ANAK SENGAT |
HAMPIR PRU MASIH MENGGILA...BAYANGKAN JIKA TERUS MENDAPAT MANDAT... Posted: 30 May 2011 11:16 PM PDT Kerajaan BN dilihat semakin berani dan rakus dalam memerah keringat dan hasil rakyat. Ketika Dr M dulu berhasrat menghilangkan subsidi yang diistilahkan tongkat...ramai melayu membantah... Berbetulan dengan peristiwa 1998...melayu menunjukkan kuasa...sayangnya bangsa lain setia dengan BN. Akhir akhir ini bangsa lain mula menolak BN lantaran pengurusan rasuah dan ekonomi negara yang sangat parah, orang melayu dimainkan sentimen bangsa mereka. Muncul extremis bangsa seperti PERKASA melekakan melayu terhadap isu ekonomi yang menindas hidup mereka. Bangsa Cina terutamanya...sangat sensitif dengan isu ekonomi... bagi mereka ekonomi adalah kehidupan mereka... Bangsa India pula berada di persimpangan setelah usaha mereka menyingkirkan Samy vellu yang dilihat duri bagi masyarakat India berjaya. umNO dan BN terpaksa membayar harga menuntut Samy berundur dengan tawaran Duta Khas... setidak tidaknya India berjaya dalam perjuangan mereka... Melayu...??? terus disentimen kan dengan khayalan ketuanan bangsa dan agama mereka.... seakan orang melayu masih di alam mimpi di zaman Hang Tuah terhadap ketuanan melayu... Mereka lupa bahawa ketuanan melayu telah terhakis sejak penerimaan Jus Solai oleh Juak umNO ketika melutut memohon kemerdekaan... Sejak itu sedikit demi sedikit ketuanan melayu terhakis di realiti berbanding mimpi yang terus dibuai kepada masyarakat melayu.... Berapa banyak tanah rizab melayu masih berbaki...?? berapa peatus ekonomi melata di kalangan akar umbi orang melayu...??? Orang melayu di ajak bersorak oleh umNO seperti Pak Kadok.... hingga terlondeh kain di pinggang.... masih bersorak ayam menang bersabung...hakikatnya negara telah tergadai....!!! seperti kata sajak Allahyarham Usman Awang... Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Itu melayu pada persepsi tokoh sasterawan negara... Kini umNO BN tak peduli lagi .... kenaikan harga barang menggila...bukan lagi isu subsidi...atau biasiswa yang anak melayu dah tak reti maksud biasiswa selain pinjaman PTPTN yang diburu macam penjenayah perang.... tak bayar hutang... umNO BN boleh membodohkan rakyat khususnya melayu dengan idea yang bertaraf budak tadika... Bayangkan bagaimana pemimpin umNO membodohkan rakyat khususnya bangsa melayu dengan hujah bodoh membodohkan bangsa melayu dan rakyat malaysia... ketika minyak naik ... rakyat dinasihat berkongsi kereta ...lepas tu suruh banyak kayuh basikal... supaya sihat... kononnya untuk elak minyak diseludup.... Bila gula naiak disuruh kurangkan gula untuk elak kencing manis.... beras naik suruh makan kentang...dan macam macam lagi... bile elektrik naik...yang dicanangkan oleh media beberapa juta yang kononnya tak terlibat kerana menggunakan di bawah 300kw... berapa rumah yang orang masih pakai seterika arang??? rebus air pakai kayu api??? membasuh dengan berus sabut??? Jika umat melayu tidak sedar lagi permainan BN dan pemimpin umNO membodohkan melayu...mereka akan terus menggila memerah kita... Bangsa cina dan India mungkin tak dapat dibodohkan.... Cuma India sedikit terkesan dengan interlok... Apa yang ingin dibangkitkan ialah kegilaan dan keberanian umNO menindas rakyat sekalipun mereka sedar bahawa PRU 13 semakin hampir... tak cukup dengan itu...Guru guru dibodohkan dengan janji gembira yang menyakitkan hati mereka...rakan rakan guru memaklumkan ramai guru semakin marah kerana menteri mereka sanggup membodohkan mereka... harap harap guru tak hangat hangat taik ayam.... Jika dalam keadaan PRU hampir menjelang, kerajaan sanggup menindas rakyat sebegini... bayangkan jika mereka sekali lagi diberi mandat memerintah Malaysia??? sewajarnya kita bimbang dengan fenomena yang berlaku... hanya satu jalan menyelamatkan Malaysia... jatuhkan BN.... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan