Sabtu, 14 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid

Posted: 14 May 2011 05:08 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.

"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau

Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.

Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai "tidak bertamadun".

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.

"Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain," kata beliau kepada TVSelangor.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.

Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.

Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.

Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.

Laporan Utusan 'ada asas' Bersifat Dangkal

Posted: 14 May 2011 05:03 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung komplot kumpulan paderi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sebagai 'ada asas', disifatkan sebagai dangkal.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar berkata Hishammudin Tun Hussien harus bersikap lebih profesional dalam menangani isu sensitif antara agama ini dan bukannya melindungi akhbar milik UMNO itu.

Beliau menegaskan kenyataan Hishammudin itu seolah- olah menolak penafian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa tiada usaha seperti yang dilaporkan Utusan.

"Pada pandangan saya, beliau sebagai Menteri Dalam Negeri, sepatutnya buat suatu keputusan kalau benar beliau seorang menteri yang bertanggungjawab beliau seharusnya buktikan bahawa negara kita adalah sebuah negara aman.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia ini mampu mencetuskan satu perasaan benci antara kaum dan agama, ini bukan satu perbuatan akhbar yang bertanggungjwab," tegas Xavier.

Utusan sebelum ini bertindak melaporkan wujudnya usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi oleh sekumpulan paderi dan turut mengaitkan parti kompenan Pakatan Rakyat, DAP.

Apa yang mengjengkelkan, dakwaan itu hanya diceduk daripada 2 laman blog pro UMNO, 'Marahku' dan 'BigDog' tanpa sebarang siasatan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menegur pengurusan Utusan bersabit laporan berbaur fitnah itu.

Teguran itu disambut dingin oleh pelbagai pihak termasuk Xavier sendiri.

Beliau mengutuk tindakan berat sebelah KDN yang dilihat bertindak menarik balik permit akhbar Suara Keadilan, hanya kerana isu 'Felda Bankrap', yang tidak mengancam kesejahteraan antara kaum.

Tetapi KDN hanya 'menegur' Utusan atas laporan yang boleh mencetus ketegangan antara kaum dinegara ini.

"Dengan kuasa yang ada pada Hishamuddin, saya berharap beliau menggunakannya untuk bekukan pengeluaran utusan sehingga pihak polis keluarkan keputusan yang tepat hasil siasatan, menerusi sisatan itu, boleh ditentukan sama ada mahu terus menutup atau kalau nampak tidak ada asas, ambilah tindakan keatas mereka yang keluarkan kenyataan itu," katanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Hishammuddin dipetik menasihati semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

"Sekarang, apa yang berlaku ialah, UMNO-BN menggunakan Utusan Malaysia sebagai bahan untuk meningkatkan perasaan benci antara kaum didalam Malaysia, ini adalah suatu isu yang sangat sensitif bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, tetapi dalam pelembagaan kita jelas menyatakan Islam agama rasmi dan telah pun disepakati sekian lama," katanya lagi.

Nama Inggeris Tetapi Berdendam Macam Orang Tiada Pekerti

Posted: 14 May 2011 05:00 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna



KOMENTER : Jika manusia, umur 65 tahun seharusnya menzahirkan watak yang matang dan berfirasat tinggi. Bagaimanapun bagi sesebuah organisasi, usia itu sewajibnya memancarkan wibawa yang luhur dan mulia kerana ia dihasilkan oleh himpunan pemikiran insan dan pemimpin yang berwawasan dan berhemah.

Namun apa yang dapat ditunjukkan oleh United Malays National Organization ketika meraikan ulangtahunnya yang ke-65 minggu ini ialah keceluparan dan keserakahan.

Amat nyata nilai luhur bukan jenama parti yang sering mendabik dada memperjuangkan kepentingan Melayu dan kemuliaan agama Islam.

Betapa tidaknya, parti yang masih menjunjung katanama Inggeris bagi memuliakan satu perjuangan Melayu, kononnya, jelas didakap rasa takut dan cemas akan masa depannya. Ia seperti orang tua yang nyanyuk dan diserang penyakit Parkinson yang disergah rasa cemas kerana muflis idea bagaimana hendak terus hidup dan berkuasa.

Kecemasan ini berpaksi daripada gugatan seorang insan. Wajah, kelibat dan apatah lagi bicara insan ini benar- benar menghunjamkan rasa cemas dan ngeri. Puas disanggah kata bicaranya, disergap dengan kekerasan dan undang-undang, diejek dengan pelbagai gelaran dan nama jelek, dimaki dan dihamun, namun lembaga politik ini tidak mahu pergi.

Kemudian disebarkan pelbagai cerita dan fitnah namun insan ini masih berada diambang pemikiran United Malays National Organisation.

Maka digunakan cara yang lebih nekad lagi. Bagaimana jika diperas ugut akan maruahnya dengan video seks dan gertakan anak cucunya dianiayai?

Maka dihimpunkanlah pelbagai pendekar dan pawang siber yang handal untuk menggerunkan musuh ini dalam blog; dalam media konvensional bernama Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV2, TV3, dan media massa lain. Habis pelbagai cerita mengenai aib seorang politikus ini dihamburkan. Namujn rasa ngeri tidak mahu pergi.

Maka akhirnya di kemuncak sambutan ulangtahun United Malays National Organisation ke 65, dihimpunkan segala tohmah dan nista seteru utama ini dalam sebuah kitab 555 muka surat. Kitab kesumat United Malays National Organisation ini dijadikan cenderahati rasmi parti itu dan disebarkan kepada sekalian hadirin. Maka sahlah kecemasan, kengerian dan rasa ngilu United Malays National Organisation terhadap insan 63 tahun yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Pandanglah dari sudut manapun, sama ada Anwar ini mahu dinobatkan sebagai seteru nombor wahid United Malays National Organisation atau saingan yang paling dihormati; parti ini memang tidak lekang daripada diulit mimpi dan mengigau setiap detik. Parti ini benar-benar perlukan kuasa sihir luar biasa untuk memadamkan rasukan Anwar Ibrahim ini.

Maka timbullah idea baru bagaimana hendak melampiaskan rasa gundah ini dari rongga hidup United Malays National Organisation. Adalah juak-juak yang juga kurang aman Anwar terus bersilat di gelanggang politik negara yang mencabar kewarasan dan naluri kasih sayang Anwar.
Bagaimana kalau anak dan cucunya dijadikan taruhan?

Jika semangat politik Anwar tidak dapat dipadamkan dengan hujah, fitnah dan tohmah, masih mampukah Anwar bertandak dalam gempita politik negara jika insan lain yang dikasihinya diancam keselamatan dan nyawa mereka?

Anak sulung Anwar yang kini menapak mengikut jejaknya , Nurul Izzah, yang juga ahli parlimen Pantai, digertak supaya memilih – teruskan langkah politik Anwar atau diputuskan talian kasih sayang dengan anak kesayangannya. Jika ini tidak menggerunkan Nurul Izzah kerana hati mudanya mungkin masih membara semangat waja, ia mungkin menggugah pendirian Anwar yang telah lama "tua" dalam arena politik negara.

United Malays National Organisation mungkin akan cuba menjarakkan diri daripada usaha jijik sebegini. Sama seperti isu video seks anjuran
Datuk T, United Malays National Organisation mungkin bersumpah-sumpah junjung segala kitab dan akhbar menafikan penglibatannya dalam ugutan terhadap Anwar dan keluarganya.

Namun semua pemerhati politik tahu, jika kerana diterjah rasa ketakutan dek ancaman dan ugutan terhadap anak dan cucunya, maka Anwar pun memilih untuk bersara dari arena siasah negara, pihak mana yang akan amat lega dan bersukaria!

Neraca keadilan, kesaksamaan dan keluhuran hidup tidak boleh diluruhkan oleh rasa benci, dengki dan irihati. Bagi parti yang bersyahadah pada hakikat tiada Tuhan melainkan Allah, United Malays National Organisation wajib tahu, keserakahan dan kesumat dendam tidak dapat memadamkan keadilan Allah s.w.t. Bagi perlakuan dengki dan fitnah, balasannya nanti di dunia dan di akhirat berganda-ganda lagi.

Pilihlah sendiri. Wajarkah seorang tua 65 tahun masih lagi bersifat bengis, berdendam dan bepekerti keji walhal kubur kian lantang membisikkan istilah saat mati mu semakin menghampiri...

Anwar :"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"

Posted: 14 May 2011 04:58 AM PDT

Ditulis oleh Afix Redzuan



SHAH ALAM : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

"Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita," kata Anwar.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

Bulan lalu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut berada dalam keadaan membahayakan apabila kereta yang dinaikinya terbabas dalam perjalanan pulang dari memberi ceramah di Chemor Perak.

Pemeriksaan oleh mekanik mendapati sistem brek kereta Mercedez Benz itu dipercayai disabotaj oleh pihak tertentu.

Anwar menambah, pihak mekanik juga telah mengeluarkan surat hitam putih mengesahkan bahawa kereta yang dinaiki Azizah disabotaj.

"Memang benar, selain kepada saya, Azizah juga terlibat dengan satu kemalangan. Mekanik mengesahkan, hitam putih bahawa itu adalah satu sabotaj. Itulah sebab kita membuat laporan polis," katanya.

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said membuat laporan polis itu.

Beliau yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.

Kuil Berusia 20 Tahun Diarah Kosong Premis

Posted: 14 May 2011 04:54 AM PDT

Ditulis oleh ZeanaAima


IPOH 14 MEI : Sebuah kuil di Ipoh diarah mengosongkan premis disamping berdepan dengan dua saman dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) atas alasan rumah ibadat itu dibina diatas tapak perumahan.

ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam mempertikaikan tindakan MBI itu dan mempersoalkan mengapa setelah 20 tahun kuil Kew Ong Tai Tay, beroperasi barulah arahan pengosongan dan tindakan mahkamah itu ditimbulkan.

Pengurusan kuil tersebut, Persatuan Penganut- Penganut Kew Ong Tai Tay menerima notis untuk mengosongkan kuil berkenaan pada 22 Januari 2010 namun mereka enggan berbuat demikian.

Pada 9 Mei 2011 persatuan menerima notis untuk hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 11 Mei 2011 atas dua pertuduhan.

Pertuduhan pertama dibawah seksyen 26(1)(b)Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu menjalankan pemajuan tanpa kebenaran dan boleh dikenakan hukuman RM500 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua pula di bawah seksyen 27(2)(a) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 tidak mematuhi notis yang dikeluarkan iaitu memberhentikan pemajuan dan boleh dikenakan denda RM 100 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua- duanya sekali.

Sehubungan itu, Siva berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan antara wakil persatuan dan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Kadir untuk mencapai kata sepakat.

Subramaniam berkata isu ini menyentuh sensitiviti keagamaan khusunya bagi masyarakat cina di kawasan berkenaan yang telah menggunakan kuil itu sejak sekian lama.

Justeru, beliau berpandangan MBI perlu merujuk perkara ini terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak dan Unit Pentadbiran Hal-Ehwal Bukan Islam sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau juga mempertikaikan sikap berpeluk tubuh Exco Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Mah Hang Soon.

Mah Hang ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut dengan alasan beliau tidak cukup maklumat untuk memberi sebarang komen.

Sebelum itu Pengerusi Persatuan Penganut-penganut Kew Ong Tai Tay, Cheow Hon Choong, 59 membuat laporan polis di balai polis Buntong mengenai isu kuil ini.

Samsul Beri Keterangan Kepada Majlis Peguam

Posted: 14 May 2011 04:44 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak



KUALA LUMPUR : Pejabat Peguam Negara tidak hadir pada prosiding siasatan Majlis Peguam untuk memberi keterangan setelah menuduh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin melanggar etika profesyen itu dan mahu lesen guamannya ditarik balik.

Tribunal Lembaga Tatatertib yang bermesyuarat hari ini hanya mendengar keterangan Samsul dan akan memberikan keputusannya kelak.

"Hari ini kita berhadapan dengan situasi di mana peguam negara telah buat satu aduan dan saya terpaksa jawab dan saya kesal mereka tidak datang. Saya telah sempurnakan tanggungjawab saya dan kita tunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

Saya sudah berikan penjelasan dan keterangan, Peguam saya dah buat penggulungan. Dalam hal ini saya lihat dan yakin pihak jawatankuasa tatatertib akan buat penilaian yang objektif dan terbaik," tambah beliau.

Ogos tahu lalu Shamsul diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam ekoran aduan Jabatan Peguam Negara kononnya beliau menghina sistem kehakiman ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada Mei 2009

Aduan dibuat oleh Ketua Pendakwaan Mohamed Hanafiah Zakaria di bawah Seksyen 99(a)(2) Akta Profesion Undang-undang 1976.

Tribunal Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh Suraj Singh dijangka mengambil dua bulan untuk memberi keputusan.

Shamsul hadir di Pejabat Lembaga Tatatertib Peguam di Jalan Maran Kuala Lumpur pagi ini ditemani dua peguamnya Yusmadi Yusof dan Fahda Nur.

Yusmadi menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berlaku adil kepada Samsul dalam membezakan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dan pemimpin politik serta aktivis masyarakat.

Menurut Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, rakan berprofesion peguam yang turut menyertai arena politik tidak perlu gusar atau takut selagi tindakan mereka tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

"Kini tibalah masanya rakan-rakan di arena politik lebih prihatin bahawa semua ucapan kita dirakam. Tapi yakinlah kalau ikut lunas undang-undang ada ruang yang cukup untuk rakyatnya dijaga.

Dalam hal ini saya rasa Peguam Negara bukan sahaja patut menjaga kepentingan tertentu sahaja, mereka juga bertanggungjawab di bawah perlembagaan mereka patut jaga hak-hak asasi rakyat Malaysia," kata beliau.

Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat, Kata Dr Dzul

Posted: 14 May 2011 04:42 AM PDT

Ditulis oleh ZeanaAima


SHAH ALAM : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat, kata beliau.

"Kita tahu di negara barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.

"Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau.

Pagi tadi Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakya.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Dr Dzulkifli berkata keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

"Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan."

"Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua," tambah Dr Dzulkifli

Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik "rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing."

Ngauman pemimpin Umno ibarat ‘singa sarkas’ – KEADILAN Jelutong

Posted: 14 May 2011 04:12 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Setiausaha KEADILAN Cabang Jelutong, Anuar Kamarudin berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Barisan Nasional, terutamanya dari pemimpin Umno diibaratkan seperti 'aksi singa sarkas' yang hanya beraksi apabila diarahkan tuannya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Azeez Rahim seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian versi Nasional semalam, bahawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Azwar Ibrahim disifatkan sebagai tertekan hingga mengeluarkan kata kesat terhadap Presiden Umno, Najib Razak.

"Nasihat saya kepada Azeez, jangan sampai diibaratkan sebagai singa jika taring sekadar singa sarkas. Singa sarkas akan hanya beraksi bila adanya persembahan. Singa sarkas sudah diajar dan dididik untuk beraksi menghiburkan penonton.

"Singa jenis ini sudah dijinakkan dengan jawatan dan kontrak dan hanya akan beraksi apabila diarahkan tuannya. Dia akan terkejut dari tidur dan bertindak apabila kelaparan jawatan dan kontrak.

"Saya tertarik untuk menyingkap kembali sejarah perfileman yang diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok' yang di dalam dialognya menyebut 'Alif Miim Nun Wau….(Umno)…..di sebut……Sarkis…," kata Anuar sinis.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan calon yang tewas pada pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh, Aminah Abdullah yang menasihatkan Datin Seri Dr Wan Azizah supaya meninggalkan Anwar Ibrahim.

"Dia sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik negara kerana tidak ada isu yang jelas yang di perjuangkannya. Jika dia seorang yang berilmu sudah pasti dia tidak akan memberi nasihat yang sedemikian rupa, yang boleh menggoncang 'Arasy'.

"Jika benar Aminah seorang pejuang Melayu Islam, desak dan perjuangkan supaya kes fitnah liwat dan video seks itu di bawa ke Mahkamah Syariah. Jangan gadaikan maruah diri dan prinsip perjuangan hanya kerana imbuhan yang sedikit.

"Biar rakyat terutama orang Melayu yang mengaku Islam menilai akhlak dan pekerti Aminah yang kononnya memberikan nasihat yang bodoh, jahil yang ternyata jelas tidak menuruti kaedah dan ajaran Islam itu sendiri.

Justeru, Anuar menyeru kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat untuk melawan politik fitnah, jijik dan perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Bermula dari saat ini, sudah tiba masanya untuk kita untuk meneruskan gerak kerja memberikan penerangan kepada rakyat," tegas Anuar.

Himpunan aman bantah kilang radioaktif Lynas di pejabat DAP Kuantan, 15 Mei

Posted: 14 May 2011 04:07 AM PDT

KEADILAN DAILY




KUANTAN: Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses 'rare earth' milik Lynas Corporation Ltd diteruskan lagi dengan himpunan aman di hadapan
pejabat DAP Kuantan di Jalan Beserah pada hari Ahad, 15 Mei jam 11 pagi.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Indera Mahkota, Ahmad Shahrizan Safrim memaklumkan, perhimpunan itu dianjurkan oleh Parti Tindakan Demoratik (DAP) Kuantan.

Turut dijangka hadir ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, dan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

"Kita akan meneruskan bantahan selain dari edaran risalah kepada orang ramai mengenai bahaya dari kesan radioaktif.

"Ini merupakan program lanjutan selain ceramah penerangan dan penyerahan memorandum ke Kementerian berkaitan," jelas Shahrizan.

Pada 8 Mei, himpunan yang sama berjaya diadakan di Teluk Cempedak dengan kehadiran lebih 1000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas.

"Orang ramai diseru untuk hadir dan memberikan sokongan kerana ini perhimpunan aman untuk kepentngan semua pihak," kata Shahrizan.

Taktik “talam dua muka” najib makan diri sendiri: Husam

Posted: 14 May 2011 03:56 AM PDT

PASPB




Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu 'konspirasi Kristian' hanya memakan dirinya sendiri.

Husam berkata Najib sebelum ini 'merestui' agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen 'bimbang' (fear psychology) hanya untuk memastikan supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang sama seperti isu 'tengkolok bersalib' yang dikenakan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya umum tahun 1986.

"Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Najib tiba-tba berubah mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan," kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu.

Malah Najib kelmarin mengeluarkan kenyataannya bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak nwujud dan menyeru 'semua pihak membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara'.

"Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi 'anak nakal' yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?

Dua watak PM

"Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden Umno sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana Menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa 'dua pancing satu umpan'.

"Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia.

"Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Utusan yang bersifat provokatif dan Najib dalam masa yang sama mengambil sikap lepas tangan adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

"Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi," katanya.

Surat teguran

Sementara itu, Utusan Malaysia semalam dikenakan surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan muka
hadapannya 'Kristian agama rasmi?' serta laporan yang disiarkan di halaman 5 pada Sabtu lalu.

Selain teguran, surat tersebut juga memanggil pengarang Utusan memberi penjelasan kerana menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN dalam satu kenyataannya berkata surat teguran tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak.

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," menurut kenyataan itu lagi.

Laporan berkenaan yang memetik tulisan dalam blog mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi sekumpulan pendita Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik Perdana Menteri daripada penganut agama itu.

Nelayan ugut tutup laluan lagi jika tiada pampasan

Posted: 14 May 2011 03:54 AM PDT

BERNAMA


Nelayan-nelayan dari lima pangkalan menangkap ikan di Kuala Langat yang menyekat laluan masuk kapal-kapal di Sungai Langat sejak Isnin lalu, bersurai petang semalam dan membuka semula laluan sungai itu.

kuala langat jettyKetua Pangkalan Nelayan Kampung Kelanang Zanizam Ismail yang dihubungi Bernama, berkata para nelayan yang meletakkan 100 bot dan sampan merentangi Sungai Langat sejak Isnin lalu itu bersurai pada pukul 2 petang selepas satu mesyuarat diadakan di Pejabat Daerah Kuala Langat pagi semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Dr Rebecca Sta Maria itu dihadiri wakil-wakil nelayan, Jabatan Laut, Polis Diraja Malaysia, syarikat kilang besi Megasteel Sdn Bhd, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan enam pemilik jeti persendirian di Sungai Langat.

Zanizam berkata kumpulan nelayan dari lima pangkalan iaitu Kampung Kelanang, Bandar, Tongkah, Permatang Pasir dan Pulau Carey bersetuju membuka laluan di sungai itu selepas MITI akan mengaturkan pembayaran pampasan terhadap kerugian yang dialami nelayan kesan aktiviti perkapalan di Sungai Langat dalam tempoh seminggu.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju bahawa dalam tempoh tiga bulan, semua pihak yang terlibat akan bermesyuarat semula bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh para nelayan di kawasan itu, katanya.

Ditanya siapakah yang akan membayar pampasan itu, beliau berkata perkara itu belum lagi diputuskan tetapi akan diaturkan oleh MITI bersama Megasteel dengan enam pemilik jeti yang lain.

kuala langat jettyBagaimanapun, beliau berkata jika mereka tidak dapat pampasan seperti yang ditawarkan, sekatan laluan ke Sungai Langat akan diadakan kembali begitu juga jika selepas tiga bulan tiada jalan penyelesaian ke atas masalah mereka.

Zanizam juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar kerana membantu membawa masalah nelayan hingga ke peringkat atasan, termasuk MITI.

NONELebih 400 nelayan dari lima pangkalan itu berbuat demikian kerana mata pencarian mereka terjejas selepas Sungai Langat menjadi laluan pontun yang mengangkut besi buruk ke kilang Megasteel dan juga kapal-kapal kargo yang berlabuh memunggah barang di jeti-jeti persendirian di sepanjang sungai itu.

Mereka mendakwa kini menanggung hutang yang bertambah dengan orang tengah kerana terpaksa kerap menggantikan pukat mereka yang berharga RM1,300 sekeping kerana tersangkut pada besi-besi buruk yang terjatuh ke dalam laut dan juga yang dilanggar oleh kapal-kapal yang lalu-lalang.

Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar

Posted: 14 May 2011 03:49 AM PDT

MALAYSIA KINI


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan 'debat' khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu, lapor Harakahdaily.

NONEPada masa yang sama, beliau turut memohon perdana menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya. Sebaliknya, kata Nurul Izzah, debat sebagai medan terbaik untuk membuktikan segala dakwaan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi timbalan perdana menteri.

"Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami," katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di Ketereh, Terengganu petang semalam.

Turut hadir pada pada majlis itu adalah penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood dan ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Menurut Nurul Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ia bukan sahaja memburukkan keluarganya tetapi juga menjejaskan imej negara.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan menyahut cabaran bagi berdebat kerana tindakan itu akan memakan diri mereka sendiri.

Nurul Izzah juga berkata beliau menjangkakan pelbagai fitnah lagi bakal dihamburkan terhadap ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

NONEJelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universiti pun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu," katanya.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran akan menculik anak sulungnya sekiranya dia terus menyokong perjuangan Anwar

Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqasid Syariah

Posted: 14 May 2011 03:48 AM PDT

Elissa Helmy


Ulama Besar Dunia dari Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily tampil pada majlis wacana Seminar Maqasid Syariah yang diadakan di Melaka dan turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahSeminar bertajuk 'Maqasid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.

Selain Anwar, turut tampil selaku penceramah adalah mereka yang pernah menerajui ABIM termasuk Prof Dr Mohd Nur Manuty dan Yang Dipertua PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ketika menyampaikan ceramah selama kira-kira setengah jam itu, Prof Dr Wahbah menjelaskan tentang maksud maqasid syariah yang dapat difahami bahawa setiap peraturan ajaran Islam yang diturunkan bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Menurutnya, ia adalah satu keperluan asas dan akibat jikalau tidak mengikutinya akan menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu yang cintakan keamanan serta yang gemar menyalakan api kebencian masyarakat.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahKatanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan, Islam adalah agama yang terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama lain.

"Sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Islam tidak kira berlainan agama dan bangsa akan mendapat faedah serta kebaikan.

"Di dalam al-Quran jelas menyatakan Islam itu sendiri membawa keamanan dan menyelamatkan hak-hak setiap masyarakat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya petang semalam.

Ulama Besar Dunia from Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahMengupas lebih mendalam mengenai maqasid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama.

Malah, jelasnya, salah satu nama Allah juga iaitu as-Salam bermaksudkan pendamaian, justeru beliau menyeru supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dan jangan berpegang hanya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja.

"Sekiranya terdapat pertikaian, eloklah dibawa berbincang atau menyertai forum bagi menyelesaikan segala kekusutan demi melahirkan kedamaian.

"Di samping itu, Islam juga mengharamkan pembunuhan biarpun sesama bukan Islam," katanya.

TPM: K'jaan sentiasa cari jalan kurang beban rakyat

Posted: 14 May 2011 03:44 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

NONE"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di Kuantan, hari ini.

Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.

asia tsunami food supplyBeliau berkata, kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular.


Ceramah Pakatan Rakyat diganggu, provokasi

Posted: 14 May 2011 03:41 AM PDT

MALAYSIA KINI


Penganjur majlis ceramah ketua umum PKR, Anwar Ibrahim di Melaka mempertikaikan cara pihak polis menyelesaikan insiden yang hampir mencetuskan ketengangan di antara kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat dan BN.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeKetua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa pihak polis tidak berlaku adil di dalam menyelesaikan suasana tersebut yang dianggapnya lebih memihak kepada penyokong BN.

Menurutnya, ceramah berkenaan yang sepatutnya diadakan di Duyong namun terpaksa dipindahkan ke markas induk PAS di Bukit Katil setelah mendengar dan mematuhi nasihat polis.

"Kita punya program malam ini setelah membuat perbincangan dengan polis terpaksa dipindahkan daripada Duyong ke Bukit Katil atas alasan perlu dibuat di Markas.

"Tetapi apabila kita membuatnya di Markas PAS mereka pula membuat provokasi. Tugas kita adalah untuk memaklumkan kepada polis untuk menghentikan perbuatan ini.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar"Tetapi malangnya Ketua Polis Daerah Melaka Tengah datang dan mereka menyuruh saya leraikan ceramah yang sedang berlangsung tetapi dalam masa sama mereka tidak suraikan orang-orang yang melakukan provokasi tersebut," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehudin Abd Rahman.

Dalam insiden yang berlaku semalam, lebih 100 penyokong BN dikatakan telah melakukan provokasi terhadap lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan yang dilihat hampir menimbulkan kekacauan setelah pihak terbabit melontarkan kata-kata kesat termasuk ada segelintir penyokong yang cuba membaling objek seperti botol air minuman.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeBagaimanapun, kehadiran anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan itu.

Menurut Shamsul, pihak polis sepatutnya bertindak terhadap mereka yang memulakan insiden terbabit sehingga mengganggu kelancaran ceramah.

"Bila kita lapor sesuatu kesalahan, pegawai polis harus ambil tindakan kepada orang yang melakukan kesalahan tetapi dalam kes ini kami yang buat ceramah, mereka langsung tiada permit untuk berhimpun kerana ini bukan markas mereka.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Kalau boleh minta pihak polis berlaku adil, kita sudah bekerjasama dengan pihak polis, dan sekarang mereka lakukan provokasi kemudian kita minta polis campurtangan.

"Takkan kita nak campur tangan, kita boleh lakukan tetapi ia akan jadi satu kesalahan.

"Dalam kes ini mereka nampak cenderung memihak kepada BN sebab itu saya lawan kerana atas prinsip dan hak kita," katanya.

Konspirasi Kristian: Paderi disoal siasat polis

Posted: 14 May 2011 03:39 AM PDT

MALAYSIA KINI


Lapan paderi Kristian yang menghadiri pertemuan tertutup di sebuah majlis kesyukuran di Pulau Pinang di mana dakwaan 'konspirasi' bagi menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia disoal-siasat polis atas tuduhan menghasut.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Menurut ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, paderi berkenaan dipanggil minggu lalu berikutan laporan polis yang dibuatnya pada 8 Mei lalu yang menafikan konspirasi berkenaan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Ooi yang turut hadir pada majlis makan malam di mana 'plot' itu didakwa dirancang berkata terdapat kekeliruan berhubung cara sembahyang masyarakat Kristian dengan cara membuat ikrar.

"Paderi-paderi itu ditanya (oleh polis) soalan dengan tema yang sama. Mereka ditanya jika ada konspirasi bagi melantik seorang perdana menteri Kristian dan sama ada terdapat ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan. Mereka secara kategori menafikan semua itu.

"Mereka juga ditanya sama ada mereka mengangkat tangan semasa bersembahyang seperti yang diamalkan oleh orang Kristian dan sama ada tangan kanan atau kiri yang diangkat dan setinggi mana ia diangkat," katanya.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingDakwa Ooi, sesetengah pihak menganggap apabila orang Kristian mengangkat tangan ketika bersembahyang apdalah upacara mengambil ikrar atau membuat janji.

Selain paderi berkenaan, tiga sukarelawan DAP termasuk dua ahli majlis tempatan dan diri Ooi telah memberikan keterangan mereka kepada polis bagi membantu siasatan yang sedang berterusan itu.

Jeff Ooi: 'Variasi lain' laporan mungkin paksaan

Posted: 14 May 2011 03:27 AM PDT

Aidila Razak


Ahli parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi hari ini mendakwa terdapat kemungkinan bahawa lelaki yang membuat laporan polis dengan 'variasi lain' mengenai dakwaan 'konspirasi Kristian' dipaksa berbuat demikian.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Ooi berkata beliau percaya ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba Mohamed Razali Abdul Rahman, yang membuat laporan polis itu semalam dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai polis cawangan khas yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu. Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 group"Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh beliau," kata Ooi sambil menunjukkan sekeping gambar Mohamed Razali bersamanya ketika membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

Semalam, polis mengesahkan mereka menerima laporan yang mempunyai 'variasi lain' berhubung apa yang terjadi. Bagaimanapun kedua-dua Mohamad Razali dan pihak berkuasa juga enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam laporan itu.

Tidak dapat dihubungi

"(Laporan di) Utusan dan TV3 (mengenai laporan polis Mohamed Razali) kekurangan butiran. Kedua-dua melaporkan (beliau) berada di lokasi makan malam yang dianjurkan oleh masyarakat Kristian dan dia berkata 'saya tau apa yang sebenrnya berlaku'. Beliau berselindung di sebalik laporan polis itu.

utusan mohamed razali report police 140511 02"Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian," kata Ooi.

Utusan
pada 7 Mei lalu, bersandarkan pendedahan di dua blog pro-Umno menyiarkan tajuk utama mendakwa paderi Kristian bercadang menukar agama rasmi persekutuan dan melantik seorang pemimpin di kalangan penganut agama itu sebagai perdana menteri.

Ooi berkata tindakan Mohamed Razali, yang tampil bagi membuat laporan yang menurut pihak berkuasa memberi laporan Utusan "ada asas kebenaran" sebagai tidak logik.

"Jika wujud konspirasi, kami tidak akan menjemput sesiapa, apa lagi seorang Islam.

"Ini common sense dan bagi mendakwa saya adalah penganjur supaya ikrar seperti ini diadakan juga tak masuk akal. Mereka harus tahu, saya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran itu," kata Ooi.

NONEMenurut Ooi, kali terakhir beliau berhubungan dengan Mohamed Razali adalah pada 8 Mei lalu dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat selepas beliau meninggalkan Umno Pulau Pinang untuk menyertai DAP pada 2008.

Ahli parlimen itu berkata beliau cuba menghubungi lelaki itu yang disifatkannya sebagai "penyokong setia DAP" tetapi gagal.

Ahli setia DAP

"Mohamed Razali banyak bantu kami pada pilihan raya kecil dan juga berkempen untuk kami di Miri pada pilihan raya negeri Sarawak," katanya.

Semalam, Mohamed Razali, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

utusan mohamed razali report police 140511 01"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis dengan alasan tidak mahu mengganggu siasatan.

Kes liwat: Nasib Anwar diketahui Isnin ini

Posted: 14 May 2011 03:24 AM PDT

BERNAMA


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapka persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac, 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar.


Peguam Negara gagal hadir pendengaran Ketua AMK

Posted: 14 May 2011 03:23 AM PDT

Aidila Razak


Peguam Negara hari ini gagal hadir ke sesi pendengaran jawatankuasa disiplin berhubung aduannya keapda peguam Shamsul Iskandar Md Akin yang juga ketua Pemuda PKR.

Menurut Shamshul Iskandar, wakil dan saksi Abdul Gani Patail juga tidak hadir.

"Pendengaran pertama pada 16 April dan ketika itu wakil peguam negara hadir dan menerima notis bahawa sesi itu akan disambung hari ini dengan pihaknya mengemukakan bukti," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Tribunal Siasatan Suraj Singh memutuskan meneruskan sesi itu walaupun tanpa kehadiran pihak berkenaan.

Peguam negara membuat laporan dan aduan mengenai Shamsul Iskandar pada 12 April 2010, setahun selepas ucapannya berhubung pengambilalihan kerajaan Perak menjelang pilihan raya kecil Penanti pada 30 Mac 2009.

Kes antara bekas bekas menteri besar Nizar Jamaluddin dan penggantinya Zambry Abdul Kadir masih berjalan.

Aduan itu dibuat bawah Seksyen 99(a)(2) Akta Profesion Undang-undang 1976 yang menetapkan bahawa mahkamah, hakim, majistret atau Peguam negara boleh mengadapkan seorang peguam kepada lembaga disiplin.

Hina Islam: PAS mahu presiden MCA dikena tindakan

Posted: 13 May 2011 05:06 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPURi: Dua laporan polis dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas beberapa tindakannya yang didakwa menghina ajaran Islam.

Laporan berasingan itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar manakala satu lagi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor semalam.

Mereka mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek itu bukan sahaja bersifat menghina Islam, malah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam itu sendiri.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuat laporan polis ini terhadap Presiden MCA, Dato Seri Dr Chua Soi Lek di atas kenyataan-kenyataan beliau sejak kebelakangan ini yang begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Agama Islam selaku Agama bagi Persekutuan Malaysia," kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya.

Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang dakwa mereka terlah menghina Islam.

1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan:

"The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA's stand on turning this country into a theocratic Islamic State" (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk 'MCA strongly against Islamic State'. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation).

2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan:

"Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS". (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk 'Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands'. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2).

3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan:

"Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru". (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL).

4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata :

"Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations..... He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies formulated will not be on par with the global development requirement". Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk 'Soi Lek fires broadside at Umno, PAS'. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/).

"Kami percaya sekiranya Dato Seri Dr Chua Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang provokatif yang menyentuh berkaitan agama Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umat Islam di negara ini, lambat laun pastinya akan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia, bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentiment agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor Mahadzir Bin Mat Zili.

Selain itu, mereka juga mendakwa kenyataan Soi Lek juga yang berjanji akan menjadi penyokong utama PKR jika parti tersebut mahu mengugurkan keistimewaan orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara boleh menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu.

Justeru, mereka memohon agar Soi Lek disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan.

Tindakan kepada Utusan 'double standard'

Posted: 13 May 2011 05:04 PM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya memberi surat teguran kepada akhbar Umno, Utusan Malaysia ekoran laporan provokasi 'Kristian Agama Rasmi', sebagai 'double standard' dan 'tidak padan'.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) berkata Utusan Malaysia sepatutnya diberi tindakan lebih tegas kerana laporan tersebut sesuatu yang serius dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Tidak padan sekadar amaran, perlu kepada satu tindakan lebih tegas kerana ianya boleh mengancam keselamatan negara dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Inilah sikap double standard Umno BN, pendakwaan terpilih. Kita menolak ISA, namun sepatutnya tindakan kepada Utusan ini harus lebih tegas dan sama seperti tindakan yang dikenakan kepada pembangkang jika perkara sama dilakukan sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia pada muka hadapannya melaporkan dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?' yang boleh mengancam keselamatan negara.

Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.

Laporan itu bagaimanapun didakwa tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan kerana Utusan menyiarkannya tanpa melakukan siasatan berhubung kesahihan maklumat tersebut.

Meskipun dikecam hebat, KDN semalam hanya mengenakan amaran dengan menghantar surat teguran kepada akhbar tersebut.

Surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.

Surat teguran KDN lazimnya bermakna tidak ada sebarang tindakan lain akan diambil terhadap Utusan meskipun laporan itu disifatkan sebagai fitnah yang boleh menggugat perpaduan kaum, agama dan keselamatan negara.

Utusan: Najib juga patut dikenakan tindakan

Posted: 13 May 2011 05:01 PM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri juga perlu dikenakan tindakan undang-undang ekoran laporan provokasi akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung isu Kristian agama rasmi di samping tindakan yang lebih tegas ke atas akhbar Umno itu.

Salah seorang mangsa sekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar berpendapat PM perlu diambil tindakan manakala AJK PAS Pusat, Dr Mujahaid Yusof berpendapat, permit Utusan patut digantung.

Zunar, Ketua Pengarang Suara Keadilan, berpendapat langkah ini perlu ini kerana Datuk Seri Najib sendiri terlibat dalam menentukan agenda mingguan Utusan seperti yang didedahkan oleh bekas wartawan kanan akhbar itu, Hatta Wahari.

"Amaran dikeluarkan kepada akhbar Utusan dan bukannya kepada pengarahnya, editor yang mengarahnya atau pengarang itu sendiri.

"Justeru pihak berkuasa harus menggunakan tindakan undang-undang juga terhadap Najib,"katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hatta yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan semalam bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Sehingga kini tidak ada sebarang penafian dari Utusan atau Umno mengenai dakwaan Hata ini.

Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) berpandangan, dengan hanya memberikan surat amaran kepada Utusan tidak memberikan sebarang makna.

Menurut beliau, sebaliknya dengan kesalahan yang sebegitu besar, akhbar Utusan Malaysia paling tidak mestilah ditarik balik permit penerbitannya seperti yang pernah dikenakan oleh KDN terhadap beberapa penerbitan lain sebelum ini.

Katanya, Umno BN bagaimanapun tidak mungkin akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap akhbar Utusan kerana akhbar itu sendiri adalah akhbar kepunyaannya yang menjadi alat utama bagi parti itu dalam menyebarkan propaganda buruknya.

"Malah penyiaran berita itu sendiri diyakini dirancang oleh Umno sendiri, memandangkan ia diambil dari blog penyokong Umno, walaupun amat lemah dan penuh provokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pohon maaf

Sementara itu, Najib diminta memohon maaf kepada penganut agama Kristian kerana kegagalannya bertindak tegas.

"Najib sepatutnya meminta maaf kepada mereka (penganut Kristian) kerana kegagalannya mengambil tindakan tegas seperti memecat Ketua Editor Utusan. Ini bukan pertama kali Utusan memainkan isu kontroversi termasuk Pergerakan 1Bumi. Ini semua memperlekehkan 1Malaysia," kata pensyarah undang-undang UIA, Profesor Dr Aziz Bari (gambar) kepada laman web Free Malaysia Today.

"Jika Najib serius (dengan 1Malaysia), dia sepatutnya telah memecat mereka (Ketua Pengarang Utusan) dihari pertama beliau. Untuk memecat mereka sekarang sudah terlewat," tambah Aziz.

Sandiwara Umno

Zunar pula ketika mengulas tindakan KDN ini berpendapat, ia hanya sandiwara Umno.

Katanya, akhbar Umno itu sekurang-kurangnya perlu digantung atau diharamkan terus kerana laporannya boleh mengancam keselamatan negara.

"Sama ada Utusan ini patut diharamkan, permitnya ditarik balik, pengarangnya letak jawatan dan Najib sendiri juga harus mengambil tindakan ke atas dirinya dengan meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya yang mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap akhbar itu.

Baru-baru ini, Najib memohon maaf kepada Perdana Menteri China hanya kerana terjemahan Mandarin pada latar belakang pentas untuk menyambut kedatangan PM China itu tersilap.

Oleh itu, jika kepada PM China Najib boleh minta maaf apa salahnya dia juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia khasnya DAP dan penganut agama Kristian kerana laporan palsu media milik Umno itu.

Mengulas lanjut, Zunar (gambar kanan) yang juga seorang kartunis berkata, di era pemerintahan Najib, akhbar Utusan telah berubah dari akhbar rakyat kepada akhbar lidah rasmi Umno.

Oleh kerana itu jelasnya, apa yang dilapor Utusan menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran Najib termasuklah membenarkan video seks, fitnah, perkauman dan memainkan isu agama.

Selain tidak berpuas hati dengan tindakan 'ringan' yang dikenakan terhadap Utusan, beliau mendakwa kerajaan juga jelas bersikap 'double standard' berbanding tindakan yang dikenakan terhadap akhbar pembangkang.

"Cukuplah dengan kartun-kartun saya diharamkan kerana dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan juga Suara Keadilan diharamkan kerana mengeluarkan sesuatu berita berbanding dengan 'double standard' yang diberi terhadap Utusan," tegasnya.

Suara Keadilan tidak diberikan permit

Suara Keadilan sehingga kini tidak diberikan permit hanya kerana kesilapan menyiarkan berita 'Felda Bankrap'. Padahal berita sebegitu tidak melibatkan keselamatan negara sebagaimana berita Utusan baru-baru ini.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia pada muka hadapannya melaporkan dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?' yang boleh mengancam keselamatan negara.

Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.

Laporan itu bagaimanapun didakwa tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan kerana Utusan menyiarkannya tanpa melakukan siasatan berhubung kesahihan maklumat tersebut. Penjelasan DAP mengenainya juga tidak disiarkan oleh Utusan.

Meskipun dikecam hebat, KDN semalam hanya mengenakan amaran dengan memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan diberikan surat teguran kepada akhbar tersebut.

"Henti aibkan Anwar"- Nik Aziz

Posted: 13 May 2011 04:58 PM PDT

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

"Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya.

GST: Jika gagal tadbir, serah kepada Pakatan

Posted: 13 May 2011 04:55 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat apabila berusaha juga melaksanakan cukai GST, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji.

"Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu meneruskan cukai GST, Idris berkata, PAS tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Tindakan ini, bagi beliau, melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meminta NGO memainkan peranan untuk menerangkan tentang cukai GST.

Ini berikutan bantahan Pakatan Rakyat terhadap rancangan untuk memperkenalkan cukai itu sebelum ini.

Akta GST telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama namun telah ditarik balik apabila ia mendapat bantahan hebat dari Pakatan Rakyat.

Langkah menggunakan NGO bukan asing bagi Najib apabila ia digunakan untuk menggugat kerajaan negeri Perak hingga jatuh melalui rampasan kuasa dan menggunakan NGO juga untuk menggugat kerajaan negeri Selangor apabila beliau menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Kolumnis Harakahdaily, Haji Subky Latif dalam tulisannya hari ini menyifatkan, semua NGO ini adalah talibarut Umno. Ia hanya muncul untuk memainkan peranan khas untuk menjayakan agenda Najib.

Tindakan ini juga disifatkan agenda 'baling batu sembunyi tangan', jika disokong itulah sikap kerajaan namun bila silap pihak talibarut berkenaanlah yang menerima akibatnya sebagaimana terkena kepada Utusan sekarang.

"Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan," kata Idris dalam kenyataannya sebagai tanda kekesalannya.

PAS, kata beliau, bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST ditolak oleh beliau.

"Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

"Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai," kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Beliau mempersoalkan, bagaimana manfaat yang akan diperolehi oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai.

"Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan," kata beliau.

Beliau mempersoalkan, tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5 peratus kepada 6 peratus.

Setiap pemegang kad kredit, katanya, wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.

Pemandu lori parah disimbah asid

Posted: 13 May 2011 04:53 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KANGAR — Seorang pemandu lori pasir cedera parah di simbah asid di rumahnya di Kampung Sentang, Utan Aji di sini awal hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin.

Beliau berkata mangsa Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24 yang disimbah asid mengakibatkan beliau cedera parah di bahagian muka dan badannya.

Mangsa disimbah asid sebaik sahaja beliau membuka pintu rumahnya apabila terdengar pintu rumahnya diketuk, katanya dipetik Bernama Online.

"Mangsa tidak mengenali suspek berikutan keadaan gelap dan ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri," katanya ketika dihubungi.

Abdul Rahman berkata, mangsa yang dalam keadaan kesakitan meraung meminta bantuan dan jeritan mangsa didengari oleh jiran dan membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan namun mangsa kemudianya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

"Kami masih tidak dapat mengesan jenis asid yang digunakan tetapi mangsa mengalami kecederaan 50 peratus," katanya.

Abdul Rahman berkata motif kejadian masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkin disebabkan cemburu atau dendam berikutan mangsa pernah menjalin hubungan dengan seorang gadis berusia 29 tahun tetapi hubungan mereka terputus baru-baru ini.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan dua suspek termasuk lelaki yang menyimbah asid itu Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Tiada ulasan: