Rabu, 11 Mei 2011

.

.


Mengingati Umno

Posted: 10 May 2011 08:14 PM PDT

Umno Kini Hanya Ada Jasad,
Tidak Ada Roh

Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan Ngo telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang Malay Union.

Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain.

Dalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada. Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Kerana hakikat begitu maka siapa atau apa sebenarnya Umno itu boleh diragui. Diri Umno boleh dipertikaikan. Ia boleh dianggap sebagai hantu. Ia berbeza dengan Pas, yang lahir sebuah biro didalam Umno yang dianggotai oleh para alim ulama, ustaz dan tok lebai. Di sinilah Pas berupa, tebentuk ia lebih jelas daripada Umno. Perjuangan Pas itu tidak pernah lari dari maksud asal selari dengan kehendak agama dan aspirasi bangsa dan tanah air.

Sehebat mana Pas menyerang musuh tetapi parti itu masih mengawal aktiviti dan emosinya agar tidak melampau batas yang dimurih oleh agam dan dibeci oleh budaya bangsa.

Kerana parti yang dibina atas prinsip dan dasar Islam maka Pas tidak zalim dan melampau dalam menggalakan perjuanganya. Pas tidak menyalah gunakan kuasa dan bergerak di luar batas-batas keagamaan dan bangsa. Inilah bezanya Pas berbanding dengan Umno. Pas dikatakan kolot dan berfikiran sempit bila mengekalkan ciri-ciri itu, tidak mengapa kerana dengan kesempitan dan kekolotan itu Pas berjaya menjaga dirinya sebagai Islam dan Melayu.

Satu fakta penting mengenai Umno yang dilupai ialah, Umno tahun 1946 sudah tidak ada lagi. Ia mati pada tahun 1988 di tangan Mahathir. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang telah meninggalkan pakaian Melayunya. Kalau melihat pembawaan dan lagak ahlinya hari ini rupa diri Umno itu sendiri ia jauh berbeza. Ia persis sudah terbalik dari hadapan ke belakang dari belakang ke hadapan.

Hakikat ini disedari oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang nasionalis. Kerana itulah apabila Umno dimatikan tahun 1988, tengku Razaleigh berusaha menghidupkan Umno yang dibentuk atas semangat asal semangat 1946. Apabila hari ini Tengku Razaleigh kembali semula ke dalam Umno ia tidak bererti Umno sudah pulih, tetapi pengembalian itu kerana Tengku Razaleigh tidak dapat melupai keseronokkan semasa dalam Umno. Umnolah yang meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan bangsa Melayu pertama.

Umno dulu lebih harmoni dan profesional. Ahlinya di semua peringkat mementingkan persaudaraan. Umno dulu lebih bersifat keMelayuan yang tertib, tidak 'pongoh' dan tidak suka pakai kasut longgar. Kenyataan, cakap orang Umno dulu lembut, berlapik bukan seperti hari ini penuh dengan 'aji no moto' ego dan bongkok.

Boleh diperhatikan macam mana game politik yang berlaku hari ini. Macam mana Umno menyerang musuhnya Anwar Ibrahim. Apa yang kita tidak pernah terfikir, dilakukan terhadap Anwar. Ini bukan tuntutan dunia kepada perkembangan politik tetapi kerana makin kering dan pupusnya semangat Umno asal dan peri keUmnoannya.

Saya yakin sejahat-jahat Umno di zaman Tengku Abdul Rahman, Hussein Onn mereka tidak akan tergamak menyerang musuh sedeikian rupa sehingga sanggup meluka dan menitiskan darah kemaluan sesama sendiri. Semua perangai buruk Umno kini bermula selepas ianya dijaga dan dibentuk oleh Mahathir 1982. Pada saya orang yang memusnahkan tamadun Melayu salam siasah ialah Mahathir Mohamad.

Hari ini Umno ditangan Najib yang nampaknya berminat meneuskan kesadisan yang diilahmkan Mahathir Mohamad. Mahathir masih menaungai politik Najib. Najib percaya kepada politik ala-ala Mahathir. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi cuba mengembalikan sifat Umno sebenar yang harmoni dan mahu menjalinkan persaudaran, tetapi Najib nampaknya tidak terliur kepada pendekatan Abdullah itu.

Sebab itulah Abdullah membebaskan Anwar kerana dia mahu pulihkan maruah orang Melayu yang dihitamarangkan leh Mahathir. Sayang usaha Abdullah itu dihalang sebegitu rupa oleh Mahathir sehingga Abdullah hanya sempat jadi PM sekadar empat tahun saja.

Di sini, kalau Najib terus bermain dengan banyak api yang dinyalakan Mahathir dalam poltiik bagi mengekalkan kuasanya, dibimbangi beliau tidak akan terdaya melawan api. Apa yang terbaik dibuat Najib ialah banyak menggunakan pendekatan diplomasi. Buanglah tektik-tektik jahat yang hanyir itu kerana ia tidak sesuai dengan selera orang Melayu. Percayalah kejahatan tidak akan berjaya mengatasi kebaikan.

Kalau kita benar, kebenaran itu akan hadir tanpa kita menimbulkan kejahatan orang lain! Apakah setelah Umno berusia 65 tahun yang sudah kehilangan roh akan dipakaikan semula dengan samping dan selendang Melayu untuk mengembalikan roh ke dalam jasad Umno. [wm.kl. 3:15 11/05/11]

Maklumat Pagi

Posted: 10 May 2011 05:20 PM PDT

Cubaan Bunuh Anwar Eksklusif Dari Siasah

Semalam pemandu Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said, 51 telah membuat laporan polis mengenai kemalangan dihadapinya kerana keroskan pada brek kereta Mercedez yang dipandunya.

Beliau membuat laporan polis kerana mengsyaki ada perbuatan khianat ke atas kereta berkenaan setelah menyedari kerosakan itu agak pelik dari biasa.

Kereta itu sering digunakan untuk membawa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Kemungkinan perbuatan itu cubaan untuk membunuh bosnya, Anwar Ibrahim.

Setengah orang melihat kejadian ini sebagai rekaan semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai seorang penting.

Iya, mereka boleh ketawa dan boleh bergurau, kerana kejadian merbahaya itu berlaku kepada diri orang lain. Cuba bayangkan kalau kemungkinan itu terjadi kepada diri sendiri.

Jika jika dilihat kepada usaha berterusan untuk menghapuskan kerjaya politik Anwar, namun ia juga tidak berhasil, tidak mustahil kalau ada pula usaha untuk menghapuskan nyawanya. Sebelum berlaku kita merasakan mustahil, tetapi sudah terjadi baru kita menyedari ianya satu hakikat yang tidak pernah diramalkan.

Siasah menjadikan laporan Abdull Sani itu sebagai story muka depan minggu ini. Rasanya kalau anda ingin mengetahui lanjut di sebalik apa yang berlaku, ikutlah dalam Siasah yang akan berada di pasaran pagi esok. [wm.kl.8:26 am 11/05/11]

Ulasan Berita

Posted: 10 May 2011 05:48 AM PDT

Jawatan Timblan Presiden
Kedudukan Nasharudin - Mat Sabu Seimbang

SEHARI dua ini saya agak sibuk sedikit sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk mengenai perebutan jawatan dalam Pas. Jadi apabila saya membaca laporan potal berita yang sumbernya dipetik media cetak saya sedikit terkesima dan ingin mencari jawabannya.

Apa yang mengejutksan saya mengenai jumlah pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas yang jauh tersasar dari apa yang saya ketahui. Sebuah portal berita yang kurang mesra dengan Nasharudin Mat Isa melaporkan penyandang jawatan timbalan itu tercicir jauh dari segi pencalonan berbanding dengan Mat Sabu.

Laporanya, Nasharudin mendapat sekitar 40 pencalonan manakala Mat Sabu sekitar 70, satu perbezaan yang sangat jauh jaraknya. Ini tidak menghairankan saya kerana portal berita itu mengambil maklumat dari penyokong Mat Sabu dan bukan dari sumber yang bebas dan adil apa lagi dari "bilik gerakan" Nasharudin.

Portal berita juga kewibawanya boleh dipertikai. Semasa berlangsung pertanding merebut jawatan sama dua tahun lepas, belum apa-apa ia telah melaporkan Husam sudah menang. Semasa perkiraan undi berjalan portal berita itu telah menurunkan angka-angkanya.

Semua menjadi panik dan sudah ada segelintir penyokong Husam merayakan palsu itu dengan makan kambing panggang. Sebaliknya apabila keputusan diumumkan esoknya, keputsuan jadi sebaliknya. Nasharudin yang memenangi jawatan itu.

Berdasarkan kepada peristiwa itu rasanya semua orang kenal dan tahu akan agenda portal berita berkenaan. Apabila sesuatu media telah berpihak dalam membuat laporan maka akan timbullah sola renyok dan rebeh yang mana akhirnya akan memberi natijah yang tidak baik kepada orang yang didokongnya sendiri.

Mengenai jumlah pencalonan jawatan presiden ini saya nampak ianya sengit sebelah. Nampak sangat kedangkalan atau niat busuk media berkenana atau wartawan yang melaporkannya. Misalnya ada sebuah akhbar yang memetik lapora portal berkenaan telah menambah analisanya sendiri dan angka yang sungguh kurang cerdik dan mendalam.

Katanya, Nasharudin tidak mendapat sebarang pencalonan di Kelantan. Saya tidak tahu apakah media berkenaan arif dalam hal ini atau pun hanya memetik sumber jalanan saja, atau pun ditulis oleh wartawan kadet. Saya nak sebut apa yang saya tahu disini mengenai aliran pencalonan jawatan berkenaan.

Seminggu lepas saya balik ke Kelantan dan dalam kesempatan terhad dapat meninjau perjalanan mesyuarat Pas kawasan. Dalam tinjauan saya Nasharudin mendapat di antara empat hingga enam kawasan. Manakala Mat Sabu pula mendapat tidak lebih daripada empat kawasan. Tuan Ibrahim mendapat tidak kurang tiga kawasan.

Saya tahu persatu kawasan yang mencadangkan Mat Sabu, Nasharudin dan Tuan Ibrahim. Saya juga tahu kawasan yang terpksa mencadangkan Mat atas sebab-sebab tertentu dan tidak semua perwakilan bersetuju dengan Mat. Cuma apa yang media umum tahu hanya dua kawasan saja yang vokal mencadangkan Mat Sabu, Kubang Kerian dan Rantau Panjang. Ini tidak memelikkan kalau orang tahu hubungan Kubang Kerian dengan Rantau Panjang.

Jadi kalau ada media mengatakan Nasharudin tidak mendapat sebarang kawasan adalah pembohongan dan ia jelas laporan senget sebelah.

Begitu juga di lain-lain negeri. Di Pulau Pinang negeri Mat Sabu sendiri beliau hanya mendapat tiga saja pencalonan daripada 15 kawasan. Johor mungkin ketara bagi Mat Sabu tetapi ia juga tidak memulau langsung calon lain khasnya Nasharudin.

Diakui Perak Mat Sabu agak kedepan, tetapi sokongan di Perak itu dibunuh oleh Terangganu dan Kedah. Dikedua negeri ini Nasharudin mendepan Mat Sabu. Pulau Pinang Mat Sabu hanya dapat empat saja, daripada 15 kerusi. Nasharuddin memperoelhi empat kawasan di negeri ini.

Mat Sabu menguasi negeri Perlis mendapat dua dari tiga kawasan. Tetapi satu kawasan yang menyokong Mat Sabu hanya sandiwara saja, bukan semua perwakilan bersetuju.

Kedudukan setelah lebih 140 kawasan yang bermesyuarat ialah, Mat Sabu 59 kawasan, Nasharudin 53, Tuan Ibrahim 22, sementara Azizan Razak 4. Sama ada siapa yang mendahului dari segi pencalonan akan ditentu oleh kira-kira 30 kawasan yang masih belum membuat keputUsan untuk mencalon siapa.

Sekiranya kesemua kawasan itu mencalon Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim akan memperolehi lebih 50 kawasan. Kedudukan ini seimbang dan memungkinkan akan berlaku kompromi. Saya percaya kalau berlaku kompromi ia akan menganiayakam Mat Sabu. [wm.kl.9:30 pm 10/05/11]

Tiada ulasan: