Rabu, 4 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Ada tak kena dengan pesawat RM86 juta Taib'

Posted: 04 May 2011 07:16 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

mohamed asharat 220910Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

NONEPengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu," katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.


Pulau Pinang tak terima wang dipulangkan

Posted: 04 May 2011 07:13 AM PDT

BERNAMA


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

NONEKetua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.


P'raya tempatan di S'gor akhir bulan ini

Posted: 04 May 2011 07:10 AM PDT

Regina Lee


Kerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Dijangkakan berlangsung selama dua bulan, ia akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

NONE"Kenapa tiga? Tiada alasan spesifik sebenarnya," kata exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Ean Yong Hian Wah (kanan).

Katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau juga berkata projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Jika ini berjaya, kita akan pertimbangkan mengembangkannya untuk memilih semua ahli majlis," kata Ean Yong.

Katanya, terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor.

Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung, kata ADUN Seri Kembangan itu.

Elaun kakitangan masjid di Pulau Pinang dinaikkan

Posted: 04 May 2011 07:02 AM PDT

Susan Loone

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

NONETimbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.


Eskay nafi bekalkan wanita dalam video seks

Posted: 04 May 2011 06:52 AM PDT


Hafiz Yatim

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.

NONE"Tidak, saya tak buat (bekalkan wanita). Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia.

Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya.

alleged four full sex videos on youtube 290411 14"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.

Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Persalahkan wartawan

Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

NONE"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," katanya.

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

alleged four full sex videos on youtube 290411 11"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Kekecohan masjid

Selain dirinya sendiri, ahli keluarga Anwar bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menafikan ketua pembangkang itu adalah pelaku dalam video berkenaan. Mereka berkata terdapat perbezaan ketara antara ketua umum PKR itu dengan lelaki dalam video tersebut.

NONEEskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:

NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Posted: 04 May 2011 06:49 AM PDT

MALAYSIA KINI


azlan

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Pemeriksaan di Puspakom bebankan rakyat

Posted: 04 May 2011 06:40 AM PDT

Hayati Sidek


Bank Negara mengumumkan bahawa loading premium insurans yang dikenakan ke atas kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun dimansuhkan. Ini sudah tentu merupakan berita gembira bagi rakyat kerana mereka kini bebas dari satu beban yang membelenggui mereka berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Malangnya, beban tersebut digantikan pula dengan beban yang baru, iaitu pemilik kereta berkenaan perlu membawa kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan di Puspakom. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta masing-masing.

Objektif langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan di jalan raya. Jika itu matlamatnya, maka tiada salahnya para pengguna dibenarkan membuat pemeriksaan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah mereka dan bukannya diwajibkan menjalankan pemeriksaan itu di Puspakom.

Umum mengetahui bahawa apabila sesebuah entiti diberikan hak monopoli dalam mana-mana sektor sekalipun, maka buruklah akibatnya, terutama sekali kepada para pengguna. Kewujudan monopoli akhirnya akan menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna, termasuk dari segi harga dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka.

Maka saya menyeru kerajaan agar mencari jalan lain bagi mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukan melalui cara yang membebankan rakyat. Kalau pun pemeriksaan perlu dilakukan, ia sepatutnya boleh dilakukan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah masing-masing.

Osama: Imperialis Barat boleh dikalahkan

Posted: 04 May 2011 06:37 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun, Osama percaya dan yakin bahawa sebesar dan sehebat manapun kekuatan kuffar yang menzalimi umat Islam seluruh dunia, mereka tetap boleh dikalahkan.

Sehubungan itu, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan As Syahid Osama Bin Laden oleh tentera Amerika kelmarin.

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

"Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

"Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim," tegas mereka.

Berikut kenyataan bersama Shura dan Mapim.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan As Syahid Osama Bin Laden oleh tentera Amerika kelmarin.

Kami juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut. Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim.

Operasi tersebut adalah gerakan asasinasi seorang sasaran secara uni-lateral (sebelah pihak )oleh Amerika untuk membunuh seorang yang diburu diluar tanah Amerika yang boleh dianggap paling ganas dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ternyata kerajaan Pakistan menjadi tali barut kepada Amerika untuk menjayakan operasi pembunuhan ini yang sama sekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Setelah 10 tahun Amerika mengguna seluruh kekuatan dan kapasiti perisikan dan operasi militerinya pada tahap maksima dan menelan belanja berbilion dolar untuk mengesan As Syahid Osama Bin Laden, baru kini Amerika mendapatkan sasarannya.

Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun , As Syahid Osama percaya dan yakin bahawa sebesar dan sehebat manapun kekuatan kuffar yang menzalimi umat Islam seluruh dunia , mereka tetap boleh dikalahkan.

Terbunuhnya As-Syahid Osama seperti yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Barack Obama, bukan suatu yang dapat dibanggakan oleh mereka.

AS dan seluruh kuasa Barat tahu ini bukan perjuangan seorang individu tetapi bersamanya adalah sebuah kepercayaan dan keyakinan yang utuh untuk melawan bukan sahaja musuh Islam malah musuh kemanusian seluruhnya.

Kepercayaan dan keyakinan ini tersemat di dada setiap umat Islam yang menentang kezaliman dan cintakan kebenaran.

Syahidnya Osama akan melahirkan seribu Osama lagi. Ini pasti akan dilaungkan dan digemakan oleh anak muda yang melihat beliau sebagai pejuang yang dihormati . Kata-kata "Sekarang Semua Kami adalah Osama" !!! pasti akan kedengaran di mana-mana.

Amerika sedia maklum isu sebenar kenapa pelbagai gerakan Islam di serata dunia mempunyai sikap menentang Amerika dan kenapa polisi luar Amerika Syarikat ditolak sejak kejatuhan blok Komunis Russia.

Seluruh dunia arif tentang hegemoni politik-ekonomi dan militeri yang digerakkan oleh Amerika yang cuba menjadi polis dunia.

Rekod jenayah Amerika yang menggunakan operasi perisikan, penangkapan, penyiksaan dan pencerobohan menjadi punca kenapa As Syahid Osama dan seluruh pejuang yang membela hak orang Islam tidak akan menyerahkalah.

Operasi tentera Amerika terhadap Iraq, Afghanistan, Pakistan dan sokongan bulatnya kepada Israel yang membunuh ratusan ribu umat Islam Palestin, serta komplotnya mendokong semua pimimpin diktator di negara umat Islam adalah catatan berdarah yang menyebabkan As Syahid Osama tidak dapat berkompromi.

Alasan rakyat Amerika dan kerajaan Amerika untuk merayakan kemenangan di atas kematian As Syahid Osama kerana menuntut keadilan ke atas serangan September 11 itupun boleh dipertikaikan.

Kerana ramai yang mempersoalkan sumber maklumat mengenai punca dan kesohihan serangan September 11 adalah digerakkan oleh Al Qaeda pimpinan As Syahid Osama.

Malah banyak analisa pelbagai pakar seperti yang dokumen oleh pengkaji di Amerika sendiri mempersoalkan rumusan bahawa ia direncana dari luar.

As Syahid Osama membawa bersamanya sebuah iltizam yang berasaskan sikap Islamnya yang tegas dan tidak berkompromi. Beliau tahu benar bahawa yang dihadapi bukan kekuatan militer tetapi sebenarnya ia berhadapan dengan tamadun salibi Barat bersama zionis Yahudi yang kini menguasai seluruh dunia.

As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni politik Barat yang sangat jelas ketika beliau membuat keputusan melancarkan perang ke atas segala simbol kekuatan Barat terutama Amerika.

Untuk menuduh beliau secara simplistik sebagai pengganas adalah suatu penghinaan.

Seluruh dunia tahu Amerika, Israel, Perancis, Britain dan seluruh koaliasi mereka telah meluluskan tindakan ganas menyerang, mencerobah dan membunuh rakyat negara lain kononnya di atas mandat PBB.

Keyakinan beliau untuk berdepan secara fizikal dan sanggup menyerah seluruh kekayaannya untuk berada di barisan depan berhadapan dengan kekuatan tentera Barat adalah suatu pengorbanan yang tidak akan dipandang kecil oleh umat Islam.

Malah As Syahid Osama adalah mujahid Islam yang sangat inspirasional kepada seluruh pejuang yang lain walaupun dengan pendekatan yang berbeza.

Shura dan Mapim menganjurkan solat ghaib untuk jenazah As Syahid Osama di seluruh negara. Kami menyeru semua ulama, tuan guru, ustaz, aktivis Islam, pemimpin NGO Islam, para imam untuk mengadakan solat ghaib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada.

Sementara itu Shura dan Mapim mengusulkan agar kerajaan Malaysia menyatakan sikap mengutuk serangan tentera Amerika tersebut tanpa rasa takut kerana kami percaya umat Islam bersama dengan seluruh pejuang Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

Posted: 04 May 2011 06:35 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.

PAS Miri lulus usul bertanding parlimen

Posted: 04 May 2011 06:33 AM PDT

Harakahdaily


MIRI: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri sebulat suara meluluskan usul mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding kerusi parlimen Miri dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan PAS for All di Bumi Kenyalang.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kedua itu, kelmarin berkata PAS Miri perlu menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for All dan betapa indahnya Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan mengharapkan usaha itu diteruskan khas di peringkat pedalaman bagi menyebar luaskan Islam dan PAS.

Dalam pada itu, dengan kemunculan aktif Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri di bandaraya ini, potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah cerah.

Mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh anggota Dewan Pemuda, Muslimat dan 6 cawangan penaja sekitar Miri.

Lebih manis buat julung kali perwakilan DHPP Miri turut hadir diketuai sendiri ketuanya, John Barah Aning dan setiausaha, Yeo.

Yeo turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho di atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri.

Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri semasa menyampaikan ucapan alu-aluan mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Katanya, biarpun PAS Miri pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April lalu tidak bertanding sebarang kerusi tetapi telah menunjukkan komitmen dan gerak kerja tersusun bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun di Miri dimenangi calon DAP. Tambahnya, hanya dengan setiakawan dan kerjasama yang kukuh saja hasrat Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya akan tercapai.

Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat cawangan bagi memastikan momentum perkembangan yang berlaku itu berterusan.

Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beliau dan Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013.

Selangor tubuh Tabung Bencana Alam RM10 juta

Posted: 04 May 2011 06:31 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam (TWBA) Negeri Selangor dengan suntikan awal dana sebanyak RM10 juta bertujuan membantu kerajaan negeri menampung perbelanjaan mangsa-mangsa bencana alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata TWSA ini ditubuhkan mengikut Seksyen 10 Subseksyen 4 (b), Akta Tatacara Kewangan 1957 yang membolehkan ia menjana dananya sendiri menerusi pelbagai medium pelaburan untuk digunakan berkaitan tujuan penubuhannya.

"Kerajaan negeri akan memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta dalam tempoh lima tahun. Suntikan awal TWBA akan diberikan sebanyak RM10 juta untuk tahun ini menerusi peruntukan Kerajaan Negeri dalam bentuk geran pelancaran (launching grant).

"Manakala baki dana tersebut akan diberikan dalam tempoh 2012 hingga 2015 sebanyak RM10 juta setahun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, peruntukan tambahan diperlukan kerana dana awal sebanyak RM10 juta ini tidak diperuntukkan dalam Bajet 2011.

"Kita akan meminta kelulusan untuk mengadakan peruntukan tambahan pada sidang Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada Julai akan datang," katanya.

Menteri Besar berkata, TWBA akan membantu kerajaan negeri menampung perbelanjaan mangsa-mangsa bencana alam menggunakan keuntungan dan lebihan yang dijana daripada dana permulaan yang disuntik TWBA.

Bagaimanapun, dana ini hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan sumbangan kepada bencana alam selepas lima tahun iaitu hanya pada 2016 bagi membolehkan dana ini dilaburkan untuk mendapatkan pulangan sewajarnya.

Menteri Besar berkata, matlamat utama TWBA ditubuhkan bertujuan mengasingkan wang perolehan, keuntungan dan lebihan yang ada untuk digunakan dan dinikmati generasi akan datang khususnya perkara yang melibatkan bencana alam.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, ketika ini Kerajaan Selangor mempunyai tabung untuk mangsa bencana alam iaitu Kumpulan Wang Amanah Bencana Alam yang ditadbir oleh Penbendaharaan Negeri Selangor dengan siling sebanyak RM8 juta.

Bagaimanapun, penggunaannya amat terhad dan terikat dengan Arahan Amanah dan tidak boleh dilaburkan atau digunakan untuk tujuan lain selain yang ditetapkan dalam Akaun Amanah.

Menteri Besar berkata, TWBA boleh menerima sumbangan dari individu dan syarikat yang mahu menjalankan tanggung jawab sosial korporat (CSR) dengan mendapat pengecualian cukai seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, MMKN hari ini juga memperakukan keputusan Kerajaan Negeri untuk mewartakan tanah seluas 19 ekar di Taman Subang Ria, Subang Jaya, sebagai rekreasi awam.

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat diteruskan

Posted: 04 May 2011 06:26 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.

Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.

Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.

GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.

Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi.

GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN.

Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka.

"Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya.

Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

"Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat.

"Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral.

GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM).

Kes Sarbaini: Polis serah semula kertas siasatan Jumaat

Posted: 04 May 2011 06:25 AM PDT


Ahmad Sarbaini Mohamed
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed, yang telah dikemaskinikan, akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya Jumaat ini dan polis tidak menolak kemungkinan saksi-saksi baru dipanggil jika diperlukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, ada kemungkinan saksi-saksi baru akan muncul berikutan hasil soal siasat susulan yang dijalankan baru-baru ini.

"Dalam proses siasatan, ia terbuka... kami tidak pernah hadkan saksi. Jadi, bila keterangan diambil dan timbul nama-nama baru, kita akan teruskan siasatan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Proses siasatan tidak akan mati. Dalam siasatan memang ada kemungkinan (akan ada) saksi baru. Jika ada, keterangan saksi baru akan diambil jika ada keperluan.

"Tetapi apa pun, ia masih lagi dalam siasatan kerana kita perlu mengesahkan apa yang dikatakan itu betul," katanya lagi.

Zulkifli menjelakan, kertas siasatan yang baru diterima pihaknya akan diteliti sebelum dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kita baru menerima kertas siasatan ini semula dalam dua tiga hari lepas kerana apabila kita menghantar kertas siasatan yang baru, masih terdapat keterangan saksi yang perlu dirakamkan, jadi kemungkinan perkara-perkara baru akan ada dan kita perlu rakamkannya," katanya.

Mengikut laporan media awal minggu lalu, Jabatan Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Pada 27 April lalu, Zulkifli berkata, Jabatan Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.

Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia 26 April lalu.

Zulkifli berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya.

Menurut polis, Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Menjawab soalan wartawan sama ada kes kematian Ahnad Sarbaini masih lagi menunjukkan ia adalah kematian mengejut, Zulkifli berkata, "Ya, masih lagi mati mengejut."

Ulama Saudi pertikai cara AS semadi jenazah Osama

Posted: 04 May 2011 06:05 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Pengikut pertubuhan Islam yang telah diharamkan Jamaat-ud-Dawa menitiskan air mata ketika upacara pengebumian simbolik bagi Osama di Karachi semalam. — Foto Reuters

RIYADH— Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.

Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

"Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain," kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan "kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat)," katanya dipetik Reuters.

"Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu," katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

"Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati," kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

"Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain," kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

"Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan)," kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

"Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim," katanya lagi.

Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

"Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian," kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters

Anak Sosilawati: Kami tidak dididik dengan kemewahan

Posted: 04 May 2011 06:03 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Mewarisi empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit pada usia baru mencecah 26 tahun, Erni Dekritawati Yuliana Buhari — anak Allayarham Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh Ogos lalu berkata, adik-beradiknya tidak pernah dididik dan dibesarkan dengan "kemewahan."

"Malah sejak kecil kami adik-beradik tidak pernah dididik dengan kemewahan. Kata mama kesenangan hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan tidak ada jalan pintas," katanya.

Lebih mesra dikenali sebagai "Rita", Erni Dekritawati mengakui ibunya memang seorang yang tegas, berpendirian dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diingini.

Sosilawati dibunuh dengan kejam bersama pemandu dan dua rakannya pada Ogos lalu.

Tragedi itu memaksa Rita menggalas tanggungjawab mengemudi syarikat ibunya.

Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, anak sulong itu berkata dia tidak mampu menolak tanggungjawab tersebut apatah setelah menjadi dahan berteduh kepada lima adik-adiknya, Erwan Suwari Ridzuan, 25, Erni Erinawati Sofea, 22, Md Erwan Nasri, 24, Erni Reenilawati, 21 dan Siti Nur Fatimah, 14.

Rita kini dia bertindak sebagai Ketua Pengawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Center Sdn. Bhd, pemegang jenama produk kecantikan Nouvelles Visages (NV).

"Memang dari awal lagi perjalanan hidup saya sudah diatur untuk mewarisi apa yang telah dimulakan arwah mama tetapi saya tidak menjangka seawal ini.

"Apa pun saya bersyukur kerana arwah mama sudah membuka laluan ini untuk saya sejak awal lagi. Sebab itu sebaik menamatkan pengajian peringkat ijazah di UiTM (Universiti Teknologi Mara) pada 2008, mama terus hantar saya ke London untuk ikuti bidang perniagaan.

"Tamat saja pengajian dia suruh saya balik, sehingga angan-angan untuk berkerja di sana buat sementara terpaksa dibatalkan.

"Awal tahun 2010 saya balik ke tanah air dan sekitar ibu sudah mula menyerahkan sedikit demi segala urusan syarikat bagaikan dia tahu dia akan pergi meninggalkan kami," katanya.

Menurut Rita, ketiadaan Allahyarham Sosilawati semakin dirasai menjelang Hari Ibu yang bakal disambut tidak beberapa hari lagi.

Kalau tahun lalu bersama-sama adik-adiknya yang lain mereka meraikan dengan keluar makan bersama, semua itu kini tinggal kenangan.

"Walaupun sudah hampir sembilan bulan dia pergi, rindu pada arwah mama tak pernah padam. Paling terasa apabila tidak dapat lagi menjamah masakan air tangan mama.

"Arwah mama memang pandai dan suka masak bukan saja untuk anak-anak malah pada rakan-rakannya yang selalu datang ke rumah," katanya lagi.

"Kalau bulan puasa, meja makan rumah kami akan penuh dengan makanan sebab mama akan masak makanan kegemaran setiap seorang anak-anaknya. Tapi semua itu tinggal kenangan, tiada siapa mampu mengganti tempat mama di hati kami," kata Rita lagi.

Walaupun baru bergelar usahawan, Rita mengakui dunia perniagaan bukan terlalu asing buatnya.

Malah dia sudah didedahkan dengan dunia tersebut seawal usia remaja lagi apabila kerap disuruh oleh ibunya membantu kerja-kerja di pejabat.

"Itulah cara mama. Dia lebih suka kalau anak-anaknya bermula dari bawah, merasai sendiri kepayahan untuk mencari wang," katanya.

"Selepas ini mungkin ramai yang beranggapan kerja saya jadi lebih mudah sebab mewarisi nama yang sudah besar, tapi hakikatnya cabaran untuk saya lebih kerana hebat kerana untuk mempertahankan sesuatu kejayaan ada lebih payah daripada membinanya.

"Apa pun saya bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi bukan saja daripada adik-beradik bahkan seluruh kakitangan NV," ujarnya Rita.

Lebih penting katanya, kepercayaan daripada pengedar-pengedar NV yang disifatkan sebagai nadi dan tulang belakang kepada kejayaan perniagaan ini.

"Ketika mama ada, tidaklah rasa takut sangat sebab dia ada untuk sokongan dari belakang. Tetapi sekarang saya perlu hadapi seorang diri, jadi saya perlu kuat dan tabah.

"Ada masanya saya juga perlukan seseorang untuk mendapatkan nasihat dan biasanya saya akan rujuk pada abah," katanya dalam temu bual yang disiarkan hari ini.

Pemindahan ibu pejabat NV ke bangunan sendiri di CyberJaya pada hujung tahun ini merupakan antara projek pertama Rita sebaik mengetuai syarikat tersebut.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Wisma NV itu bakal menjadi one stop center yang menempatkan semua kegiatan perniagaan syarikat tersebut termasuk spa yang merupakan antara produk baru mereka.

"Proses pemindahan sudah bermula sedikit demi sedikit dan Insya-Allah akan selesai sepenuhnya pada hujung tahun ini. Memang sudah tiba masanya untuk kami beroperasi di bawah satu bumbung memandangkan tahun depan NV akan menyambut ulang tahun ke 18.

"Insya-Allah selepas ini akan ada banyak lagi projek-projek baru yang akan menyusul," katanya.

Sebagaimana rakan sebaya lain, Rita juga tidak dapat lari daripada naluri ingin dicintai dan mencintai.

Rita pernah digembar-gemburkan bercinta dengan pembaca berita sebuah stesen televisyen tempatan, namun cerita tersebut tinggal sekadar gosip.

Masih mahu berahsia tentang hati dan perasaan cukup sekadar mengatakan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang.

Kata Rita, jejaka yang mula mengisi hatinya sejak tujuh bulan lalu itu sekadar orang biasa.

Belum merancang yang terlalu jauh kerana ingin menumpukan pada perniagaan, Rita berserah pada ketentuan jodoh dan menerima saja apa yang terbaik untuknya.

Ditanya lagi tentang ciri-ciri lelaki pilihan, dia berkata: "Tidak ada ciri-ciri tertentu, memadai seseorang yang sayangkan saya, mengambil berat dan sentiasa ada ketika saya memerlukannya."

Osama tak bersenjata tapi melawan, kata White House

Posted: 04 May 2011 06:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Penyokong Jamaat-ud-Dawa melaungkan slogan anti-Amerika di Karachi, Pakistan. — Foto Reuters

WASHINGTON — Sementara pelbagai pihak mula mempertikaikan cara kematian Osama bin Laden, Amerika Syarikat (AS) mengaku bahawa ketua Al-Qaeda itu tidak bersenjata ketika rumahnya di Pakistan diserbu tetapi pengganas paling dikehendaki ini cuba melawan sebelum dia ditembak mati.

Sehari selepas pegawai-pegawai AS membekalkan maklumat bercanggah dan dalam sesetengah kes butiran palsu mengenai serbuan yang dijalankan, jurucakap White House Jay Carney memberikan lebih banyak maklumat mengenai operasi yang diadakan awal pagi kelmarin (waktu Malaysia).

Keterangan ini dikeluarkan ketika ada pihak mempersoalkan sama ada operasi ini melawan etika pembunuhan.

Dia menggunakan frasa "kabut perang" — yang disyorkan oleh seorang pemberita — sebagai sebab maklumat kurang tepat pada peringkat awal.

"Atas perintah presiden, pasukan kecil AS menyerang satu kawasan rumah yang tahap keselamatannya cukup ketat, di pinggir Islamabad, untuk menangkap Osama (sama ada) hidup atau mati," kata Carney dengan membacakan kenyataan yang disediakan oleh Jabatan Pertahanan.

Pasukan itu menemui tiga keluarga termasuk keluarga Osama di dua bangunan berbeza di kawasan yang diserbu.

Anggota komando mendapati tiada apa-apa di satu bangunan yang dihuni satu keluarga manakala satu lagi pasukan memasuki tingkat satu rumah yang Osama tinggal, di mana satu lagi keluarga turut tinggal bersama mereka.

Di tingkat satu itu, pasukan AS membunuh dua utusan Al-Qaeda bersama seorang wanita yang terbunuh dalam tembakan, kata Carney.

Sebelum ini laporan mengatakan bahawa wanita itu dijadikan perisai oleh pengawal keselamatan Osama.

Dianne Feinstein, jurucakap jawatankuasa risikan Senat berkata, wanita itu kemungkinan merupakan isteri salah seorang utusan yang ditembak mati.

Anggota komando kemudian menemui Osama dan keluarganya di tingkat dua dan tiga rumah berkenaan.

"(Awalnya) ada pandangan bahawa kemungkinan Osama akan menentang operasi menangkap beliau, dan (nampaknya) beliau melawan," kata Carney.

"Seorang wanita... isteri Osama, bergegas ke arah anggota pasukan AS dan dia ditembak di kaki tetapi tidak mati. Osama kemudian ditembak dan terbunuh. Dia tidak bersenjata," katanya lagi.

Bagaimanapun Carney enggan memberikan butiran mengenai cara Osama didakwa melawan pasukan elit AS.

"Tindakan melawan tidak memerlukan senjata," katanya sambil menambah, lebih banyak maklumat akan diberikan kemudian.

Seorang pegawai yang ada melihat gambar mayat Osama berkata, dia telah ditembak sekurang-kurangnya sekali di bahagian muka.

Dalam pada itu, Peguam Negara AS Eric Holder mempertahankan operasi di Pakistan kelmarin sebagai satu tindakan sah.

"Tindakan itu diambil secara sah, mengikut undang-undang dan sesuai dari setiap sudut. Mereka yang bertanggungjawab bagi tindakan, kedua-dua membuat keputusan dan kesan keputusan itu, telah bertindak dengan baik," kata beliau kepada jawatankuasa kehakiman Dewan Perwakilan semalam. — Reuters

Negara tak stabil tanpa wakil Cina dalam kerajaan, tegas Mahathir

Posted: 04 May 2011 05:45 AM PDT

TERKINI

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata komuniti Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.

Sehubungan itu tegas bekas perdana menteri (gambar), perkara tersebut menjadi perhatian seluruh negara memandangkan tanpa kerjasama antara pelbagai kaum dalam kerajaan, ketidakstabilan akan menjadi satu isu.

"Ia akan mencetuskan kebimbangan bagi seluruh negara. Apabila kita membahagikan kita kepada Cina dan Melayu, dan kita bertelagah satu sama lain, maka akan berakhirlah kerjasama dan tidak akan wujud kestabilan dalam negara," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Penulisan Esei MPH-Yayasan Kepimpinan Perdana 2010 di sini hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Kata Najib, masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Sehari sebelum itu, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Presidennya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

''Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

''MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara," kata beliau.

''Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia," katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit.

Dalam komennya hari ini, Dr Mahathir bersetuju bahawa Najib telah menekankan dengan jelas bahwa sekiranya MCA memperlihatkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum akan datang, pemimpin-pemimpin parti itu tidak akan dilantik menganggotai kerajaan.

"Anda tidak boleh mengharapkan bahawa jika tidak ada calon-calon (MCA) tetapi Barisan Nasional menang, mereka akan mengambil seorang wakil DAP sebagai menteri.

"Ia tidak mungkin," kata beliau dengan merujuk kepada senario 1969 apabila bekas presiden MCA mendiang Tun Tan Siew Sin mengambil pendirian yang sama.

"Tetapi dalam mana-mana kes, MCA masih menang sejumlah banyak kerusi, dan oleh itu ada calon-calon MCA untuk diwakili dalam kerajaan."

Sejarah akan berulang, kata aktivis Bukit Merah

Posted: 03 May 2011 04:45 PM PDT


Joseph Sipalan & Lee Long Hui

Kontroversi pembinaan pusat nadir bumi di Lynas di Gebeng, Pahang tidak akan dibuka lama sekiranya memulakan operasinya mengikut jadual.

NONEHew Yoon Tat (kiri) - yang menggerakkan kempen antiradionaktif untuk projek nadir bumi pertama di Malaysia di Bukit Merah, Perak sejak 1980 - percaya pembinaan loji baru tidak akan mendapat sokongan awam.

"Saya rasa projek Lynas akan diteruskan, kerana sudah ada kontrak. Berapa lama ia bertahan, itu persoalan lain..

"Lynas mungkin berakhit seperti Bukit Merah, kerana orang ramai membantahnya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di Bukit Merah.

Mengingati pengalamannya mengepalai bantahan terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di bandar itu, Hew melihat sukar menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan kerajaan dengan kehendak awam yang terpaksa mengharungi risikonya.

NONEDalam kes ARE, tambahnya, penduduk setempat tidak mudah bersetuju dengan tahap keselamatannya ekoran "panel pakar" kedua-dua pihak membuat kesimpulan yang saling bertentangan.

Panel yang dibentuk penduduk mendapati kilang itu menjejaskan kesihatan orang ramai manakala panel kerajaan dan pengusahanya Mitsubishi Chemical mendapati ia selamat.

Lelaki 68 tahun itu masih amat ragu dengan keputusan kerajaan untuk membentuk panel bebas antarabangsa untuk mengkaji projek Lynas yang disifatkannya bertujuan mententeramkan ketakutan terhadap keracunan radioaktif.


Umno: Pungguk rindukan bulan

Posted: 03 May 2011 04:41 PM PDT

Nasrudin Hassan


1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.

4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.

Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.

6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.

7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.

8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.

9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?

10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

(*) Nasrudin bin Hassan Ketua DPP Malaysia

PAS bantah Umno bawa masuk pengundi luar

Posted: 03 May 2011 04:39 PM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: PAS Kawasan Pandan hari ini membantah keras tindakan Umno BN yang membawa masuk pengundi dari luar ke dalam kawasan itu dalam usaha merampas semula negeri termaju di Malaysia, Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Gesaan juga dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera melakukan penyiasatan kerana dibimbangi operasi itu dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad (gambar) di dalam sidang media di pejabatnya di sini mendesak satu siasatan segera dilakukan kerana beliau yakin kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh banyak agensi kerajaan berkaitan.

Beliau percaya, tindakan mengubah alamat tempat tinggal di dalam kad pengenalan pasti melibatkan paling kurang dua agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Penemuan ini, jelasnya, membuktikan Umno BN telah memindahkan pengundi-pengundi ke dalam Dun-Dun tertentu dan yakin, ini adalah sebahagian kecil dari gerak kerja besar-besaran Umno BN di seluruh Negeri Selangor.

"Umno BN kecewa kerana gagal mendapatkan sokongan rakyat, mereka terpaksa memindahkan pengundi untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan," jelasnya.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor berharap jika SPR benar-benar adil dan telus, mereka akan melakukan siasatan terperinci ke atas perkara ini.

Menurutnya, PAS Pandan telah mengenalpasti lebih 900 pengundi baru telah didaftarkan di dalam Dun Chempaka yang beliau menjadi Adunnya.

"Meskipun terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar proses membantah ini kepada SPR, PAS Pandan tetap melakukannya," tegasnya.

Untuk rekod, setiap bantahan memerlukan RM60 untuk setiap pengundi di mana RM10 untuk bantahan pemula dan mempertahankan bantahan di dalam perbicaraan pula perlu dibayar sebanyak RM50 kepada SPR.

Iskandar turut memberikan bukti berkaitan yang dikenalpasti di mana perpindahan itu melibatkan AJK-AJK Umno dari Dun Teratai.

Beliau berkata, AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana dipindahkan ke Taman Dagang di dalam Dun Chempaka.

Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan telah dipindahkan ke Dun Chempaka, Taman Bakti (2), Pandan Jaya (2) dan Lorong Molek Kampung Pandan (1) termasuk 10 ahli Umno Cheras Baru dipindahkan ke Dun Chempaka.

Tambahnya, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di Dun Chempaka itu masih bermastautin di Dun Teratai dan mereka tidak menetap di alamat mereka didaftarkan.

Beliau berharap dengan pendedahan sebahagian kecil dari kerja jahat Umno BN di dalam hal ini akan menambahkan kesedaran rakyat secara umumnya tentang kemuflisan mereka di dalam berpolitik secara demokratik dan bersih.

Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat

Posted: 03 May 2011 04:37 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.

Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

"Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

"Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

"Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim.

Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam.

Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua

Posted: 03 May 2011 04:34 PM PDT

Analisis Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Rakyat kini berhadapan dengan satu permainan teka-teki yang dimainkan oleh dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Baru-baru ini, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menjemput PAS untuk bersama-sama BN kerana parti Islam tersebut tidak mungkin dapat merealisasikan matlamat mereka di dalam Pakatan Rakyat kerana DAP tidak memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Secara tidak langsung dan teoritis, jemputan Najib bermaksud bahawa BN secara dasarnya sudah setuju (maklumlah beliau ialah Presiden BN), dan dapat membantu PAS untuk menjayakan dasar Islamnya di dalam sistem negara.

Manakala bagi Chua pula, beliau menyatakan bahawa MCA secara dasarnya bersetuju untuk PAS menyertai Barisan Nasional, namun bersyarat – "hanya dan jika hanya" parti Islam tersebut menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Chua.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, ini bermaksud Presiden MCA telah mendedahkan ketidakikhlasan Najib dalam memberikan 'wadah' yang lebih baik untuk PAS untuk melaksanakan perjuangannya kerana beliau amat sedar bahawa MCA (seperti yang didakwa Chua bahawa beliau tahu) akan membantah sekeras-kerasnya dasar Islam yang dibawa PAS tanpa mempedulikan pendirian Umno.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, MCA telah membuktikan bahawa tanggapan semua orang ternyata silap bahawa Umno menentukan segala-galanya dalam BN kerana Chua telah menunjukkan bahawa beliau boleh tidak mengendahkan Umno dalam perkara-perkara yang tidak disukainya.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, maka DAP bukan penghalang terbesar untuk PAS mencapai cita-citanya, sebaliknya ia adalah MCA, tidak kira di mana PAS berada asalkan parti Islam tersebut kekal konsisten dengan perjuangannya.

Menjawab balas kepada permainan teka-teki Najib-Chua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) dari PAS telah memberi penjelasan yang cukup ringkas bagi merungkai permainan politik ini jika ada di antara rakyat yang keliru dengan drama 'good cop, bad cop' (polis baik, polis jahat) yang dilakonkan oleh Najib dan Chua.

"MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!

"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat," tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.

Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

"Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!" kata Dzulkefly.

"Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!"

Apa yang dikatakan Dzulkefly agak benar kerana Chua, yang mengakui bahawa beliaulah pelakon dalam video seks dengan seorang wanita tiga tahun yang lalu, terkenal dengan sikap biadapnya terhadap Islam yang diberikan lampu hijau oleh Umno secara senyap.

Sebagai contoh, Chua pernah menyoal mengapa kedai-kedai di Kelantan tidak beroperasi ketika Hari Raya Haji, memandang rendah serta menghina kaum Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim atas kehendak agama dan juga mengeluarkan kenyataan menyimpang bahawa negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam 'is naturally corrupt' (biasanya mengamalkan rasuah).

Watak Chua juga terjejas teruk apabila beliau mencetus kontroversi di Twitter bulan Mac yang lalu setelah menggunakan kata-kata kesat dalam bahasanya ketika membalas pengkritik yang merentasi isteri-isteri mereka, orang tua dan juga saudara kandung.

Namun demikian, walaupun sedar dengan kelakuan Chua, Umno dan terutamanya Najib tidak pernah menegur beliau atas tindakannya menghina Islam, dan bagi kebanyakan orang, sebenarnya Najib mengizinkan Chua untuk terus meremehkan Islam sebagaimana yang beliau suka buat di hadapan komuniti bukan Islam, terutamanya kaum Tionghua.

Sekiranya ada pemimpin DAP yang melakukan perkara yang sama seperti Chua, sudah pasti ulama-ulama Umno akan melenting dan menyarankan bahawa pemimpin terbabit didakwa di bawah akta hasutan, dan lebih teruk lagi dikurungkan dalam ISA yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Dengan kelalaian yang cukup jelas dalam menjaga nama baik Islam, parti dan golongan manusia yang sama ini cukup bebal dalam mengajak PAS untuk menyertai pasukan mereka, yang kononya demi mencapai cita-cita yang tidak boleh dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat.

Ia dilakukan dalam keadaan cukup sedar bahawa dalam pasukan tersebut terdapat satu parti anti-Islam, MCA yang menentukan syarat penyertaan dengan menyuruh parti Islam menggugurkan dasar Islam sebelum menyertai BN.

Sekarang, siapa lagi yang masih betul-betul keliru dalam permainan teka-teki Najib-Chua ini?

Hentikan kawalan akta yang ketinggalan zaman

Posted: 03 May 2011 04:33 PM PDT

Afiq Hizami, pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahiri menyeru kerajaan Malaysia supaya menghentikan kawalan undang-undang yang ketinggalan zaman ke atas media di negara ini.

Akta-akta yang beliau maksudkan adalah akta mesin cetak, undang-undang fitnah, akta rahsia rasmi, ISA dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejatuhan indeks kebebasan media di negara ini apabila kedudukan Malaysia terus jatuh dari tangga ke 141 pada tahun 2010 kepada tangga 143 dalam indeks kebebasan media di seluruh dunia tahun ini.

Indeks ini keluarkan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang jatuh pada 3 Mei setiap tahun di mana Malaysia kini berada di kedudukan ke 143 daripada 166 negara yang dikaji oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) hari ini.

Kedudukan ini menunjukkan indeks kebebasan media negara ini terus menjunam berbanding tahun lepas di mana Malaysia berada di kudukan ke 141 dunia.

Menurut Hata Wahari yang baru dipecat oleh Kumpulan Utusan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemar imej syarikat milik Umno itu, kebebasan akhbar mula dibunuh oleh kerajaan apabila Umno memegang tampuk pemerintahan dan akhbar-akhbar Melayu berada di bawah penguasaannya.

Bagi Hatta, undang-undang ini perlu dimansuhkan kerana menyekat kebebasan wartawan untuk menyampaikan berita-berita yang benar.

Selain daripada itu, menurut beliau lagi, gambaran media tempatan dewasa ini lebih berbaur politik, seks dan fitnah ini memberi gambaran fenomena yang negatif yang berlaku dalam dunia media tempatan serta merendahkan kredibiliti wartawan tempatan.

Sementara itu, seorang ahli akademik di sebuah universiti tempatan berkata, fenomena yang berlaku dalam dunia media tempatan pada dewasa ini adalah tidak bebas dan lebih cenderung kepada kesendengan (condong) masing-masing.

Hal ini dapat dilihat akhbar-akhbar tempatan yang menjadi hak milik parti-parti politik tertentu di negara ini.

Oleh itu, sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, beliau tidak percaya akan kebebasan yang ada dalam dunia media tempatan.

Kebanyakkan wartawan tidak boleh bebas menyuarakan pandangan kerana terikat dengan polisi atau kecenderungan politik di sesuatu organisasi akhbar tersebut.

Oleh itu, sikap kebergantungan wartawan menjadikan mereka seperti kerbau dicucukkan tali di hidung, katanya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa dunia media tempatan adalah tidak adil kerana sesetengah akhbar terutamanya milik Umno hanya menjelaskan keburukan negeri di bawah pemerintahan parti pembangkang dan tidak melaporkan mengenai kemudahan atau kebaikan yang dilakukan oleh negeri-negeri tersebut.

Sempena Hari kebebasan Media Sedunia ini, bagi beliau, kebebasan bukannya bermaksud tiadabatasannya.

"Selagi kita terikat dengan etika hidup dan pegangan agama kita perlu tahu di mana harus kita letakkan kayu ukur kepada kebebasan tersebut.

"Sebagai seorang wartawan hendaklah sentiasa menyampaikan kebenaran, berani dan beretika serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang wartawan," kata pensyarah yang enggan namanya disiarkan itu.

Lynas: Kerajaan digesa bersikap rasional, tegas

Posted: 03 May 2011 04:31 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, Mohd Syahid Mohd Zaini menggesa kerajaan Malaysia bersikap lebih tegas dan mengambil tindakan yang lebih rasional terhadap projek pembinaan sebuah loji nuklear di Pahang.

"Bolehkah anda bayangkan penderitaan apabila cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota?" soalnya.

Beliau turut menyatakan kerajaan perlu memikirkan jangka masa panjang sekiranya projek itu tetap akan dilaksanakan.

"Kerajaan wajib mempertimbangkanpro dan kontra projek kontroversi itu.

"Dan tidak perlu tergesa-gesa dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar," tambahnya dalam satu kenyataan.

Mohd Syahid turut menyeru agar seluruh Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan mahasiswa seluruhnya menyokong gerakan membantah 'Projek Lynas'.

"Saya dengar sisa radioaktif yang akan dihasilkan nanti 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah, Perak yang ditutup 20 tahun lalu.

"Jadi, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan lebih buruk.

"Mahasiswa harus bersama-sama membantah projek ini kerana ianya akan meninggalkan kesan lebih buruk untuk generasi akan datang kelak," tegasnya lagi.

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng, Pahang oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Syarikat itu dipercayai telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan dijangka projek itu akan disiapkan pada bulan September.

Osama mati atau tidak? Teori konspirasi mula muncul

Posted: 03 May 2011 04:28 PM PDT

LAPORAN — Reuters



NEW YORK— Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori "konspirasi Osama hidup" kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: "(Berita) kematian Osama satu pembohongan."

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut "misteri (kematian) makin meningkat."

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati "adalah terlalu awal" dan AS belum menyediakan "bukti-bukti yang meyakinkan."

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?"

Di lokasi "Ground Zero" New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

"Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?' kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: "Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu."

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia "tidak gembira" dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat."

Tiada ulasan: