Kerana Filem Korea, Gadis Diperkosa Bergilir-gilir Posted: 05 May 2011 08:00 AM PDT
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol. Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini.
"Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu. "Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya," katanya.
Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju.
"Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung. "Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen," katanya.
Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. "Mangsa cuba melawan tetapi gagal.
"Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu," katanya.
Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka.
P/s: Senang betul perempuan skearang diperdayakan oleh lelaki lahanat! Sila ambil pengajaran!
|
Pelajar 14 Tahun Serah Mahkota Diri Kerana Takut Ditinggalkan Teman Lelaki Posted: 05 May 2011 06:30 AM PDT | Sekadar hiasan. Namun, budak sekolah dalam gambar di atas pun bingai juga! |
Saya petik: [HM] HULU SELANGOR: Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan 'mahkota' dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya. Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.
"Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu. "Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik," katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.
Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya. Berikutan itu, rakan mangsa yang 'seronok' mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.
"Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis," katanya.
P/s: Bingai!
|
Lelaki Jual Isteri yang Baru Dikahwini dengan Harga RM1 800 Posted: 05 May 2011 05:00 AM PDT Kisah ini berlaku di China.
Seorang lelaki berusia 42 tahun menjual isteri yang baru dikahwininya kepada seorang jiran dengan harga 4 000 yuan (RM1 832). Lelaki dengan nama keluarga Zhao of Hebei, ditahan oleh pihak polis China tidak beberapa lama selepas menjual isterinya.
Kisah perkahwinan lelaki ini bermula apabila ayahnya bimbang kerana Zhao yang berusia 42 tahun masih belum berkahwin kerana masalah kemiskinan. Ayahnya kemudian membeli seorang wanita, Ling Hua berusia dalam lingkungan 40-an dengan harga 7,500 yuan (RM3,435) pada Jun, 2009. Si ayah kemudiannya meminta anaknya, Zhao mengahwini wanita itu.
Walaupun kurang berkenan dengan wajah dan usia wanita pilihan ayahnya, Zhao akhirnya bersetuju berkahwin dengan Ling Hua. Tiga bulan selepas itu, Zhao bertindak menjual isterinya itu kepada seorang petani.
Pihak polis yang berjaya mengesan perbuatan Zhao telah menahan lelaki itu atas kesalahan pemerdagangan manusia. P/s: Macam-macam!
|
Permintaan yang Mustahil akan Dipertimbangkan oleh Kerajaan Najib Posted: 05 May 2011 04:00 AM PDT
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.
Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."
"Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.
"Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.
Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.
"Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi.
Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.
Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.
Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.
"Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.
Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.
"Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.
"Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya.
Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.
"Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.
"Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi.
Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.
Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali."
P/s: Tunggu kucing bertanduk! |
The Rock Antara yang Terawal Tahu "Pembunuhan" Osama Ben Laden? Posted: 05 May 2011 02:00 AM PDT Ada cerita menarik untuk pengunjung DCM.
Beberapa media termasuk Digital Spy mencetuskan persoalan, adakah Dwayne Johnson aka The Rock mengetahui berita kematian Osama Bin Laden sebelum hal itu diumumkan kepada publik?
Bintang filem Fast Five menulis di Twitternya bahawa dia mengetahui sesuatu yang "bakal mengejutkan dunia" kira-kira setengah jam sebelum Presiden AS mengumumkannya secara rasmi di media.
Berdasarkan laporan pelbagai media, tweet pertama yang menyentuh soal kematian Osama adalah daripada Keith Urbahn, Ketua Staf di Pejabat bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld.
Mesej itu berbunyi: "So I'm told by a reputable person they have killed Osama Bin Laden. Hot damn." Kiriman itu diikuti oleh mesej yang berbunyi: "Don't know if it's true, but let's pray it is."
Pada masa yang sama mesej Twitter pertama Urbahn dihantar, The Rock turut menghantar mesej Twitternya dengan mesej: "Just got word that will shock the world - Land of the free...home of the brave DAMN PROUD TO BE AN AMERICAN! (sic)"
P/s: Can you smell what The Rock is cooking?
|
[Eksklusif] Utusan dgn Kerjasama PS Sekolah Edar Borang Langganan kepada Murid Posted: 05 May 2011 12:25 AM PDT Salinan "borang langganan Utusan Malaysia" di sebuah sekolah kebangsaan ini saya terima daripada seorang pembaca DCM. Pengirim e-mel mahu kisah borang langganan ini dikongsikan bersama-sama dengan pembaca DCM yang lain.
Sekali baca, saya pada mulanya tidaklah berasa hairan tentang borang ini. Menurut maklumat pada borang, langganan ini sempena Kempen Galak Baca Peringkat Sekolah. Pelajar yang berminat akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 senaskhah. Jika pelajar melanggan dari Isnin ke Jumaat, maka RM5lah yang bakal dikenakan. Kemudian saya terfikir, mengapa pihak sekolah mencadangkan Utusan sebagai salah satu bahan bacaan untuk kempen ini? Adakah Kementerian (pihak sekolah) mahu murid sekolah rendah membaca tentang seks, liwat, pelacur, fitnah, politik berat sebelah, politik perkauman yang terkandung dalam Utusan? Lebih teruk, adakah Kementerian/Utusan mahu pelajar sekolah rendah melihat gambar-gambar yang disalin daripada video lucah, sedangkan mereka masih mentah untuk menilai baik buruk sesuatu perkara? Kemudian saya terfikir, mengapa pelajar dikenakan bayaran RM1 senaskhah? Adakah Utusan begitu terdesak kerana jualan harian akhbar itu merosot teruk sehingga "memaksa" pelajar sekolah rendah membeli akhbar itu?
Biar apa-apa pun alasan yang diberikan, saya tetap beranggapan bahawa tindakan mempromosikan langganan Utusan di sekolah sempena Kempen Galak Baca adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jika benar Kementerian dan pihak sekolah mahu menggalakkan pelajar membaca, mengapa tidak mempromosikan majalah DBP yang masih kurang jualannya walaupun sudah bertahun-tahun di pasaran sebagai bahan bacaan? Mengapa majalah seperti Dewan Pelajar, Tunas Cipta atau lebih tinggi tahapnya seperti Kosmik, Dewan Budaya, Dewan Sastera, yang tidak mengandungi elemen politik kotor, politik berat sebelah, unsur kelucahan atau fitnah, tidak dijadikan bahan bacaan kempen ini? Walhal banyak ilmu yang dapat diperoleh pelajar daripada pembacaan majalah-majalah tersebut.
P/s: Sampai ke sekolah mereka mahu menyebar fitnah dan politik kotor!
|
[Gambar-18SG] Gambar Mangsa & Maklumat Susulan Serangan Tentera AS di Rumah Persembunyian Osama Posted: 04 May 2011 11:05 PM PDT
Saya petik: [PULAKDAH!] Gambar yang diperolehi oleh Reuters ini telah diambil lebih kurang sejam selepas serangan AS di persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan yang menunjukkan mayat tiga lelaki yang telah terbunuh berlumuran darah dan TIDAK BERSENJATA.
Gambar-gambar yang telah diambil oleh Pegawai Keselamatan Pakistan yang memasuki halaman kediaman ini selepas serangan pada awal pagi Isnin, menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisi Pakistan dan seorang lagi berbaju-T, dengan darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut mereka.
Pegawai Keselamatan itu, yang tidak mahu dikenali, telah menjual gambar-gambar itu kepada Reuters.
Tiada seorang pun daripada lelaki ini yang kelihatan seperti Bin Laden. Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar jasad Osama kerana ia mungkin menyebabkan meningkatnya serangan keganasan dan akan menjadi alat propaganda al Qaeda.
"Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda," Obama memberitahu di dalam program CBS "60 Minutes."
Berdasarkan tarikh dan masa pada gambar-gambar yang diambil, gambar paling awal ialah 2 Mei, 2:30 a.m., kira-kira sejam selepas serbuan di mana Bin Laden telah dibunuh.
Gambar-gambar lain berikutnya di antara 5:21 a.m. dan 6:43 a.m. menunjukkan keadaan di luar rumah yang berselerak dan terdapat bangkai helikopter Amerika Syarikat yang ditinggalkan.
Reuters amat yakin dengan ketulenan imej-imej tersebut kerana terdapat butiran di dalam gambar yang menunjukkan sebuah helikopter rosak kesan dari serangan, sepadan dengan gambar-gambar yang dikeluarkan pada Isnin lepas.
Tentera AS kehilangan sebuah helikopter di dalam serbuan itu disebabkan oleh satu masalah teknikal dan kemudian menghancurkannya.
Gambar-gambar yang diambil juga berturutan dan semuanya mempunyai saiz dan pixel yang sama, menunjukkan semuanya tidak diusik. Masa dan tarikh di dalam gambar-gambar turut sepadan dengan keadaan cahaya kawasan tersebut.
Gambar-gambar yang diambil tidak menunjukkan sebarang senjata pada lelaki-lelaki yang terbunuh itu, tetapi gambar-gambar itu diambil secara dekat dan kemungkinan tangan dan senjata lelaki itu tidak kelihatan.
Satu foto menunjukkan kabel komputer dan seolah-olah pistol plastik mainan hijau-jingga berada di bawah bahu kanan seorang daripada lelaki yang terbunuh itu. Di bawah kepalanya berlumuran darah.
Foto ini menunjukkan seorang lagi lelaki dengan darah yang keluar dari hidungnya melalui pipi kanannya dan satu tompokan besar darah di dadanya.
Foto lelaki ketiga, yang berbaju-T, dibelakang kepalanya penuh dengan takungan darah dipercayai kesan dari kecederaan kepala.
Kerajaan AS mengakui pada Selasa lalu bahawa Bin Laden tidak bersenjata ketika ditembak mati dan ini telah menimbulkan tuduhan Washington telah mencabuli undang-undang antarabangsa. Keadaan-keadaan tepat bagaimana kematiannya tidak jelas dan dapat memarakkan kontroversi, terutama sekali di dalam dunia Islam.
Pakistan turut merasa malu, akhbar utama Islamabad berkata, bagaimana lelaki paling dikehendaki di dunia mampu hidup selama bertahun-tahun di dalam bandar yang turut menempatkan pasukan tentera di Abbottabad, hanya di utara ibu kota.
Pakistan turut menyalahkan unit perisikan di seluruh dunia kerana gagal mengesan Bin Laden, ketika Washington menuduh bahawa sekutunya itu telah memberikan perlindungan kepada pemimpin al Qaeda, dan Islamabad bersungguh-sungguh menafikannya. - Reuters
P/s: Kejam!
|
Dahulu Siar Gambar Pu**, Kini Kaki Fitnah Siar Gambar Kon** Posted: 04 May 2011 07:40 PM PDT Paparan skrin di atas saya salin dari blog pro-UMCO. Gambar malaon dalam video ini disiarkan tanpa "censored" di blog tersebut. Saya malas mengulas lanjut tindakan atau isi kiriman jurublog kaki fitnah no. 1 UMCO ini. Anda baca. Yang pelik, di balik tindakan memfitnah dan menyiarkan gambar dan video pornografi, si jurublog ini masih mahu menulis soal "rezeki halal". Sebelum ini, jurublog ini memfitnah ADUN Perupok mempunyai skandal dengan wanita bernama Mek Pah. Dalam artikel itu, si jurublog ini sanggup menyiarkan gambar yang menempelkan wajah ADUN tersebut dengan kemaluan wanita. Anda boleh lihat di sini.P/s: Lahanat!
|
[Kemas Kini] Janda Muda Mati Ditikam Tunang - Tunang Mati Selepas Minum Racun Posted: 04 May 2011 06:46 PM PDT Saya petik:
[UM] BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.
Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini. Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi.
"Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas.
"Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Difahamkan, Karimah yang berasal dari Perlis, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga oleh kakaknya.
Mangsa yang bercerai pada 2009, bertunang sejak tujuh bulan lalu dan berhasrat melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Abdul Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Polis kemudian menerima laporan bahawa tunang mangsa dikejarkan ke HSJ kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dipercayai meminum racun. Petang ini, lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut berikutan keadaannya semakin tenat.
P/s: Tindakan membunuh, membunuh diri tidak selesaikan masalah! Kemas Kini:[BH] Seorang pekerja kilang yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya hingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam, meninggal dunia, kira-kira jam 11.45 malam tadi.
Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya(HSJ), kira-kira 12 jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.... |
Eskay Sumpah Laknat Dakwa Anwar Pelaku, Tiba2 Nafi Anwar Berzina Posted: 04 May 2011 05:31 PM PDT
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.
Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.
Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.
Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja.
Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.
Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.
Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.
P/s: Adakah Eskay cuba "mengalihkan" laknat yang dimintanya daripada Allah? Cuba anda baca transkrip sumpahnya: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku." Semalam si konspirator video fitnah ini cuba mengubah kenyataan dengan mendakwa tidak pernah menuduh DSAI berzina, walhal sejak mula lagi Eskay dan geng berkata sebaliknya. Dasar lidah biawak!
|
[Kemas Kini] Ron 97 Kini RM2.90, Najib Pecah Rekod Pak Lah Posted: 04 May 2011 05:04 PM PDT
Zaman Pak Lah, petrol dinaikkan secara mendadak hingga RM2.70, semua orang melenting (termasuk penyokong BN). Najib belajar daripada kesilapan Pak Lah. Oleh sebab itu, petrol pada zamannya dinaikkan berperingkat-peringkat dan bermula tengah malam tadi harga petrol telah memecah rekod kenaikan pada zaman Pak Lah. Penyokong BN masih cool (dalam hati membara), walhal Najib sudah menjadi lebih "kejam" daripada Pak Lah. Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual pada harga baharu, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan kenaikan kali ketujuh untuk petrol jenis itu. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Kenaikan harga minyak ini bertentangan dengan situasi harga semasa minyak dunia yang dilaporkan turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden. Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
P/s: Sifir Najib mudah, apabila PRU 13 diumumkan nanti, harga petrol tanpa mengira harga semasa dunia akan diturunkan pada paras yang menggembirakan rakyat. Selepas PRU harga akan dinaikkan semula kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan.
|
Adik-Beradik Derhaka Pukul & Halau Ibu Posted: 04 May 2011 04:30 AM PDT Saya petik: [HM] AMPANG: Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.
Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.
Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding. Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.
"Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan 'babi'.
P/s: Sila ambil pengajaran! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan