Selasa, 31 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Remaja Direjam Sehingga Mati Kerana Sertai Ratu Cantik

Posted: 31 May 2011 06:30 AM PDT


Katya Koren, remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine. Dia dilaporkan direjam kerana menyertai suatu pertandingan ratu cantik. Mayat remaja itu dijumpai ditanam di kawasan hutan di Crimea seminggu selepas kehilangannya.

Menurut rakan mangsa, Katya seorang yang gemar berfesyen dan Katya dilaporkan telah mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ratu cantik yang disertainya.

Menyentuh soal pembunuhnya, DM melaporkan bahawa tiga remaja Muslim berusia belasan tahun bertindak merejam Katya sehingga mati kerana mendakwa mangsa melanggar undang-undang Syariah. 

Menurut sumber polis, ketiga-tiga remaja itu bertegas bahawa tindakan membunuh Katya itu berlandaskan undang-undang Syariah. Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren, iaitu  Bihal Gaziev 16 tahun memberitahu polis bahawa  dia tidak menyesal melakukan pembunuhan itu.

P/s: Islam sekali lagi dicemuh kerana kebingaian budak-budak berusia belasan tahun yang membuat intepretasi hukuman syariah berdasarkan pemahaman mereka.


Anjing Ditembak 40 Kali, Diikat, Ditanam Hidup-hidup, Namun Masih Bernyawa

Posted: 31 May 2011 05:04 AM PDT


Adakah kes ini merupakan penyeksaan paling dasyhat terhadap binatang? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh sesetengah media yang melaporkan kes seekor anjing yang ditemukan tertanam seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas. Hasil pemeriksaan, anjing itu didapati telah ditembak sebanyak 40 kali di bahagian kepala.

Anjing jenis crossbreed mongrel yang diberi nama Star oleh penyelamatnya itu ditemukan berhampiran dengan Bandar Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemukan oleh petugas badan kebajikan haiwan itu ketika dia sedang  menyiasat suatu kes lain.

Ketika sedang melakukan siasatan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah sekeping papan yang ditindih dengan sebongkah kayu besar. Ketika mengalihkan papan tersebut, petugas itu terkejut apabila mendapati Star ditanam dengan bahagian kepala tertonjol di permukaan pasir.

Ketika menggali pasir untuk mengeluarkan anjing malang tersebut, petugas itu sekali lagi terkejut apabila  mendapati  keempat-empat kaki Star diikat kemas. Lebih mengejutkan apabila doktor mendapati Star telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, pasukan doktor berhasil mengeluarkan 40 peluru tersebut dari  kepala Star.
 
Insiden yang tersebut telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Biarpun orang yang bertanggungjawab masih bebas, namun masyarakat menuntut agar penjenayah itu dikenakan hukuman maksimum. 

Sebuah laman FB juga diwujudkan sebagai protes terhadap penderaan yang dialami Star. Ribuan orang telah mengikut laman itu. Malah 1000 orang dilaporkan telah menandatangani petisyen untuk menangkap penjenayah terbabit dan mengumpul dana membiayai Star.
 
P/s: Gila!

Pakar Ekonomi Ramal Inflasi Naik, Harga Barang Naik Melambung!

Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT

Untuk BN dan kroni!!!

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

"Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj)," katanya dilapor Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

"Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,"

"kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah," ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini.



Pengundi BN, Katakan Yahhhoooo, Tarif Elektrik Diramal Naik Setiap 6 Bulan!

Posted: 31 May 2011 12:40 AM PDT


Saya petik:
[MK] Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.

P/s: IPP didahulukan, rakyat dibelakangkan, IPP melaram, rakyat melarat!

[Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU

Posted: 30 May 2011 11:45 PM PDT


Berdasarkan laporan TMI, PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan Mei lalu memberikan kata dua kepada parti itu sama ada memberikan alasan yang kukuh atau berhadapan dengan tindakan pembatalan pendaftaran berhubung dengan satu kes pemecatan ahlinya dua tahun lalu.

Dalam berita yang sama, PKR juga akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah, dan dilakukan dengan niat jahat.

Untuk pengetahuan pembaca DCM, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 9 Mei 2011 yang menyatakan bahawa PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. Dalam suratnya, Abdul Rahman juga berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan parti itu memberikan alasan yang memuaskan.

Pada suatu sidang media, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. Walau bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Video:




 P/s: Kalau mahu menang PRU, berlawanlah cara anak jantan! Kalau tidak, potong anu buang ke dalam longkang!


Remaja Cabul Mangsa di Depan Ibunya

Posted: 30 May 2011 09:55 PM PDT


Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja lelaki layak digelar 'gila seks' apabila mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan ibu gadis terbabit, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini dikatakan bersama ibunya berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah rumah pangsa di Taman Nirwana, di sini untuk membeli sarapan di kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika mangsa dan ibunya itu menuruni tangga, seorang remaja lelaki yang tidak dikenali sedang menaiki tangga sebelum berselisih dengan mereka.

"Ketika itu ibu mangsa berada di depan manakala mangsa mengikut ibunya di belakang kerana tangga yang sempit berselisih dengan suspek.

"Remaja itu dikatakan berpura-pura seperti penghuni rumah pangsa berkenaan sebelum tiba-tiba meraba kemaluan mangsa," katanya...

P/s: Kurang ajar dan lahanat! 


Sadis&Tragis: Isteri Diperkosa, Triton Dilarikan

Posted: 30 May 2011 07:25 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.
Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

"Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit...
Berita yang sama:
Wanita kena culik, dibelasah tiga perompak 
[BH] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh saat mencemaskan hampir lima jam selepas dibelasah dan disamun oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan kenderaannya sebelum mangsa dicampak di tepi jalan, tengah malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 12 tengah malam di depan sebuah 7-Eleven di USJ di sini, suri rumah berusia 30-an itu sedang berada dalam Mitsubishi Triton menunggu suaminya membeli barangan di kedai serbaneka terbabit.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, tiga lelaki menyerbu masuk ke dalam kenderaan itu menyebabkan mangsa meronta-ronta dan menjerit meminta tolong, namun penjenayah terbabit bergegas melarikan kenderaan berkenaan.
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan lebam oleh seorang pengawal keselamatan di tepi jalan berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil, kira-kira jam 5 pagi. Telefon bimbit dan wang tunai mangsa turut disamun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meminta pertolongan pengawal keselamatan terbabit untuk menghubungi suaminya sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan pihaknya juga sedang menunggu keputusan penuh laporan perubatan.

Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan sudah menjalankan gerakan memburu ketiga-tiga penjenayah terbabit.
 
P/s: Gila lahanat!

JAKIM Dakwa Tidak Iktiraf Bir Halal, Pengedar "Barbican" Dakwa Kerugian

Posted: 30 May 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:
[Kosmo] Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


'Kami kerugian'

 
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

[HM] KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama," kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

"Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

"Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana," katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

"Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

"Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

"Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini," katanya.

P/s: Sila nyatakan jenama bir yang dikenal pasti mengandungi alkohol berlebihan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

Salih Selamat Nikah Isteri No 4, Bulan Madu di China

Posted: 30 May 2011 05:31 PM PDT


Saya petik:
[HM] KULAIJAYA: "Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi," kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

"Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya," kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad....

P/s: Semoga berbahagia.

Tiada ulasan: