Khamis, 26 Mei 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KAWASAN MELAYU DAN MELAYU?

Posted: 26 May 2011 07:54 AM PDT

Tarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas.

"Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini... yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober," katanya.

NONEPertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kepada kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' ketua pembangkang itu daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.

"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina - ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.

MINYAK TAK NAIK ELEKTRIK MUNGKIN NAIK? KAH KAH KA..

Posted: 26 May 2011 01:45 AM PDT

Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEBeliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kabinet telah memutuskan yang Majlis Ekonomi akan membuat keputusan akhir.

"Ia akan menentukan jika kita akhirnya telah memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.

Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

"Ia adalah projek kerajaan-kepada-kerajaan dan masih lagi dibincangkan dengan kerajaan China," kata beliau.

- Bernama

Tiada ulasan: