Rabu, 4 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

Posted: 04 May 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live : Manchester United - FC Schalke 04

Posted: 04 May 2011 11:44 AM PDT

TAK TUDUH ANWAR TAPI SUMPAH ITU ANWAR

Posted: 04 May 2011 08:19 AM PDT

Eskay: Saya tidak tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini
,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews


Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay. -tvs

greenboc


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Minyak Naik Lagi 20 sen

Posted: 04 May 2011 06:49 AM PDT



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO SEKS: SAPA YANG SUPPLY POMPUAN TU?

Posted: 04 May 2011 02:00 AM PDT



Eskay nafi bekalkan wanita dalam video seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki mirip pemimpin pembangkang. NONE"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". alleged four full sex videos on youtube 290411 14Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube. "Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay. Eskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

NONEPada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut. Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut: NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

MK

ESKAY BUAT LAWAK LAGI?


"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay.

TAPI BILA BERSUMPAH :

"........wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hadi: Eskay Pegang Quran Namun Tidak Ikut Hukumnya

Posted: 04 May 2011 12:00 AM PDT


PETALING JAYA 3 MEI: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran.

"Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab," kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya, tambah beliau.

Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menolak fitnah bahawa beliau pelaku video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.

Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya fitnah yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid…(mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," tegas beliau.



TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bloggers Malaysia harus bertaubat dari terlibat secara terus dengan Ghibah!

Posted: 03 May 2011 09:00 PM PDT



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.

Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

Ghibah itu sendirinya berunsur mengatakan tentang kekurangan, kekhilafan dan keburukan atau kemaksiatan yang dilakukan oleh saudara seagama kita.
Bukannya suatu pekerjaan yang membawa ketenangan pada sesiapa sahaja yang terlibat dengannya atau menyenangkan hati mereka yang mendengarnya!

Dari segi lahiriahnya sahaja, sudah begitu menjengkelkan apatah lagi bahawa diri yang terlibat samada menjadi penyebarnya atau pun mangsa perbuatan ghibah itu?
Cuba kita berhenti sejenak dan memikirkan akan arah tuju gejala atau wabak 'ghibah' yang kini menjadi modus operandi kebanyakan mereka yang mengaku menjadi penulis blog terutamanya blog blog yang dibanggakan sebagai wadah perjuangan media baru di gelanggang sosio-politik.
Tuan tuan dan puan puan sesama Islam dengan ku sekelian.

Risau jadinya saya melihat keghairahan para penerbit blog tanpa segan dan silu memaparkan adegan adegan perzinaan kepada tatapan khalayak umum tanpa memikirkan akan natijahnya perbuatan jenayah tersebut baik terhadap diri sendiri di Yaum al Mahsyar nanti mahupun kepada kepada masyarakat kita secara umumnya dimana sudah pasti ianya tersebar luas seantero dunia melalui jaringan internet dan kini pencapaian broadband!

Apakah ini yang mahu kita perjuangkan demi Allah dan Rasul?
Bukti penzinaan seorang yang dikatakan dan dipercayai bahawa ianya adalah seorang ahli politik pembangkang dan dengan alasan ianya harus disekat dengan segala cara dari terus bebas bermaksiat ikut suka?

Pertuduhan telah dibuat oleh beberapa orang manusia yang masing masing tidaklah pulak tercanang sebagai insan insan maksum sesuci embun pagi.

Namun kita mengakui bahawa itu adalah hak mereka untuk membuat apa sahaja mengikut lunas gerak hati mereka yang entah bermotifkan dendam kesumat terhadap individu yang dikatakan 'pelakon utama' rakaman perzinaan bersama seorang pelacur China!

Perkara itu kini disiasat pihak Polis DiRaja Malaysia dan seeloknya dibiarkan mereka sahaja mengendalikannya.

Apa yang saya kesalkan adalah penerusan penyiaran babak babak perzinaan selanjutnya oleh beberapa blogger yang seolah tak tahu langsung tentang hukum hakam dan larangan agama kita terhadap kerja kerja sebegitu yakni yang melibatkan soal aurat dan pendedahan babak babak perzinaan kepada umum!

Takkan lah sampai begitu jahil sekali tentang halal haram cara penyampaian maklumat kepada pengguna pengguna internet?

Takkan tak tahu mana satu batas batas dan etika kewartawanan walaupun yang sedang buat kerja ba alif ngang ini menamakan diri sebagai blogger?

Macamanakah nanti hendak menjawab depan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan kewajaran ia menerbitkan untuk tontonan umum sedunia akan kerja kerja penzinaan individu sasaran mereka?

Sedangkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam menghindari seberapa dapat dari mengadili sipenzina yang terus terang datang membuat pengakuan inikan pulak kita orang orang yang hidup di zaman seribu satu macam fitnah dan kebejatan perangai manusia?
Blogger blogger terlibat juga sudah tentu mempunyai anak anak dan ahli keluarga yang mereka sayangi.

Apakah ada diantara blogger terlibat sanggup untuk menayangkan hasil kerja masum mereka yakni memaparkan klip klip video perzinaan sasaran mereka kepada anak isteri mereka tanpa segan dan silu?

Sanggupkah membiarkan anak anak anda menonton aksi aksi lucah sebegitu melalui paparan skrin laptop dan desktop mereka dirumah atau dimana sahaja?

Apakah yang akan blogger berkenaan menjawab bila si anak kecil bertanya akan apakah yang sedang ditunjukkan didalam video video tersebut kepada mereka?

Sudah sudahlah membuat kerja yang hanya membusukkan nama dan menghancurkan segala usaha murni para pejuang kebenaran dari hilang lesap hancur berterabur hanya kerana ada dua tiga kerat blogger yang terkena sindrom 'marahkan nyamuk membakar kelambu'.

Blogger sepatutnya menggunakan kebijaksanaan masing masing menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Ini tidak, semakin lama semakin rosak nama nama baik angkatan penulis dan pengendali blog.

"Akai pi mana beb?"

Bertaubatlah sebelum terlambat. Takut tak sempat mengucap beb. Bawa bawa beringat. Kita ni sendiri tak le semaksum tara mana pun.

Dah tegur, dah dedah mukadimahnya sudah lah.

Ini sampai melatah naik syeh dedah segala benda pasai apa?

Hilang pertimbangan pun, takkan sampai benda benda sulit macam tu pun boleh gi siar ke seantero alam siber kot syeikh?

Lani, semua dah 'gone case'.

Blogger blogger Melayu Muslim seMalaysia dah hilang maruah, hilang saki baki integriti yang dok ada.

Takut nanti ada yang meludah bilamana terserempak dengan blogger blogger otak kelabu berkenaan nanti.

Kira ..jangan dok mengamuk gila babi nanti bila terkena, ye?

Sendiri cari pasal, beb!

Sendiri mau ingat, aa?

Hai lah manusia manusia....raplah betoi!



Dipetik daripada blog Zainol Abideen

SH
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MALAYSIA HALALKAN PORNOGRAFI?

Posted: 03 May 2011 06:00 PM PDT


Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja. Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.

TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.

Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.


Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

'Mahkamah media'

Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini 'mahkamah media' diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.

TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.

Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.

Penulis adalah Presiden TERAS

KLT





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: