Khamis, 26 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO/BN Akan kalah teruk jika naikkan harga barang (Video Inside)

Posted: 26 May 2011 08:39 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.


"Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

"Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Lee Khai Loon, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang, namun kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Dalam pada itu, AMK turut kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat 'candu' kepada rakyat.

Justeru katanya, polisi kerajaan itu jelas bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

"Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP)," ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat ini telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.

"Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO-BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.

"Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,' katanya. -tvsnews


Perobohan gerai Melayu: Apa yang PERKASA cari?

Posted: 26 May 2011 02:55 AM PDT

Semalam Sinar Harian telah melaporkan satu berita tentang perobohan dua buah gerai milik pengusaha Melayu yang telah diberikan notis agar mengosongkan premis mereka pada 5 Mei lalu.

Berita ini telah dimainkan oleh blog-blog pencacai UMNO bagi menggambarkan betapa kejamnya kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap bangsa Melayu tanpa mengetahui fakta disebalik perobohan itu.

Dan seperti biasa juga tanpa usul perikasa kira-kira 20 ahli Perkasa berhimpun bagi membantah sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkara tersebut.

Dibawah ini ialah penjelasan dari Pengerusi JKKK Batu Feringghi sendiri tentang kejadian..


Perobohan gerai Melayu: Kerajaan negeri tidak terlibat

PULAU PINANG: Isu perobohan dua gerai milik orang Melayu di Batu Feringghi tidak membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan berkenaan, Jamaluddin Hashim .

Sebaliknya, menurut beliau isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kami, JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini.


"Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan pihak berwajib, termasuk Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP untuk mencari serta mencadangkan satu tapak alternatif kepada dua pengadu terbabit," kata Jamaluddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau merujuk kepada dua berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian mengenai tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan gerai dua peniaga Melayu di Batu Feringghi.

Dua peniaga Melayu terbabit ialah Rahayu Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim.

Jamaluddin mendakwa, laporan dalam akhbar berkenaan seolah Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Datuk Mansor Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri itu.

Menurutnya, beliau mendapat khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian.

"Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit membangkitkan isu ini di samping mendapat partisipasi 20 orang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin," kata Jamaluddin.

Beliau menambah, hasil perbincangan dengan wakil Mansor di pejabatnya di KOMTAR, pihaknya telah mencadangkan pihak berwajib supaya membangunkan astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi demi kepentingan rakyat, termasuk peniaga-peniaga Melayu.

Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) dalam reaksi segera kepada kami memberitahu, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Bahagian Penguatkuasaan MPPP sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

Free Malaysia Today

Berita semalam..

Kerajaan Pulau Pinang, Tindas Peniaga Melayu

Dua peniaga Melayu di sini bakal hilang mata pencarian apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan mereka mengosongkan premis masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Jika gagal berbuat demikian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada bila-bila masa boleh merobohkan gerai mereka yang terletak di Jalan Batu Feringghi tersebut.

Peniaga gerai makan, Rahayu Abdul Murad, 50, berkata, dia kini buntu kerana itu sahaja hasil pendapatannya bersama suami sejak 10 tahun lalu.

Lebih merisaukan, menurut Rahayu, dua orang anak mereka masih bersekolah dan salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Janganlah atas nama pembangunan, golongan seperti kami ditindas.

"Kami orang susah. Macam mana kami nak cari makan kalau gerai kami dirobohkan," katanya sebak.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Yusoff Ibrahim memberitahu, kali terakhir dia menerima notis daripada MPPP adalah pada 5 Mei lalu.

Dalam notis tersebut jelasnya, MPPP mengarahkan peniaga terbabit mengosongkan premis masing-masing dalam tempoh 24 jam.

"Saya sudah minta penjelasan daripada MPPP serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut tapi tiada maklum balas.

"Saya juga ada merayu kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang katanya mahu membantu tapi sampai sekarang masalah ini tidak selesai juga," ujarnya kesal.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin menjelaskan, meskipun kedua-dua gerai tersebut terletak di atas kawasan rizab jalan, kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira kerugian yang bakal ditanggung oleh peniaga terbabit.

"Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dulu, mereka yang menerima nasib sebegini sekurang-kurangnya diberi pampasan.

"Masa zaman BN dulu suasana aman damai tapi sekarang orang Melayu semakin ditindas," tegasnya.

Beliau sebelum itu mengetuai perhimpunan kira-kira 20 ahli Perkasa bagi membantah sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkara tersebut.

Mereka turut membakar sepanduk yang mempunyai gambar kedua-dua pemimpin DAP berkenaan.- Sinar Harian

Tangguh kenaikan harga RON95, bukti BN takut..

Posted: 26 May 2011 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.


"Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

"Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

"Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

"Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia," ujarnya.

Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.

"Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14220

Ibu pejabat PKR mungkin dilelong... Salah Siapa???

Posted: 25 May 2011 11:51 PM PDT

Ada cerita disebalik peristiwa ini sebenarnya.. Mat Saman Kati (MSK - Malaysia Times) ada jawapannya..

PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000".

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong hartanah rumah kedai di Tropicana, Petaling Jaya ini.


Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.

"Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.

"Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka," katanya.

Malaysiakini

Pertahankan Media Milik UMNO - Zahid Hamidi

Posted: 25 May 2011 08:17 PM PDT

Kata Zahid Hamidi "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini."

Hakikatnya ialah "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu adalah milik UMNO dan merupakan penyumbang dana untuk UMNO selain itu ianya juga adalah medium UMNO untuk terus memperbodohkan rakyat"

Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi

BAGAN DATOH 25 Mei - Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh wartawan dahulu terbukti dengan memberikan sumbangan dan menjadi penyambung suara rakyat dengan pemerintah.

Katanya, ketika belum ada pembangunan, wartawan Utusan menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita.

"Wartawan dahulu menggunakan mesin taip yang kini sudah tiada dan mana ada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup berkorban seperti akhbar Utusan Malaysia ataupun Utusan Melayu ketika itu.

"Kita sepatutnya mengenang jasa pengorbanan wartawan Utusan kerana mereka orang Melayu Islam yang memperjuangkan hak orang Melayu.

"Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sri Muara, Bagan Datoh semalam.

Seramai 2,876 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima komputer riba atas keprihatinan kerajaan.

Ahmad Zahid berharap kerajaan mengambil langkah tegas dan bertindak ke atas pembangkang yang tidak menghormati pengorbanan wartawan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, tegasnya, orang Melayu yang menyertai pembangkang perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menyokong orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Lidah Rasmi UMNO

Nazri Aziz pemimpin ‘half past six’ - PERKASA

Posted: 25 May 2011 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Datuk Seri Nazri Aziz dalam isu "perang jihad", sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin "half past six."

Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut."

"Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.


"Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran," katanya.

Oleh itu, katanya, "gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah."

"Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri 'half past six' macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno," katanya lagi.

Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai "badut" sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.

"Pada saya, beliau (Ibrahim) adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.

"Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang," kata Nazri lagi.

Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengecam tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Sebaliknya dalam kenyataannya, dakwa Syed Hassan, Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa pun berjihad tetapi sekiranya usaha-usaha mencabar kedudukan Islam berlaku sudah pasti orang Islam akan marah dan bangkit menentang.

"Pastinya tiada siapa orang Melayu nak lakukan jihad hanya kerana kenyataan Ibrahim sebegitu rupa, Ibrahim hanya mengatakan beliau akan sambut sesiapa yang nak melakukan perang salib dan Ibrahim katakan jika sesiapa mahu menggugat kesucian Islam beliau sanggup berjihad.

"Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa untuk berjihad sekarang. Tapi jika sesuatu berlaku yang Ibrahim fikirkan sudah samapai masanya beliau berjihad, beliau akan berjihad kerana Islam tuntut umatnya berjihad jika Islam diserang," katanya.

Mengenai isu pembahagian biasiswa, jelas Syed Hassan, sekiranya Bumiputera tidak dapat kuota yang sepatutnya ia amat menyedihkan.

Selain itu, tambah beliau, BN akan kehilangan sokongan Bumiputera jika pembahagian biasiswa tidak dilakukan dengan adil dan telus.


The Malaysian Insider

Pendedahan WikiLeaks, Serampang dua mata?

Posted: 25 May 2011 11:46 AM PDT

Oleh ZOMBI KG PISANG, Siasah

Terdapat dua perkara pokok yang perlu diperjelaskan kepada umum berikutan pendedahan terbaru WikiLeaks seperti didedahkan kepada Asia Sentinel yang kemudiannya disiarkan oleh laman web kendalian Raja Petra Kamaruddin iaitu Malaysia Today. Pendedahan tersebut berdasarkan kabel sulit Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang dibocorkan.

Pendedahan terperinci itu merupakan maklumat mesyuarat pada 5 Februari 2006 yang dihantar kepada Jabatan Negara AS di Washington melalui kabel sulit oleh kaunselor politik Mark D Clark.

Pertama ialah peranan yang dijalankan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam konflik bersenjata di negara jiran Malaysia iaitu Thailand.


Menurut pendedahan tersebut, Eskay mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pergerakan serta aktiviti puak pemisah Melayu Muslim di selatan Thailand dalam konfliks berdarah dengan kerajaan pusat Thailand yang telah mengorbankan ramai nyawa terutama di pihak puak pemisah akibat serangan tentera kerajaan Thailand termasuk menyerang masjid dan sekolah agama di selatan Thailand yang mempunyai penduduk majoriti Melayu Muslim.

Eskay dikatakan telah berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai berpangkat tinggi di Kedutaan AS Kuala Lumpur. Antara lain, Eskay dikatakan berkongsi maklumat perihal aktivis-aktivis puak pemisah Melayu Muslim Thailand yang menetap di Malaysia serta jaringan dan aktiviti mereka.

Kedua, malah mungkin lebih mencetuskan persoalan dan kontroversi ialah pendedahan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama ada ketika masih di pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional mahupun selepas disingkirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno dan kerajaan – acap kali dikatakan berhubungan dengan pegawai-pegawai kedutaan AS bagi memberi amaran secara kerap kepada kedutaan AS tentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Menurut pendedahan itu lagi, kabel sulit yang mengandungi lebih 900,000 perkataan itu merangkumi laporan selama 15 tahun bermula pada tahun 1993 hingga tahun 2008. Anwar, sejak awal lagi dikatakan menganggap Najib sebagai bahaya kepada dirinya dan secara kerap memberi amaran kepada kedutaan AS betapa Najib sering melakukan jenayah korupsi dalam pembelian peralatan pertahanan negara dan menjadi ancaman kepada amalan demokrasi di Malaysia.

Menjadi sedikit pelik apabila laman web yang dianggap berwibawa seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider – begitu pantas dan prihatin melaporkan pendedahan tentang Eskay tetapi bertindak menggelapkan pendedahan tentang Anwar walhal tindakan seseorang ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan selepas itu, pemimpin utama pakatan pembangkang yang melapor kepada sebuah kedutaan asing tentang seseorang yang menjadi ahli parti politik serta ahli kerajaan yang sama – boleh menimbulkan persoalan yang amat besar.

Sekiranya perkara tersebut berlaku sewaktu Anwar menjadi sebahagian daripada kerajaan – tidakkah ini menunjukkan betapa Umno sebagai parti politik utama yang memerintah dalam kerajaan Malaysia tidak mempunyai cara atau mekanisme untuk menangani amalan korupsi ahli-ahlinya. Jika sebagai sebuah parti politik perkara ini gagal ditangani, bagaimanakah pula dari sudut sebuah kerajaan yang memerintah negara?

Pada waktu yang sama, apakah kuasa dan peranan seorang perdana menteri ketika itu, malah berlanjutan kepada semua agensi atau jabatan seperti polis, pencegah rasuah dan lain-lain.

Jika seorang timbalan perdana menteri bertindak sedemikian, apakah yang dapat menghalang orang lain sama ada menteri-menteri kabinet, ketua-ketua turus tentera, ketua-ketua kementerian dan lain-lain untuk melapor kepada mana-mana kedutaan asing di Kuala Lumpur?

Tidakkah tindakan sedemikian sebenarnya amat merbahaya kepada keselamatan negara?

Pendedahan tentang Eskay hanya melibatkan peranannya secara peribadi – yang jika diperhalusi tidak melibatkan maklumat sulit negaranya sendiri. Eskay memberi maklumat tentang puak pemisah Melayu Islam di Thailand kepada kedutaan AS di Kuala Lumpur. Barangkali yang dipersoal ialah moralnya sebagai orang Muslim, atau juga risiko yang perlu dihadapinya sendiri akibat peranannya itu.

Sebaliknya, jika pemain-pemain politik Malaysia, tidak kira di sebelah pihak parti yang memerintah atau di barisan pembangkang dibenarkan mengadu atau melaporkan perihal seteru politik mereka kepada mana-mana kedutaan asing di Kuala Lumpur, sama ada seteru politik itu berada di dalam parti sendiri atau tidak, tidakkah tindakan sebegini pada tahap paling daif lagi naïf malah amat berbahaya umpama suami isteri anak-beranak bergaduh lalu masing-masing mengadu-domba sekeliling kampong.. opps, serata dunia.

Dan soalan cepumas untuk PAS – sebagai parti politik yang mendakwa mendambakan Islam sebagai destinasi perjuangannya yang syumul – apakah pendirian PAS dalam soal seperti ini? Atau seperti isu-isu lain sebelumnya, terutama yang melibatkan seseorang yang menghuni rumah agam di Segambut Heights, PAS sentiasa berpegang kepada keputusan konsensus bersama-sama rakan politik mereka iaitu DAP dan PKR?

Zombi Kg Pisang ialah nama samaran seorang pembaca SiasahDaily. Beliau merupakan pemerhati politik tempatan, terutama melibatkan PAS dan hubungan dengan rakan pembangkang lain.

Tiada ulasan: