DIALOG RAKYAT |
- Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis
- Kematian Osama: Parti Islam terbesar Pakistan protes AS esok
- Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97
- Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras
- PANDANGAN PERIBADI ATAU DASAR KERAJAAN?
- KASARI ORANG AWAM, JAIKOL DITAHAN KERJA
- Timb Ketua UMNO Kuala Kedah anggap ahli Umno bodoh macam kambing
- Geran tanah: Pukulan maut MB Kedah buat Pengerusi Felda
- Apa kata Najib bawa Umno keluar BN sertai PAS, ada berani?
- Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni
- PERCATURAN SILAP UNTUK JATUHKAN ANWAR
- ORANG CINA JANGAN TAKUT UGUTAN NAJIB, SOI LEK
- BOB KIRIM SALAM KEPADA ' HALIM JUSOH ' ADUN PERMAISURI
- Adik Bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya Dipenjara
- Sasaran Untuk Mengurangkan Kadar Kematian Melahirkan Anak
- Perlu Laporan 'Hitam Putih'
- Raptai pemilihan Umno Jun atau Julai ini
- Kursus baru perubatan di semua IPT dibekukan
- DAP Sarawak mula jejaki kawasan Bidayuh
- K'jaan nafi motosikal lebih 15 tahun wajib diperiksa
- Khalid Samad: Memilih pemimpin semasa muktamar
- Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi?
- Undian tajuk Bubar Umno Masuk PAS
- Tanah mendap tidak perlu dipolitik
- Dr Juanda jangan gopoh
Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis Posted: 05 May 2011 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR– Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu. Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama. "Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa. "Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik," katanya. Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik. "Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam. "Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya. Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno. "Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun. "Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia," katanya berseloroh. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS. Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut. "Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam). "Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu," katanya. | ||
Kematian Osama: Parti Islam terbesar Pakistan protes AS esok Posted: 05 May 2011 05:06 AM PDT LAPORAN– Reuters ISLAMABAD – Parti Islam paling berpengaruh di Pakistan menggesa pengikutnya mengadakan protes besar-besaran mendesak kerajaan mereka menarik balik sokongan ke atas perang menentang pengganas Amerika Syarikat (AS), esok ekoran pasukannya menembak mati Osama bin Laden. Jamaat-e-Islami (JI), salah satu parti politik agama terbesar Pakistan berkata, AS telah melanggar kedaulatan sekutu Washington itu dengan menghantar tentera sendirinya sehingga ke bandar tentera Abbottabad untuk membunuh ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu. Sokongan Pakistan adalah kunci kepada usaha-usaha AS melawan militan Islam dan menangani ancaman Taliban di Afghanistan. "Jikapun ada simpati bagi Amerika, ia akan pudar ekoran cara mereka menceroboh dan melanggar kedaulatan dan kemerdekaan kami," kata ketua JI Syed Munawar Hasan kepada Reuters hari ini. "Kami telah merayu kepada setiap orang agar mengadakan demonstrasi aman pada hari Jumaat (esok) secara besar-besaran," katanya. "Tuntutan pertama kami ialah Pakistan... harus menarik diri daripada perang ke atas pengganas," katanya. Sentimen anti-Amerika sangat tinggi di Pakistan meskipun berbilion dolar dalam bentuk bantuan senjata nuklear disalurkan kepada negara miskin itu. Parti-parti berorientasikan agama di Pakistan secara tradisi tidak mempamerkan prestasi mengagumkan dalam pilihan raya tetapi mempunyai pengaruh kuat di negara itu, di mana Islam menjadi semakin radikal. Perang AS ke atas militan tidak begitu popular di Pakistan disebabkan persepsi ekoran kematian yang tinggi di kalangan rakyat awam ketika serangan ketenteraan ke atas puak pelampau di sempadan Afghanistan. Bagaimanapun ramai yang turut bersikap kritikal dengan sikap Al-Qaeda yang mentafsir Islam dan terlibat dalam pengeboman berani mati. Penganalisis Hasan Askari Rizvi berkata, sebarang protes dipercayai berkaitan sikap anti-AS berbanding pro-Osama. "Saya tidak fikir mereka (parti-parti agama) akan menarik peserta dalam jumlah yang besar. Protes-protes ini juga tidak akan membawa tekanan ke atas kerajaan supaya mengubah pendiriannya," kata beliau. Setakat ini hanya ada protes-protes kecil di Pakistan ekoran pembunuhan Osama pada awal pagi Isnin lalu di Abbottabad, 50 kilometer ke timur laut Islamabad. Salah satu kumpulan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba telah mengadakan solat khas dengan menyifatkan Osama mati syahid. | ||
Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97 Posted: 05 May 2011 04:18 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97. Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden. Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat. Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu. Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara. "Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN. "Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras," katanya lagi. Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik. "Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul," ujarnya. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu. "Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini," ujarnya. Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter. | ||
Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras Posted: 05 May 2011 04:13 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid. Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan. "Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah 'mandul' dan 'dayus' kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa. "Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan. "Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan," kata Azmi kepada Keadilandaily. Beliau menegaskan perkara ini berlaku akibat sikap pucuk pimpinan negara yang mahu menjatuhkan lawan politik mereka dengan cara yang tidak bermoral. "Segala institusi yang dibina melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dimusnahkan semata-mata perbuatan sumpah laknat. "Semenjak kemerdekaan, persaingan politik tidak sehina dan sekotor begini. Gejala ini hanya muncul selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tohmah dan fitnah disebar di kalangan orang Melayu-Islam sehingga menjadi 'budaya'. Ini berlaku akibat lawan politik mereka itu didapati terlalu kuat dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadi pemimpin. "Oleh kerana mereka telah kehabisan modal, maka digembeling seluruh jentera kerajaan, kehakiman dan media massa sebagai senjata untuk menyerang lawan," ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi. Dalam pada itu, Azmi tidak yakin dalam keadaan politik hari ini, negara mampu untuk membina generasi baru dan kepimpinan yang berwibawa. "Rumusan yang akan digunapakai oleh anak-anak muda hari ini ialah, persaingan politik mengabsahkan penggunaan politik kotor dan jijik. Sepatutnya Malaysia mencapai tahap politik yang murni jernih dan matang. "Tetapi nampaknya, ada pihak-pihak tertentu yang memang tidak mahu negara Malaysia ini, menuju ke arah itu," ujarnya. | ||
PANDANGAN PERIBADI ATAU DASAR KERAJAAN? Posted: 05 May 2011 03:57 AM PDT
| ||
KASARI ORANG AWAM, JAIKOL DITAHAN KERJA Posted: 05 May 2011 03:54 AM PDT
| ||
Timb Ketua UMNO Kuala Kedah anggap ahli Umno bodoh macam kambing Posted: 05 May 2011 03:48 AM PDT WARKAH DAILY Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Dato' Jamil Idross (gambar) dalam satu ceramah politik di Kuala Kedah berkata, PAS mungkir janji. Dalam manifesto pilihanraya dulu janji nak bagi dekat warga emas RM300 seorang. Bila menang haram tak bagi pun. | ||
Geran tanah: Pukulan maut MB Kedah buat Pengerusi Felda Posted: 05 May 2011 03:46 AM PDT WARKAH DAILY ALOR SETAR: Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar. | ||
Apa kata Najib bawa Umno keluar BN sertai PAS, ada berani? Posted: 05 May 2011 03:27 AM PDT WarkahDaily Jika Najib beriya sangat nak bersama PAS, ajak PAS bersama Umno demi survival Islam di bumi Malaysia, ada berani Najib mengajak gerombolan songkok tinggi keluar Barisan Nasional (BN) kemudian sertai PAS. Usah fikir panjang laa bro, sekarang giliran hang pulak diajak masuk PAS...ada berani? PAS secara terang dan jelas terus menolak menyertai pakatan dengan Umno walaupun sentiasa digoda oleh malaun-malaun Umno termasuk provokasi akhbar arus perdana dan para pemerhati politik bias Umno-BN. Namun kini tiba giliran gerombolan songkok tinggi pula diajak menyertai PAS. Dah kalau nak sangat bersama dengan PAS, apa salahnya hangpa keluar Umno dan sertai PAS. Ada berani ke? Padahal selama ini hangpa mengeji PAS, mengutuk PAS dan sebagainya tetapi kini hangpa terhegeh-hegeh pulak nak ajak PAS bersama. Woi!...hangpa ingat orang tak tahu ke pelawaan hangpa kat PAS sebenarnya sebab hangpa rasa hangpa perlu kepada talian hayat baru untuk bergantung hidup. Hangpa dah tahu, Umno dah tak relevan lagi, Umno kian pudar dan hampir hancur. Umno bakal berkubur dalam PRU-13 nanti jika Umno tidak perolehi talian hayat terakhir. Hangpa merasakan PAS adalah salah satu tapak hangpa nak bertapak kembali...Piiraah!.. Kalau hangpa ikhlas nak bersama dengan PAS, hangpa keluarlah Umno sertai PAS. Apa relevan PAS kena sertai Umno-BN? Padahal selama ini PAS tidak pernah pujuk rayu terhadap Umno untuk sertai PAS, tapi Umno begitu terdesak sehingga Najib berkali-kali dengan muka yang tiada kemaluan, terus-menerus meminta simpati PAS agar bersama dengan Umno dalam BN. Jelas Umno dah rasa tak boleh diharap dah dengan parti sekutunya yang hampir hilang di arus politik tanah air. Bagi Umno, MCA dan MIC sudah tidak berguna lagi bagi mereka. Mereka semua itu sudah menjadi sampah dan liabiliti terhadap Umno. Rakan sekutu Umno, MCA kini bukan lagi menjadi musuh kepada PAS, bahkan terus-terang presidennya menunjukkan sifat membenci dengan Islam. Perkara ini memberi kesan buruk kepada Umno yang menganggap mereka perjuangkan Islam walaupun pada hakikatnya, Umno adalah parti sekular di negara ini. Kerana Umnolah, MCA terus mengeji dan membenci Islam sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan PAS harus menggugurkan Islam daripada dasar perjuangannya jika mahu sertai BN. Walaupun PAS memang tidak ingin menyertai BN, tetapi kenyataan berbaur perkauman dan bencikan Islam itu menampakkan wajah sebenar rakan karib Umno itu. Ini memberi signal bahaya kepada umat Islam di negara ini jika BN terus diberi mandat memerintah kerana MCA turut mendapat kuasanya bersama Umno dalam BN. Sudah pasti kedudukan agama Islam di negara ini akan terancam sedikit masa lagi apabila presiden MCA itu terus memusuhi umat Islam. Sekarang ini, tiada seorang pun dari kalangan veteran, pemuda, wanita, putera dan puteri Umno, NGO bias Umno termasuk Perkasa yang memberi respon terhadap kenyataan berbaur perkauman dan perasaan membenci kepada Islam dan umat Islam itu. Semua diam membisu seolah-olah suka dan setuju dengan pemimpin MCA itu menghina umat Islam. | ||
Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni Posted: 05 May 2011 03:23 AM PDT ALOR SETAR – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah. Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah. "Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah," ujar Azizi. Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah. "Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS. "Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai," tegasnya. | ||
PERCATURAN SILAP UNTUK JATUHKAN ANWAR Posted: 05 May 2011 03:15 AM PDT Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau. Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak. Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di'telanjangkan' rakyat akan menolak Anwar. Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan Umno-BN. Mahathir ketika menerajui Umno-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah. Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN. Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu. Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu. Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib Umno-BN. Amarah rakyat kepada Umno-BN macam 'api dalam sekam'. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong Umno-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini. Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, Umno-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua. Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah. Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak Umno-BN dalam apa jua keadaan. Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang. Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan Umno-BN dihentikan. Kezaliman Umno-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik Umno-BN diranapkan. Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat. Silap catur Umno-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat./Anwaribrahim.blog | ||
ORANG CINA JANGAN TAKUT UGUTAN NAJIB, SOI LEK Posted: 05 May 2011 03:13 AM PDT BULETIN ONLINE KUALA TERENGGANU - Masyarakat Cina di negara ini, khususnya di negeri Terengganu, digesa tidak 'termakan dan takut' dengan ugutan yang dibuat oleh Presiden MCA dan juga Presiden Umno.Kaum Cina juga diminta berfikiran terbuka, peka dan sedar, bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional itu semakin hilang sokongan kerana tidak menegakkan keadilan dan menunaikan hak-hak rakyat. | ||
BOB KIRIM SALAM KEPADA ' HALIM JUSOH ' ADUN PERMAISURI Posted: 05 May 2011 03:09 AM PDT BULETIN ONLINE SETIU - Bob Lokman minta sidang hadirin khususnya warga DUN Permaisuri 'kirim salam' kepada ADUN Permaisuri dari BN, Halim Jusoh, kerana katanya Halim adalah kawan lama beliau. "Kawasan Permaisuri ni saya ada kawan, kawan lama...... lama tak jumpa dengan dia, tiba-tiba dengar dia dah jadi wakil rakyat, namanya Saudara Halim Jusoh, "takut dia ada dalam ramai-ramai ni, lama saya tak jumpa dia, siapa-siapa yang ada jumpa dia, atau ada duduk sebelah Halim Jusoh, cakap (dengan dia) saya kirim salam, "sebab sekarang ni, kalau saya telefon dia dah tak jawab lagi, dudlu-dulu kalau telefon selalu jawab, sekarang semenjak kita masuk PAS ni, jadi macam bermusuh pula,"ujar Bob ketika memulakan ceramahnya di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, dekat sini, 30 April lalu. Bob turut memberitahu lebih 500 hdirin yang hadir, bukan sahaja orang politik sudah 'tidak suka' kepada beliau, tetapi juga dikalangan artis yang menjadi kawan lamanya. Menurutnya beliau terkejut apabila membaca berita yang disiarkan akhbar Harian Metro yang bertajuk 'Awie hentam Bob', sedangkan kata Bob, Awie adalah kawan baiknya. "Awie kawan baik saya, saya menguruskan Aie ni sebelum dia rakam album lagi, saya berkawan dengan dia, dia selalu belanja saya makan, sebab dia anak orang kaya, "belanja saya makan...petang-petang, saya tak ada duit masa tu, sebab saya tak ada duit,"ujar Bob menceritakan kisahnya. Apabila ditemui Buletinonline, Bob kata dia tidak marah kepada Awie kerana mungkin Awie salah faham. Ikuti dibawah, siaran berita akhbar terbabit dan Lihat dan Dengar penjelasan Bob Lokman melalui ceramahnya di Buletin Online Channel dan Buletinonline Radio Bob yang agak letih, kerana sudah tidak pulang ke rumah sejak 5 hari lalu, bagaimana pun gembira apabila bertemu seorang 'warisnya' Ayah Lah (gambar kiri bawah) yang tinggal di Balik Bukit, Permaisuri. Mereka berdakapan dan bertanya khabar serta mengucapkan salam sejahtera, sebelum Bob berlepas pula untuk menghadiri program di Batu Pahat, selepas sehari sebelumnya, berceramah di negeri Kedah. | ||
Adik Bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya Dipenjara Posted: 05 May 2011 03:06 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM315,000 terhadap adik bekas pengarah Perbadanan Putrajaya Datuk Shahoran Johan Ariffin kerana menerima rasuah berjumlah RM63,000 enam tahun lalu. Hakim Mat Ghani Abdullah juga memerintahkan hukuman penjara Azizi Johan Arifin, 54, bekas pengarah sebuah syarikat lanskap, ditambah 30 bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menyebut Azizi berdepan enam pertuduhan menerima wang tunai daripada Pengarah Sekitar Indah Sdn Bhd Mohd Kamil Sapuan, yang dimasukkan ke akaun bank miliknya. Mengikut pertuduhan, wang itu adalah upah mendapatkan tender kerja-kerja penyelenggaraan lanskap di Persiaran Persekutuan, Persiaran Utara, Persiaran Barat, Lebuh Sentosa (Jambatan Seri Saujana) dan Lebuh Wawasan di Putrajaya. Azizi diwakili peguam Ridzuan Johan Ariffin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Josiendra Abu Senin. | ||
Sasaran Untuk Mengurangkan Kadar Kematian Melahirkan Anak Posted: 05 May 2011 02:50 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menyasar untuk mengurangkan kadar kematian akibat melahirkan anak kepada 11 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup menjelang 2015 selaras dengan Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai memandangkan kadar kematian ibu yang melahirkan di negara ini telah menunjukkan penurunan yang ketara sejak negara mencapai kemerdekaan iaitu 530 kes pada 1950 dan terkini 28 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. "Kita adalah antara negara yang berjaya (mengurangkan kadar kematian). Dalam Mesyuarat Kesihatan Sedunia, negara dipuji kerana dapat menurunkan kadar kematian ibu dengan begitu drastik selepas merdeka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berjalan kaki "The 5KM Putrajaya Walk" di Taman Wetland di sini Khamis. Program anjuran Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia itu diadakan sempena sambutan Hari Bidan Sedunia hari ini yang disambut bagi mengenang jasa bakti bidan di seluruh dunia dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan ibu dan anak. Liow berkata pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan sasaran mengurangkan kadar kematian ibu semasa melahirkan anak dicapai, termasuk memperbaiki sistem penyampaian, meningkatkan bilangan pakar, jururawat dan bidan sama ada di hospital atau Klinik Kesihatan di seluruh negara. Beliau berkata sehingga tahun lepas, seramai 31,000 bidan telah dilatih termasuk 19,600 jururawat masyarakat manakala jumlah jururawat dalam negara pula adalah 92,700 orang di mana 65,000 daripadanya adalah daripada sektor awam. Kemudahan di wad-wad bersalin turut ditingkatkan termasuk dari segi kelengkapan berteknologi tinggi yang boleh mengesan sebarang masalah atau kondisi yang berbahaya lebih awal supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil, katanya. Liow turut menasihatkan kaum ibu agar menjalankan gaya hidup sihat, membuat lawatan berjadual di klinik, memastikan pengambilan ubat yang teratur kerana pengambilan ubat yang salah juga boleh menyebabkan kematian, serta melahirkan anak di hospital supaya tenaga pakar boleh membantu sekiranya menghadapi mereka sebarang kesukaran. "Lebih ramai ibu-ibu yang melahirkan boleh diselamatkan sekiranya mereka tiba di hospital lebih awal. Kadang-kadang ada di antara mereka yang melahirkan anak di rumah, atau di luar bandar termasuk kawasan perkampungan Orang Asli," katanya. Liow berkata kadar kematian selamat di negara ini telah dapat ditingkatkan kepada 98.6 peratus, di mana kelahiran-kelahiran tersebut adalah dibantu sama ada oleh pakar perubatan atau bidan. Bagi kadar kematian bayi pula, beliau berkata seramai enam kes kematian bayi dicatatkan bagi setiap 1,000 kelahiran hidup, yang merupakan antara kadar yang baik berbanding negara-negara lain. Sementara itu dalam ucapannya Liow berkata Kementerian Kesihatan turut bercadang untuk menghantar delegasi bagi menyertai Kongres Persekutuan Bidan Antarabangsa di Durban, Afrika Selatan dari 19 hingga 23 Jun ini | ||
Posted: 05 May 2011 02:49 AM PDT Kelewatan Projek Tempel Jambatan Sultan Yahaya MSO DUA tiga hari lepas BN Kelantan telah mengadakan konvensyen tahunannya. Dalam konvensyen itu dibuat beberapa resolusi. Salah satu resolusinya ialah meminta kerajaan Kelantan membuat laporan 'hitam putih' mengenai projek Ladang Rakyat. Setopa anak Setawa (SS) telah membuat kenyataan mengenai resolusi berkenaan. Menurut SS laporan itu perlu kerana timbul berbagai masalah dan tanda tanya di sebalik projek berkenaan. Beliau meminta kerajaan menjelaskan berapa perolehan hasil hutan, syarikat mana terbabit dalam mengendali projek berkenaan dan sebagainya. Kelmarin SS sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MPTN) telah membuat lawatan ke projek tempel (tambahan) jambatan Sultan Yahaya Petra yang menghubungkan Kota Bharu dengan Wakaf Baru. Projek itu dimulakan pada tahun 2009 tetapi masih belum siap sampai ke hari ini. Katanya kerja menyiapkan sudah ke tahap 63 peratus. Kelewatan projek itu menyusahkan para pengguna jambatan berkenaan. Kelewatan juga menyebabkan kos bertambah. Saya tidak tahu mungkin sudah ada yang termuntah kerana terpaksa berhinjut-hinjut kenderaan di jambatan berkenan terutama waktu pagi dan petang masa pergi dan balik kerja. SS menjelaskan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal. Antaranya kata SS ialah masalah pengambilan tanah, pemasangan paip air dan paip Tenaga Nasional dan juga masalah ketinggian tiang yang dipacak dalam sungai tidak mencukupi. Tidak ukur dulu ke? Kalau dilihat kepada masalah teknikal disebut SS itu jelas ianya adalah kesilapan pihak yang mengendalikan projek berkenaan. Kenapa pihak JKR atau mana-mana agensi yang mengawasinya tidak mendalami kerja-kerja berkenaan. Apakah semasa menyerahkan plan ianya tidak diteliti dan disemak terlebih dahulu? Atau ia pakai beri begitu sahaja? Apakah prosuder biasa tidak dituruti? Atau pun projek itu ada keistimewaan-keistimewaan tersendiri? Ada terdengar bahawa projek itu pakai beri saja atau dalam erti kata lain projek itu diberi secara runding terus. Kontrektor yang mendapat projek itu adalah kontrektor kroni, Umno. Apakah kerana ada sesuatu kepentingan projek itu diberi tanpa mengikut prosuder biasa? Kalau ini berlaku maka tidak hairanlah kalau berlaku masalah teknikal termasuk soal tiang pendek itu atau semin tak cukup. Nampaknya begitulah. Soal teknikal disebut SS itu ada kena mengena dengan kesongsangan projek berkenaan diuruskan. Ada juga cerita mengatakan projek itu telah dijual awal-awal lagi. Kontrektor asal sudah pun sapu tangan dan kekenyangan di bilik hawa dingin. Kontrektor asalnya sudah lama bergedik kaki. Penjualan projek itu katanya berlaku sebaik saja surat hasrat diberikan. Ertinya kesalahan teknikal berlaku awal-awal lagi. Apakah begini caranya UBN membahagikan projek? Memandang projek berkenaan ada masalah, maka eloklah kalau laporan hitam putih dikeluarkan berhubung projek berkenaan. Orang ramai ingin tahu secara terpeinci kenapakah ianya lewat. Kata SS projek tempelan itu akan siap tahun depan. Harga projek itu kini seperti mana disebut SS ialah RM159 juta. Apakah boleh diberi jaminan ia akan siap tahun depan? Kalau ia tidak juga siap pasti kosnya akan bertambah lagi. Jumlah asal juga sudah dinaikkan. Sebelum ini harganya tidak sampai ke tahap itu, tetapi setelah berlaku penjualan maka harganya dinaikan. Jadi pendedahan laporan hitam putih diperlukan untuk melihat sejauh mana projek itu diuruskan. Di sini orang menuntut SS mendedahkannya untuk menilai sejauh mana ketelusan dan juga integriti yang ada kepadanya. Selama ini orang menganggap SS bersih, tegas, tidak korup dan seorang menteri yang begitu detail dalam membuat sesuatu perkara. Atas kapasiti itu maka kita minta beliau tunjukkan integriti beliau mengenai pembinaan projek tempel jambatan itu. Saya percaya kalau SS menyembunyikan fakta-fakta mengenai pembinaan itu, siapa pemilik projek itu kepada siapa dijual dan berapa nilainya, akan ada pihak-pihak di luar sana akan memberi butirannya secara tidak bertanggungjawab. Kalau semua 'jabil' dokumen itu keluar ia akan memalukan. Jadi sebelum jabil projek tempelen itu dibuka elok SS mengambil tanggungjawab menyediakan laporan hitam putih mengenainya. Selain itu (ini yang sedapnya..) ada juga cerita mengatakan berlaku tumbuk rusuk oleh pihak tertentu untuk melindungi masalah pembinaan jambatan berkenaan. Seorang ahli Parlimen dikatakan menerima sejumlah wang daripada seorang kontrektor berhubung projek berkenaan. Ahli Parlimen berkenaan diberi ganjaran supaya tidak membongkarkan masalah dan penyelewengan projek berkenaan. Kalaulah orang yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan projek berkenaan sudah terlibat dengan tumbuk rusuk, mungkin mereka yang berada di dalam projek berkenaan turut mengalami hal sama. Tumbukan yang mungkin berlaku bukan rusuk lagi, tetapi perut. Apa pun sesuai dengan hasrat Setopa anak lelaki Setawa yang meminta kerajaan Kelantan menyediakan laporan hitam putih berhubung Ladang Rakyat, maka wajarlah kalau pihak UBN khasnya SS sendiri sebagai pengerusi MTPN juga menyediakan laporan hitam putih mengenai perjalanan projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu dan juga projek-projek lain yang dikenadalikan UBN yang menimbulkan tanda tanya umum. Kepada mereka yang ada maklumat lebih mengenai projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu bolehlah berkongsi maklumat dan serahkan kepada SS. | ||
Raptai pemilihan Umno Jun atau Julai ini Posted: 05 May 2011 12:26 AM PDT Umno dijangka mengadakan raptai pemilihan parti itu sekitar bulan depan ataupun pada Julai ini. Bagi parti terbesar di negara ini dengan keahlian sekitar 3.5 juta, raptai itu adalah ujian ke atas sistem pemilihan mereka sebelum ia diguna-pakai pada pemilihan 2013. Pindaan perlembagaan yang diluluskan tahun lalu menyaksikan pemansuhan sistem kuota yang mensyaratkan calon yang berhasrat bertanding wajib mendapat jumlah pencalonan tertentu sebelum layak bertanding. Umno juga akan menambahkan bilangan ahli yang layak mengundi sekarang terdiri daripada kira-kira 2,700 perwakilan kepada 140,000 yang sekaligus meningkatkan jumlah perwakilan dari setiap bahagian. Seorang ahli majlis tertinggi Umno yang tidak mahu dikenali berkata raptai berkenaan mungkin diadakan pada Jun ataupun Julai ini. "Ini dibincangkan pada pada mesyuarat majlis tertinggi yang lalu," katanya sambil menambah butiran lanjut akan didedahkan pada mesyuarat bulanan akan datang. Katanya, kemungkinan besar setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengendalikan raptai tersebut. | ||
Kursus baru perubatan di semua IPT dibekukan Posted: 05 May 2011 12:22 AM PDT MALAYSIA KINI Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai. "Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400)," katanya. Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini. IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai. Mohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda. Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program. "Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya. Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta. | ||
DAP Sarawak mula jejaki kawasan Bidayuh Posted: 05 May 2011 12:20 AM PDT DAP Sarawak memulakan langkah pertama untuk menembus kawasan pedalaman dengan melantik seorang tokoh profesional Bidayuh sebagai pembantu khas kepada setiausahanya, Chong Chieng Jen. Mordi Bimol, 26, juga dilatih sebagai seorang bakal calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang. Tetapi untuk masa ini, beliau akan membantu Chong (kanan) yang juga ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching untuk berkhidmat di kawasan Tasik Biru. "Dia akan mengendalikan aduan orang ramai di pusat khidmat bazaar Batu Tujuh," kata Chong ketika memperkenalkan Mordi, graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan sains akuatik dan pengurusan kepada wartawan. "Selain membantu saya, beliau juga ditugaskan menubuhkan cawangan parti itu di Tasik Biru, tempat asalnya," kata Chong. Menurutnya, cawangan itu akan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Tasik Biru di Bau yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuching. Katanya lagi, pelantikkan Mordi selaras dengan rancangan lima tahun DAP untuk mengembangkan sayapnya di kawasan luar bandar. Chong berkata DAP juga sedang memerhatikan Opar, satu lagi kerusi yang menjadi sasaran parti itu yang majoriti pengundinya Bidayuh pada pilihan raya akan datang. "Saya masih mencari calon yang layak dan sesuai untuk dijadikan pembantu khas saya untuk di Bengoh dan Opar," katanya. Menurutnya, beliau percaya ramai pemuda Bidayuh yang berpendidikan sedia menyertai perjuangan parti itu. | ||
K'jaan nafi motosikal lebih 15 tahun wajib diperiksa Posted: 05 May 2011 12:11 AM PDT BERNAMA Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan semua motosikal berumur 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan. Beliau berkata setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan. "Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini," katanya di Kota Kinabalu hari ini. Abdul Rahim berkata, sebarang keputusan mewujudkan peratuan baru adalah bertujuan baik iaitu meningkatkan tahap keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa. "Setiap keputusan adalah berlunaskan pertimbangan kepada rakyat dengan mengambil kira situasi kadar kemalangan di negara ini yang masih tinggi iaitu sekitar 6,800 orang setahun atau purata 19 kematian sehari," katanya. | ||
Khalid Samad: Memilih pemimpin semasa muktamar Posted: 05 May 2011 12:10 AM PDT
| ||
Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi? Posted: 05 May 2011 12:08 AM PDT
| ||
Undian tajuk Bubar Umno Masuk PAS Posted: 05 May 2011 12:06 AM PDT
| ||
Tanah mendap tidak perlu dipolitik Posted: 05 May 2011 12:05 AM PDT
| ||
Posted: 05 May 2011 12:01 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan