DIALOG RAKYAT |
- 'Percubaan liwat ' pun bela diri juga
- Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar
- KEADILAN tekad kaji elaun guru- Wan Azizah
- Terkini: Ceramah di Kuala Langat ditukar ke Banting
- Ketua Pemuda UMNO desak agar harga RON95 tidak dinaikkan
- 'Pihak dakwa K'tan rampas tanah akan disaman'
- 'Konspirasi Kristian': SKMM siasat penulis blog
- MCA kecam ektremis dalam perutusan Hari Wesak
- Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan
- Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen'
- Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri
- Jangan guna ISA, AMCP kepada Utusan
- Selepas Kedah, pemuda PAS berhimpun di Kelantan
- 4,000 pertahan Ladang Rakyat
- Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks
- SMS: SPR jangan undur ke belakang
- Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah
- Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu
- RON95: Rakyat akan ditipu lagi
- Umno: Komponen BN wajar serah kerusi jika gagal pilih calon
- ‘Datuk T’ sedia didakwa di mahkamah, kata Eskay
- Kos subsidi naik, TPM bayang kenaikan harga barang
- Kes liwat: Anwar diarah bela diri
- Dakwa Utusan di bawah Akta 574
- Konspirasi Kristian: Paderi disoal siasat polis
'Percubaan liwat ' pun bela diri juga Posted: 16 May 2011 05:32 AM PDT PASPB KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail perlu menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pendakwa tidak mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan kes tersebut. "Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara," kata Peguam Anwar, Karpal Singh. Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat. Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal. "Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah. "Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini," kata Karpal. Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan. "Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh. "Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan. "Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian)," kata Karpal. Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata. "Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini," kata Sankara Nair. | ||
Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar Posted: 16 May 2011 05:29 AM PDT KEADILAN DAILY KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II. "Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan," kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan. Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011. Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah. Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa' walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan. Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian. Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar. "Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua 'rencah' pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini," kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini. "Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama," kata Sankara. Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup. "Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan," kata Sankara. | ||
KEADILAN tekad kaji elaun guru- Wan Azizah Posted: 16 May 2011 05:26 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: KEADILAN tekad untuk mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum 13, kata Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei, hari ini. "Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini. "KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung," kata Wan Azizah. Buku Jingga merupakan dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menggariskan agenda dan program dalam masa 100 hari menawan Putrajaya. Antara lain, Pakatan menjanjikan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru dan pendidik bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan negara. Selain mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, Wan Azizah turut mendoakan kesejahteraan atas jasa mereka yang mencurahkan ilmu selama ini. Menurutnya, guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. "Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. "Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan," kata beliau. | ||
Terkini: Ceramah di Kuala Langat ditukar ke Banting Posted: 16 May 2011 05:21 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Tempat ceramah bagi Program Jelajah Tawan Selangor (Jelas) anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang KEADILAN Sepang ditukar di saat akhir apabila kedua-dua lokasi asal program diganggu pihak polis. Program tersebut ditukar ke Markas Pas Kampung Labuan Dagang, Banting Selangor pada malam ini. Ceramah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Azmin Ali, Timbalannya, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean dan pimpinan KEADILAN. Perubahan itu disebabkan tindakan polis Kuala Langat yang menghalang majlis tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat. Pihak polis juga tidak membenarkan program itu ditukar ke Markas Pas, Taman Gemilang, Dengkil. KEADILAN Selangor melancarkan Jelas bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai. | ||
Ketua Pemuda UMNO desak agar harga RON95 tidak dinaikkan Posted: 16 May 2011 05:20 AM PDT MERDEKA REVIEW Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95. Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak. Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu. Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas di samping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka. Pada masa yang sama, Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0% pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7%. Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6%, susu dan telur 7.9%, sayur-sayuran 11.4%, gula, jem dan barangan manisan 10.9%, buah-buahan 6.8% dan ikan serta hasil laut 3.8% - yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi 3.0% yang dicatatkan. Malahan dalam isu ini, Asian Development Bank juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30% dan dijangka akan berterusan. Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua. *Kenyataan media oleh Khairy Jamaluddin (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda UMNO merangkap ahli parlimen Rembau. | ||
'Pihak dakwa K'tan rampas tanah akan disaman' Posted: 16 May 2011 05:15 AM PDT BERNAMA Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat. Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri. "Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad, di Tumpat, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan ratusan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu. Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang mendakwa kehilangan tanah mereka akibat projek itu. Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat. Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat. "Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya. | ||
'Konspirasi Kristian': SKMM siasat penulis blog Posted: 16 May 2011 05:11 AM PDT BERNAMA Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber. Sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011 esok, Rais mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah. "Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada undang-undang. "Jangan masyarakat ada berfikir oh sekarang bebas, apa pun boleh buat. Tidak. Undang-undang negara harus dihormati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini. Katanya, kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi. Sehubungan itu, katanya, sebagai permulaan tiga pegawai SKMM dijangka akan dihantar menjalani kursus forensik multimedia sebagai satu kepakaran dalam menangani jenayah siber. Katanya, kementerian sedang meneliti kursus-kursus sedemikian di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, manakala seorang pegawai kanan SKMM juga sedang berada di Geneva, Switzerland untuk membuat interaksi awalan bagaimana kepakaran tersebut boleh didalami pegawainya. Dalam hal lain, Rais berkata SKMM sedang menjalankan siasatan ke atas dua penulis blog yang dilaporkan memaparkan artikel yang mendakwa ada ura-ura ingin menjadikan Kristian agama rasmi negara. Katanya, SKMM dijangka akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan selesai. | ||
MCA kecam ektremis dalam perutusan Hari Wesak Posted: 16 May 2011 05:07 AM PDT MALAYSIA KINI Sebagai sebahagian daripada perutusan Hari Wesak yang dikeluarkan hari ini, MCA hari ini mengingatkan bahawa "kekacuan" akan berlaku sekiranya puak ekstremis dibiarkan terus menyemai kebencian kaum dan agama.Presidennya, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata tidak ada tempat bagi golongan ini yang menurutnya menjadi penghasut dan anasir perosak yang mahu mencetuskan huru-hara dan menyemai kebencian di kalangan rakyat Malaysia. Katanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kacau-bilau jika tahap toleransi rakyatnya berhubung isu-isu yang menjadi perbalahan dimainkan di luar kontek kemanfaatan politik. Chua berkata, rakyat Malaysia tidak harus terperangkap dengan mereka yang menggunakan isu-isu agama atau perkauman untuk kepentingan politik diri sendiri kerana ia merupakan "satu resipi untuk malapetaka". "Kesederhanaan politik mesti didukung dan ditekankan. Tiada tempat untuk fanatik keagamaan di negara ini," katanya. Kini wujud rasa tidak puas hati berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu yang melaporkan dakwaan dua blog pro-Umno bahawa terdapat rancangan untuk menjadi Kristian agama rasmi oleh sekumpulan pastor dan DAP. Kumpulan gereja dan DAP telah menafikan dakwaan itu. Chua berkata, rakyat Malaysia perlu menggunakan sambutan Hari Wesak untuk mengukuhkan lagi komitmen untuk keamanan. | ||
Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan Posted: 16 May 2011 05:06 AM PDT Aidila Razak Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini. Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara. Ibrahim (kiri) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan. "Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?... "(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya." Dengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan. "Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis. | ||
Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen' Posted: 16 May 2011 05:03 AM PDT MALAYSIA KINI Slogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah bentuk jihad "tulen" yang dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa. Husam berkata, PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah. "Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam" Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu. Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat." Mengulas lanjut, Husam berkata PERKASA juga tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih," kata Husam lagi. Dalam satu kenyataan hari ini, Husam juga berkata, keadaan itu ditunjukkan melalui tindakan PERKASA yang didakwa hanya menggunakan "isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak." "PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini. "Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya. Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata. "Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi. Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS. "Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi. | ||
Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri Posted: 16 May 2011 04:55 AM PDT Hafiz Yatim Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah. Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta "dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)". "Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini," katanya. "Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa." Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi. Termasuk 'saksi alibi' Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku. Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara (kanan). Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie. Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun. | ||
Jangan guna ISA, AMCP kepada Utusan Posted: 16 May 2011 04:53 AM PDT
| ||
Selepas Kedah, pemuda PAS berhimpun di Kelantan Posted: 16 May 2011 04:52 AM PDT
| ||
Posted: 16 May 2011 04:50 AM PDT
| ||
Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks Posted: 16 May 2011 04:48 AM PDT
| ||
SMS: SPR jangan undur ke belakang Posted: 16 May 2011 04:42 AM PDT
| ||
Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah Posted: 16 May 2011 04:40 AM PDT
| ||
Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu Posted: 16 May 2011 04:28 AM PDT
| ||
RON95: Rakyat akan ditipu lagi Posted: 16 May 2011 04:24 AM PDT
| ||
Umno: Komponen BN wajar serah kerusi jika gagal pilih calon Posted: 16 May 2011 04:22 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan majoriti orang Melayu, perlu berlapang dada menyerah kerusi itu untuk ditandingi wakil Umno jika gagal mengenal pasti calon boleh menang di kalangan mereka, pada pilihan raya umum ke-13. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, pendirian mahukan calon mengikut majoriti kaum di sesuatu kawasan itu semakin jelas ditunjukkan ahli dan pemimpin akar umbi Umno dan pengundi seluruh negara. Pendirian seperti ini juga pernah diutarakan sebelum ini dan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komponen BN. Dipetik Berita Harian, kata beliau, pendekatan sama sudah diambil pembangkang pada pilihan raya umum lalu, apabila mereka meraih kemenangan menerusi calon mengikut kaum majoriti pengundi di sesetengah kawasan pilihan raya berbanding BN. "Jika kita tidak jumpa calon boleh menang di kalangan komponen BN di kawasan majoriti pengundi Melayu, saya mengharapkan supaya pimpinannya berlapang dada serah kerusi itu kepada calon yang boleh menang dari parti lain," katanya di Johor Baru semalam. "Apabila Perdana Menteri sebut calon boleh menang sebelum ini, maknanya ia merujuk kepada semua kaum, baik Melayu, Cina atau India. Sebagai contoh, Parlimen Hulu Selangor majoritinya Melayu pada pilihan raya umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon Melayu manakala BN letak calon MIC, sebab itu parti menang kerana pengundi kawasan itu sudah lama menunggu calon Melayu menjadi wakil mereka. "Begitu juga Bandar Tun Razak, PKR menang kerana meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu berbanding calon MCA yang diletak BN. Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, dalam desakan cukup kuat mahukan calon Umno, kita mendapat wakil cukup baik, P Kamalanathan, yang fasih berbahasa Melayu dan diterima ramai, jadi kita ambil beliau sebagai calon boleh menang BN," kata beliau. Ahmad (gambar) mengulas cadangan kepemimpinan Umno Kulai supaya calon Umno dipilih mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang di semua kawasan majoriti orang Melayu termasuk di Johor. Sehubungan itu, pada pilihan raya umum akan datang, BN perlu mengutamakan kemenangan ketika bertanding. | ||
‘Datuk T’ sedia didakwa di mahkamah, kata Eskay Posted: 16 May 2011 04:21 AM PDT Shazryl juga yakin bahawa polis akan mendedahkan identiti lelaki dalam rakaman video itu, yang pertama kali dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu, walaupun undang-undang tidak memerlukan identiti mereka yang muncul dalam filem pornografi didedahkan. "Saya percaya polis akan mendedahkan identiti. "Berikan mereka sedikit masa memandangkan pasukan mereka baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat," kata beliau dalam kenyataan SMS dari China. Shazryl (gambar), individu utama dalam pendedahan rakaman video seks itu juga bertanya menerusi SMS sama ada terdapat sebarang maklumat bila beliau akan dikenakan tuduhan di mahkamah. Apabila ditanya sama ada persoalan itu bermakna beliau sudah bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang, beliau membalas: "Ya, Datuk T akan berada di mahkamah apabila mereka mendakwa kami." Beliau merujuk kepada trio "Datuk T" iaitu selain beliau, dua yang lain ialah bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Jumaat lalu, polis mengesahkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara. "Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar," katanya. Khalid berkata tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan. | ||
Kos subsidi naik, TPM bayang kenaikan harga barang Posted: 16 May 2011 04:12 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011. Justeru kata timbalan perdana menteri, negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan. "Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi. Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi. Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan. Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," kata beliau. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Harga RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter pada awal bulan ini. Kenyataan Muhyiddin hari ini menandakan bahawa kerajaan menyediakan rakyat ke arah lebih banyak potongan dalam jangka panjang. "Kami tidak boleh memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan dalam harga barang. Kami tidak boleh kawal harga tetapi di mana kerajaan boleh campur tangan untuk mengurangkan beban awam, maka kita akan berbuat demikian," katanya. | ||
Kes liwat: Anwar diarah bela diri Posted: 15 May 2011 11:29 PM PDT TERKINI Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar. "Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi. Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu. Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai. Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.
| ||
Dakwa Utusan di bawah Akta 574 Posted: 15 May 2011 05:00 PM PDT Laporan Utusan itu hanyalah bersumberkan maklumat yang tidak sahih yang dipos oleh dua blogger pro-Umno dan ternyata tidak benar. PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia harus didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menerbitkan laporan yang tidak berasas dan berunsur fitnah bertajuk "Kristian agama rasmi" pada halaman muka hadapan minggu lalu. Dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran berkata laporan Utusan itu hanyalah bersumberkan maklumat yang tidak sahih yang dipos oleh dua blogger pro-Umno dan ternyata tidak benar. "Tuduhan palsu yang disebarkan dengan meluas ini telah menjadi isu negara dan berpotensi untuk menimbulkan perpecahan dan ketegangan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini," kata mereka dalam satu kenyataan media bersama hari ini. Mereka berkata, berbagai laporan polis telah dibuat supaya tindakan diambil terhadap Utusan, para wartawan dan editor yang bertanggungjawab menyebarkan laporan itu mengikut lunas undang-undang. "Tetapi laporan-laporan polis ini tidak diendahkan dan siasatan tidak dijalankan malahan akhbar ini hanya sekadar diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri," kata mereka. Ujar mereka, "tidak dapat disangsikan lagi bahawa Utusan menikmati kekebalan dari pendakwaan kerana ia dimiliki oleh parti pemerintah Umno yang bertindak sebagai lidah rasmi parti itu. Utusan Malaysia kata mereka telah melakukan jenayah dan proses keadilan di negara ini hendaklah berjalan tanpa campur tangan daripada "tuan-tuan politik" akhbar itu. "Kami mendesak pihak berkuasa segera menjalankan prosiding jenayah terhadap Utusan Malaysia, para wartawan dan editor yang bertanggungjawab di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan," tegas mereka. Seksyen 298A melarang sebarang penerbitan perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warga negara atau sekumpulan warga negara. Apabila disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara di antara dua hingga lima tahun. | ||
Konspirasi Kristian: Paderi disoal siasat polis Posted: 15 May 2011 04:38 PM PDT MALAYSIA KINI Lapan paderi Kristian yang menghadiri pertemuan tertutup di sebuah majlis kesyukuran di Pulau Pinang di mana dakwaan 'konspirasi' bagi menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia disoal-siasat polis atas tuduhan menghasut.Menurut ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, paderi berkenaan dipanggil minggu lalu berikutan laporan polis yang dibuatnya pada 8 Mei lalu yang menafikan konspirasi berkenaan. Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Ooi yang turut hadir pada majlis makan malam di mana 'plot' itu didakwa dirancang berkata terdapat kekeliruan berhubung cara sembahyang masyarakat Kristian dengan cara membuat ikrar. "Paderi-paderi itu ditanya (oleh polis) soalan dengan tema yang sama. Mereka ditanya jika ada konspirasi bagi melantik seorang perdana menteri Kristian dan sama ada terdapat ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan. Mereka secara kategori menafikan semua itu. "Mereka juga ditanya sama ada mereka mengangkat tangan semasa bersembahyang seperti yang diamalkan oleh orang Kristian dan sama ada tangan kanan atau kiri yang diangkat dan setinggi mana ia diangkat," katanya. Dakwa Ooi, sesetengah pihak menganggap apabila orang Kristian mengangkat tangan ketika bersembahyang apdalah upacara mengambil ikrar atau membuat janji. Selain paderi berkenaan, tiga sukarelawan DAP termasuk dua ahli majlis tempatan dan diri Ooi telah memberikan keterangan mereka kepada polis bagi membantu siasatan yang sedang berterusan itu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan