Isnin, 23 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khairy: Masa Pak Lah sokong sekarang bantah

Posted: 23 May 2011 04:21 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,

"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.

Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.

Saman fitnah: MP Jeff Ooi diarah bayar RM150,000

Posted: 23 May 2011 04:17 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


GEORGE TOWN— Mahkamah Tinggi mengarahkan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi agar membayar RM150,000 kepada seorang bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari PKR berhubung tuduhan fitnah termasuk kerana menggambarkannya sebagai "orang gila."

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera juga mengarahkan Ooi membayar RM20,000 sebagai kos dan faedah lapan peratus, yang akan dikira daripada tarikh penghakiman sehingga hari pembayaran.

Laporan Bernama menyebut, Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Vazeer Alam dipetik berkatam pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.

Katanya, mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Februari 2010 kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Guan Eng: Usah potong subsidi gula, biar kurang untung Felda

Posted: 23 May 2011 04:16 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.

Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Justeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

"Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

"Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

"Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia," kata Lim.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.

Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

"Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

"Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia," katanya.

Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

"Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM," katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

"Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

"(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil," katanya.

Enjin jet: Sarjan Tharmendran bebas ditahan TUDM

Posted: 23 May 2011 04:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA– Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang ditangkap dan ditahan oleh TUDM kerana gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL) kini kekal bebas dari tahanan.

Keputusan itu berikutan tindakan TUDM menarik balik permohonan bagi memfailkan notis rayuan melebehi tempoh masa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penahanan Tharmendran itu tidak sah di sisi undang-undang.

Laporan Bernama Online menyebut, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, hari ini membatalkan permohonan TUDM selepas Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan mahkamah mengenai penarikan balik permohonan itu.

Dua hakim lain dalam panel ialah Hakim Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Pada 25 November lalu, Tharmendran, 43, ditahan oleh lima pegawai dari Jabatanarah Provos Marshal TUDM di pekarangan kompleks Mahkamah Shah Alam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 atas tuduhan bersuhabat mencuri dua enjin jet milik TUDM.

Pada hari berikutnya Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan daripada Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Laporan itu juga menambah, di luar mahkamah, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Tharmendran, memberitahu pemberita bahawa penahahan anak guamnya berakhir berikutan penarikan permohonan oleh TUDM.

Sementara itu, Manoj memberitahu Tharmendran sudah kembali bertugas.

Bagaimanapun, Tharmendran masih berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan bersuhabat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang milik TUDM.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Kanan Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua buah enjin pesawat F5 jenis J85-21 di dalam bangunan Material Processing Shed, MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi pada 30 April 2008.

Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan perbicaraan masih berjalan.

Beliau berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tharmendran juga didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM62,000 dan berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM5 juta disabit kesalahan.

Tanah runtuh: Polis siasat tragedi, nafi madrasah amal ajaran sesat

Posted: 23 May 2011 04:10 AM PDT

THE MALASIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pemilik Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini berhubung tragedi tanah runtuh kelmarin yang mengorbankan 16 nyawa.

Keterangan diambil daripada pelbagai pihak bagi membantu siasatan dan mengenal pasti punca tragedi.

"Kita akan lihat sekiranya wujud kecuaian dan kelalaian dari mana-mana pihak sehingga berlakunya kejadian ini," kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah selepas melawat mangsa terselamat di Hospital Ampang hari ini.

Enam mangsa yang terselamat dalam insiden itu kini ditempatkan di wad khas hospital itu manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi.

Dipetik laporan Bernama Online, Tun Hisan berkata, fokus siasatan akan tertumpu kepada status tanah berkenaan yang dikatakan tanah pertanian dan untuk mengesahkan sama ada pembinaan rumah di tanah itu mendapat kebenaran ataupun tidak.

Beliau berkata, polis sedang berbincang dengan Jabatan Mineral dan Geosains dan agensi-agensi lain bagi mencari punca yang mengakibatkan tanah runtuh itu.

Rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang.

Mengenai khabar angin kononnya rumah anak yatim itu (gambar) ada mengamalkan ajaran sesat, Tun Hisan berkata khabar angin itu tidak betul.

Satu lagi laporan Bernama Online menyebut bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) percaya hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Datuk Ir Ashaari Mohamad berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis lalu, diikuti 41mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80mm pada hari kejadian.

"Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

"Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat," katanya.

Berdasarkan maklumat diterima, beliau berkata, kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki.

"Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 buah lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter," katanya.

Ashaari berkata, cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga telah dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.

"Jadi hari ini kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama," katanya.

Dalam pada itu, RM217,000 sumbangan disalurkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor kepada 53 waris dan mangsa tragedi tanah runtuh itu dan rumah kebajikan berkenaan.

Setiap waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 setiap seorang manakala mangsa yang terselamat menerima sumbangan berjumlah RM1,000, sementara rumah anak yatim itu mendapat sumbangan RM100,000.

Selain itu kerajaan Selangor turut menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada setiap waris.

Elektrik: Putrajaya patut kaji konsesi IPP, bukan naik tarif dijangka Jun

Posted: 23 May 2011 04:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, Ketua Pembangkang (gambar) berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet pada Rabu ini akan menyentuh soal itu.

"Sudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri lebih baik untuk rakyat.

"Berdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.

Awal hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowatt.

"Harga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.

"Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP mengaut keuntungan yang besar lebih awal," katanya lagi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB yang terpaksa menanggung beban.

"Akibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap.

"Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun.

"Justeru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi," katanya.

Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas.

"Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia)," katanya lagi.

Usahawan IKS dakwa Melaka lebihkan pelabur asing

Posted: 22 May 2011 10:25 PM PDT

Elissa Helmy


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa kerajaan negeri Melaka lebih menjaga kepentingan pelabur asing berbanding peniaga kecil yang terdiri daripada warga tempatan.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, sebagai bukti, beberapa isu yang dihadapi kini membabitkan kira-kira 100 peniaga kecil yang diarah berpindah dari premis perniagaan asal mereka atas alasan projek pembangunan.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Katanya, kerajaan negeri tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.

"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan lebih 20 peniaga kecil di Banda Hilir yang terlibat dengan arahan berpindah.

Hitam putih

Mohd Redzuan berkata, keadaan yang berlaku menampakkan nasib peniaga kecil tempatan yang sebilangan besarnya terdiri dari kaum Melayu tertindas setelah dikatakan sekadar memberikan pampasan yang dianggap langsung tidak masuk akal.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri Melaka menekan peniaga Melayu ini, kerana asyik menyuruh mereka berpindah randah yang belum tentu ada jaminan boleh menempatkan semula di sini berikutan tiada sebarang hitam putih.

"Ikhlas tidak menghalang hasrat kerajaan negeri Melaka untuk menaiktaraf lokasi perniagaan terlibat tetapi biarlah kena dengan caranya.

"Bagi kami, sekurang-kurangnya biarlah pampasan yang diberi munasabah dan sesuai dengan kesulitan yang bakal ditempuhi peniaga," katanya.

Malaysiakini difahamkan, setakat ini, 16 peniaga yang terlibat di Gerai MBMB di Banda Hilir bakal menerima sebanyak RM800 sebulan sebagai saguhati selama projek membina terminal bas pelancong dua tingkat siap sepenuhnya.

Buat sementara, sebahagian daripada mereka akan ditempatkan di gerai sementara di Taman Rempah, Sungai Melaka manakala sebahagiannya ditempatkan di Heritage Bazar, Dataran Pahlawan dan beberapa gerai milik MBMB sekitar bandaraya tersebut.

Dalam pada itu, menurut Mohd Redzuan, nasib berbeza dialami kira-kira 11 peniaga kendalian Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Taman Mini Malaysia apabila sekadar diberikan sebanyak RM500 sebulan sepanjang projek menaik taraf premis perniagaan mereka siap.

Tak jaga kebajikan Melayu

Jumlah berkenaan, katanya langsung tidak masuk akal meskipun beberapa kali pihak terlibat menyatakan rayuan kepada PKNM.

"Mereka (PKNM) ingat, jumlah RM500 besar, sedangkan hari ini belanja pasar pun tidak cukup apatah lagi untuk menampung pembayaran lain seperti hutang kereta, rumah, sekolah anak dan pinjaman lain.

"Saya hendak ingatkan PKNM, jangan hendak zalimi peniaga. Ikhlas tidak teragak-agak untuk mengumpul seberapa ramai peniaga kecil bagi menyatakan bantahan terhadap perkara ini.

"Sedangkan Perdana Menteri kata, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tetapi dalam isu ini mereka lebih mengutamakan pelabur asing daripada peniaga kecil.

"Kalau orang Melayu sendiri tak jaga kebajikan orang Melayu maka siapa lagi. Sudah tentu bangsa lain akan lebih menekan kita," katanya.

Jelasnya, setakatnya setakat ini, peniaga di Taman Mini Malaysia masih tidak diberikan jaminan bahawa mereka akan ditempatkan kembali ke premis asal mereka sebaik projek itu siap nanti.

"Begitu juga, peniaga di Taman Buaya, Ayer Keroh yang turut diarah berpindah sedangkan sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai perkara itu," katanya.

Ketua hakim dilaporkan kritikal

Posted: 22 May 2011 10:20 PM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

NONEBeliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.

Undian BN Tiru Buku Jingga

Posted: 22 May 2011 10:19 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "BN TIRU BUKU JINGGA" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam dua hari ini, hari ini dan esok.

Manakala pada hari Rabun nanti, pembaca akan mengundi tajuk lain pula. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sementara itu, seramai 324 undian sahaja diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini, wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Keputusan undian bersetuju adalah pada tahap 81.48 % atau 264 undian berbanding dengan 56 undian sahaja atau 17.28 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 4 undian atau 1.23 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian yang telah dilakukan, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Azizi beransur pulih

Posted: 22 May 2011 10:17 PM PDT

Mohd Sabri Said


GEORGETOWN: Sasterawan terkenal, Azizi Abdullah (gambar) kini beransur pulih setelah menjalani pembedahan jantung pada 26 April lalu di Hospital Pulau Pinang.

Walaupun begitu, keadaan beliau masih lemah dan keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk untuk melawat bagi mengelak dijangkiti kuman yang boleh menjejaskan lagi kesihatannya.

Menurut anak sulungnya, Anita, bapanya terasa pedih di bahagaian paru-paru ketika pulang dari pejabatnya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) lantas dibawa berjumpa doktor.

Ini, katanya kerana sememangnya Azizi mempunyai kes jantung dan menunggu tarikh pembedahan kira-kira setahun lalu.

"Kini kesihatan bapa dah segar walaupun tidak boleh bercakap banyak lagi. Alhamdulilah semua berkat doa rakan dan taulan," jelasnya ketika dihubungi menerusi telefon.

Umno halang rakyat dapat maklumat tepat

Posted: 22 May 2011 10:16 PM PDT

Ahmad Danial


MELAKA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan Umno BN menutup ruang secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa.

"Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan PAS dan PR untuk bercakap di dalam media sama ada elektronik atau cetak.

"Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian jentera pilihanraya Dun Ayer Molek dan Pusat Adun Rakyat Dun tersebut, dekat sini semalam.

Tambahnya, kerajaan Umno BN juga menjadikan masjid dan surau kosong dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya.

Katanya, pemimpin Umno tidak mahu rakyat memahami Islam kerana apabila berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR.

Idris berkata, rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan merempat kerana dengan kemiskinan, rakyat mudah dibeli dan disogok oleh Umno BN ketika kempen pilihan raya.

"Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi.

"Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini," kata Idris.

Justeru, menurutnya jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menyampaikan risalah perjuangan PAS dan PR kepada orang Umno dan golongan tidak berparti supaya mereka dapat memikirkan tentang kedudukan politik dan sosial masyarakat hari ini.

"Risalah, 'banner' dan bahan-bahan lain mesti dipastikan sampai kepada setiap rakyat supaya rakyat boleh berfikir membuat pemilihan yang matang dan bijak pada pilihan raya umum akan datang," kata Idris.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek dan Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew.

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

Posted: 22 May 2011 10:14 PM PDT

Harakahdaily

(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

KOTA BHARU: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Antara pengisiannya adalah bacaan Al Quran dengan sasaran khatam 100 kali bagi memohon perkenan Allah untuk selamatkan perjuangan Islam di Kelantan.

Bagi Fadhli, Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan.

Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan.

Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional.

Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM, kata Fadli.

"Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh Umno," katanya.

Apa yang berlaku ini, katanya, berlainan dengan Umno yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka.

Contoh jelas antaranya ialah apabila Umno memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan.

Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat, katanya.

"Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu," tegas Fadli.

Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM, tegas Fadli.

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor kritikal

Posted: 22 May 2011 10:10 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor, Mohd Radzi Yusof dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang.

Mohd Radzi, 51, (gambar) sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada hari Selasa (17 Mei) lepas untuk mendapat rawatan masalah paru-paru yang dihadapinya dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu kerana keadaan bertambah buruk.

Keadaan beliau masih lagi koma dan doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-paru untuk mengenal pasti jangkitan lain.

Walaubagaimanapun keadaaan beliau semakin stabil berbanding semasa mula-mula dimasukkan ke ICU.

Sehubungan itu, pihak pihak jabatan pilihan raya PAS negeri meminta orang ramai bersolat hajat dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan yang dikesan sejak Januari lepas.

Dilema baru Palanivel, gayanya didakwa cetus dua kem

Posted: 22 May 2011 10:08 PM PDT


Pun begitu, beliau tidak ketinggalan daripada kritikan dan kecaman sekumpulan kecil ahli dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sewajarnya, mengambil kira beliau baru sahaja enam bulan menjadi presiden, persekitaran itu tidak wujud sama sekali.

Tetapi keadaan sebaliknya dilalui beliau sekarang.

Pengkritik mendakwa Palanivel (gambar), yang menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu pertengahan Disember lalu, tidak mengutamakan soal perpaduan parti, sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan ke atas usaha memperkuatkan kedudukan beliau menjelang pemilihan presiden.

Pemilihan presiden yang sepatutnya diadakan awal tahun depan ditangguhkan sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

Gara-gara kritikan ini dikaitkan dengan usaha Palanivel membawa masuk beberapa bekas pemimpin pusat yang pernah dipecat Samy Vellu.

Bulan lalu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC menerima balik tiga pemimpin yang pernah menganjurkan kempan Gerakan Anti Samy (GAS) — V. Mugilan, Kumar Aamaan dan K.P Samy. Mugilan telah dikembalikan jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pusat dan Kumar dan K.P Samy sudah boleh menganggotai semula CWC.

Susulan keputusan CWC itu, Setiausaha Pemuda MIC, C Sivarraajh membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan mendakwa keputusan tersebut sebagai tidak sah. Sivarraajh menimbulkan persoalan adakah wajar perlembagaan parti diketepikan untuk memberi pengampunan kepada tiga pemimpin berkenaan dan menegaskan, ia bertentangan dengan Perkara 15.4 dan 61.5 perlembagaan.

Perkara 15.4 menyatakan seseorang ahli yang sudah dipecat hanya boleh dikembalikan ke jawatan asal jika merayu kepada CWC dan rayuan diterima oleh jawatankuasa berkenaan manakala Perkara 61.5 pula menyebut ahli yang dipecat hanya boleh diterima balik sebagai ahli selepas dua tahun daripada tarikh dipecat.

Sebahagian pemimpin sayap pemuda itu didakwa cenderung kepada kepimpinan timbalan presiden Datuk Dr S Subramaniam bersama ketua Pemuda MIC T Mohan.

Mugilan dilaporkan akan mencabar jawatan ketua Pemuda MIC susulan penerimaan balik ke pangkuan MIC. Jika tidak Mohan, Sivarraajh juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan itu.

Keputusan CWC menerima balik tiga pemimpin pusat itu tidak bercanggah dengan perlembagaan parti, tegas pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Sri K.S Nijhar sebelum ini.

Awal tahun ini, Palanivel memberitahu The Malaysian Insider, semua ahli MIC yang telah disingkir atau keluar parti sebelum ini akan diterima kembali dan dikekalkan jawatan mereka tetapi dengan syarat.

Aduan Sivarraajh disusuli dengan tindakan Ketua MIC Bahagian Bagan, Datuk Henry Benedict Asirvatham yang turut mempersoalkan cara dan motif Palanivel.

Dua perkembangan terbaru ini dilihat kemungkinan membawa kepada perpecahan terbaru dalam parti komponen BN itu ketika Palanivel mahu memperkukuhkan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau secara terbuka mendakwa Palanivel mahu membunuh Dr Subramaniam, antara calon yang disebut kemungkinan mencabar Palanivel dalam pemilihan presiden akan datang.

Dr Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat, yang dilihat tidak mengulas perkembangan ini didakwa mempunyai sokongan Samy Vellu yang memimpin MIC selama tiga dekad.

Pihak yang mengecam Palanivel secara langsung dan tidak langsung mendakwa beliau tiada sokongan akar umbi dan menang pemilihan 2006 dan 2009 kerana restu Samy Vellu.

The Malaysian Insider juga difahamkan Samy Vellu sudah mula melahirkan rasa tidak senangnya dengan pendekatan dan gaya Palanivel.

Ekoran cabarannya itu, Asirvatham, seorang ahli perniagaan di utara Semenanjung itu menerima surat tunjuk sebab daripada Nijrar Khamis lalu.

"Ya, sudah pasti... saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini.

"Jika memerlukan bukti, saya akan membawa saksi-saksi, yang merupakan penyokong Dr S Subramaniam, dari seluruh negara dengan bas untuk membuktikan adanya usaha mahu membunuh (politik) Dr Subramaniam," tegas beliau.

"Saya ada bukti, Palanivel membawa masuk mereka yang dipecat oleh Samy Vellu untuk memperkuatkan kedudukan beliau, bukan kerana kepentingan parti tetapi kerana bimbang dengan populariti Dr Subramaniam," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Bahagian Bagan, Pulau Pinang itu, dakwa Asirvatham, digantung oleh Samy Vellu pada 2006 juga kerana Palanivel. Bekas presiden membatalkan hukuman itu pertengahan tahun lalu ketika kempen GAS diadakan.

"Perlembagaan MIC dengan jelas menyebut mereka yang dipecat hanya boleh diambil balik selepas dua tahun (dari tarikh dipecat)... tiada peruntukan untuk pengampunan, ini canggah dengan perlembagaan. Itu yang saya maksudkan," katanya sambil menegaskan, tindakan Palanivel sebenarnya akan membawa kepada kehancuran MIC, bukannya menyatukan parti.

Katanya, Palanivel juga mahu membunuh kerjaya politik seorang lagi naib presiden Datuk M Saravanan, yang juga salah seorang daripada dua timbalan menteri MIC.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung MIC S. Murugessan berkata, jawatankuasa disiplin sudah mengeluarkan surat berkaitan isu itu dan beliau sewajarya memberi respons kepada badan tersebut.

"Aduan telah diterima, biar jawatankuasa disiplin menguruskan kes ini," katanya ringkas.

Menjawab tanggapan bahawa MIC kini sudah dua kem dalam waktu yang singkat ini, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau belum mendengar bahawa tindakan Palanivel sekarang akan membawa kepada perpecahan dalam parti, kononnya sudah ada dua kem masing-masing menyokong presiden dan timbalan.

"Saya tidak dengar apa-apa. Bagaimanapun apa yang penting, Palanivel perlu memastikan pendekatan hanya mahu memperkukuh parti dan mengembalikan perpaduan, bukan sebaliknya iaitu menguatkan kedudukan beliau menjelang pemilihan parti.

"Palanivel kena memastikan tindakannya tidak memudaratkan parti... itu yang penting," kata pemerhati politik itu.

Katanya, pendekatan Palanivel kelihatan baik tetapi ada pihak tidak dapat menerima apabila pemimpin-pemimpin yang dipecat dikembalikan jawatan mereka.

Beberapa pihak yang rapat dengan Palanivel mempertahankan presiden itu sambil mendakwa pendekatan diambil oleh senator ini berniat baik untuk membantu MIC dan BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Mereka yang mempertikaikan Palanivel memang pencetus masalah kepada parti... cuba anda periksa latar belakang mereka di internet.

"Mereka masih amalkan kepimpinan berkasta, tidak bersetuju dengan Palanivel membawa ahli dan pemimpin akar umbi ke dalam parti... sangat mudah," katanya.

Seorang penyokong Samy Vellu mendakwa menjadi lumrah bagi mana-mana presiden baru untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti.

"Itu yang dilakukan oleh Palanivel sekarang, yang turut mewujudkan hampir 1,000 cawangan baru, meneruskan dasar yang diambil Samy Vellu sebelum ini," katanya. Asirvatham juga membuat dakwaan sedemikian.

Cuma dakwa penyokong Samy Vellu itu, mereka melihat tindakan itu cuba mencantas asas sokongan Dr Subramaniam. Dr Subramaniam, iaitu Menteri Sumber Manusia, merupakan satu-satunya wakil tunggal dalam Kabinet Najib.

Dr Subramaniam antara tiga wakil MIC menang pilihan raya umum 2008.

Palanivel yang turut tewas dilantik sebagai senator akhir tahun lalu selepas tidak dipilih sebagai calon bertanding semula pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010

Tanah runtuh: PKR mahu kerajaan negeri Selangor adakan siasatan

Posted: 22 May 2011 10:07 PM PDT


KUALA LUMPUR — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan negeri Selangor menyiasat punca tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, kelmarin.

Beliau berkata, siasatan ke atas pembinaan bangunan di lereng bukit termasuk premis persendirian juga perlu diambil kira.

"Sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seramai 16 orang terkorban dalam kejadian itu petng kelmarin. Sembilan terselamat dengan kecederaan.

Semalam beliau menziarah mangsa terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14, Hulu Langat.

Dr Wan Azizah turut memuji kecekapan anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kejadian tanah runtuh.

"Kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus-lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu," katanya.

Beliau juga berkata, tragedi tanah runtuh ini merupakan satu peringatan kepada manusia agar menitikberatkan keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat anak-anak yatim dan orang tua agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Dr Wan Azizah berharap agar masyarakat mengambil ikhtibar dan mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Beliau mendoakan agar mangsa yang terlibat diberi perhatian agar mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka.

"PKR mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka.

"Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman," katanya.

Pakar: Perlembagaan tak lengkap, tapi harus dikekalkan

Posted: 22 May 2011 05:04 PM PDT


KUALA LUMPUR — Perlembagaan negara wajar dikekalkan meskipun undang-undang paling tinggi itu tidak lengkap sepenuhnya manakala Muslim wajar menerima hakikat mereka "perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim", kata pakar perlembagaan Prof Dr A Aziz Bari.

"Mereka tiada pilihan," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam reaksinya berhubung maklum balas pembaca mengenai tulisan terbitan The Malaysian Insider malam tadi.

Katanya, melihat pada komen-komen daripada para pembaca mereka kelihatan tidak gembira dengan pandangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda manakala kerajaan pula tidak sewajarnya memberi hak-hak secara meluas kepada bukan Muslim, antaranya memegang jawatan dalam kerajaan.

Pandangan itu dilontarkan pada Wacana Membina Negara Sejahtera anjuran Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia, yang antara lain bertujuan menyuntik semangat kepada masyarakat tentang aspirasi dan impian menuju negara Islam.

Pada wacana itu, beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

Dalam pandangannya, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam.

"Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberi hak-hak sivil.

"Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya," kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Zamri Hashim pula berkata, Muslim sewajarnya melihat menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar.

"Kita mesti melihat di luar (ruang) politik. Agenda Melayu sangat penting untuk (kita) tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu adalah Muslim. Bukan lagi tentang PAS dan Umno," kata timbalan mufti Perak ini.

Timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan Malaysia tidak harus menjadi negara sekular.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman menambah Perlembagaan Persekutuan mesti digantikan kerana ia digunal oleh penjajah British.

Mengulas lanjut mengenai polemik terbaru ini, Aziz menekankan, antara perkara utama beliau bangkitkan pada pertemuan semalam termasuklah keperluan memahami Perlembagaan Persekutuan dan lupakan gesaan memindanya memandangkan parti-parti alternatif masih boleh memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

"Pokoknya, masyarakat Muslim perlu tahu apakah keutamaan mereka. Cakap-cakap mahu meminda Perlembagaan hanya akan menakutkan bukan Islam.

"Apa pun mereka tidak boleh berbuat demikian tanpa memperoleh (sokongan) bukan Islam. Pendek kata masyarakat Muslim perlu praktis," katanya lagi sambil menjelaskan, persekitaran politik negara ini juga menunjukkan usaha membentuk kerajaan pun adalah sukar dan hanya boleh dilakukan menerusi sokongan bukan Muslim.

Sehubungan itu katanya, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menghadiri wacana semalam, yang turut mengingatkan hadirin bahawa Muslim mesti belajar daripada pengalaman lama dan tidak seharusnya mencimplak perkara-perkara yang tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

"Cendekiawan-cendekiawan zaman lalu menulis perjanjian untuk berurusan dengan masalah mereka ketika era mereka.

"Malah beliau (Asri) juga mengingatkan mereka agar bercakap mengenai isu-isu lebih besar seperti rasuah dan salah guna kuasa yang memberi kesan kepada setiap orang, Muslim dan bukan Muslim," kata Aziz (gambar) lagi.

Aziz juga berkata, Asri juga menimbulkan isu di mana kerajaan yang memerintah berpandangan bahawa peruntukan projek termasuk yang dijanjikan ketika pilihan raya kecil adalah hak mereka.

"Asri mengingatkan bahawa wang itu adalah milik rakyat yang membayar cukai," katanya yang dilihat merujuk kepada pengumuman projek-projek oleh BN ketika pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Asri yang dihubungi menjelaskan Perlembagaan Persekutuan tiada masalah walaupun ada "benda yang boleh disemak" supaya selaras dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan diketengahkan Islam.

Malah kata beliau, tiada masalah bagi Muslim dan bukan Muslim untuk berada dalam kerajaan yang sama untuk mentadbir negara ini.

"Cuma pada masa-masa lalu, ketika era dahulu, wujud kesangsian mengenai soal kedudukan bukan Muslim dalam kerajaan dari segi pelaksanaan dan kuasa eksekutif... dulu tiada perlembagaan bertulis dan undang-undang, tetapi kini ia bukan satu masalah," kata Asri.

"Kini masalah itu sudah tidak wujud, kita ada Perlembagaan (Persekutuan) dan ada undang-undang... kita ada undang-undang dan majlis syura iaitu jemaah menteri di mana ada wakil Islam dan bukan Islam, dan jika ada isu atau masalah, ia dapat dielakkan dengan perbincangan dan keputusan bersama," kata beliau lagi.

Asri juga menjelaskan, orang ramai perlu menerima hakikat bahawa setiap perlembagaan dan undang-undang yang ada di muka bumi ini digubal olah manusia, bukannya diperturunkan oleh Tuhan.

"Tiada perlembagaan yang datang daripada Tuhan... Nabi Muhammad pun tidak meninggalkan satu bentuk negara (yang lengkap), cuma ketetapan iaitu cara, kerajaan dan pentadbiran yang adil mengikut prinsip-prinsip Islam... keadilan, kesaksamaan dan tidak zalim," kata beliau.

"Sebaliknya banyak pihak terpengaruh dengan sistem kenegeraan yang diterokai pada zaman sekitar 1,000 tahun lalu.

"Oleh itu, kita kena menerima bahawa kerajaan zaman itu berbeza daripada situasi dan masalah zaman sekarang, lebih-lebih lagi berbeza daripada senario di Malaysia," kata Asri.

Oleh itu, kata beliau, setiap anggota masyarakat negara ini perlu menerima hakikat tersebut.

Minyak RON95 Bakal Dimansuhkan?

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

SABAH DAILY


PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.

Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

"Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

"Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Pusat akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Tian Chua berkata, dari segi perbandingan kualiti penggunaan RON92 dan RON97 tidak jauh beza kerana bukan semua jenis kenderaan boleh menggunakan minyak jenis itu, terutamanya kenderaan model baru dan berprestasi tinggi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat seharusnya meneliti semula penyaluran subsidi kepada syarikat-syarikat pengeluar tenaga persendirian (IPP) di negara ini dan memindahkan sebahagian besar peruntukan itu untuk menampung pembiayaan subsidi bahan bakar yang semakin meningkat naik.

"Kerajaan Pusat perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga barang yang semakin meruncing dan sebarang keputusan menaikkan harga bahan bakar tidak relevan buat masa ini," katanya.

Sementara itu, Tian Chua menggesa semua parti politik tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya, PKR sebulat suara bersetuju menerima agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bersedia mempertahankan sebarang usaha untuk menukarkan kepentingan agama itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara. -SH

Muhyiddin bimbang PRU 13?

Posted: 22 May 2011 04:56 PM PDT

SABAH DAILY


Pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh BN kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocation"Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya meningkat.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.

NONE"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.

Muhyiddin berkata, setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008.

"Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera.

Proksi Musa boikot program Shafie ?

Posted: 22 May 2011 04:53 PM PDT

Masdarwahid

Hubungan tegang antara Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal kian parah.

Terbaru, program Shafie dalam kawasan sekitar Kimanis pada 15 Mei lalu diboikot proksi Musa di kawasan itu.

Lebih menarik, Shafie mengadakan program di kawasan itu yang 'secara kebetulan' ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman tiada di kawasannya.

Anifah ialah adik kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Sebelum ini, Shafie turut mewujudkan proksinya tersendiri bagi menyaingi pengaruh Musa atas nama 'Task Force Umno Malaysia' yang didakwa mendapat restu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Shafie juga sejak dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memanipulasi kementerian itu untuk tujuan politiknya sehinggakan programnya bertindih dengan program kerajaan negeri yang diterajui Musa.

Sementara itu, Musa pula membodek Najib dengan 'menganugerahkan' Datin Seri Rosmah Mansor pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada 8 November 2009.

Wartawan baru-baru ini turut menyoal Shafie mengenai hubungan dinginnya dengan Musa namun Ahli Parlimen Semporna itu cuba mengelaknya.

Kerajaan Kedah nafi dakwaan Menteri

Posted: 22 May 2011 04:51 PM PDT

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizsETaiW8fO_uXuyQK6kuHcdR5CGElWIilka7XsR005p8sfiht6Sb4oaRsmfl2N79apkM1c60Tl8x-z6jhPLmIiw2x-m0bnipptH0fnLkWG6wicmBMqFw0Lcx_2GXbNp_yF9NZ1i8wYJwN/s1600/yb-dato_-ir-phahrolrazi-haji-zawawi2.jpg


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menafikan dakwaan menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain sebaliknya ia dibuat secara berperingkat mengikut amalan kerajaan terdahulu.

Exco Kerja Raya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, apabila peruntukan Kerajaan Pusat dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri, wang itu sudah bercampur dengan wang sedia ada memandangkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan menyelenggara jalan negeri itu diasingkan.

Menurutnya, amat sukar untuk memastikan peruntukan itu digunakan bagi tujuan membaik pulih jalan negeri memandangkan Kerajaan Negeri membelanjakan bermacam-macam perkara sepanjang tahun.

"Saya fikir Kerajaan Negeri sedia ada meneruskan amalan sama yang dibuat kerajaan terdahulu .

"Perkara sama turut berlaku di seluruh negara apabila setiap peruntukan diterima dari Kerajaan Pusat dimasukkan dalam satu akaun.

"Selain itu, Kerajaan Negeri menyerahkan urusan membaik pulih jalan negeri di bawah tanggungjawab Pegawai Kewangan Negeri dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sepenuhnya.

"Jadi, isu penyalahgunaan peruntukan tidak seharusnya ditimbulkan oleh Kementerian Kerja Raya," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ir Phahrolrazi berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor, semalam.

Shaziman mendedahkan Kedah dan Selangor dikenal pasti antara negeri yang didapati menyalahgunakan peruntukan penyelenggaraan jalan negeri untuk tujuan lain.

Ir Phahrolrazi berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk kerja membaik pulih jalan negeri setakat ini.

"Saya akan merujuk perkara ini dengan JKR negeri dan Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.SH

Gambar pemimpin PAS berharga RM 17 000

Posted: 22 May 2011 04:47 PM PDT

PASPB


SHAH ALAM - Sekeping bingkai gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencatat kutipan tertinggi apabila dibida RM17,000 pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Pas di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam semalam.

Muka depan Majalah Fikrah itu memaparkan gambar Nik Aziz dengan tajuk; Terajui Perubahan Capai Keberkatan yang dicetak pada 2008, dibida seorang ahli perniagaan, Mohd Shukri Omar yang diwakili anaknya, Ahmad Azmi.

Bingkai terbabit adalah antara empat bingkai gambar yang memaparkan wajah kepimpinan tertinggi Pas termasuk Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor dilelong dengan jumlah semua kutipan RM27,200.

Selain itu, beberapa individu turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang, cek dan aku janji bagi mengumpul dana untuk persiapan PRU13.

Jumlah sumbangan tertinggi diterima RM50,000 yang disumbangkan individu yang menggelar dirinya hamba Allah.

Hadir di majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyampaikan bingkai gambar kepada pembida.

Hadir sama kepimpinan Pakatan Rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak

Turut hadir, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.SH

Tanah runtuh Hulu Langar: KEADILAN seru agar UMNO jangan berpolitik

Posted: 22 May 2011 04:43 PM PDT

MERDEKA REVIEW


Setakat kenyataan media ini dikeluarkan masih ada anak yatim di rumah Anak Yatim Al-Takwa, yang masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat ini. Diharap semua pihak dapat bersama menyumbang tenaga dalam usaha menyelamat oleh pihak keselamatan.

Saya mewakili KEADILAN Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi ini.

Hujan lebat yang turun beberapa hari di kawasan Hulu Langat ini memungkinkan kejadian tanah runtuh ini berlaku. Selain dari menerima ini sebagai satu bencana alam yang sudah ditentukanNya, kita wajar menginsafi kejadian sebegini dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan ia dari terus berulang. Ini adalah kerana kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sedikit masa dahulu yang antara lain faktor penyumbangnya adalah kerana kecuaian manusia, tiada kawalan ketat oleh pihak berwajib untuk menjalankan pembangunan dengan kawal selia yang cekap dan ketat.

Jesteru KEADILAN Selangor mendesak Kerajaan Negeri membekukan serta merta aktiviti berhampiran tanah berstruktur lemah dan di lereng bukit. Apatah lagi projek pembanggunan di atas bukit seperti yang banyak terdapat di Bukit Antarabangsa, Ampang dan Bukit Cermin Putra Heights, kawasan Subang Jaya.

KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor telah pun mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan. Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan belasan nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda di samping perubahan ekologi persekitaran.

Jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa kawalan ketat dari segi keselamatannya dan inilah masanya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bertindak tegas.

KEADILAN Selangor juga suka untuk mengingatkan kepada UMNO Selangor supaya tidak perlu menunjuk lagak hero dalam tragedi ini kerana disini bukanlah medan untuk berpolitik, sebaliknya bersamalah berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam membantu Anak-Anak Rumah Yatim Al-Takwa ini.

KEADILAN juga dukacita dengan kejadian semalam, di mana tindakan Puteri UMNO yang beriya-iya benar mahu mempolitikkan tragedi ini sehinggakan mangsa yang terselamat dari tanah runtuh ini didesak untuk bergambar bersama Puteri UMNO demi menunjukkan bukti kepada pimpinan atasan mereka yang kononnya mereka prihatin dan ini amat dikesali.

KEADILAN menyeru semua pihak termasuk UMNO Selangor supaya jangan sekali kali jadikan tragedi ini sebagai medan beradu politik. Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama-sama membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Pihak Polis perlulah memberi kerjasama baik kepada wakil kerajaan Negeri yang hadir ke kawasan runtuhan setiap hari bagi membantu menyelaras bantuan. Semalam, tindakan pihak Polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan UMNO dan wakil Kerajaan Pusat masuk kekawasan runtuhan adalah tindakan yang tidak wajar.

Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawap lebih besar membantu mangsa.

KEADILAN Selangor mencadangkan agar Menteri Besar Selangor yang sedang berada di Amerika Syarikat agar kembali segera bagi mengepalai usaha bantuan yang lebih pantas kepada semua mangsa terlibat.

Buat seluruh keluarga besar Rumah Anak Yatim Al- Takwa Hulu Langat, KEADILAN Selangor akan mempastikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor menyegerakan bantuan dalam apa sahaja bentuk demi meringankan bebanan keluarga mangsa.

Komitmen dan keazaman KEADILAN Selangor untuk terus berbakti kepada Rakyat Selangor bertambah kukuh selepas seharian dan semalaman berada di kawasan runtuhan ini.

Semoga semua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan diterima sebagai para syuhada yang di jamin tempatnya di Syurga.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor dan ADUN Sri Muda.

'Serangan psikologi pembangkang boleh hancur Umno'

Posted: 22 May 2011 04:41 PM PDT

MALAYSIA KINI


Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pendekatan pembangkang itu boleh mempengaruhi minda anak-anak muda yang tidak memahami sepenuhnya sejarah negara ini dan terlalu memikirkan kebendaan serta kebebasan.

Dr Puad Zarkashi"Pemikiran mereka diganggu dengan (pembangkang) mewujudkan pelbagai persepsi yang negatif, contohnya konsep 1Malaysia, ia positif tetapi diberi persepsi negatif yang akan menyebabkan sesetengah pihak yang tidak faham akan terpengaruh.

"Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun Umno pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota Umno yang tetap kuat dan kental.

Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota Umno berpegang kuat kepada lima perkara itu.

Ditanya strategi Umno untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata Umno akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

"Seterusnya Umno juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan Umno dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang," katanya.

PRU: Zahid dakwa DAP rancang letak calon Melayu

Posted: 22 May 2011 04:40 PM PDT

BERNAMA


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat Alor Gajah hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya.

Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya.

Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya.


Pakatan: Buku Jingga penyelesai masalah pekerja

Posted: 22 May 2011 04:31 PM PDT

S Pathmawathy


Dasar-dasar yang digariskan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat akan dapat memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan pekerja di negara ini.

Pengarah eksekutif pejabat penasihat ekonomi kerajaan Selangor, Rafizi Ramli berkata di bawah pentadbiran sekarang, apabila ada masalah untuk para pekerja, ianya seolah-olah tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Berucap kepada 300 peserta forum mengenai kongres pekerja berdasarkan Buku Jingga, Rafizi menghurai mengenai buku tersebut, dengan menekankan tentang faedah-faedahnya kepada para pekerja yang menjadi sebahagian besar golongan berpendapatan rendah.

buku jingga workers congress 220511Ahli panel lain ialah bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; pengasas Zentrum Future Studies, Professor Abu Hassan and pengerusi biro buruh DAP, A Sivanesan, serta ahli jawatankuasa pusat PAC, Mohamad Sabu.

Forum itu dipengerusikan oleh ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Wakil rakyat Pakatan berhujah bahawa golongan pekerja telah dibebankan dengan gaji yang tidak berubah sejak sedekad lalu, dengan kenaikan gaji hanya 2.6 peratus antara 2000 dan 2010.

Jika diberi masa lima tahun untuk mentadbir kerajaan pusat dari Putrajaya, Rafizi berkata, purata pendapatan isirumah akan meningkat kepada RM4,000 untuk membantu golongan pekerja, seiring dengan kos sara hidup yang cepat meningkat, ekoran pelan rasionalisasi subsidi kerajaan sekarang.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya boleh dicapai dengan penggubalan undang-undang gaji minimum untuk memastikan pendapatan minimum pekerja ialah antara RM1,500 dan RM2,000 memandangkan kini 72 peratus pendapatan pekerja adalah kurang daripada RM1,500.

Dengan itu, tegas Rafizi, ia akan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan produktiviti yang rendah selama ini, kerana penindasan gaji oleh majikan.

buku jingga workers congress 220511Beliau menyalahkan perdana menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad, kerana melaksanakan dasar-dasar yang menurutnya, memudaratkan golongan pekerja.

Dalam era Mahathir, katanya, dalam usaha menarik pelaburan, kerajaan berjanji untuk mengekal gaji pekerja dan pada paras yang rendah.

Tegas Rafizi, ia merupakan satu dasar yang biasanya dilaksanakan di kebanyakan negara tetapi hanya di peringkat permulaan, bukan selama-lamanya seperti di Malaysia.

Dalam Buku Jingga, katanya, Pakatan menjanjikan pelaksanaan sepenuhnya undang-undang gaji minimum dan bukan sekadar janji manis sahaja.

Tiada ulasan: