Rabu, 4 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pembantu Rumah Berahi Sibuk Berpeluk dan Bercium, Abai Majikan Warga Emas

Posted: 04 May 2011 03:10 AM PDT


Gambar yang menunjukkan aksi berahi pembantu rumah dengan teman lelakinya ini dikirimkan oleh pelayar laman Stomp. Si pembantu rumah ini kelihatan terlalu sibuk dengan aktiviti berahinya, manakala majikannya yang sudah uzur hanya mampu memerhatikan gelagat mereka.
Aksi ini dirakamkan di MRT Kembangan, Singapura.

P/s: Bayangkanlah perasaan majikan pembantu rumah ini?


Polis Kempen Fitnah DSAI? Hebat Komplot Konspirator!

Posted: 04 May 2011 03:00 AM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu memberi penjelasan mengenai tindakan pegawai kanan polis yang menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali, berhubung tindakan pegawai kanan Polis, SAC 1 , Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen memfitnah Anwar dengan menyatakannya terlibat dalam video seks fitnah.

Ucapan itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk "isu-isu keselamatan negara masakini' melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di Kelantan.

"Beliau (Hishamuddin) sebagai menteri yang bertanggungjawab tidak boleh berdiam diri apabila pegawai kanan polis menyebarkan fitnah dan propaganda berlandaskan kepada fakta yang tidak betul dengan menyampaikan ceramah kepada guru-guru untuk menyebarkan fitnah.

"Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian. Sedangkan setiap laporan perlu disiasat dan episod siasatan itu dianggap sulit sebelum kertas pendakwaan diserah kepada pendakwaraya.

Katanya, tindakan Hishamuddin yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana dikaitkan dalam video itu merupakan satu lagi justifikasi bahawa pihak polis hanya menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.

"Dari awal lagi kita tahu Polis tidak bersungguh untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Anwar. Polis hanya menjadi perkakas dan alat kepada penguasa," jelas beliau.

Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam isu itu. Malah katanya, Ismail turut senyap dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan Anwar.

"Dalam isu ini saya merasa hairan mengapa Ketua Polis Negara cuba melarikan diri, sedangkan Timbalan nya Khalid Abu Bakar pula kelihatan ke depan dengan membuat kenyataan terhadap Datuk Seri Anwar.

"Apakah ini ada agenda sebaliknya. Apakah Ketua Polis negara sendiri tidak bersetuju dengan video fitnah maka kuasa beliau cuba diambil oleh pihak eksekutif iaitu menteri dengan menggunakan timbalannya untuk dijadikan alat supaya diperkudakan Umno- Barisan Nasional," katanya.

Menurut Shamsul, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran juga perlu memberi penjelasan mengapa golongan guru dipergunakan dalam siri kempen fitnah berkenaan.

"Timbalan Perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme perguruan dan menjaga guru-guru, apa relevannya peranan guru-guru yang dihidangkan dengan video lucah sedangkan teras dalam hal perguruan adalah untuk mendidik pelajar menjadi masyarakat yang bertamadun," tegas beliau.
P/s: Lahanat!

Kerajaan PP Naikkan Elaun Bilal & Siak, Selama Hari Ini Pejuang Islam UMCO Buat Apa Bela Golongan Ini?

Posted: 04 May 2011 01:26 AM PDT


Saya petik:
[MK] Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.

 P/s: Majulah Islam di bawah Kerajaan PR! Bila UMCO mahu tendang MCA dari BN yang bukan sahaja menghina Islam malah Presidennya ada niat mahu menghapuskan keistimewaan Bumiputera? UMCO kecut, PERKASA kecut?!

Adakah Tidak Bekerjasama dengan Pihak yang Menyokong Judi dan Meminggirkan Hukum Islam itu PENGKHIANAT ISLAM?

Posted: 03 May 2011 09:40 PM PDT


Saya ingat mahu memberikan komen tentang kenyataan Tuan Mufti Perlis berkaitan dengan penyatuan PAS dengan UMCO. Kata Tuan Mufti, pihak yang menentang idea penyatuan ini ialah "Pengkhianat Islam". Memandangkan pihak yang lebih layak memberikan komen telah mengeluarkan kenyataan, maka lebih baik saya perturunkan di sini. Tambahan pula, persoalan yang mahu dibangkitkan ada dinyatakan dalam kenyataan akhbar SU Akhbar TG Nik Aziz
Saya petik:

1.Saya merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Beliau dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara UMNO dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.

2.Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan UMNO.

3.Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan UMNO boleh berlaku bila-bila masa DENGAN SYARAT UMNO MENGUBAH DASAR KEPADA ISLAM. Ini boleh dirujuk di muka hadapan Sinar Harian, Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.


4.Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?


5.Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bergabung dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini.

6.Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hokum kerjasama di antara UMNO dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi DENGAN SYARAT PAS MENGGUGURKAN AGENDA PERJUANGAN NEGARA ISLAM. Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak Mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 2011 yang lepas di muka surat 9 untuk rujukan pihak Mufti Perlis. Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan : "However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with UMNO about any possible return to the Barisan Nasional fold.."

7.Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya UMNO selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?

8.Justeru, saya berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau. Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu.
Sekian, wassalam.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 4 Mei 2011 / 1 Jamadil Akhir 1432






Penerima Nobel Prize Arah/Restu/Tonton Kekejaman Tentera AS "Bunuh" Osama

Posted: 03 May 2011 08:00 PM PDT



Wayang atau tidak, media melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didakwa menonton skrin televisyen yang memaparkan detik-detik seorang komando menembak mati Osama bin Laden, 54, secara langsung pada malam Ahad lepas. 

Detik-detik itu dilihat Obama di pejabatnya bersama-sama beberapa pegawai kanan lain termasuk Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di White House di sini menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu.

Obama dapat melihat Osama ditembak di bahagian kepala dekat mata kiri pada skrin televisyen tersebut yang turut disaksikan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden dan pegawai-pegawai pasukan keselamatan negara AS.

Anggota komando itu kemudian menembak Osama sekali lagi di bahagian dada bagi memastikan dia sudah mati. Ia merupakan amalan biasa dalam pasukan tentera.

Dalam video itu juga, salah seorang isteri Osama dikatakan bertindak seperti perisai manusia untuk melindungi diri suaminya semasa seorang anggota komando AS memasuki sebuah bilik tidur di dalam rumah agam yang bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) dekat bandar Abbottabad, Pakistan.

Beberapa jam kemudian, jenazah Osama dikebumikan di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.
Obama sewaktu menerima Anugerah Nobel Prize

Ulama Saudi Pertikai Cara AS Semadi Jenazah Osama

Posted: 03 May 2011 07:16 PM PDT


Saya petik:
[TMI] RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.
Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

"Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain," kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan "kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat)," katanya dipetik Reuters.

"Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu," katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

"Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati," kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

"Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain," kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan  dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

"Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan)," kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

"Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim," katanya lagi.
Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

"Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian," kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters


Osama: Mati atau Tidak?

Posted: 03 May 2011 06:05 PM PDT


Saya petik:

[TMI] NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori "konspirasi Osama hidup" kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: "(Berita) kematian Osama satu pembohongan."
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut "misteri (kematian) makin meningkat."

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakap bahawa Osama mati "adalah terlalu awal" dan AS belum menyediakan "bukti-bukti yang meyakinkan."

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?"

Di lokasi "Ground Zero" New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

"Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?' kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: "Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu."

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia "tidak gembira" dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat." — Reuters


Osama Ben Laden Masih Hidup?

Posted: 03 May 2011 05:45 PM PDT

Perbezaan janggut Osama.

Saya petik:
[Okezone] ISLAMABAD - Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan tewasnya Bin Laden amat tidak berdasar.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahwa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut tewas dalam sebuah baku tembak.

Seperti dilansir Bloomberg, Selasa (3/5/2011), klaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisi Pakistan GEO TV

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran saat tim kecil militer AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahwa Bin Laden memang sudah tewas setelah melakukan tes DNA.

Klaim mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil tes DNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam kondisi sehat.

"Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengonfirmasikan dengan jelas kebenaran bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik," ujar Waliur Rahman dalam statemen video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab.



Foto Palsu "Jenazah" Osama

Posted: 03 May 2011 04:55 PM PDT


Saya petik:

[Republica] Foto jenazah Osama bin Laden, yang dipublikasikan sebelumnya, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeda yang dipublikasikan online dua tahun terakhir. Foto yang diklaim sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.
Beberapa situs koran Inggris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar kabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai situs surat kabar dan kantor berita dunia.
Koran The Guardian terbitan Inggris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak bisa memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.
Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mengklaim bahwa pemimpin AlQaeda telah tewas. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh kantor berita Reuters.
Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahwa bin Laden tewas di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.
Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahwa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu.
 P/s: Penyebaran foto yang direkayasa ini menimbulkan lebih banyak persoalan!

Tiada ulasan: