Biaqpila |
- SURAT KEPADA PKR - TINDAKAN MEMALUKAN OLEH ROS
- Mesti Tonton: Piiiiiiiiirah UMporNO
- Wayang Kulit Umno-Perkasa Yang Menjolok Mata
- Kes menteri rogol amah: Polis mahu siasat Pengarah Tenaganita
- DEPA BAWA ULAQ SAWA JUMPA ZAMBRY KADIR
- SABAR
- PANASSS!!!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib.
SURAT KEPADA PKR - TINDAKAN MEMALUKAN OLEH ROS Posted: 20 May 2011 03:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AMAT memalukan. Bagaimana mungkin seorang pegawai besar di dalam ROS boleh cuai di dalam mengenalpasti sesuatu undang-undang atau Perlembagaan Parti yang pihaknya mahu haramkan parti berkenaan? Ini bukan perkara kecil kerana ianya melibatkan pengharaman sesebuah parti yang kebetulannya pula sedang berada di puncak sokongan rakyat. Bukan satu kesilapan, banyak kesilpan telah berlaku yang gagal dikesan oleh pegawai besar di dalam ROS ini. Adakah selama ini tugas beliau hanya menandatangani sahaja apa jua surat yang diletakkan di atas meja pejabat beliau? Nama anggota parti tersebut pun jauh tersasar malahan tidak direkodkan pun oleh parti berkenaan sebagai ahli. Jika bukan ahli, mengapa ada timbul dipecat tanpa ikut Perlembagaan Parti? Kesilapan tarikh juga berlaku. Jelas, kerja ini seolah-olah dilakukan secara tergesa-gesa seperti juga dengan kes video seks yang dilakukan secara tergesa-gesa sehinggakan terakam susuk tubuh orang ketiga di dalam bilik. Mengapa ini terjadi? Gagal `membunuh' karektor DS Anwar, gagal menghancurkan rumahtangga DS Anwar, dan sebelum ini telah pun menyekat akhbar Suara Keadilan dengan tidak memberikannya permit, kini ada cubaan terbaru? Manusia merancang, Allah jua merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Rakyat harus bangun dan bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan selepas ini kerana pengikut apco itu tidak akan berpuas hati selagi usaha jahat mereka tidak berjaya./wfauzdin.blogspot.com SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Mesti Tonton: Piiiiiiiiirah UMporNO Posted: 20 May 2011 08:46 AM PDT DEY MACHA!!!! KESIAN...PENAT ANGKAT KERUSI BANYAK-BANYAK KAH! KAH! KAH! UMPORNO DAH TAK RELEVAN APATAH LAGI PEMIMPIN-PEMIMPINNYA ORANG UMPORNO SENDIRI DAH MENGAKU UMPORNO BUAT JASA APA PADA MELAYU? KAH! KAH! KAH! SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Wayang Kulit Umno-Perkasa Yang Menjolok Mata Posted: 20 May 2011 05:00 AM PDT KOMENTAR : Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim Ali pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian. "Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan. " Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini. "Nik Aziz ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap." Kata Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu di ambil tindakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim Ali. Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? Kerana Utusan Malaysia menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian. Malah Ibrahim membuat kenyataan "jihad" itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas. Kenapa Hishamudin berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada mengeluarkan surat teguran. Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, Perkasa dan Utusan Malaysia bersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina. Mengikut sifir Umno, "kebencian" itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke -13. Justeru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh Naib Presiden Umno Hishamuddin, Utusan dan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali bebas untuk membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah. Natijahnya ialah, rakyat dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum di negara ini. Hakikatnya pula ialah, ketegangan kaum semakin membiak di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, ia menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahannya sejak 2009. Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahan Najib walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu. Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan. Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia. Beliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia untuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain. Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri. Berikut petikan ceramah itu: "Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik. Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang. Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar." Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim Ali kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno. Sebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan. Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP. Gagasan sebegitu, seperti Perkasa adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno. Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno. Utusan dan Perkasa tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein.-TVS SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Kes menteri rogol amah: Polis mahu siasat Pengarah Tenaganita Posted: 20 May 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis diminta memberi penjelasan dan tujuan sebenar mereka mendapatkan keterangan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, berhubung kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet tidak lama dahulu. Ia berikutan tindakan pihak berkuasa itu untuk menyiasat Irene kerana mengulang siar kenyataan sebuah NGO pekerja Indonesia, Migrain care yang pertama sekali menimbulkan dakwaan itu. Peguam, Latheefa Koya berkata, dakwaan polis mengatakan Tenaganita membuat tohmahan adalah tidak benar kerana polis seharusnya mengikut prosedur siasatan dengan memanggil mangsa dan pelaku jenayah tersebut. "Mangsa dan individu yang didakwa melakukan jenayah tersebut tidak dipanggil atau disiasat. Justeru, mengatakan Tenaganita melakukan tohmah adalah salah. "Macam mana mereka kata perkara itu tohmah? Bagaimana kalau mangsa tidak bercakap atau diugut? Apakah jika mangsa berdiam diri bermakna kes telah selesai? "Persoalannya, atas sebab apa Irene disiasat? Adakah mereka mahu siasat tentang kenyataan Migrant Care atau siasat tentang kes rogol itu?," soal Latheefa yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN. Dalam surat yang dihantar pada 12 Mei kepada Irene, beliau dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan polis bagi mendapatkan keterangannya berhubungisu itu. Bagaimana pun Irene berkata, pihak polis tidak hadir ke pejabat Tenaganita hari ini untuk bertemunya pada jam 3 petang seperti yang dijadualkan, selepas menunggu selama kira-kira sejam. "Kami tidak jelas dengan motif siasatan ini. Sekiranya apa yang didakwa sebagai tohmahan oleh kami, adalah lebih baik sekiranya polis mendapatkan maklumat dari Migrant Care yang merupakan pemilik asal kenyataan itu," kata Irene. "Tambahan pula, dakwaan bahawa Tenaganita menyiar semula pada 26 Disember 2010 adalah tidak benar. Pada tarikh itu, semua kaki tangan Tenaganita bercuti, sehari selepas sambutan Krismas tahun lalu," kata Irene kepada Keadilandaily.com. Sementara itu, Keadilandaily cuba menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ampang, Norfirdawati Othman bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan siasatan, hari ini. Norhayati yang merupakan pegawai penyiasat kes memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan oleh pihak Tenaganita berkenaan masa pertemuan. "Dia tak 'fix' (tetapkan) waktu," jawab Norfirdawati sambil menambah bahawa dia tidak dapat memaklumkan tarikh baru bagi sesi pertemuan berikutnya. "Ini kes 'high profile'. Saya tak boleh maklumkan sebab kena maklumkan pada 'OC' dahulu. (Ketua Daerah Polis). Kita kena ikut prosedur. Saya tak boleh bagi apa-apa komen," kata Norfirdawati. Kes ini menjadi isu hangat di media Indonesia, termasuk desakan pertubuhan hak asasi dan buruh di negara itu yang menuntut supaya pelaku tersebut- yangdikaitkan dengan seorang menteri kabinet di Malaysia, disiasat dan dihukum.-KD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
DEPA BAWA ULAQ SAWA JUMPA ZAMBRY KADIR Posted: 20 May 2011 12:00 AM PDT IPOH - Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir. Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu. Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular. Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu. Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar. Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama. Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi. Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba. Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular. Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. ”Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S. Subramaniam./Tvs SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 19 May 2011 09:00 PM PDT Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim) Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim) Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud) Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah) Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim) Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim) Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya : Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari) Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 ) Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146) Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari) tazkirah KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK> |
PANASSS!!!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib. Posted: 19 May 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja. Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu. Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan. Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib. Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu. Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan. “Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu. The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib. Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini. Turut disenaraikan ialah: • Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar; • Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd; • Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); • Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura; • Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof; • Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh; • Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng; • Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib; • Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan; • Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai; • Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew; • Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor; • Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan • Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin. Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya. The Malaysian Insider darisungaiderhaka SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan