Khamis, 26 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Penyakit Anjing Gila Masih "Mengganas" di Bali

Posted: 26 May 2011 07:00 AM PDT


Wabak penyakit anjing gila yang melanda Bali seperti yang pernah disiarkan di DCM Ogos tahun lalu masih belum reda lapor VivaNews. Walaupun pemerintah Bali menyasarkan untuk membasmi wabak tersebut di pulau peranginan itu pada tahun 2012, namun sasaran itu terpaksa diubah kepada tahun 2015 kerana kekurangan dana.

"Terpaksa dimundurkan menjadi 2015. Pengunduran itu lantaran hingga saat ini virus rabies masih menjangkiti anjing-anjing di Bali," kata Ketua Biro Humas dan Provinsi Bali, I Ketut Teneng.

Bagi sesiapa yang mahu ke sana, sila ambil perhatian!

Bayi Meninggal Dunia Selepas Terima Suntikan BCG

Posted: 26 May 2011 06:12 AM PDT



Bayi comel bernama Rui Rui akhirnya meninggal dunia beberapa bulan selepas menerima suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG). Menurut Apple Daily, Rui Rui menerima suntikan tersebut pada 26 Oktober lalu di sebuah hospital di wilayah Zhejiang, China. Suntikan vaksin ini bertujuan melindungi bayi daripada tuberculosis. Namun malangnya, beberapa bulan selepas menerima suntikan itu, keadaanya berubah seperti yang dapat anda lihat pada gambar di atas. Menurut jabatan kesihatan, situasi kesihatan yang dihadapi Rui Rui itu berpunca daripada kerosakan sistem imuniti yang ada kaitan dengan suntikan itu.


P/s: Jangan bimbang. Doktor mengesahkan alahan yang dialami oleh Rui Rui jarang-jarang berlaku kepada penerima vaksin.

Bank Negara Perkenal Semula Wang Kertas RM20

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia.

Wang kertas itu merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

"Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran," katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.

Bapa Beli Sekolah RM4.98 Juta Demi Anak Tersayang

Posted: 25 May 2011 08:30 PM PDT



Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak sekolah itu ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38,  dan seorang rakan kongsi perniagaannya membeli Sekolah Mill dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sebelumnya, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu terus beroperasi tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil. Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun. Hill memberikan jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu. 
 
 
 

Mahkamah Tangguh Permohonan Ashraf Tukar Nama kepada Aleesha Farhana

Posted: 25 May 2011 07:59 PM PDT


Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.

Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. 
"Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat," katanya

P/s: Dia bukan khunsa!

[Sadis & Tragis] Budak 3 tahun Maut Dibaham Anjing

Posted: 25 May 2011 07:27 PM PDT


Saya petik:

[HM] RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.

Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.


P/s: Tragis & sadis. Banyak persoalan yang boleh dibangkitkan termasuk kecuaian dan sikap bapa saudara mangsa yang membenarkan anjing peliharaannya bermain dengan mangsa.

Tiada ulasan: