Blog-list Malaysia |
- Adakah Umno Kedah Terlibat Dalam Operasi Haram Ini??
- SPRM: Peguam Negara bebas tuduhan rasuah tunai haji
- Demo Lynas hampir undang pergaduhan
- POLIS BODOH
- Tahniah.. Tarif Elektrik Dijangka Akan Naik Setiap 6 Bulan
- Tarif Elektrik - Susut Yang Masih Untung.. Rakyat Untung Apa??
- Kesian Najib...
- Mat Sabu Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan
- Risiko Berganda Jika BN Dibenar Terus Memerintah Malaysia
- Tarif Elektrik Naik 7%.. Tahniah Rakyat Malaysia
Adakah Umno Kedah Terlibat Dalam Operasi Haram Ini?? Posted: 31 May 2011 12:39 AM PDT Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun. Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini 'kesalahan' disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang. Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman. Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga. Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak. Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang 'ala gengstar' beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional? ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan 'dari atas'. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap. Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi 'Kedah Sejahtera'. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka. Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina. Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya. Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan. Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media. Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang 'nampak zalim' untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR. Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan. Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik. "Kerana kami pentadbir, bukan orang politik," mungkin hujah mereka. Andaian kedua, ialah terdapat 'grand design' untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat. Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu. |
SPRM: Peguam Negara bebas tuduhan rasuah tunai haji Posted: 31 May 2011 12:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan ibadat haji dikerjakan oleh Peguam Negara itu tahun lalu. Pengerusi panel penilaian operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil berkata kes itu digugurkan kerana siasatan menunjukkan tiada keterangan yang boleh membuktikan ada kesalahan jenayah. |
Demo Lynas hampir undang pergaduhan Posted: 30 May 2011 08:57 PM PDT Perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan oleh kumpulan "Selamatkan Malaysia" hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali. Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu. Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai. 'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap. Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan. Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis. Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan. "Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan. Save Malaysia -- pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet -- kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu kira-kira jam 9.30am. Sementara kumpulan yang menyokong projek Lynas masih tetap di situ. - mkini |
Posted: 30 May 2011 08:06 PM PDT Gadis terima padah maki polis KUALA TERENGGANU- Hanya dengan mengeluarkan dua patah perkataan 'polis bodoh' kepada seorang anggota polis selepas ditegur menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, seorang gadis menerima padah setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam. Tertuduh, Nur Shafa Watiha Wahab, 20, dari Perumahan Pemindahan, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100 jika disabitkan kesalahan. Gadis yang bekerja di sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan yang dijalankan oleh Pegawai Polis Inspektor Zainuddin Abd Ghani dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik. Selepas pengakuan bersalah direkodkan dan mendengar rayuan daripada tertuduh yang memohon agar diringankan nilai jumlah jaminan dengan alasan tidak memiliki wang kerana pendapatan bulanannya hanya mencecah RM500 sahaja, Rosila memutuskan tawaran wang jaminan sejumlah RM1,000. Sinar Harian |
Tahniah.. Tarif Elektrik Dijangka Akan Naik Setiap 6 Bulan Posted: 30 May 2011 07:23 PM PDT Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. "Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam. Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016. Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos. "Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan. "Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya. |
Tarif Elektrik - Susut Yang Masih Untung.. Rakyat Untung Apa?? Posted: 30 May 2011 05:28 PM PDT TNB Unjur Pendapatan Lebih Rendah Meskipun Tarif Baru Namun begitu, Che Khalib berkata pendapatan tahun kewangan 2011 syarikat "sudah pastinya rendah berbanding tahun sebelumnya" memandangkan syarikat masih membeli arang batu pada harga pasaran lebih tinggi kira-kira US$120/mt pada masa ini. "Harga arang batu masih lagi pada US$85, padahal harga semasa ialah US$120. Jadi, pada asasnya, terdapat jurang US$35 untuk setiap tonne penggunaan yang kami perlu serapkan," kata beliau. Gas dan arang batu masing-masing merupakan 54.4 peratus dan 40.2 peratus daripada jumlah campuran penjanaan di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan TNB lepas. Keuntungan sebelum cukai syarikat utiliti itu bagi separuh pertama yang berakhir pada 28 Feb, 2011 susut kepada RM1.719 bilion daripada RM2.235 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya meskipun kenaikan dalam perolehan kepada RM15.229 bilion daripada RM14.727 bilion. Bagi suku kedua, keuntungan sebelum cukainya susut kepada RM722 juta daripada RM1.262 bilion manakala perolehan naik kepada RM7.503 bilion daripada RM7.389 bilion. -- BERNAMA |
Posted: 30 May 2011 09:11 AM PDT GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI.. GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA... MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL.. MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS.. MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB) FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI.. GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR LUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK... LG GUA KEBELAKANG... LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN... YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB.. AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH.. Sumber: ccheckmate.blog |
Mat Sabu Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan Posted: 30 May 2011 09:00 AM PDT |
Risiko Berganda Jika BN Dibenar Terus Memerintah Malaysia Posted: 30 May 2011 05:17 AM PDT KOTA BHARU, 30 Mei: Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13. Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang. Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti. "Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata. "Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini. Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum. Azihan juga berkata, keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang. Oleh itu, AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik. "Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat," ujarnya. Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik. "AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat," katanya. Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan. Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13. "Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah," tambahnya. |
Tarif Elektrik Naik 7%.. Tahniah Rakyat Malaysia Posted: 30 May 2011 05:08 AM PDT Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan