ab-dul Halim Ismail; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mohamad; Ketua Pergerakan UMNO bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Machang, Syam-suriani Ismail. Khairy berkata, dalam menangani masalah sumber kewangan yang dihadapi, kerajaan perlu mengubah gaya perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat. Sinar Harian |
Posted: 20 May 2011 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi. Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini. "Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang," kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari. Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu. Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai "jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini." Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar. "DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya. "(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang," katanya. Roketkini akan dilancarkan Isnin ini. Editor Wan Hamidi Hamid berkata, "tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook". "Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar," kata wartawan veteran ini. Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak. Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar. Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang. Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak. Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu. "Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan," kata Zairil. The Malaysian Insider |
Kerana 'Datuk T' Najib akan tersungkur? Posted: 20 May 2011 09:53 AM PDT Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio "Datuk T" kerana "mempersendakan" Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru. Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam . "YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB. "Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB," tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri. Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau. Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak," tambahnya. Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam. "Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah," tambahnya. Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa "Datuk T" — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru. Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat. Seksyen 295 menyatakan bahawa "sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama" boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda. Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut. "Dua kes itu adalah berlainan," tambahnya. Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam. "Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan. "Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah," katanya. |
Posted: 20 May 2011 09:34 AM PDT SIBU: An opposition leader here has urged the federal government to retain petrol and diesel subsidies for fishermen and the lorries association and instead cut back on aid to the AP (approved permit) holders, independent power producers (IPP), F Class contractors and the housing industry. Lanang PKR chief George Chan said Prime Minister Najib Tun Razak must enforce a scheme that would benefit the majority and not just "cronies of the government". Commenting on the high subsidies given to AP holders (to import cars) and F Class contractors, he said this gesture only benefited a few people and not the masses. "The subsidies for AP, IPP, F Class and housing only benefit a few people. Most of them are cronies of the government. "These subsidies should be stopped. Here, we are talking about the general public and any scheme implemented by the government should benefit the majority, instead of the privileged few," he said. Chan said that abolishing subsidies would cause a chain reaction which would push up already soaring prices of daily necessities in Sarawak and Sabah. "At the end of the day, it is the consumers who will have to bear the additional burden. "I urge the government to seriously reconsider its decision to abolish this subsidy scheme as it would definitely backfire. "The inflation rate is expected to go up further as a result of the increasing prices of thousands of commodities," he told reporters here yesterday. Speaking to FMT today, a teacher, already seething from Najib's controversial announcement regarding promotions for teachers during the national Teachers' Day celebrations on May 16 in Kuching, asked if the prime minister was "blind and deaf" to the onground realities. "Malaysians are not stupid. We know the government needs money but why are you taxing us? Why don't you take away the subsidies from those rich AP holders and IPPs? "They (ministers) sit in Putrajaya and decide what is good for the people like us in Sarawak and Sabah. "Some of my students tell me that there is less food in the house now because their father cannot afford to buy more. Every thing is now expensive. "Everyday my wife is grumbling at how fast the prices of items are going up… everybody is talking about it …is the PM blind and deaf?" asked the teacher. Serious repercussions Meanwhile, the Rented Van Association in Sibu has also voiced fears at the effect of the subsidy withdrawal. The association members who, among others, also ferry students to school, said increasing fares would not be a solution. Association chairman Engkail Bunyau said its 68 members were already struggling to make ends meet following higher cost of spare parts and sluggish business. "Now with the subsidies abolished, we don't know what to do. Some of us may have to close shop," he said, adding that the government's announcement had taken them by surprise. Last week, the government suddenly announced the withdrawal of super subsidy for diesel which was given to C2 fishing trawlers and the nine types of commercial vehicles, including limousine taxis, prime movers, general cargo movers, vans, rigid tanker lorries for flour transport, rigid lorry for refrigerated goods and water tankers. The abolishment of subsidy is effective from June 1. The government said that the cancellation was necessary because of rising prices of fuels recorded since October last year. With the abolishment of the diesel subsidy, the government is expected to save RM659.3 million this year. Days after the government's shocking announcement, the Sarawak Lorries Transport Association (SLTA) decided to raise the transport charges from 20% to 30%. SLTA president Jong Foh Jit said its members had no choice but to raise the charges to cover their overhead costs. On Wednesday, the Sarawak Fishing Vessels Association also urged the government to rescind the decision. According to its chairman, Ha Tung Ting, there would be "serious repercussions" if the government went ahead with its decision to abolish super subsidy for diesel. Ha said with the subsidy withdrawn, the trawler operators would have to pay RM1.90 a litre, which, when added up, would incur an additional cost of RM20,000 a month. "It is impossible for us to absorb this extra RM20,000. There will be serious repercussions on the fishing industry with the decision to abolish the super subsidy for diesel for the C2 licence holders," he reportedly said. Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan