Selasa, 31 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Mari kita lihat...perut siapa yang senakkkkk...??!!

Posted: 31 May 2011 06:24 PM PDT

Mari..mari..mari kita tengok sekarang siapa yang penin? siapa yang sakit perut??!

Perut siapa yang sakit sekarang? akibat terlalu banyak isu-isu yang bukan berkenaan dengan hal-ehwal ekonomi.

Orang-orang cina masih sedih, masih kecewa dan masih geram dengan pelbagai isu-isu yang melibatkan bangsa mereka termasuk lah isu kes Teoh Beng Hock yang sampai saat ini masih lagi menjadi misteri dan masih belum selesai selesai, tup-tup sudah umum pada rakyat yang pengakhiran kes TBH ini tidak akan di umum kepada rakyat.

Yang terkini, bila isu biasiswa persekutuan menjadi perdebatan hangat, di mana ramai anak-anak cina, yang kaya-kaya pulak tu yang dah score straight A, tak dapat biasiswa.

Penganut-penganut agama kristian, yang sembilan puluh persen ada lah terdiri dari orang-orang cina, pun masih lagi kecewa dan sedih dengan pelbagai isu, termasuk lah hak mereka untuk menggunakan perkataan 'Allah', perampasan dan penahanan kitab-kitab Bible mereka yang masih tersadai di Port Klang, dan dakwaan kata yang ada komplot mahukan orang kristian menjadi perdana menteri malaysia.

Utusan Malaysia pula yang saban waktu kerap memainkan isu-isu tentang 'ketuanan melayu' serta Ibrahim Ali dengan seruan untuk 'perang salib'nya...

Kah..Kah..Kah.. dia sudah sakit peruttttttt.!


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. lagi lama tangguh, lagi lama dok pikiaq bila nak buat pilihanraya, lagi senak perut dia...

PAS kena cuba Mat Sabu !

Posted: 31 May 2011 04:21 AM PDT

TG Nik Aziz dok teropong tengok siapa yang patut menang??

Ada lagi 3 hari sebelum Muktamar dimana semua ahli-ahli PAS akan berkumpul untuk memilih barisan kepimpinan parti. Tapi yang pelik tu, tak nampak langsung ada tanda-tanda kempen-kempen sedang dijalankan olih mereka-mereka yang mahu memegang jawatan-jawatan penting dalam parti pada pemilihan itu.

TG Nik Aziz kata ada lah penting untuk memilih mereka yang boleh bawa sistem pentadbiran di Kelantan ke peringkat pusat kerana PR pasti akan menakluki Putrajaya, jadi mereka (PAS) perlu bersiap sedia.

TG Nik Aziz kena main peranan penting dalam perkara pemilihan ini kerana sebagai Mursyidul Am PAS beliau memang kena masuk campur.

Mungkin sebab tu lah kot TG Nik Aziz kita tak ada di Kota Bahru sejak dari hari jumaat 27 hb. lima yang lepas. TG Nik Aziz sekarang berada di Kuala Lumpur dan akan berada di sana sehingga lah selesai Muktamar PAS yang ke-56.

Kalau dulu pada pemilihan yang lepas,TG Nik Aziz secara terbuka telah menyokong Husam untuk jawatan nombor-2, ada kah kali ini TG Nik Aziz mahukan Tuan Ibrahim Tuan Man pula? Yang gurkah-gurkah politik di'port' pasti ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa tak akan dapat sokongan TG Nik Aziz untuk jawatan nombor-2 itu.

Apa kah perwakilan pada Muktamar kali ini akan masih lagi mahu mendengar nasihat TG Nik Aziz lagi? atau apa kah perwakilan mahu meneruskan hasrat mereka mahukan Mat Sabu yang di rasakan seorang yang cukup sesuai untuk berdepan dengan menteri-menteri dari umno?

Jawapan nya hanya lah akan di ketahui pada hujung minggu ini.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' tetap rasa yang Mat Sabu yang patut ganti Ustaz Nasharudin.

Tiada ulasan: