Selasa, 31 Mei 2011

Ajijoi

Ajijoi


Umno bimbang jika rakyat bermaklumat

Posted: 30 May 2011 11:33 PM PDT

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.

Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter .

Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data".

" PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat  serta  mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ".

PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau.

Tetamu Khas Antarabangsa: Bukti Dunia Bersama PAS

Posted: 30 May 2011 11:30 PM PDT


TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS

KENYATAAN MEDIA

LAJNAH ANTARABANGSA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

28 Jamadil Akhir 1432 H | 31 MEI  2011

 

 

Bersempena  Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

 

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

 

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

 

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

 

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

 

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB

Ketua

Lajnah Antarabangsa


Tiada ulasan: