Biaqpila |
- 6,532 keping VCD lucah disebarkan di majlis Solat Hajat
- UTUSEKS SEMAKIN GILA SEKS
- PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH
- BLOGGER OF THE YEAR: SAJA SYOK-SYOK TEST POWER
- Elak Dicekup JAWI, Bekas Polis Maut Jatuh Hotel
- LU LANGSI LU MATI, LU UMPORNO LU SELAMAT
- MANA PI DUIT CUKAI PETRONAS RM325 BILLION UNTUK TAMPUNG SUBSIDI RAKYAT?
6,532 keping VCD lucah disebarkan di majlis Solat Hajat Posted: 18 May 2011 08:00 AM PDT SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6,532 keping VCD lucah pelakon upahan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan. "Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan. Bagi beliau, tindakan ini adalah taktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam. "Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut. "Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi. Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum. "Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah. "Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya. sumber : kedah la abusyahirah SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 18 May 2011 05:00 AM PDT Hukum penuduh, penayang, pengedar video dan pelakon video ikut hukum Islam Hari ini Utusan terus meletakkan tajuk utamanya berkenaan video porno. Tajuknya dedahkan pelakon video. Bagi kita bukan sahaja pelakon video yang mesti didedahkan tetapi penuduh/pemfitnah, pengarah video, pengedar video mesti dihukum dengan undang-undang Islam. Jika tiada peruntukan undang-undang Islam orang terbabit mesti diadilili dengan hukum sivil. Utusan jangan cuba membangkitkan tajuk-tajuk atau isu-isu berkenaan pelakon video sahaja tetapi mesti menyiarkan berita secara menyeluruh supaya semua rakyat tahu bahawa bukan sahaja pelakon video yang bersalah tetapi pengarah, pengedar, penayang dan penuduh juga mungkin bersalah. Jelas sekali Utusan terus mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan 'penternak' mereka yang sentiasa memberikan 'makanan' sedap untuk mereka makan setiap hari. Walaupun diasak dengan nasihat dan pandangan supaya Utusan tidak menjadi akhbar penyebar fitnah dan bohong Utusan tetap degil dan tidak takut kepada Allah. mutaligat SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH Posted: 18 May 2011 03:00 AM PDT Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.90 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen… mula2 mmg aku tak percaya... tapi... ... 1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la... 2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi. 3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la 4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi 5. then korang tekan enter - 3x 6. then korang tekan '0' , '0' , '1' , '9' , '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka 7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi 8. tekan butang clear - 2x 9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi 10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang "woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.90 seliter... - jom borak Note: kah kah kah kah... rubbertapperz SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
BLOGGER OF THE YEAR: SAJA SYOK-SYOK TEST POWER Posted: 18 May 2011 01:04 AM PDT DEY MACHA!!! TEH TARIK WONNNEKK... SAJA SYOK-SYOK TEST POWER HARAP-HARAP MAKCIK FELDA TURUT UNDI GUA KAH! KAH! KAH! SEMALAM GUA MASUK DI RANKING KE 386 HARI NI DAH TURUN 152 ANAK TANGGA KE RANKING 234 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI GUA AKAN LAKSANAKAN SEGERA PROJEK MEE SEGERA KAH! KAH! KAH! 5 LANGKAH MUDAH UNTUK UNDI BIAQPILA: SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Elak Dicekup JAWI, Bekas Polis Maut Jatuh Hotel Posted: 18 May 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR 17 MEI : Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini. Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut. Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - Bernama TVS SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
LU LANGSI LU MATI, LU UMPORNO LU SELAMAT Posted: 17 May 2011 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! PERTAMA SEKALI KITA PAKAT GELAK RAMAI-RAMAI, PASAI IBRAHIM ALI TAK AKAN DIAMBIL TINDAKAN, SEBABNYA KERAJAAN SEKARANG SUSAH NAK KAWAL, KERANA ADANYA BLOG DAN TWITTER ORANG BOLEH CAKAP APA SAJA, BUKAN GUA CAKAP TAPI NAZRI AZIZ PAK MENTERI CAKAP, KAH! KAH! KAH! INI KENA TANYA RAIS YATIM NIH BETOI KA KERAJAAN DAH BAGI KEBEBASAN SEPENUHNYA UNTUK BERSUARA? ORANG DAH BOLEH CAKAP APA SAJA DALAM BLOG DAN TWITTER? TERMASUK SENTIMEN KEAGAMAAN DAN API PERKAUMAN? SEMUA ORANG DAH BOLEH TIRU BERAHIM ALI? KAH! KAH! KAH! KALAU DAH BOLEH PASAI APA DUA BULAN LEPAS MAMAT KAT KERINCHI KENA TANGKAP DAN SIASAT DIBAWAH ISA? ADAKAH AKTA ISA UNTUK ORANG YANG LAWAN UMPORNO SAJA? KAH! KAH! KAH! KALAU DAH BOLEH,PASAI APA ADUKA TARUNA PUN KENA KANTOI? KALAU DAH BOLEH,PASAI APA HANIF KENA SIASAT? SEBAB DEPA BUKAN GEROMBOLAN UMPORNO? KALAU GEROMBOLAN UMPORNO SIAR VIDEO SEKS PUN LEPAS KAH! KAH! KAH! INILAH DIA NEGARA SADIQ SIGARAGA UNDANG-UNDANG DI BAWAH TAPAK KAKI DEPA GUA NAK BUAT APA GUA PUNYA SUKA LU LANGSI LU MATI LU BUKAN UMPORNO PUN LU MATI KAH! KAH! KAH! SILA BACA KENYATAAN YANG TAK BERAPA NAK CERDIK NI: Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka. "Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini. Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Ibrahim membuat kenyataan itu berdasarkan kepada laporan Utusan Malaysia awal bulan ini yang mendakwa pemimpin Kristian dikatakan berpakat untuk mengubah perlembagaan persekutuan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri dan menjadi Malaysia sebuah negara Kristian. Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain. "Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri. Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.-MK SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
MANA PI DUIT CUKAI PETRONAS RM325 BILLION UNTUK TAMPUNG SUBSIDI RAKYAT? Posted: 17 May 2011 06:00 PM PDT Subsidi: Alasan kerajaan untuk naik harga RON95 KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu. "PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat," ujarnya. Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Katanya, Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it'am (bantuan beras kepada orang miskin). "Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat. "Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat?" soalnya. Justeru, ujarnya PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat. Katanya, khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM50,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Menurutnya, rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Baginya, jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf. Apa tidaknya, kata beliau gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat. "Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak? "Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?" soalnya lagi Pemimpin BN, katanya tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan. Tambahnya, teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu. "Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun," ujarnya. Soalnya, ke mana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Beliau menambah, jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain, tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya. Persoalannya, kata beliau kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu. "Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat," ujarnya -HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan