WikiLeaks: Eskay dan Kumpulan Pemisah Selatan Thai Posted: 24 May 2011 08:55 AM PDT Saya petik: [FMT] KUALA LUMPUR: Kabel kedutaan AS rahsia pada 2006 yang dibocorkan telah mendedahkan tahap pengaruh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah di dalam urusan dengan kumpulan pemisah Melayu Thai yang masih terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Thai.
Eskay, yang kemudiannya menjadi konsulat kehormat Thai di Langkawi, telah berkongsi pengetahuannya tentang pergerakan kumpulan pemisah ini dan aktiviti-aktiviti mereka kepada pegawai-pegawai Kedutaan AS berpangkat tinggi di dalam satu mesyuarat pada 5 Feb 2006.
Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington.
Butiran kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin yang telah diterbitkan di dalam laman web Malaysia Today hari ini.
Clark, di dalam kabel, telah membongkarkan beberapa pemahaman, maklumat dan tindakan-tindakan kumpulan pergerakan pemisah daripada Eskay termasuk:
- Penggunaan Malaysia sebagai tempat perlindungan yang selamat; - Peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pemberontakan generasi tua dalam menyediakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin muda; - Mengenal pasti seorang pemberontak veteran yang aktif mengarahkan serangan-serangan; - Pemberontak-pemberontak menerima bantuan kewangan melalui Singapura dari sumber-sumber yang tidak diketahui; - Pertubuhan pemisah generasi yang lebih muda memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi "terlalu panas"; dan - Pemberontak-pemberontak muda mempunyai pekerjaan tertentu di restoran-restoran Thai dan di estet getah.
Clark berkata maklumat daripada Eskay berkaitan kumpulan pemberontak itu adalah maklumat paling terperinci pernah pasukan AS terima.
"Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan besar golongan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.
"Pendapat-pendapatnya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada orang yang dipercayai," kata Clark di dalam kabel.
Kabel menambah bahawa Eskay telah menggambarkan dirinya "pengantara" penting yang memainkan peranan dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Melayu Thai dan kerap berhubung dengan pertubuhan pemisah di kedua-dua bahagian sempadan.
"Eskay berkata dia menjalankan usahanya dengan sebahagian besar pemberontakan kebebasan Thai dan Kerajaan Malaysia, dan mengekalkan hubungan berterusan dengan Ketua-ketua kumpulan pemisah paling dikenali yang tinggal di Malaysia.
"Bagi menyokong kenyataannya, dia menunjukkan rakaman video ketika mengadakan pelbagai mesyuarat dengan lelaki, yang ia sifatkan sebagai Ketua-ketua pemisah lebih tua dan bersama pengendali-pengendali yang lebih muda," tambah Clark di dalam kabel.
Clark bagaimanapun memberi amaran yang kepercayaan Eskay dalam menawan golongan lama Kumpulan Penentang ini bercanggah dengan pendapat ahli politik Malaysia, pegawai-pegawai dan polis yang umumnya berpendapat golongan tua ini sebagai tidak relevan.
Dia juga berkata bahawa terdapat beberapa sukarelawan rakyat Malaysia yang mencurigai hubungan Eskay dengan Kumpulan Pemisah itu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam urusan perniagaan kontroversi pada masa lalu.
Clark juga memberitahu di dalam kabelnya yang identiti Eskay adalah dilindungi.
Golongan lama
Kabel berkata Eskay telah memaklumkan kepada pegawai AS yang kebanyakan daripada generasi tua Ketua-ketua Pemisah Melayu ini tinggal di Malaysia dengan pengetahuan dan persetujuan kerajaan Malaysia.
"Eskay mengesahkan generasi pertubuhan pemisah lebih muda, termasuk yang terlibat di dalam serangan baru-baru ini di selatan Thailand, sering memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi 'terlalu panas' dan mereka memerlukan tempat perlindungan yang selamat," kata kabel, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia tidak sentiasa mengetahua identiti dan perjalanan golongan pertubuhan pemisah lebih muda.
Kabel berkata para pemimpin yang lebih tua, dengan jaringan mantap di Malaysia, mewujudkan perkhidmatan sokongan untuk kumpulan pemberontak di dalam penyediaan tempat perlindungan dan transportasi, pemberian perkerjaan termasuk di dalam restoran-restoran Thai dan di estet getah.
Clark juga berkata bahawa Eskay menamakan seorang pemberontak veteran, Abdullah Idris, naib presiden Barisan Revolusi Nasional (BRN-C), sebagai bertanggungjawab untuk mengatur untuk beberapa serangan yang sedang berlaku di selatan Thailand.
Bagaimanapun Eskay percaya yang pertubuhan pemisah Melayu hanya melakukan 30% serangan-serangan di selatan itu ke atas tentera Thai, puak polisi dan agensi perisikan bersama kumpulan penjenayah bertanggungjawab untuk baki serangan yang lain.
"Eskay mendakwa yang ramai pemimpin-pemimpin pemberontak percaya Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dan Penasihat Parti Thai Rak Thai General Chavalit Yongchaiyudh membiayai kebanyakan daripada serangan keganasan baru-baru ini."
Kabel juga berkata bahawa Eskay mengakui mengatur mesyuarat-mesyuarat di antara risikan Malaysia dengan pelbagai pemberontak-pemberontak yang beroperasi di Thailand, dimana mesyuarat-mesyuarat membincangkan satu persefahaman untuk laluan selamat di dalam Malaysia.
Bagaimanapun dia berkata walaupun di bumi Malaysia, militan Melayu Thai tidak merasakan selamat daripada kemungkinan penculikan atau pembunuhan.
"Ada sekurang-kurangnya satu peristiwa, seorang pemburu ganjaran Thai telah merasuah tempatan polis Malaysia untuk menculik sekumpulan pemisah yang ada di Malaysia.
"Eskay telah campur tangan untuk membebaskan mangsa, dimana seorang pegawai polis Malaysia telah mengunci mangsa di dalam bonet kereta polisnya," tambah kabel.
Pembiayaan asing dan rangkaian antarabangsa
Kabel juga berkata Eskay telah mendedahkan beberapa pemberontak yang menerima wang daripada sebuah bank di Singapura, melalui sebuah money changer di sempadan Padang Besar, Perlis.
Eskay juga telah memaklumkan kepada Pegawai AS dia tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kumpulan pertubuhan pemisah Melayu itu mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas luar seperti Al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.
"Eskay tidak tahu punca dana… walaupun terdapat pandangan beliau ia ada potensi hubung kait dengan kumpulan pengganas," kata kabel.
Eskay mengulas risikan Malaysia tidak memberi perhatian yang cukup atas risiko ini dan dia menggalakkan AS memberi perhatian terhadap perkembangan ini.
Mesyuarat di antara Pegawai AS dengan Eskay berlaku beberapa hari sebelum satu menjelang satu lawatan ke Thailand oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan Malaysia sebagai "fasilitator" yang berperanan untuk perbincangan tidak rasmi akan datang di antara pertubuhan pemisah Melayu dan perisikan kerajaan Thai.
Eskay bagaimanapun, merasakan bahawa peranan pengantaraan Malaysia tidak akan ada kemajuan.
"Sebaliknya, Eskay meramalkan keganasan akan berterusan," menurut kabel AS, yang juga menyatakan Eskay telah berkongsi dengan Pegawai AS satu kertas 'rahsia' 12 halaman tentang kumpulan pemberontak dan pendapat-pendapat kumpulan Melayu Thai, hasil dari temubualnya dengan ramai ketua pemisah.
Lebih daripada 4,500 orang, Muslim dan Buddha, telah terkorban sejak pemberontak-pemberontak melancarkan satu pemberontakan di rantau paling selatan Thailand yang memagari Malaysia sejak awal 2004.
Tiga wilayah selatan telah berada di bawah pemerintahan darurat sejak 2005, memberikan kuasa-kuasa luas kepada pihak tentera untuk membuat tangkapan.
Eskay muncul kembali dalam tajuk berita pada Mac tahun ini selepas menunjukkan satu video seks yang di dakwanya menunjukkan Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina.
Anwar telah menafikan ia ialah dia dalam video tetapi Eskay berkeras dia bercakap benar,dan mendakwa dirinya turut ada di dalam rakaman video itu bersama dengan Anwar.
* Terjemahan PulakDah! Siapa Eskay?
Saya petik: [MiloSuam] (1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.
(2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.
(3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.
(4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.
(5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu.
(6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini.
(7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.
|
Ingat Gambar Panas Ini? Si Pemilik Badan Meluahkan Rasa Hati Posted: 24 May 2011 05:30 AM PDT | |
Orang yang sama, gaya dan aurat berbeza. Benarlah hidup ini satu lakonan! |
|
DCM ada menyiarkan artikel berkaitan dengan gambar panas artis baharu ini di sini. Kiriman itu masih lagi popular di carta Kiriman Popular DCM. Dalam artikel itu, saya tidaklah "membelasah" artis ini secara langsung, cuma saya menyatakan rasa terkejut dengan aksi berahinya. Sudah tentu kiriman itu membangkitkan juga soal pengajaran dan pelajaran yang wajar diambil oleh mana-mana pihak agar menjaga aurat dan maruah diri, bukan melondehkan segala-galanya demi NAMA dan WANG! Rupa-rupanya banyak juga jurublog yang "menasihati" artis ini dengan pelbagai cara dan ayat. Kritikan/nasihat itu dijawab oleh pelakon itu di blognya (rujuk gambar skrin di atas). Saya baca artikel/luahan hati artis itu. Nadanya, nada orang yang tertekan. Namun malang, ayat-ayat pendek yang disusun seperti sajak itu tidak berbunyi "keinsafan" walaupun berkali-kali menyebut "...aku salah". Malang! Dalam meluahkan rasa hatinya, sempat juga dia menyindir orang yang menasihatinya. Malang!
Di ruang kolum blognya itu ada sebuah aplikasi yang memaparkan gambar artis itu. Ada gambar yang menutup aurat dan gambar yang tidak menutup aurat. Cuba lihat gambar pada gambar skrin di atas, bertudung hitam, kelihatan manis, cuba lihat pula aksinya sedang berlagak berahi di atas...aduhai!
P/s: Semoga diberi hidayah!
|
BN Guna JPN Daftar Rakyat Thai sebagai Pengundi? Posted: 24 May 2011 04:42 AM PDT
Saya petik:
[FMT] Percubaan mendaftar warga asing dipercayai dari Thailand sebagai pengundi kini dikesan di Kelantan apabila satu program di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dikenali 'Mydaftar' akan diadakan Sabtu ini.
Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang melahirkan rasa bimbang memandangkan program seperti itu belum pernah berlaku sebelum ini.
Beliau mendakwa tindakan ini sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurut Kamaruddin, beliau mengesyaki pendaftaran membabitkan warga Thailand sebagai pengundi ekoran kawasan parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan dengan sempadan.
Empat DUN dalam parlimen Tumpat ialah Pengkalan Kubur, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya menang satu kerusi iaitu Pengkalan Kubor iaitu Noor Zahidi Omar.
Sempadan Thailand
"Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).
"Saya dimaklumkan perkara ini pagi semalam. Namun ia berlaku ketika solat Jumaat minggu lalu. Operasi seperti ini belum pernah berlaku dalam jajahan Tumpat ini.
"Operasi ini dijalankan menerusi satu program dikenali Mydaftar iaitu satu program bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.
Program itu dikatakan diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.
Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.
"Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," katanya.
P/s: Siapa pengkhianat?
|
[PANAS] Bekas PM Mana yang Ada Video Lucah? Posted: 24 May 2011 03:00 AM PDT
Saya petik: [MSO] ...Di sinilah bermula dengan kisah macam mana bekas PM juga ada video lucah. Ceritanya dia pergi ke pejabat bekas PM berkenaan, saja borak-borak. Memang dia selalu diajak oleh bekas PM berkenaan untuk berbual kosong. Kebetulan dia sudah pergi dan dia bertanya mengenai sesuatu yang diberi tahu kepadanya, iaini mengenai video lucah.
"Mana gambar tu saya nak tenguk?' kata dia kepada bekas PM itu tiba-tiba. "Gambar apa!" kata bekas PM itu berhelah dan terkejut. "Ala you jangan nak sembunyilah, I tahu you ada.."katanya. "Tak adalah..." kata bekas PM itu.
Menurut orang itu muka bekas PM itu berubah. "Saya tahu dia berbohong kerana tengok mukanya pun saya nampak dia berbohong," katanya.
Gambar itu dia tidak terima dan bekas PM itu tidak beri kepadanya. Macam mana dia boleh tahu gambar itu ada dengan bekas PM itu apabila bodyguard bekas PM itu memberi tahunya.
Ceritanya bodyguard bekas PM itu telah dihantar khas ke bekas PM itu untuk mengambil (intip) gambar bekas PM berkenaan. Dia pergi bersama dengan bodyguard bekas PM itu juga. Ertinya misi ini menggunakan bodyguard sama bodyguard.
"You tahu gambar ini lebih lucah dari yang dikatakan video kucah membabitkan Anwar," katanya sambil tergelak kuat.
P/s: Saya pinjam prolog MSO: "Saya tidak mahu mempercayai berita ini tetapi saya paparkan juga untuk tatapan umum. Sama ada hendak percaya atau tidak walahu'am. Orang yang membuka cerita ini tidaklah sampai bersumpah laknat untuk mengesahkan apa yang didakwa diketahuinya."
|
ANAK Dakwa Felda Peroleh Pinjaman RM6 Bilion daripada KWSP untuk Tutup Masalanya Posted: 24 May 2011 01:45 AM PDT Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mei — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.
Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut "permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion."
Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.
Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.
"Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.
"Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya," katanya pada sidang media di sini.
Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.
"Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.
"RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku," kata Mazlan.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.
"Kita mahu tahu kebenaran," kata beliau.
Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).
"Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.
"Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh," soalnya. P/s: Sebagai pencarum, anda sewajarnya prihatin dengan dakwaan itu. Saya berkata demikian kerana anda tahu betapa susahnya untuk mengeluarkan wang simpanan daripada KWSP. Namun, organisasi itu umpama begitu mudah menyerahkan wang kepada Felda untuk tutup kelemahan pengurusan agensi yang ada kaitan dengan kerajaan itu. |
[Wajib Baca-Sebarkan] Kes Simbahan Asid: Serbuk Penaik dan Air untuk Neutralkan Kesan Asid Posted: 24 May 2011 12:00 AM PDT Prof Dr Zainudin Arifin dalam berita yang disiarkan oleh BH hari ini memberikan beberapa tip untuk mengelakkan kecederaan serius jika individu terkena simbahan asid. Kata beliau:
"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini.
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan. "Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya. P/s: Hati-hati. Sebarkan maklumat ini di blog dan laman sosial!
|
Ingat Pemuda Ini? Dia Didakwa Culik dan Ugut Tembak Perempuan Agar Berkahwin dengannya di Thailand Posted: 23 May 2011 10:30 PM PDT
Laporan awal (dakwaan pemuda ini dibelasah) fasal kes ini boleh dibaca di sini.
Saya petik:
Ugut tembak kalau tak kahwin [HM] SUNGAI PETANI: "Dakwaan lelaki itu mengatakan dia dibogelkan serta dibelasah dengan kayu dan pisau selain disumbat dalam but kereta tidak benar, sebaliknya dia sebenarnya menculik anak saya dan memaksa menikahinya di Thailand."
Begitu kata Shafie Ishak, 48, bapa kepada gadis dikenali sebagai Sha, 23, yang didakwa dilarikan lelaki terbabit, Mohd Azhar Aziz, 31, ke negara jiran seminggu lalu sehingga menyebabkan dia dibelasah lebih 40 lelaki termasuk penduduk kampung pada awal pagi Khamis lalu.
Shafie berkata, apa yang didakwa Mohd Azhar adalah palsu dan rekaan semata-mata kerana tiada seorang pun daripada lelaki yang membelasahnya di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, menggunakan kayu atau pisau, sebaliknya hanya dengan tangan saja.
Menurutnya, dia juga tidak menafikan mangsa dibelasah sekumpulan lebih 70 lelaki berbanding 40 orang seperti didakwanya, tetapi tidak pasti siapa yang berbuat demikian kerana keadaan gelap pada ketika itu.
"Malah, luka pada lengan dan kaki yang didakwa dikelar ketika kejadian terbabit adalah bohong.
"Sebenarnya luka itu dilakukannya sendiri ketika membawa lari anak gadis saya pada pagi 17 Mei lalu kerana mereka dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. P/s: Oleh sebab, polisi HM kini tidak menyiarkan berita sensasi sepenuhnya, maka DCM tidak dapatlah menyiarkan berita penuh berkaitan dengan kes ini. Komen saya, lelaki yang mendakwa anak perempuannya diculik dan dilarikan itu sudah menyatakan secara jelas unsur jenayah yang melibatkan pemuda itu. Laporkan kepada polis jika belum, biarkanlah mereka menyelesaikannya.
|
Pengundi BN, Katakan Yahooo, RON95 dan Elektrik Dijangka Naik!!! Posted: 23 May 2011 09:10 PM PDT
Cerita awal fasal tarif elektrik akan boleh dibaca di sini.Cerita awal fasal RON95 dijangka naik boleh dibaca di sini. Hari ini TMI menyiarkan jangkaan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen mulai bulan depan (mungkin juga hujung minggu ini). Kenaikan itu akan menjadikan RON95 berharga RM2.10 seliter. Jangkaan ini dibuat oleh AmResearch kerana kos subsidi yang ditanggung kerajaan BN meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan di utara Afrika.
Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Firma itu turut menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi terhadap makanan, pengangkutan, dan tenaga.
"Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini," kata wakil AmResearch.
Walau bagaimanapun, peningkatan kadar inflasi ini masih rendah berbanding dengan 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.
Semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.
"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya.
Dalam satu kenyataan petang semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik turut dinaikkan bulan depan. Beliau mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.
Di balik kenyataan demi kenyataan tentang kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata bahawa beliau sudah sekian lama menegaskan RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada IPP tidak memberikan makna kepada rakyat, sebaliknya hanya memberikan keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.
Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang terpaksa ditandatangani oleh TNB dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.
P/s: Saya tetap berpegang: jika tiada ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaan duit rakyat, kenaikan bil utiliti dan minyak yang amat membebankan rakyat dapat dielakkan.
|
Blog Celaka Lahanat Hina Allah dan Nabi Muhammad! Posted: 23 May 2011 07:30 PM PDT Rata-rata blog PR membuat kiriman mengutuk blog lahanat dan celaka di atas. Blog yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini menghina Nabi Muhammad dan Allah, mengubah suai surah dan hadis, membayangkan Nabi sebagai seorang gila seks, dan pelbagai macam lagi kiriman yang menghina Islam. Berdasarkan pemerhatian saya, blog ini berkemungkinan ditadbir oleh orang Melayu berdasarkan gaya penulisannya.
Saya keberatan untuk menyalin dan menampal beberapa gambar yang diubah suai, gambar komik yang menghina Nabi Muhammad, begitu juga beberapa gambar lain yang secara jelas menghina Allah, al-Quran kerana melalui tampalan gambar itu, kita secara tidak langsung turut menyebarluaskan gambar-gambar itu. Saya juga tidak mahu mengulas panjang-panjang kerana saya berharap Allah akan melaknati pemilik blog itu atas segala perbuatannya. Kepada pihak berkuasa yang siang malam memantau blog Pakatan Rakyat, ambillah tindakan dan pastikan pemilik blog itu dibawa ke muka pengadilan. Tindakannya menghina agama Islam secara terang-terangan itu seolah-olah mencabar kewibawaan anda!
|
Kerana Air Kencing Syaitan, Pramugari Diperkosa Lelaki Tidak Dikenali Posted: 23 May 2011 06:30 PM PDT
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.
Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran. "Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya....
P/s: Saya tidak simpati! Sila ambil pengajaran!
|
Budak 3 Tahun Lemas di dalam Kereta Posted: 23 May 2011 05:45 PM PDT
Saya petik:
Bapa sangka anak sudah keluar
[BH] MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah. Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya. "Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta. "Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.
Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.
"Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia," katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari. Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.
"Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak. "Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas," katanya.
P/s: Takziah! |
Lepas Nafsu di Tempat Awam Posted: 23 May 2011 05:10 PM PDT Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam. Lanjut di BH. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan