Rabu, 18 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


50 Dalil Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara Kantoi

Posted: 18 May 2011 07:45 AM PDT


Saya petik:
[FarizMusa] Senarai keraguan dan kemuskilan mengenai video seks DSAI

1.Dato' T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa?

2.Ketika mencari di belakang laci meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

18 Cikgubad telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya.

19 Dari pemerhatian cikgubad, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

20 Cikgubad menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda)

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium
bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara." Kata Wan Azizah.

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul , Chegubard & Media:

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu)

25 Perut buncit (perut DSAI kempis)

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus)

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap)

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot)

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek.

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin.

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI)

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Chegubard untuk disiasat

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan.

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama.

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama.

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur.

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke?

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam vodeo itu.

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah "soft", dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain.

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV?

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai.

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam vodeo berambut pendek.

48 lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit Malaun setan tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut.

49 Kedua2 belah pipi Anwar ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar Anwar.

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T. Inilah konspirasi tertinggi namanya.

Wanita Brazil Peroleh HAK untuk MELANCAP Semasa Bekerja. WOW!!!

Posted: 18 May 2011 05:10 AM PDT


Sebuah lagi kisah menarik yang mahu saya kongsikan bersama pembaca DCM. Kali ini saya salin dan edit dari blog PulakDah yang menterjemahkan berita ini!

Dalam satu keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah dan digambarkan sebagai suatu keputusan yang sensitif, seorang hakim Brazil membenarkan seorang akauntan wanita berumur 36 tahun  secara sah untuk MELANCAP/MELAKUKAN ONANI dan MENONTON PORNOGRAFI di komputer ketika bekerja.

Ana Catarian Bezerra berjaya membuktikan bahawa dia menderita penyakit akibat daripada ketidakseimbangan kimia di dalam tubuhnya yang menyebabkannya gelisah dan mempunyai keinginan seks yang melampau (hiperseksualiti).

Padas suatu tahap, prestasi kerjanya mula merosot dan satu-satunya cara ia dapat melegakan kegelisahannya adalah dengan cara sering melancap, lapor Guanabee.com yang memetik sumber berita Analitica.

"Saya menderita dengan begitu teruk sehingga saya terpaksa melancap 47 kali sehari. Ketika itulah saya meminta bantuan, saya tahu ia tidak normal." katanya.

Selepas berjaya memenangi kesnya di mahkamah dan mendapatkan pertolongan profesional, Bezerra secara sah berhak menggabungkan kerja dengan "keseronokkan"nya.

Doktor juga telah memberikan  ubat penenang yang dapat mengurangkan keinginannya untuk melancap. Dengan bantuan ubat itu, Bezerra melamcap  kira-kira 18 kali sehari. 

P/s: Yang ini bukan lucah, tetapi penyakit. Saya simpati walaupun cuba untuk tidak membayangkan bagaimana dia menangani/meringankan penyakitnya itu.

 

Pasangan Mabuk Beraksi BERAHI di Tengah-tengah Khalayak

Posted: 18 May 2011 02:42 AM PDT




Gambar di atas ialah sebahagian daripada klip video yang menunjukkan lelaki dan perempuan yang berada dalam keadaan MABUK sedang beraksi berahi  di siar kaki sekitar Tianlin, Shanghai, China. Video sepanjang 38 saat ini tersebar di internet secara meluas baru-baru ini.

Berdasarkan paparan video tersebut, lelaki mabuk itu dilihat bertinggung di sebelah wanita yang terbaring dalam keadaan mabuk. Dia kemudiannya dilihat menarik baju seorang wanita sehingga mendedahkan payu daranya. Tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka, lelaki itu terus mencium bibir dan payu dara rakan wanitanya itu.

Orang ramai yang lalu lalang di sekitar jalan itu hanya memerhatikan perbuatan lelaki itu, namun tiada yang bertindak menghalang tindakan berahi lelaki itu. Malah, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak merakamkan aksi pasangan itu sebelum memuatnaikkannya di internet.

Seorang saksi kejadian, Sun memberitahu  Shanghai Morning Post bahawa kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 petang pada 30 April yang lalu. Katanya, kedua-dua lelaki dan wanita itu terlalu mabuk sebelum jatuh ke kaki jalan. Lelaki itu cuba membantu wanita itu bangun, namun gagal. Dalam usaha membantu wanita itu, baju wanita itu tersingkap. Bagaikan dirasuk nafsu berahi, lelaki itu terus mencium wanita itu tanpa segan silu.

Sun yang melihat kejadian itu seterusnya menghubungi polis sebelum kedua-duanya dibawa ke balai polis. Selepas tersedar daripada mabuk, kedua-dua lelaki dan wanita itu dilaporkan meminta maaf atas kejadian yang telah berlaku.

P/s: Yang mahu saya tekankan di sini ialah setiap perbuatan/perkara yang diharamkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Allah melarang umat manusia daripada minum minuman yang memabukkan kerana perbuatan itu dapat merosakkan kewarasan manusia dan mendorong mereka melakukan sesuatu yang memalukan dan berunsur jenayah. Buktinya ada terpampang di atas.

Gadis Dakwa Dipukau dan Dinoda

Posted: 18 May 2011 12:32 AM PDT


Semalam, HM melaporkan seorang gadis bukan sahaja dipukau lelaki yang baru dikenalinya, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, Ampang pertengahan April lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku tanpa disedari gadis berusia 18 tahun berkenaan apabila mendakwa dipukau lelaki terbabit yang melihat kedua-dua matanya sambil membaca sesuatu.

Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu yang memintanya keluar berehat bersama-sama untuk makan tengah hari. Katanya, mangsa yang dipukau membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar.

"Selepas beberapa jam, lelaki itu menghantar mangsa ke tempat kerja dan pada waktu itu, mangsa masih dalam keadaan tidak sedar."

Mangsa hanya menyedari sesuatu berlaku pada dirinya apabila bangun daripada tidur pada keesokan hari. Dia melaporkan kejadian itu kepada pihak polis selepas gagal menghubungi lelaki yang dipercayai telah menodainya.

P/s: Moralnya, jangan mudah percaya kepada orang yang baru dikenali. Jika perlu berjumpa seseorang yang baru dikenali, bawa teman. Sila ambil pengajaran!


[PANAS] WikiLeaks: Najib dan Pembunuhan Altantuya

Posted: 17 May 2011 11:06 PM PDT


Saya petik:
[MK] Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda  - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya - dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia. Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya. 


[TERKINI] Tun Mahathir Dimasukkan ke Hospital kerana Mengadu Sakit Dada

Posted: 17 May 2011 09:15 PM PDT


Twitter, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebentar tadi setelah mengadu sakit dada.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

P/s: Semoga selamat dan cepat sembuh.


Dakwa Pembangkang Tawar RM55 Juta....Sekarang Diangkat Jadi Senator. Wow!!!!

Posted: 17 May 2011 08:53 PM PDT


Aduhai!

Pertengahan April yang lalu, orang ini "melalak" di surat khabar mendakwa pemimpin pembangkang menawarkan RM55 juta kepada KIMMA agar menyertai pakatan pembangkang. Yang menariknya, orang ini membuat dakwaan, tetapi tidak pula berani mendedahkan nama pemimpin yang menawarkan wang tersebut. Sehingga, walaupun dicabar, orang ini masih gagal mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Sermalam TMI melaporkan orang yang sama dijangka akan mengangkat sumpah sebagai ADN (Senator) dalam beberapa hari. Cerita lanjut fasal pelantikan ini boleh dibaca di sini.

P/s: Kah kah kah! Tidak mahu menuduh, tetapi kaitkanlah cerita di perenggan pertama dengan perenggan kedua.

Siapa VVIP Bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya di Malta?

Posted: 17 May 2011 07:31 PM PDT


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.
 
P/s: Jeng jeng jeng!

Elak Dicekup Khalwat dengan Janda 50-an, Pesara 62 Tahun Maut Jatuh Hotel

Posted: 17 May 2011 06:15 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) ditemui mati selepas dia terjatuh dari tingkat 16 di sebuah hotel di ibu negara di sini semalam.

Lelaki berusia 62 tahun tersebut ditemui terbaring di balkoni tingkat lima premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi selepas pintu biliknya diketuk oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membuat operasi mencegah maksiat.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di dalam bilik itu bersama seorang janda berusia dalam lingkungan 50-an.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kejadian itu disedari oleh pegawai Jawi yang masuk ke dalam bilik mangsa dan melihat tingkap di bilik hotel tersebut terbuka.

"Sebaik diintai dari tingkap bilik tersebut, mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbaring di balkoni tingkat lima.

"Pemeriksaan mendapati bekas pegawai polis itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan, pegawai tersebut bersara pada tahun 1992.

Menurut Mohd. Zulkarnain, pihak Jawi telah membuat laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, jurucakap Jawi ketika dihubungi berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan pasangan itu di hotel berkenaan.

Katanya, seorang wanita telah membuka pintu sebelum menutupnya semula selepas menyedari ketukan itu dilakukan oleh Jawi.

"Selepas pintu ditutup, pegawai Jawi ada mendengar seperti berlaku pergaduhan di dalam bilik tersebut," katanya yang memberitahu wanita itu membuka semula pintu bilik tersebut beberapa minit kemudian.

Tambahnya, pemeriksaan kemudian menemui hanya wanita itu berada di dalam bilik dan selepas ditinjau melalui tingkap yang terbuka, pihaknya ternampak seorang lelaki terbaring di atas balkoni tingkat lima.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
P/s: Aduhai! Sila ambil pengajaran!

[Video] Teman Wanita Tolak Lamaran di depan Khalayak

Posted: 17 May 2011 05:30 PM PDT


Saya petik:

[Kosmo] LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.

Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi

Video:



P/s: Alahai, tebal muka!

Drama Liwat II: Adakah Hakim Membuat Lawak Jenaka?

Posted: 17 May 2011 04:45 PM PDT


Saya petik:

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.


Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie, adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa "kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan "kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!- Mohamed Hanipa Maidin
P/s: Kah kah kah!


Tiada ulasan: