Isnin, 16 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


MP Kelana Jaya Pula Terima Video Seks, Polis Langsung Tak Bertindak?

Posted: 16 May 2011 03:00 PM PDT


Petaling Jaya: Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Loh Gwo Burne hari ini mendakwa menerima satu sampul surat berisi beberapa keping gambar lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekeping cakera padat (CD) dipercayai klip video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD' itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sejak bila kewujudan sampul surat tersebut kerana berada di luar negara minggu lalu.

Sejurus membukanya, beliau mendapati beberapa helai kertas bersaiz ukuran A4 yang menunjukkan gambar video lucah menyerupai Anwar dan sekeping CD tidak berlabel.

Beliau kemudiannya mendakwa menerima satu panggilan telefon mencurigakan daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira pukul 3.54 petang yang bertanyakan pendapatnya jika beliau sudah menonton CD tersebut.

Fasih berbahasa Inggeris, lelaki itu melalui perbualan telefon dengan Loh berkata beliau mungkin menemui sesuatu yang menarik tentang bosnya (Anwar) yang jelas bukan seorang pemimpin yang berkaliber.

"Saya tanya siapa yang bercakap, namun beliau berkata 'kita mungkin boleh jadi kawan'.

"Lelaki itu juga berkata kepada saya jangan bimbang kerana saya akan diberi habuan jika menolongnya mengaibkan Anwar dan terus mematikan panggilan," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Kelana Jaya di sini hari ini.

Terganggu dengan panggilan tersebut, Loh membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Way 12.30 malam tadi.

Ditanya jika sudah menonton CD tersebut, Loh menafikannya.

"Tidak perlu kerana jika keluarga Anwar sendiri sudah mengesahkannya, kenapa perlu saya tonton dan mempercayai kesahihan video tersebut," tegasnya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar S Manikavasagam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana menerima cd yang sama, namun beliau mengesahkan itu bukanlah Anwar selepas empat kali menontonnya. -FMT

Ulasan GB

Manalah rakyat nak percaya kepada pihak polis. Setiap sesuatu yang berlaku menunjuk dan mengarahkan kepada maruah dan integriti polis yang tercemar.

Datuk Eskay menyatakan hanya ada satu salinan dan salinan itu diserahkan kepada polis.

Kini begitu ramai memperolehinya, sampaikan di masjid pun diedarkan.

Dan polis berdiam diri tanpa apa-apa tindakan... dan rakyat sudah mempersoalkan apakah polis juga berada di belakang konspirasi pengedaran video seks ini. Jika tidak kenapa polis lansung tidak bertindak menyekat pengedarannya.

sumber: Kelab Greenboc

atsixty-zakriali

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA FA 16/5/11 (SEPARUH AKHIR 2)

Posted: 16 May 2011 07:46 AM PDT

Lelaki Nekad Lari Dalam Keadaan Bogel Elak Operasi Maksiat

Posted: 16 May 2011 06:48 AM PDT


Seorang lelaki nekad melarikan diri dengan menuruni bumbung sebuah bangunan dalam keadaan bogel selepas sebuah lokasi aktiviti maksiat diserbu polis dalam satu operasi cegah kegiatan tidak bermoral di China. Gambar ini dirakamkan oleh beberapa jurugambar dan menjadi "hangat" selepas dimuatnaikkan di internet pada 26 April lalu.

Menurut sumber gambar, kelibat lelaki ini berjaya dikesan ekoran bunyi bising di kawasan kediamannya. Beberapa orang lelaki termasuk lelaki bogel ini serta beberapa orang wanita yang dipercayai pelacur bertempiaran lari apabila sebuah tempat pelacuran diserbu polis - dipercayai di tingkat bawah sebuah bangunan di Changchun di daerah Jilin.

Kebanyakan mereka berjaya membalut tubuh masing-masing dengan tuala atau seluar pendek, namun sebahagiannya terpaksa berlari dalam keadaan bogel.

P/s: Lawak sungguh! Moralnya, tidak kiralah apa agama/bangsa anda, jangan terlibat dalam aktiviti maksiat!

duniacacamarba


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

IBRAHIM ALI SILA BACA NI SEBELUM BERJIHAD

Posted: 16 May 2011 02:54 AM PDT


Kenyataan Media
Dato Hj Husam Musa
16 Mei 2011

Merujuk kepada kenyataan terbuka Datuk Ibrahim Ali bahawa beliau dan PERKASA sanggup melancarkan 'perang salib' atau 'jihad' untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita, saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah lagi mnyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan UMNO/BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih.

Pertama, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah. Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan UMNO/BN selama ini. Bahkan hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan PERKASA tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih. Sebagai contoh, dimanakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama UMNO dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam.

Ketiga, kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan UMNO/BN kehilangan kuasa hasil 'kemungkaran' politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum. Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah 'Ali Imran ayat 159 yang berbunyi;



"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

Jika diamati ayat ini, sekiranya PERKASA ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus 'berjihad', saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu. Orang yang hendak berjihad adalah WAJIB membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai 'hutang' Datuk Ibrahim Ali.

Sekian, terima kasih.
Wassalam w.b.t

sumber: www.husammusa.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar

Posted: 16 May 2011 12:29 AM PDT


Hakim Zabidin mengikut telunjuk dan terikat dengan hujah pendakwa raya, tegas Anwar


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.


“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.


Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.


Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.


Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa’ walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.


Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.


Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.


“Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.


Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu


Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.


“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” kata Sankara.


Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.


“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” kata Sankara.

-KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

IBRAHIM ALI SAMA MCM OSAMA? KAH! KAH! KAH!

Posted: 15 May 2011 09:00 PM PDT

Ugutan Jihad Ibrahim Bukan Memudaratkan, Kata Hishamuddin


SHAH ALAM 15 MEI : Kementerian Dalam Negeri membayangkan ia tidak akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali bersabit ugutannya untuk melancarkan perang jihad terhadap masyarakat Kristian.

Menteri berkenaan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata Ibrahim tidak mewakili keseluruhan orang Melayu dan ugutan itu hanya "mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan,"

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim menyatakan menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad jika kaum Krisitian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.

Ibrahim yang kini menyokong semula parti Umno berkata beliau bersedia tersungkur akibat kenyataannya demi mempertahankan maruah Islam.

Beliau kononnya amat marah kerana kononnya wujud konspirasi antara paderi Kristian dan pembangkang untuk mewujudkan negara Islam sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Kenyataan Ibrahim itu disifatkan bertujuan menyemarakkan lagi api perkauman demi membakar sentiment orang Melayu dalam usaha Umno meraih sokongan kaum itu.

Ugutan Ibrahim dilihat tidak masuk akal setelah pihak gereja menafikan wujudnya agenda sebegitu dan menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Utusan.

Hishamuddin berkata ugutan untuk melancarkan jihad oleh Ibrahim harus dilihat dalam konteks yang luas.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim di negara ini. Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," kata Hishamuddin.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Katanya terdapat juga kumpulan ekstremis dikalangan orang Cina negara ini.

Hishamuddin sebelum ini menyifatkan laporan Utusan mengenai agenda negara Kristian itu sebagai mempunyai asas tertentu.

Kenyataan Naib Presiden Umno itu dikecam oleh pelbagai pihak kerana membelakangkan hakikat bahawa tidak ada sebarang bukti untuk memperakukan laporan itu.

KDN juga dibidas kerana hanya memberi teguran kepada Utusan bersabit laporan itu yang berupa hasutan dan menimbulkan permusuhan antara orang Islam dan Kristian -TVS

DEY MACHA!!!

KALAU UMPORNO SEMUA BOLEH,TAK MUDARAT PUNYA
CUBA HANGPA BAYANGKAN KALAU ANWAR YANG UGUT NAK PERANG SALIB
SAH-SAH DAH KENA TANGKAP
DAH TENTU KECOH MEDIA PENCACAI UTUSEKS DAN BULESEKS UTAMA
KAH! KAH! KAH!

OSAMA TIDAK MEWAKILI KESELURUHAN UMAT ISLAM
PASAI APA OSAMA DIBUNUH OLEH AMERIKA?
KAH! KAH! KAH!

ITU PASAL GUA CAKAP
NAK JADI MENTERI UMPORNO TAK PAYAH CERDIK
CUKUP SETAKAT OTAK UDANG
KAH! KAH! KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

11 imam dibunuh kejam

Posted: 15 May 2011 06:00 PM PDT


BREGA - Kekejaman kuasa Barat terbukti apabila sekurang-kurangnya 11 orang imam dibunuh semasa sedang tidur dalam satu serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di bandar Brega, Libya, kelmarin.

Jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim berkata, kesemua imam yang terbunuh adalah sebahagian daripada kumpulan imam-imam Libya yang berkumpul di bandar itu untuk menunaikan solat meminta keamanan di negara yang sedang bergolak itu.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila dibunuh dalam serangan ganas Nato yang menyasarkan tempat awam dan bukannya kemudahan tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesemua mereka selamat dikebumikan di Brega, semalam.

Selain itu, 50 orang awam yang lain turut cedera dalam serangan Nato itu yang jelas disasarkan ke rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan kumpulan imam tersebut.
Menurut pegawai perubatan, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mangsa yang cedera parah dalam serangan itu berada dalam keadaan kritikal.

Nato mengakui melancarkan serangan di Brega, bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Tripoli tetapi tanpa rasa bersalah menegaskan kononnya rumah tumpangan itu adalah pusat kawalan dan arahan.

"Kami sedar terdapat dakwaan ada orang awam terbunuh dalam serangan ini. Kami kesal sebarang kehilangan nyawa jika benar apa yang didakwa," menurut Nato.

Nato sejak akhir-akhir ini mempertingkatkan serangan udara di beberapa kawasan di Libya yang didakwa sebagai pusat ketenteraan Gaddafi, termasuk serangan di kediamannya di Tripoli.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mencabuli mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya membenarkan zon larangan terbang diwujudkan kononnya untuk melindungi rakyat Libya daripada serangan tentera Gaddafi.-SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ucapan Keras!! DSAI Di Selayang(video)

Posted: 15 May 2011 03:00 PM PDT

Tiada ulasan: