:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
TIADA ANCAMAN : ISLAM BERKEMBANG Posted: 23 May 2011 03:14 AM PDT Selayaknya, orang yang tidak sehaluan dengan kita itu perlu dianggap sebagai saingan. Apabila dianggap sebagai saingan, sudah pasti kita akan berinovasi. bukankah itu yang dituntut oleh Islam ajaran Nabi SAW? Budaya kerat mengerat bukan budaya yang baik. Ia bermula dari sikap menganggap orang yang tidak sehaluan sebagai ancaman. Apabila subur budaya menganggap orang lain sebagai ancaman, maka kita mula bertindak ala "kefiraunan" dan berminda kepadrian di zaman kegelapan eropah. Makanya, kita mula hendak membodohkan orang dengan cara menyekat saluran media. Kita mengkotorkan sesuatu yang suci dengan mencandukan istilah agama. Istilah agama itu suci, tetapi dicandukan untuk kepentingan peribadi, puak dan kumpulan. Cara dan Fikrah ini tidak ada beda seperti yang dilakukan oleh kalangan khawarij yang melawan Saidina Ali yang melaksanakan Islam. Mereka mencandukan ayat Quran yang berbunyi, "tiada agama kecuali Allah". Ali bin Abi Talib membuka ruangan dialog, tetapi mereka tetap dengan budaya "narrow minded". Ini salah satu cara yang digunakan oleh Khawarij untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka bukan mahukan kemenangan Islam, tetapi yang mereka mahukan adalah kekuasaan mereka yang maha fana itu. Apa yang terjadi pada khawarij? Mereka menganggap Saidina Ali sebagai ancaman, makanya Umat Islam zaman berzaman menganggap mereka sebagai ancaman. Cuba kita lihat pemerintahan Ali. Beliau tidak menganggap khawarij sebagai ancaman, tetapi menganggap mereka sebagai saingan. Ekoran itu, walau beliau ditakfirkan oleh Khawarij, tetapi beliau tetap membuka ruangan dialog. Memberi penerangan yang bijak kepada mereka. Ekoran Saidina Ali menganggap mereka sebagai saingan, makanya Saidina Ali dilihat hebat. Disayangi, disanjungi dan diminati. Inilah budaya yang wajar disematkan. Kerananya, Insya Allah Islam akan berkembang dengan jaya. Buktinya semakin wujud. Kita lihat ke barat. Sebelum kejadian 11 september, rata-rata umat Islam menganggap barat sebagai ancaman. Ia melahirkan pandangan dari rakyat barat bahawa Islam sebagai ancaman. Tetapi selepas 11 september, keadaan sudah berbeda. Apabila barat menganggap Islam sebagai ancaman, makanya rakyat barat memandang Islam bukan lagi sebagai ancaman. Menariknya, tokoh-tokoh ilmuan islam di barat sudah menjadikan barat sebagai saingan di kala barat menganggap mereka sebagai ancaman. Ekoran itu, rakyat barat tidak lagi menganggap islam sebagai ancaman, tetapi menjadi tarikan. Makanya, islam semakin pesat diterima di sana. Firman Allah dalam surah an-nasr, "apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu akan lihat manusia masuk kepada Islam berbondong-bondong" Sekian |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan