DIALOG RAKYAT |
- Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011
- Pemotongan Subsidi : KJ Tak Perlu Bersandiwara, Kata Saifuddin
- Bank Negara Akan Keluarkan Wang Kertas Dan Syiling Baru
- RON95 Dijangka Naik 20 Sen Bulan Depan
- Tuan Ibrahim Ubah Fikiran, Sah Tanding Timbalan Presiden PAS
- Tian Chua Kekal MP Batu
- DAP Lancar Portal Berbahasa Melayu, Roketkini
- Video Seks : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat
- Tanah Runtuh : Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian (Kemaskini)
- Penduduk Buat Laporan Minta Perlindungan Polis
- Pusat Tidak Tunai Janji, Masih Amal Projek Runding Terus
- Inflasi: Kerajaan buat rakyat pening lalat
- Zunar terima anugerah Cartoonists Rights Network International
- Video seks: Anwar tak akan lepaskan Najib...
- Ketua hakim negara dimasukkan ke IJN
- Selangor adakan Ops Selamat susulan tragedi tanah runtuh
- Loji Lynas: NGO alam sekitar pertikai kelulusan pantas EIA
- Rayuan Tian Chua ditolak, status MP jadi tanda tanya
- Insentif guru untuk sebilangan kecil sahaja dikesali
- Bukan barang naik, ringgit yang jatuh
- PAS tak halang pelajar terlibat politik
- Royalti: Gegar sasar 160,000 referendum
- Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM
Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011 Posted: 23 May 2011 10:52 PM PDT Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011. Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini. Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95. Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama. Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta. Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gula, tarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah. | |||
Pemotongan Subsidi : KJ Tak Perlu Bersandiwara, Kata Saifuddin Posted: 23 May 2011 10:49 PM PDT TVS MEWS PETALING JAYA : Muslihat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ingin meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan menggesa kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, gagal meraih perhatian umum, sebaliknya hanya menjatuhkan kredibiliti beliau. "Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan". Khairy pada 16 Mei lalu melahirkan kegusarannya dan menggesa kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua. | |||
Bank Negara Akan Keluarkan Wang Kertas Dan Syiling Baru Posted: 23 May 2011 10:48 PM PDT TVS NEWS
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. Siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini. Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baharu mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar. Katanya vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baharu itu dengan mudah. | |||
RON95 Dijangka Naik 20 Sen Bulan Depan Posted: 23 May 2011 10:46 PM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya | |||
Tuan Ibrahim Ubah Fikiran, Sah Tanding Timbalan Presiden PAS Posted: 23 May 2011 10:43 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu. | |||
Posted: 23 May 2011 10:42 PM PDT Ditulis oleh Radzi Razak PETALING JAYA : Ahli parlimen Batu Tian Chua menegaskan beliau kekal sebagai ahli parlimen walaupun Mahkamah Rayuan menolak permohonan beliau. Tian menyatakan permohonan beliau di Mahkamah Rayuan itu langsung tidak menyentuh status beliau kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha sebelum ini adalah jelas dan bersandarkan autoritinya untuk mengelakkan pilihan raya kecil berlaku dan status ahli parlimennya dilucut. | |||
DAP Lancar Portal Berbahasa Melayu, Roketkini Posted: 23 May 2011 10:35 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR: DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu, Roketkini untuk mendekati masyarakat dan sebagai usaha menonjolkan bahawa parti itu adalah untuk semua. Portal itu yang memberi tumpuan kepada berita dan analisis dipercayai untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, portal berkenaan akan dikendalikan oleh editor, Wan Hamidi Hamid. Antara lain, portal Roketkini akan menjadi medan kepada parti untuk menyampai dan memperbetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej DAP. | |||
Video Seks : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat Posted: 23 May 2011 10:33 PM PDT TVS NEWS
SHAH ALAM : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendren percaya dan yakin bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung mahkamah akan mendedahkan kebenaran sekali gus menjawab semua persoalan mengenai isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi bentuk konspirasi Umno-Barisan Nasional(BN). Surendren berkata, ia merupakan contoh jelas bagaimana kerajaan telah menyalahgunakan kuasa untuk menindas pembangkang sehingga sanggup menggunakan institusi bebas seperti polis. "Sekarang ini sudah jelas, dari apa yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri bahawa secara keseluruhan isu video seks ini memang wujud konspirasi yang melibatkan pihak kerajaan dan polis untuk menghancurkan karier politik ketua pembangkang. "Malah, saya tidak faham mengapa MDN perlu masuk campur dan membuat kenyataan yang bukan-bukan mengenai kes ini. Kita juga perlu ingat bahawa mereka yang menjaja video seks itu termasuk Bekas Ketua Menteri Melaka itu yang mempunyai pertalian kuat dengan Umno dan Barisan nasional," katanya ketika dihubungi Tv Selangor. Portal berita BERNAMA semalam memetik kenyataan Hishamuddin bahawa mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang. Beliau berkata, ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan. Surendren yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, Barisan Nasional merupakan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini memandangkan tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Datuk T selaku individu yang berperanan penting dalam menyiarkan klip video terbabit kepada umum. "Dengan pastinya Umno-Barisan Nasional terlibat kerana kita lihat smapai hari ini tiada tindakan yang diambil ke atas Datuk T dan mereka seolah-olah dilindungi oleh sistem perundangan dan pihak polis serta kerajaan," katanya. Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau. Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat kes fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay. | |||
Tanah Runtuh : Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian (Kemaskini) Posted: 23 May 2011 10:31 PM PDT Ditulis oleh Ayie HULU LANGAT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini hari ini. Baginda tiba kira-kira pukul 10.40 pagi dan diberikan taklimat penuh mengenai kejadian itu oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab. Turut memberi taklimat ialah Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Ashaari Mohamad yang menerangkan mengenai struktur tanah dan keadaan cerun lokasi kejadian. Dalam kejadian itu, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain berjaya diselamatkan. Ketika kejadian, penghuni rumah anak-anak yatim ini dikatakan sedang menjalani latihan nasyid dibawah sebuah khemah yang dibina bersebelahan dengan bangunan asrama. Pada majlis yang sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM217,000 kepada 53 mangsa tanah runtuh dan rumah anak-anak yatim berkenaan. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM100,000 disalurkan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Selain itu waris kepada 16 mangsa yang terkorban turut menerima RM5,000 manakala RM1,000 seorang diberikan kepada 37 mangsa yang terselamat. Dalam pada itu baginda turut berkenan menyampaikan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM80,000 kepada 16 waris mangsa yang terkorban. | |||
Penduduk Buat Laporan Minta Perlindungan Polis Posted: 23 May 2011 10:28 PM PDT TVS NEWS KLANG : Wakil penduduk Jalan Bukit Kerayong hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran ekoran ancaman pengusiran mereka dari kediaman oleh syarikat pemaju kawasan terbabit, Melati Ehsan Development Sdn Bhd. Sehingga kini, masalah Jalan Bukit Kerayong masih belum selesai. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong, Dominic See Chee Yong, pihaknya telah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama Melati Ehsan namun sehingga kini tidak menerima jawapan yang memuaskan. | |||
Pusat Tidak Tunai Janji, Masih Amal Projek Runding Terus Posted: 23 May 2011 10:26 PM PDT Ditulis oleh Radzi Razak PETALING JAYA : Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan Pusat tidak telus dalam pemberian kontrak projek naiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. | |||
Inflasi: Kerajaan buat rakyat pening lalat Posted: 23 May 2011 10:18 PM PDT MRDEKA REVIEW 1. Seperti yang dijangkakan Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini sekaligus menaikkan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat yang membeli rumah dengan cara pinjaman. 2. Beberapa hari kemudian Gabenor Bank Negara menyatakan kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga kos pembuatan terutamanya kenaikan harga minyak. Jadi ramai rakyat biasa di bawah jadi pening lalat mengapa Bank Negara perlu naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran. Rakyat biasa yang bukan pakar ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi. 3. KDNK Malaysia suku tahun pertama yang diumumkan hanya berkembang pada kadar 4.6%. Ini di bawah sasaran tahun ini pada sekitar 5.5 - 6%. Maknanya inflasi bukan disebabkan pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat. Malangnya, Bank Negara masih menggunakan cara lama untuk mengawal inflasi. Mungkin ada sebab Bank Negara naikkan kadar faedah, tapi majoriti rakyat tidak faham. Yang saya khuatir tindakan Bank Negara berterusan menaikkan kadar faedah bukan sahaja akan gagal mengawal inflasi malah mungkin akan menyebabkan kemelesetan pertumbuhan ekonomi. 4. Kalau baca akhbar The Star beberapa minggu lalu banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan hampir kesemuanya bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal. Mungkin semua yang menentang salah kerana kami tidak pandai ekonomi macam Gabenor Bank Negara. Kalau ada penjelasan logik cubalah berikan kepada rakyat, janganlah buat bodoh sahaja. 5. Rentetan masalah inflasi ini juga, beberapa Menteri mengakui inflasi di Malaysia agak serius. Mereka juga mengakui inflasi sekarang ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Yang anehnya mereka juga menyatakan kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON 95 bagi mengurangi subsidi kerajaan. 6. Jadi kita yang di bawah ini bertambah keliru. Kerajaan kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan kata mahu kawal inflasi. Tapi dalam mahu kawal inflasi kerajaan mahu kurangkan subsidi petrol. Kalau ikut logiknya, pengurangan subsidi petrol ini akan tingkatkan harga petrol dan barangan sekaligus tingkatkan inflasi. 7. Baru-baru ini juga Makmal Rasionalisasi Subsidi umumkan pengurangan subsidi gula. Harga gula pun naik. Kalau sudah harga gula naik, susah juga nak halang pengusaha jangan naikkan harga minuman mereka. Kerajaan kata pengusaha jangan cari untung lebih dengan naikkan harga minuman. 8. Kita pun setujulah dengan pandangan kerajaan kalau kenaikan tersebut kecil. Namun jika telah dua kali harga gula naik (sebanyak 40 sen secara keseluruhannya) kerajaan masih tidak benarkan pengusaha naikan harga minuman susah juga. Kalau pengusaha kedai minuman mungkin boleh lagi, tapi kalau pengusaha Industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar susahlah mereka. Kenaikan sedikit sahaja sudah boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kenaikan kos gula mereka. 9. Pengusaha pun rakyat juga. Mereka pun pening juga. Kerajaan tidak benarkan mereka naikkan harga tapi kerajaan sendiri tak mahu rugi, sebab itu kurangkan subsidi. Jadi pengusaha jangan buat untung, kerajaan pula yang hendak buat untung? 10. Dulu saya cadangkan supaya ditutup sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana yang dibuat bukannya rasional sangat kepada rakyat. Makmal ini harus melihat isu subsidi secara keseluruhan bukannya secara berasingan. 11. Misalnya kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran. 12. Tidak bolehlah satu keadaan kita hendak kurangkan subsidi hingga menyebabkan barangan jadi mahal, tapi ada barangan kita boleh dapat dengan murah dari luar, kerajaan pula kawal. Memang benar kerajaan perlu lindungi industri tempatan. Rakyat boleh faham jika hak mereka juga dilindungi melalui skim subsidi sedia ada. Yang rakyat tidak faham ialah kerajaan tidak mahu beri subsidi untuk barang mahal tapi kawal barang murah sehingga jadi mahal. 13. Sepatutnya makmal rasionalisasi subsidi buat polisi mengurangkan subsidi yang rasional kepada rakyat. Tapi yang terjadi hari ini ialah makmal ini buat pengurangan subsidi ikut rasional mereka sahaja. 14. Namun yang paling tidak rasional ialah apabila kerajaan cakap nak turunkan inflasi tapi tindakan kerajaan hanya meningkatkan inflasi sahaja. Ini yang benar-benar buat rakyat pening lalat. *Tulisan ini dipetik dari blog Khir Toyo (gambar kiri), bekas Menteri Besar Selangor. | |||
Zunar terima anugerah Cartoonists Rights Network International Posted: 23 May 2011 10:14 PM PDT Zunar, kartunis politik yang pernah ditahan polis telah dipilih untuk menerima anugerah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning, oleh satu badan yang mewakili kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI). Beliau bakal menghadiri majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika pada 7 Julai 2011. Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque (gambar kiri) pernah ditahan polis pada 24 September 2010, sebelum koleksi kartunnnya "CARTOON-O-PHOBIA" dilancarkan pada malam tersebut. Malah, koleksinya "1 Funny Malaysia" dan beberapa terbitan majalah jenaka kelolaannya turut diharamkan dari pasaran, menjurus kepada tindakan undang-undang oleh Zunar dan Malaysiakini (penerbit koleksi kartun Zunar) terhadap Kementerian Dalam Negeri atas keputusan tersebut. Pada Disember 2010, Pengarah Eksekutif CRNI, Robert Russell meminta Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein untuk menggugurkan semua dakwaan terhadap kartunis Zunar. Malah, CRNI menyaran agar buku kartunnya diterbit dan diedarkan tanpa sekatan, untuk menunjukkan bahawa Malaysia terbuka dan jujur dalam proses demokratiknya. Zunar menjadi kartunis terkenal semasa zaman Reformasi, dengan karyanya yang menyindir pemerintahan kerajaan Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang lidah Parti Keadilan Rakyat, iaitu Suara Keadilan, sebelum menubuhkan cartoon cafe pada tahun 2009, antara usahanya adalah penerbitan majalah jenaka alternatif, berjudul Gedung Kartun. Bagaimanapun, beliau bersama pasukan editorilnya terpaksa mengharungi rintangan dan halangan yang pelbagai dari pihak Kementerian Dalam Negeri, tetapi tetap mengeluarkan kata-kata bersemangat, "Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat terakhir." | |||
Video seks: Anwar tak akan lepaskan Najib... Posted: 23 May 2011 04:39 PM PDT Salhan K Ahmad Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu. Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan. Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu. Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata. Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu. Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya. Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan. Selain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu. Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan. Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar: BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan. Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan. Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan. Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat. Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya? Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya. (Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata 'pandi kutty', yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk. Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif. Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas... Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah. Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini. Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri? Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan? Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu). Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan 'saya akan tayang satu filem' tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini. Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri? Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu. Apa risikonya? Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya. Cara Datuk Seri beri reaksi kepada wartawan apabila ditanya mengenai jam Omega, sumpah laknat, sampel DNA, nampaknya Datuk Seri sangat... Marah? Nampaknya... Bukan, bukan, dengar sini. Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah? Tapi Datuk Seri sudah biasa menghadapi tuduhan seperti ini? Anda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan... Bukan untuk salahkan mereka semata-mata, tapi mereka boleh kata, 'Datuk Seri, saya minta maaf, boleh saya tanya...' tapi tidak. Omega. Omega Omega. Ianya (ditanya) dengan sangat biadap. Jadi bagaimana saya hendak hadapinya? Saya beri sedikit pengajaran. Mereka kata saya buat budak (wartawan) itu menangis, tapi itu bukan masalah saya. Jika anda bersedia untuk menggadai jiwa untuk duit, jangan cakap dengan saya soal moral. Isu Omega ini, pada saya, bukan satu isu. Adakah saya betul? Sekarang anda boleh lihat bahawa saya betul. Anda perlu ada kesabaran selama beberapa minggu. Jika saya beri respon, (saya) akan terperangkap. Anda akan tanya, 'Omega mana?'. Anda akan memperpanjangkannya... Anda akan beri kredibiliti. Mungkin lebih baik jika Datuk Seri kata 'saya tidak mahu komen' dan biarkan saja. OK, terima kasih atas nasihat anda tentang kesabaran. Azizah ada pandangan begitu. Dia kata, 'tak apalah, sabar.' Dia penyabar. Tapi jika akan perlu laluinya selama 13 tahun... Jadi saya mahu beri mereka satu pengajaran dengan memberikan respon. Datuk Seri nampak panas... [Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda perlu ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang. Secara tidak langsung, walaupun anda mendakwa bahawa anda buat kerja secara profesional, anda juga menjadi suruhan kepada pemimpin korup itu. Mahu atau tidak, anda perlu jual (berita), jadi anda perlu lapor. Maka anda juga sebenarnya mengikut tindak tanduk mereka. Anda tidak bercakap tentang (manifesto Pakatan Rakyat) Buku Jingga, anda tidak bercakap tentang rasuah, anda tidak bercakap tentang reformasi ekonomi, sebab anda kena ikut tindak tanduk siapa? Tindak tanduk Umno dan Utusan. Bagaimana pula Datuk Seri berjumpa Eskay. Sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan beliau? Saya jumpa semua orang. Semuanya kata mereka kawan baik saya... Semua yang lompat parti adalah kawan saya yang paling baik. Sesetengahnya saya tidak tahupun nama keluarga mereka, atau nama penuh mereka. Anda boleh bayangkan? Saya tidak tahu nama penuh (Eskay) sehinggalah dia failkan kes (saman berhubung jambatan bengkok). Tentulah saya kenal dia, ya, rapat. Anda juga percaya saya ada kawan baik yang namanya saya tidak tahu? Pada masa itu saya tidak tahu sama ada dia (memeluk) Buddha atau Islam, saya tidak tahu. Dalam kes jambatan bengkok itu, dia memberi keterangan bahawa dia membawa (defendan Yahya Jalil) untuk berjumpa untuk berjumpa Datuk Seri kerana... Kenyataannya itu tidaklah begitu salah kerana apa yang diperkatakan itu, begini; (Individu terlibat) adalah (dari) kem Mahathir, yang rapat dengan (menteri perdagangan dalam negeri pada waktu itu) Megat Junid (Megat Ayub). Megat Junid yang mengaturkan pertemuan itu untuk mereka datang berjumpa saya. Jadi Eskay datang dan bawa Yahya Jalil ini dan di dalam afidavit beliau, dia kata Anwar menasihatkan mereka supaya pergi ke (Unit Perancangan Ekonomi) kerana ia merupakan keputusan EPU berhubung penswastaan. Jadi, begitulah... Saya hantar mereka ke EPU dan dalam pada itu (Eskay) minta (syarikat Yahya) sebanyak RM20 juta. Itulah ceritanya. Adakah Datuk Seri diminta memberi keterangan di mahkamah? Dia ada (minta). (Peguamnya) bercakap kepada saya, mereka mahu sahkan (pertemuan antara Eskay, Yahya dan Anwar). Jadi saya kata OK, tetapi (pendengaran kes saman jambatan bengkok) kebetulan (berlaku) dengan perbicaraan saya. Kemudian (peguam) beritahu saya, memandangkan perkara ini tidak pernah dibantah, dan Yahya Jalil kemudiannya mengesahkan bahawa mereka telah bertemu Anwar dan Anwar meminta mereka bertemu EPU, jadi tidak ada keperluan untuk saya beri keterangan (berhubung kes berkenaan). Eskay tidak gembira (dengan keputusan itu), dia mahu saya beri keterangan. Jadi kes jambatan bengkok tidak ada kena mengena dengan video seks – kerana Datuk Seri tidak beri keterangan? Dia tidak kata begitu tetapi dalam kenyataannya dia mahu saya dan (isteri serta presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) supaya meletak jawatan, yang merupakan ugutan jenayah. Jadi di negara ini, ugutan jenayah, pornografi semuanya dibolehkan dalam negara Najib-Rosmah. Video seks ini merupakan siri terbaru dalam dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri selepas 1998. Kenapa kebanyakan tuduhan itu melibatkan seks? Apabila melibatkan rasuah, Mahathir (kanan) meminta semua fail di perbendaharaan diteliti dan mereka tidak boleh jumpa satu syarikat atau satu saham (berkaitan saya). Secara sindiran, adalah di sana dan di sini tetapi tidak ada satu pun (dakwaan). Jadi apa lagi? Seks. Untuk seks juga, (tuduhan) tidak boleh zina sebab ianya biasa di kalangan pemimpin, (Mahathir) kata dalam mesyuarat sulitnya, jadi jadi mereka kata liwat sebab orang Melayu akan tolak perkara ini. Ini bukan perkara baru, ini cerita 1998. Selepas tiga tuduhan seks, adakah orang akan fikir akan ada kebenaran di antara (semua tuduhan) ini? Kenapa mereka timbulkan perkara ini? Ianya isu moral dan siapa yang hendak bercakap soal moral? Najib? (Menteri undang-undang, Datuk Seri) Nazri (Aziz)? (Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik? Anda boleh kata ianya pornografi tapi sekiranya mereka boleh sahkannya, itu satu perkara. Tapi anda tidak boleh wujudkan sesuatu perkara tanpa (bukti). ...Itulah masalahnya dengan sistem ini. Saya tidak bercakap tentang Umno atau PERKASA, saya bercakap tentang kita. Kenapa kita memilih untuk melayan dan memberi kredibiliti kepada (golongan) korup? Kenapa dakwaan-dakwaan ini masih dilemparkan kepada Datuk Seri? Saya dilihat sebagai satu ancaman. Apa lagi? Katakanlah saya bersara esok, anda rasa mereka akan teruskan dengan (tuduhan) ini? Katalah saya bersara pada 2004 selepas saya dibebaskan (dari penjara). Pada masa itu sahaja (wakil) dihantar kepada saya, sama ada saya akan masuk Umno semula. Adakah saya masih perlu hadapi perkara ini sekarang? | |||
Ketua hakim negara dimasukkan ke IJN Posted: 23 May 2011 04:34 PM PDT MALAYSIA KINI Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya pagi ini, kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Persekutuan Yasmin Abdul Razak. Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya. Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan. Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad. Bernama juga melaporkan Zaki dimasukkan ke IJN hari ini selepas mengadu sakit dada. Zaki mengadu mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan ke pejabat beliau di Putrajaya pagi ini. Beliau kemudian meminta pengawal peribadinya menghantar beliau ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan. Beliau dirujuk ke IJN selepas doktor di Hospital Putrajaya memeriksa beliau. Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan. Keadaan beliau dilaporkan stabil. | |||
Selangor adakan Ops Selamat susulan tragedi tanah runtuh Posted: 23 May 2011 04:33 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan mengadakan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan di Selangor susulan tragedi tanah runtuh di Hulu Langat kelmarin yang meragut 16 nyawa. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, pihaknya akan mengadakan operasi pemutihan yang dinamakan sebagai Operasi Selangor Prihatin Masyarakat (Ops Selamat). "Langkah ini akan saya mulakan dengan mengeluarkan surat arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor untuk mengenal pasti kewujudan dan lokasi rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di negeri ini. "Rumah-rumah tersebut termasuklah rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan," katanya dalam kenyataan media hari ini. Katanya, operasi ini berhubung dengan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Selain itu, beliau berkata, langkah seterusnya yang akan pihaknya ambil ialah melakukan pemeriksaan sama ada semua rumah tersebut yang diduduki benar-benar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Malah beliau juga memberitahu, peraturan tersebut termasuklah memiliki lesen-lesen khas seperti lesen premis dan layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan lesen operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Jika kita dapati masih ada rumah-rumah ini yang tidak memiliki lesen-lesen berkenaan, mereka diminta supaya segera berbuat demikian. Ops Selamat ini kita sasarkan berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang. "Saya berharap melalui Ops Selamat ini semua rumah perlindungan dan kebajikan di negeri Selangor telah dikenal pasti status mereka," katanya lagi. Pada masa sama, melalui Ops Selamat ini, kerajaan negeri dan JKM Selangor akan mewujudkan Pusat Sehenti bagi mengkoordinasi pengeluaran lesen oleh PBT, RoS dan JKM sebelum diberikan kelulusan kepada pihak yang memohon. Katanya lagi, kerajaan negeri memandang serius isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, beliau menggesa semua pihak tidak kira pengusaha rumah-rumah penjagaan, perlindungan atau anak-anak yatim dan rumah kediaman persendirian memastikan keselamatan kediaman masing-masing. | |||
Loji Lynas: NGO alam sekitar pertikai kelulusan pantas EIA Posted: 23 May 2011 04:29 PM PDT KUALA LUMPUR – Badan pencinta alam sekitar mempertikaikan kepantasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi loji pemprosesan nadir bumi RM700 juta di Gebeng dekat Kuantan awal tahun ini. Loji itu yang kini berhadapan dengan kontroversi dijangka beroperasi suku ketiga tahun ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menekankan, kelulusan JAS Pahang terhadap EIA Awalan (PEIA), yang diberi dalam beberapa minggu sahaja, menimbulkan persoalan serius berhubung autoriti jabatan itu dalam melindungi alam sekitar. "Projek Lynas telah dipercepatkan untuk kelulusan oleh JAS negeri Pahang. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diber kelulusan awal Februari (tahun yang sama). "Bagi projek yang kompleks (macam ini), yang melibatkan bahaya radiasi dengan satu cadangan pengurusan sisa buangan yang besar, (kemudahan) simpanan dan pembuangan, kelulusan yang cepat menimbulkan persoalan-persoalan serius," kata Presiden SAM S. M. Mohamed Idris. Syarikat Australia Lynas Corp kini berhadapan dengan bangkangan penduduk tempatan dan pencinta alam sekitar yang khuatir bahawa jika diteruskan akan menyebabkan insiden Bukit Merah, Ipoh dua dekad lalu, akan berulang. SAM juga mempersoalkan bagaimana PEIA boleh diluluskan tanpa pertimbangan radiasi dan kesihatan diselesaikan terlebih dahulu. "Apabila PEIA dikemukakan dan diluluskan, RIA (penilaian impak radiasi) masih dalam proses disediakan oleh MNA (Agensi Nuklear Malaysia) untuk dikemukakan kepada AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom). "Bagaimana PEIA boleh mengesyorkan Opsyen Membina apabila isu-isu keselamatan radiasi belum dipertimbangkan lagi? "Bagaimana JAS negeri boleh meluluskan PEIA dalam keadaan tergesa-gesa?" soal Mohamed Idris. AELB, yang bertanggungjawab ke atas urusan pelesenan sebarang aktiviti yang dianggap sebagai sumber bagi pencemaran radioaktif, menekankan bahawa ia setakat ini belum memberi kelulusan kepada Lynas untuk memulakan operasi. Kerajaan juga telah dipaksa menangguhkan projek itu bulan lalu sementara menanti hasil laporan sebuah panel bebas pakar. Terma PEIA kelihatan mengelirukan memandangkan tiada laporan susulan diperlukan. Projek itu terangkum dalam di luar lingkungan kerja-kerja yang memerlukan EIA terperinci, yang turut tertakluk kepada pandangan awam. Mohamed Idris menambah, kelulusan RIA bebas EIA akan menyediakan satu contoh yang bahaya dalam jangka panjang. "Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS merupakan pihak berkuasa menyelaraskan isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan impaknya ke atas orang awam. "MNA dan AELB adalah pihak yang menggalakkan teknologi nuklear dan ini kemungkinan mengakibatkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah konsultan menyediakan RIA bagi Lynas," katanya. "Adakah JAS akan menyerahkan peranannya kepada AELB dalam urusan-urusan berkaitan nuklear dan isu-isu berkaitan dengan radiasi dan impaknya?" soal beliau lagi. Kata beliau, sementara PEIA boleh diperoleh di laman JAS, proses RIA kekal tidak diketahui kedudukannya. Meskipun kerajaan sedang mengkaji projek itu, Lynas menjangkakan tiada kelewatan dalam operasinya yang dijangka bermula September ini. | |||
Rayuan Tian Chua ditolak, status MP jadi tanda tanya Posted: 23 May 2011 04:27 PM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – Status Chua Tian Chang atau "Tian Chua" sebagai Ahli Parlimen Batu kekal tidak jelas selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuannya berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang anggota polis. Naib Presiden PKR itu (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. "Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah," kata wakil rakyat penggal pertama ini. Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan. Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan. Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari. | |||
Insentif guru untuk sebilangan kecil sahaja dikesali Posted: 23 May 2011 04:26 PM PDT
| |||
Bukan barang naik, ringgit yang jatuh Posted: 23 May 2011 04:24 PM PDT
| |||
PAS tak halang pelajar terlibat politik Posted: 23 May 2011 04:23 PM PDT
| |||
Royalti: Gegar sasar 160,000 referendum Posted: 23 May 2011 04:15 PM PDT
| |||
Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM Posted: 23 May 2011 04:23 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan