DIALOG RAKYAT |
- Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA
- Anti-Lynas redah hujan, polis protes di KL
- Akhbar haram: MB Selangor desak KDN siasat Adun Umno
- Bekas pembantu MB Selangor bebas tuduhan tipu
- Harga barang: Anwar beri amaran situasi 2008 berulang
- Paras laut Malaysia alami kenaikan 5 mm setiap tahun
- Royalti minyak: Rayuan Kelantan 26 Mei ini
- Muhyiddin: Pilihan raya umum ke-13 getir bagi BN
- Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali
- Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia
- Pakatan yakin tawan semula Perak
- Undi awal untuk BN terus memerintah
- JPA: Prospek ganti PTK nilai staf kerajaan mulai 1 Julai
- Nasrudin kekal Ketua Pemuda PAS, tiga dicalon tarik diri
- Pertindihan Keahlian Lemahkan BN
- Senarai Calon Bertanding Di Muktamar PAS 2011
- Ezam Dinasihat Fokus Isu Rakyat - Srikandi
- AMK Tangguh Demo Utusan, Fokus Serah Memo Ke Kedutuaan Australia
- Bukti SB kempen politik untuk Umno, kutuk PAS, Anwar
- Gerakkan Referendum Rakyat
- 'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'
- Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo!
- Naib presiden: Mujahid tolak, Idris sahkan tanding
- Aktivis Gegar jadi sasaran pihak samseng
Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA Posted: 20 May 2011 05:00 AM PDT S Pathmawathy Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang. Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir. Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan. 'Inilah Barisan Kita' Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid. Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan. Mereka juga melaungkan "Hidup Melayu" dan "Hidup Utusan" dan berarak walaupun hujan mula menitik. Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan. Takkan basi Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan. Megat Firdaus selepas penyerahan memorandum itu berkata pemuda Umno tidak akan berbelah bagi akan mempertahankan Utusan Malaysia. | ||
Anti-Lynas redah hujan, polis protes di KL Posted: 20 May 2011 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR — Sekitar 250 orang menyertai perarakan anti-Lynas dengan meredah hujan dan kehadiran polis yang ketat, membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi RM700 juta di Gebeng, Pahang. Tanpa mempedulikan anggota polis dan tujuh trak FRU yang ditempatkan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, penunjuk perasaan, sebahagian daripada mereka datang dari Kuantan, melaung "Hentikan Lynas!" kerana bimbang loji itu akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Anggota jawatankuasa perhubungan awam kempen Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas, Clement Chin memberitahu The Malaysian Insider bahawa penduduk Kuantan bertolak ke ibu negara pagi ini dengan menaiki enam bas. | ||
Akhbar haram: MB Selangor desak KDN siasat Adun Umno Posted: 20 May 2011 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR — Menteri Besar Selangor menggesa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tegas ke atas Adun Kuang dari Umno, yang mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar Selangor Terkini secara haram akhir Februari lalu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah menulis surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar bertindak tegas dengan segera ke atas wakil rakyat itu. Sehubungan itu, Khalid mendesak Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat 6 Mei lalu terhadap 'Selangor Terkini' selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar tersebut secara terbuka. "Saya mendesak kementerian mengambil tindakan segera terhadap YB Abdul Shukor Idrus kerana beliau sendiri sudah mengaku," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam satu kenyataan sebelum ini, Shukor yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor telah menafikan dakwaan Pakatan Rakyat Selangor, kononnya Umno negeri itu menerbitkan akhbar tersebut. Akhbar itu dikatakan diterbit dan diedarkan oleh Umno sebagai tindakan melawan akhbar Selangor Kini kerajaan negeri. Bagaimanapun, beliau telah mengedar akhbar yang senada dengan perjuangan Umno itu di salah satu program anjurannya akhir Februari lalu. Dalam akhbar tersebut, beliau didakwa telah menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat negeri dan mengecam pentadbiran Khalid. Dalam kenyataan hari ini, Khalid juga berkata, Shukor telah mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar 'Selangor Terkini', sekali gus melanggar Seksyen 5(1) dan (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Perbuatan Shukor ini telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran," ujarnya lagi. Khalid berkata, dalam surat dihantar kepada Hishammuddin, bertarikh 13 Mei lalu, beliau menyatakan kekesalan terhadap kementerian itu dan menterinya kerana tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Shukor dan 'Selangor Terkini'. "Kegagalan Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin menyiasat menyebabkan Peguam Negara tidak boleh bertindak termasuk mendakwa Shukor kerana tiada hasil siasatan dikemukakan untuk tindakan lanjut," katanya lagi. Khalid juga berkata, dalam surat balas kepadanya bertarikh 21 Mac lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa kementerian itu belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan. "Kegagalan Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan. "Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka Adun Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata Menteri Besar. Khalid sekali lagi mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 6 Mei lalu terhadap 'Selangor Terkini' selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram itu secara terbuka. "Saya mahu Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," kata Menteri Besar itu. | ||
Bekas pembantu MB Selangor bebas tuduhan tipu Posted: 20 May 2011 04:11 AM PDT TERKINI SHAH ALAM — Pemimpin PKR Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan menipu oleh Mahkamah Sesyen, hari ini. Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal membuktikan tuduhan di luar keraguan munasabah bahawa Yahya telah melakukan kesalahan dimaksudkan. Malah kata beliau, pihak pembela juga telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atasnya. Ketua cabang PKR Tanjung Karang berusia 44 itu berhadapan dengan tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat dua tahun lepas. Pada Disember lalu, mahkamah mengarahkan beliau membela diri kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie. Mohd Yahya dituduh menipu Presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel, Shah Alam pada 4 Jun 2008. Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda. Seramai 36 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan - 28 orang dibawa pendakwa raya termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri, Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali manakala empat di pihak pembela termasuk Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Di luar mahkamah kemudian, Mohd Yahya memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan hari ini dan akan meneruskan kerja-kerjanya selaku ahli politik sepenuh masa. | ||
Harga barang: Anwar beri amaran situasi 2008 berulang Posted: 20 May 2011 04:07 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008. "Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005. "Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010," kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar). Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan. "Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas," katanya. Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006. "Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol" kata beliau lagi. Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi. Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. "Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin. "Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum," katanya lagi. Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga. "Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP. "Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun," katanya lagi. | ||
Paras laut Malaysia alami kenaikan 5 mm setiap tahun Posted: 20 May 2011 01:20 AM PDT BERNAMA Kajian mengenai kenaikan paras air laut di Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bahawa purata kenaikan aras laut bagi tahun 2000 hingga 2050 adalah 0.25 meter, iaitu bersamaan dengan lima milimeter setahun. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata kajian JPS itu dibuat sebagai susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim baru-baru ini yang mendakwa kenaikan paras air laut adalah 28 hingga 43 sentimeter menjelang akhir abad ini. Menurutnya kajian JPS itu menunjukkan bahawa kenyataan mengenai kenaikan aras air laut 10 sentimeter setahun yang dikeluarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dilaporkan adalah kurang tepat. Kementerian itu turut menjelaskan bahawa JPS tidak melaksanakan sebarang kerja-kerja merekod paras air laut sebagaimana yang dilaporkan, dan menurut kenyataan itu Jadual Pasang Surut disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) yang diterbitkan setiap tahun. Bagaimanapun menurutnya Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, sebuah agensi penyelidikan di bawah kementerian itu pada dasarnya bersetuju bahawa kesan pemanasan global akan menyebabkan fenomena peningkatan aras laut di persisiran pantai Malaysia. Corak kenaikan aras laut sejak lima tahun lepas didapati menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding corak ketika 20 tahun terdahulu, katanya. Menurutnya kadar kenaikan aras laut purata di sepanjang garis pantai Malaysia yang dikira dari satelit altimeter dari tahun 1993 hingga 2010 ialah 2.73 hingga 7 milimeter setahun. | ||
Royalti minyak: Rayuan Kelantan 26 Mei ini Posted: 20 May 2011 01:16 AM PDT BERNAMA Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Mei ini untuk mendengar rayuan kerajaan negeri Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung royalti minyak. Mahkamah Rayuan akan turut mendengar satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC). "Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Mei untuk pengurusan kes saman itu sementara menunggu keputusan rayuan," kata peguam, Rishwant Singh yang mewakili PETRONAS selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan kes. Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili kerajaan persekutuan manakala peguam Alan Gomez pula mewakili kerajaan negeri Kelantan. Rishwant berkata, mahkamah menetapkan hari yang sama untuk sebutan permohonan oleh Petronas dan kerajaan persekutuan untuk membicarakan isu permulaan membabitkan perkara perundangan, bagi mahkamah menetapkan isu sebelum meneruskan dengan perbicaraan kes saman berkenaan. Pada 22 Mac lalu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu dan menjadi sebahagian daripada saman itu sebagai defendan kedua. Pada 31 Mac pula, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes saman itu dipindahkan semula ke NCC. Kerajaan negeri mahu kes itu dipindahkan semula memandangkan saman berkenaan pada mulanya difailkan di NCC, tetapi kini akan didengar di Mahkamah Sivil Baru (NCvC). Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan tunggal kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak. Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri, antara lain memohon perintah untuk mendesak Petronas supaya mendedahkan kesemua fakta berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk tempoh petroleum dikeluarkan, dijumpai atau diperoleh di pesisir Kelantan; kawasan atau blok tempat petroleum dijumpai dan diperoleh; dan jumlah keseluruhan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan. Kerajaan negeri turut mendesak agar semua pembayaran tunai tertunggak yang ditetapkan oleh mahkamah mesti dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah dikeluarkan. Dalam saman itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 jelas menyebut bahawa Petronas mesti membayar secara tunai lima peratus daripada perolehan minyak, sama ada hasil cari gali di pesisir atau luar pesisir. Menurutnya, klausa perjanjian turut menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac, atau pada atau sebelum 1 September dan pembayaran mesti diteruskan sehingga deposit minyak yang diperoleh dari negeri ini sudah habis. | ||
Muhyiddin: Pilihan raya umum ke-13 getir bagi BN Posted: 20 May 2011 01:13 AM PDT BERNAMA Pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh BN kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa. "Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya meningkat. "Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan. "Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya. Muhyiddin berkata, setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008. "Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya. Beliau berkata, transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera. | ||
Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali Posted: 20 May 2011 01:05 AM PDT Salhan K Ahmad Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian. Kurang adab | ||
Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia Posted: 20 May 2011 12:56 AM PDT MALAYSIA KINI Tidak kurang 200 rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia. Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia. Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek berkenaan. Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan mengadakan demonstrasi di seluruh negara. | ||
Pakatan yakin tawan semula Perak Posted: 20 May 2011 12:55 AM PDT
| ||
Undi awal untuk BN terus memerintah Posted: 20 May 2011 12:54 AM PDT
| ||
JPA: Prospek ganti PTK nilai staf kerajaan mulai 1 Julai Posted: 20 May 2011 12:45 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Kaedah penilaian baru kakitangan awam — Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu dan ia tidak lagi berasaskan peperiksaan. Bagaimanapun ia akan ditentukan oleh panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih, lapor media hari ini. Berita Harian memetik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, Prospek akan menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian. Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan. Abu Bakar berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini. "Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya," kata beliau pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacas) malam tadi. Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam. Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang. Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara. Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan. "Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi. "Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan," katanya. Pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010. Ujian PTK diperkenalkan pada 2003 berikutan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada Oktober 2002 menggantikan Skim Saraan Baru (SSB) yang diguna pakai bagi menilai prestasi kakitangan awam sejak 1990. | ||
Nasrudin kekal Ketua Pemuda PAS, tiga dicalon tarik diri Posted: 20 May 2011 12:35 AM PDT Nasrudin telah memegang jawatan itu sejak 2009 dengan menggantikan Salahuddin Ayub. Kelmarin beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu. "Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik. "Atas semangat berlumba-lumba untuk mencari kebaikan saya akan (pertahankan jawatan) dan saya percaya calon-calon lain juga mempunyai potensi serta kelayakan yang baik," katanya. The Malaysian Insider difahamkan pucuk pimpinan Pemuda PAS pusat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi antaranya membincangkan pertandingan jawatan utama pada pemilihan awal bulan depan. "Ya, kita telah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan memberikan fokus kepada muktamar dan pemilihan Dewan Pemuda PAS. "Kita menetapkan agenda Pemuda PAS, usul yang mahu dibentangkan, ucaptama dan isu pemilihan yang mana akan menentukan jawatan-jawatan, tapi bukan semua yang sudah buat keputusan," kata sumber itu menambah, tiada fokus mengenai soal kompromi saingan. "Cuma disentuh tentang keperluan saingan secara sihat," katanya. Dua hari lalu, Timbalan Ketua Pemuda PAS pusat Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Mohd Firdaus Jaafar memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu. Azman Shapawi berkata sekiranya Nasrudin mempertahankan jawatan itu, maka beliau hanya akan bertanding kerusi timbalan yang disandang sekarang. Sementara itu, Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai memutuskan bertanding jawatan nombor dua Pemuda PAS. Terbaru Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat pula memutuskan untuk tidak bertanding, sebaliknya hanya akan mencuba nasib bertanding jawatan nombor dua sayap pemuda itu dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. "Setelah mempertimbangkan pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara, maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan timbalan ketua Pemuda PAS pusat dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat," kata beliau. "Saya berdoa kepada Allah, jika amanah ini boleh meninggikan Islam maka saya sanggup memikulnya. "Sebaliknya jika amanah ini tidak boleh meninggikan Islam maka amanahkanlah kepada pemimpin lain yang lebih layak lagi," katanya dalam satu kenyataan. The Malaysian Insider difahamkan setakat ini hanya Azman Shapawi, Mohd Firdaus dan Suhaizan sudah mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda. Seramai sembilan orang layak bertanding, bagaimanapun Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof membuat keputusan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan sayap pemuda itu namun akan bertanding ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. "Saya tidak akan tanding jawatan dalam Pemuda PAS, saya mahu beri laluan kepada pemimpin yang lebih muda untuk berada dalam kepimpinan itu," kata Ahmad Sabki. | ||
Pertindihan Keahlian Lemahkan BN Posted: 20 May 2011 12:33 AM PDT Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI (sabahkini) ISU pertindihan keahlian di kalangan komponen parti BN jika ada kekeliruan mengenai permohonan menjadi ahli, parti komponen boleh merujuk kepada senarai keahlian yang disimpan oleh Pengerusi BN di kawasan parlimen masing-masing. | ||
Senarai Calon Bertanding Di Muktamar PAS 2011 Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT SABAH DAILY Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat. | ||
Posted: 20 May 2011 12:24 AM PDT SABAH DAILY Bimbang perniagaan merudum akibat isu ketiadaan logo halal yang hangat diperkatakan semula menyebabkan segelintir pemilik restoran kopitiam panik membeli logo halal 'swasta' bagi memperdaya pelanggan Islam. | ||
Ezam Dinasihat Fokus Isu Rakyat - Srikandi Posted: 19 May 2011 09:26 PM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Samad Abd Samad
SHAH ALAM : Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor diberi peringatan oleh Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail supaya jangan terlalu lantang menghina keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus mengheret mereka ke dalam politik kotor UMNO BN. Malah tegas beliau lagi pemimpin muda seperti Ezam seharusnya membicarakan soal rakyat dan bukannya menjadi pemimpin yang senang diperkudakan sesetengah pemimpin. Kenyataan yang langsung tidak berasas, kepada bekas ketua angkatan tersebut saya ingin menyatakan bahawa kamu anak muda harus memfokuskan politik kamu kepada ke arah yang melibatkan rakyat, bukan terlalu lantang dan sibuk memperkatakan dan masuk campur dalam soal politik-politik lucah," ujar Aisyah. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ezam mendesak Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu. Antara empat perkara tersebut ialah melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks, menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong. Aishah sebaliknya menyifatkan cabaran Ezam itu bersifat kebudak- budakkan ini tidak sepatutnya disuarakan oleh pemimpin muda seperti Ezam yang disifatkannya terlalu cetek pemikirannya. "Desakan yang mereka minta adalah sebagai satu desakan yang tak relevan dan disifatkan terlalu naif, kerana kita tahu kenapa Datuk Seri Anwar tidak harus mengangkat sumpah, kenapa kita menyatakan Eskay itu berbohong dan kita telah menyatakan fakta-fakta yang sebenar dan rakyat-rakyat boleh lihat fakta itu," katanya. Beliau turut meminta Ezam untuk turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk disiasat bersabit dakwaan mendalangi pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu disamping menggesa Najib supaya hadir ke mahkamah sebagai saksi dalam kes konspirasi ke-2 Anwar. Aishah turut menyifatkan politik dangkal dan kotor ini adalah perkara yang disusun oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekaligus menggunakan pemimpin muda seperti Ezam sebagai balaci atau boneka demi kepentingan politik mereka semata-mata. "Saya kira ini ada kaitan masuk campur di antara UMNO dan juga bekas-bekas kononnya pemimpin dalam Keadilan yang saya sifatkan sebagai mereka ini hanya picisan-picisan kecil yang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat pun kepada sesiapa." | ||
AMK Tangguh Demo Utusan, Fokus Serah Memo Ke Kedutuaan Australia Posted: 19 May 2011 09:22 PM PDT Ditulis oleh ZeanaAima
SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menangguhkan perhimpunan aman memprotes syarikat akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berunsur fitnah dan lucah. Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, penangguhan itu dibuat berikutan mahu memberi tumpuan lepada penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu luji pemprosesan nadir bumi Lynas. "Kita tidak batalkan, cuma tangguhkan. Kita mahu beri tumpuan untuk jayakan perhimpunan aman mengenai loji pemprosesan nadir bumi di Kedutaan Australia," kata Rozan. AMK juga bertindak menangguhkan perhimpunan aman itu berikutan enggan melayan provokasi dari Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang secara tiba- tiba mahu menyerahkan memorandum kepada Utusan. "PERKASA akan menyerahkan satu memorandum kepada Utusan Malaysia di pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin," kata Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed ALi. Sehubungan itu, AMK akan menyertai perhimpunan aman membantah pelaksanaan kilang pemprosesan tanah jarang yang menghasilkan radiasi, Thorium. Meskipun pelbagai pihak berkepentingan menjamin keselamatan projek ini, namun ia masih diragui banyak pihak termasuk penduduk setempat. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebelum ini berkata kadar 0.16 peratus Thorium akan berlaku kumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses. Maka peratusan perlepasan bahan radioaktif itu akan kemungkinan menghasilkan pada kadar yang lebih banyak dan akan memberi kesan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga masyarakat Gebang, Kuantan. | ||
Bukti SB kempen politik untuk Umno, kutuk PAS, Anwar Posted: 19 May 2011 09:18 PM PDT Oleh ZULKIFLI YAHAYA Baru-baru ini kira-kira 800 nelayan di sekitar Daerah Kuala Muda dipanggil oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menerima bantuan sara diri RM200 sebulan di MRSM Merbok. Himpunan seperti itu adalah perkara biasa, di mana sebelum menerima bantuan para nelayan tersebut akan dihidangkan dengan ceramah pemimpin-pemimpin politik BN. Duit yang disumbangkan oleh nelayan itu digambarkan seolah-olah duit yang diambil dari tabung Umno. Namun himpunan nelayan kali ini ada kelainannya di mana salah satu slot yang dihidangkan ialah ceramah yang kononnya berhubung isu-isu keselamatan negara. Penceramahnya ialah Supt. Mohamad Nadzri Mat Isa, Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Di atas pentas itu dia membelasah Anwar, KeADILan, DAP dan PAS habis-habisan dengan 'bahan-bahan bukti' audio visual yang turut dipersembahkan. Ceramahnya seratus peratus adalah propaganda politik untuk memburukkan Pakatan Rakyat di samping mempertahankan kerajaan BN. Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)? Mereka tanpa segan silu mendedahkan diri secara terbuka terbabit dalam kempen politik BN. Sebelum ini Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali menuntut penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu yang sama, iaitu polis dipergunakan untuk berkempen bagi pihak BN. Beliau merujuk kepada tindakan Datuk Abdul Rahman Ismail dari Cawangan Khas yang memperalat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bagi menyebarkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Azmin, ia dibuat pada 19 Februari 2011 dalam program 'Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa kini' di dewan Seri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor yang melibatkan penyertaan 2,000 warga pendidik seluruh Kelanatan. "Seminar itu bukan mengenai keselamatan negara tetapi mengupas isu video seks dan tragedi Memali. "Apakah jaminan Ketua Polis Negara untuk mempastikan institusi polis berwibawa menjaga keselamatan negara jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik UMNO BN, jawab dengan jujur," desak Azmin. Jawapan tidak diberi, Ketua Polis Negara menyepi, sebaliknya Cawangan Khas terus bermaharajalela menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk BN. Selama ini PDRM hanya dilihat berat sebelah; bertindak pantas terhadap himpunan anjuran PR dan 'memberi laluan' kepada program anjuran BN. Dalam demokrasi ala Malaysia, semua instrument kerajaan dipergunakan. Bukan sahaja polis tetapi SPRM, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Penerangan dan hampir kesemua Kementerian digunakan untuk agenda politik BN. Tetapi PDRM digunakan untuk berkempen politik secara terbuka adalah julung kalinya. Apabila PDRM digunakan untuk berkempen bagi pihak BN maka ia benar-benar sudah melampau! Apa yang lebih merbahaya ialah ceramah yang diberi bertemakan 'ancaman keselamatan' tetapi hakikatnya ancaman bukannya terhadap keselamatan tetapi terhadap penerusan politik BN. Perkataan 'keselamatan' diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral mereka. Jika benar DAP, KeADILan dan dan PAS menjadi ancaman kepada negara, apakah penyelesaiannya melalui ceramah politik membelasah mereka sedangkan selama ini kesemua parti politik tersebut tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan apakah ancaman terhadap keselamatan yang telah dilakukan. Tidak pernah ada tindakan pendahuluan dan susulan oleh PDRM, tiba-tiba PR sudah menjadi musuh negara walhal mereka masih sebuah parti politik yang berdaftar secara sah. Isu PDRM berkempen politik untuk BN bukan perkara kecil. Ia tidak selesai dengan Azmin Ali membuat kenyataan terbuka menuntut Ketua Polis Negara memberi jawapan. Pemimpin-pemimpin utama parti dalam PR mesti menghantar delegasi berjumpa Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri menuntut penjelasan. Jangan anggap ia perkara biasa. Dalam sejarah politik negara terlalu banyak penyalahgunaan kuasa jabatan kerajaan yang diperkudakan untuk membantu BN mengekalkan kuasa mereka, akhirnya ia menjadi 'perkara biasa' seolah-olah diterima oleh pihak pembangkang sendiri. Jabatan Pendaftaran digunakan secara terang-terangan untuk membantu mengimport pengundi dari Sabah masuk ke Selangor; ia didedah dan dibantah tapi akhirnya kesemua pengundi import itu tersenarai juga dalam daftar pemilih. SPR membantu mendaftarkan pengundi pos yang tidak munasabah dengan kapasiti kem tentera yang wujud; ia dibantah juga, namun mereka tetap tersenarai dalam daftar pemilih. Semua itu akhirnya menjadi 'perkara biasa'. Sejak merdeka semua media utama, termasuk RTM yang gajinya dibayar oleh rakyat digunakan untuk menjalankan kempen propaganda politik BN, ia sudah menjadi perkara biasa sehingga penentangan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan itu juga adalah perkara biasa, justeru tidak pernah dilayan. Semua tahu BN sangat terdesak sekarang. Mereka begitu terasa sedang berasa di penghujung kuasa. Menggunakan PDRM adalah langkah terdesak tetapi amat berani. Para pemimpin politik PR boleh dianggap sedang menggali lubang kubur sendiri jika penyalahgunaan jentera kerajaan sehingga ke tahap itu; ditentang secara sambil lewa sahaja. Usah bermimpi menawan Putrajaya jika PDRM sudah berkempen secara terbuka begitu membantu BN. | ||
Posted: 19 May 2011 09:08 PM PDT Oleh adiib "Jelas bagi kita agensi-agensi Kerajaan Pusat yang sepatutnya bekerja untuk rakyat telah menikam rakyat sendiri,hasil diperkuda oleh Puak Sona(Istilah Hj.Subki Latif)merujuk parti yang namanya pun mual disebut.Terbaru ROS(Pendaftar Pertubuhan)mencari fasal pula dengan PKR.Ini memungkinkan menjelang PRU 13 jika silap gayanya PKR diharamkan dan mungkin tak boleh bertanding.Bala petaka besar ini. Sebelum ini SPR,(telah lama dicop sebagai cawangan Puak Sona) telah buat kenyataan yang amat bertentangan dengan demokrasi.Tidak mengizinkan sms untuk mengetahui keputusan awal.Tentulah ada sebabnya dan ada udang dibalik mi perkara ini diwar-warkan.Jika bukan untuk memberi kelebihan kepada Puak Sona. Kegeraman kita seterusnya tentang PMBN sendiri yang mahu merampas(istilah lanun) Negeri Selangor dengan apa jua cara pun pada PRU 13 nanti. Terbukti Puak sona,JPN(masyaAllah)SPR,berkerjasama mendaftar warga asing sebagai pengundi-pengundi baru di Negeri Selangor.Itukah senjatanya atau ada lagi yang lebih dahsyat?Bersedialah kerajaan PR,Selangor. Namun apakan daya?Apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan PR?Adakah usaha kita setakat mendesak?Menggesa?Gesa KDN,jangan biar U.Meloya main sentimen kaum dan agama.Gesa begitu,begini.Gesa SPR,desak SPRM,gesa PDRM,begitu,begini.Desak kerajaan Puak Sona. Jangan,jangan.Jangan buat begitu.Tapi adakah gesaan dan desakan ini dituruti.Sedangkan tuntutan BERSIH tahun 2007 dahulu pun tak dipeduli SPR dan Puak Sona(melalui demontrasi besar tu). Inikan pula gesaan dan desakan yang tak disertai rakyat.Buat pekak badak aje(kata Zulkifli Yahya,Nota Utara). Pimpinan kerajaan PR sering mendakwa rakyat bersama kita.Dalam menentang Puak Sona,rakyat bersama kita.Tapi benarkah?Jadi referendum rakyat perlu digerakkan.Atas apa juga isu.Isu yang besar atau isu yang remeh.Berpunca serangan puak kita atau Puak Sona.Cadangan,referendum itu mestilah menyeluruh.Babitkan semua rakyat di setiap DUN di seluruh Malaysia. Jika terbukti majoriti rakyat bersama kita,baru nampak kekuatan PR dan sekurang-kurangnya agensi kerajaan pusat buka mata dan tak memandang remeh kebangkitan rakyat.Jangan tunggu PRU 13,nanti semuanya terlambat. | ||
'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan' Posted: 19 May 2011 04:42 PM PDT MALAYSIA KINI Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu. Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat. | ||
Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo! Posted: 19 May 2011 04:31 PM PDT Kuek Ser Kuang Keng Isu video seks menjadi fokus utama segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time' yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beliau menangkis semua soalan yang cuba mengaitkannya dengan orang dalam video berkenaan. Ditanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi "memadamkan isu moralnya", Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian. "Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?" Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis. Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno. "Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?" balasnya. Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: "saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha". Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia. Berikut beberapa soalan dan jawapannya sepanjang 75-minit perbualan di alam siber itu. S: DSAI, ada orang mengatakan jika budget buku jingga dilaksanakan negara akan bengkrap. Apa komen DSAI? J: sila teliti buku jingga dan kita pastikan negara maju dan rakyat terbela http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=6 S: What would happen to next GE to Pakatan if Datuk Seri go to jail ? Would that be a break up in Pakatan? J: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi! S: Let's say today, you're prime minister of malaysia. are you going to protect proton? J: Priority: defend consumers and protect citizens interest. S: Ramai yang telah bersumpah dan menyatakan kesediaan mereka untuk dilaknat demi menuduh DSAI dengan kes2 yg tidak sepatutnya seorang pemimpin harapan bangsa lakukan. Kenapa DSAI tidak bersumpah utk menafikan mereka2 itu? J: Sumpah mesti ikut syariat. Ini soal hukum, bukan mainan politik. Rujuk fatwa tentang qazaf http://risalahpr.blogspot.com/2011/01/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf.html S: DS,ade cubaan utk mengharamkan parti PKR, apa kata DS? J: Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat. S: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? J: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view. S: Mr Anwar Ibrahim, do you think Malaysians can accept a non-muslim Prime Minister? J: Respect the Constitution and the wishes of the people. S: Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan PKR telah meninggalkan DS..komen J: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu. S: Ada dato seri akan terus bsama rakyat yg dizalimi walopn dato seri sndiri terus menerus dizalimi dan adakah dato seri akan kembali ke umno jika ditawarkan mnjadi PM.. J: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah. S: BN dilihat byk membuat persediaan PRU13 termasuk tipu daftar undi. PR mcm over confident menang. Apa komen? J: Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat! [Baca soalan penuh di Yaho | ||
Naib presiden: Mujahid tolak, Idris sahkan tanding Posted: 19 May 2011 04:29 PM PDT
| ||
Aktivis Gegar jadi sasaran pihak samseng Posted: 19 May 2011 04:28 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan