Rabu, 25 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video seks: Anwar pula saman balas Hishammuddin

Posted: 24 May 2011 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan "Datuk T".

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

"Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.

"Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac," kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.


Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?

Posted: 24 May 2011 11:23 PM PDT

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.


Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kalau Umno Anak Jantan, Ayuh Keluar BN Dan Bertanding Sendirian..

Posted: 24 May 2011 09:09 PM PDT

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.

"Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.


Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

"Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap 'merapu' bila beralasan dengan bertanding atas 'tiket sendiri' tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.

"Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi 'anak jantan' kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.

Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama 'pondan' disebabkan tidak berani keluar dari BN.

Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Alahai Bodohnya Menteri Umno Ni...

Posted: 24 May 2011 08:56 PM PDT

Umno dares Pakatan states to lower prices

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat has been asked to reduce the price of fuel and other essential goods sold in the states under its administration if it feels that the price decided by the Federal Government is too high, said Umno information chief Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad said that instead of constantly criticising the Government over the issue, the opposition should prove it was better by getting traders and petrol station operators in states under their control to sell the goods at a cheaper price.

"Why doesn't Pakatan fork out money to further subsidise petrol sold in Penang, Selangor, Kelantan and Kedah to lessen the rakyat's burden?


"Why don't they also subsidise sugar so that it can be sold at RM1 per kilo instead of RM2.30.

"If they find this impossible to do, then they should stop mocking Barisan Nasional as Barang Naik (BN)," he said.

Ahmad who is Deputy Minister in the Prime Minister's Department said the government was expected to spend up to RM20bil in subsidy this year, double the RM10bil last year.

He also said that press secretaries and the communication teams at the respective ministries should ensure that issues raised were tackled speedily and effectively so that people would understand the government's position better.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Abang Mat Tak Kisah...

Posted: 24 May 2011 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.

Selain itu, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa juga telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang disandang sejak dua penggal lalu.


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mohamad yang berada di Miri, Sarawak berkata beliau tidak kisah akan pendirian terbaru Tuan Ibrahim dan akan tetap turun ke gelanggang.

"Saya tidak kisah... saya tiada apa-apa pun, tak kisahlah kalau tiga penjuru, empat penjuru atau lima penjuru.

"Ia hanya pertandingan, kita dalam PAS tidak macam parti lain... menang atau kalah kita tetap bersatu," katanya.

Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu" (gambar) berkata, sebarang pertandingan bagi mana-mana jawatan tidak akan menjejaskan perpaduan dalam parti Islam itu.

"Saya sudah banyak kali menang dan banyak kali kalah, pertandingan ini tiada apa-apa pun.

"Kita cuma mahu membantu menguatkan parti itu sahaja, siapa menang siapa kalah itu tiada apa-apa," katanya.

Bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun enggan mengulas langkah Tuan Ibrahim yang berubah fikiran.

"Itu saya tidak tahu, saya tidak mahu komen pasal itu... kalau nak tahu mengapa perlu tanya sendiri kepada beliau (Tuan Ibrahim).

"Bagi saya tiada apa-apa, berapa banyak penjuru pun tiada masalah," katanya.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding esok.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mana Syok Demo Kat Stadium..

Posted: 24 May 2011 07:01 PM PDT

Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium

Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepada Harakahdaily.


Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerajaan jangan ganggu

Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ia aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

Ganas dibalas ganas

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Mengenai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai dan akan membantu menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Cabaran Bodoh Zahid Buat DAP

Posted: 24 May 2011 05:45 PM PDT

Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13

BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya dipetik Bernama Online malam tadi.


Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bukti Umno Dalang Video Seks

Posted: 24 May 2011 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berhubung video seks fitnah merupakan bukti Umno menjadi dalang di sebalik pembikinan video tersebut, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahmad Maslan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan video berkenaan adalah palsu.

"Kenyataan beliau (Ahmad Maslan) menjadi bukti tangan Umno di sebalik video seks konspirasi terhadap Anwar Ibrahim.

"Ahmad Maslan berulangkali membuat kenyataan salah, tidak disokong dengan kenyataan bertanggungjawab berhubung video konspirasi tersebut, yang berniat mencemar reputasi Anwar Ibrahim dan mewujudkan prejudis orang ramai terhadapnya," kata Surendran dalam satu kenyataan media.


Menurut Surendran, kenyataan tidak berasas itu juga menunjukkan pemimpin Umno cuba memberi arahan dan mempengaruhi siasatan polis.

"Mereka kerap menyalahi undang-undang dengan menggunakan kuasa ini bagi menentang pembangkang," katanya lagi.

Tambah beliau, harus diingat bahawa pengadu dalam kes fitnah II, Saiful Bukhari Alzan pernah bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mendakwa Anwar.

"Tindak tanduk ini amat tidak sesuai dan mencurigakan bagi seorang Perdana Menteri. Kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan kini patut dilihat dalam konteks ini.Mereka berniat untuk menghantar satu mesej jelas kepada polis tentang hasrat Umno dan kerajaan berkaitan hasil siasatan video seks itu," kata Surendran.

Justeru itu katanya, KEADILAN menggesa supaya kerajaan Umno segera berhenti memperalatkan polis dan agensi undang-undang untuk tujuan politik.

"Kami menyeru Umno dan kerajaan untuk berhenti menggunakan politik kotor dan komplot politik terhadap pembangkang dengan berhujah secara tertib dalam perkara yang melibatkan kepentingan negara," tegasnya.-keadilandaily.com


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nasha akan terima kesan lebih parah bila Tuan Ibrahim bertanding

Posted: 24 May 2011 07:54 AM PDT

Pengumuman Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang akan datang dijangka memberi "kesan yang lebih parah" kepada penyandang yang mempertahankan jawatan, iaitu Nasharuddin Mat Isa, berbanding dengan seorang lagi calon iaitu Mohamad Sabu, kata Profesor Abdul Aziz Bari.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berulang dalam pemilihan parti pada Jun 2011, setelah tiga orang pemimpin memperolehi pencalonan yang mencukupi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dalam pemilihan pada tahun 2009, pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Sabu, Husam Musa dengan Nasharuddin Mat Isa akhirnya memihak kepada penyandang, meskipun jumlah undi yang diperolehi kedua-dua orang "pencabar" lebih daripadanya.

Sesetengah penganalisa menganggap Nasharuddin Mat Isa menang kerana kebanyakan perwakilan PAS meletakkan "kepimpinan ulamak" sebagai pertimbangan utama mereka, lantas Husam dan Mat Sabu yang bukan dari golongan ulama gagal mendapat tempatnya. Kali ini, apakah pula kesudahannya apabila Tuan Ibrahim yang berasal dari golongan ulama mengambil bahagian dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden?


"Itu tanggapan atau persepsi kita (bahawa ahli PAS mahukan ulama menyandang jawatan Timbalan Presiden). Sama ada ia benar atau tidak kita kena lihat masa pengundian nanti. Saya yakin perwakilan mahu PAS melonjak dalam politik nasional," jawab Abdul Aziz Bari kepada MerdekaReview melalui emel.

Beliau menambah, "Saya tidak fikir PAS akan mendapat lonjakan di peringkat nasional melalui Tuan Ibrahim atau Nasharuddin. Logiknya saya fikir Tuan Ibrahim akan mengambil undi yang dijangka memihak kepada Nasharudin. Logiknya Nasharuddin yang akan menerima kesan lebih parah berbanding Mat Sabu."

Penilaian terhadap Nasharuddin

Ketika diminta untuk menilai prestasi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Aziz Bari melontarkan kritikannya, "Beliau tidak banyak bekerja untuk memperkuat jentera parti. Nasha lebih banyak keluar negara. Di parlimen beliau tidak aktif. Kawasan parlimen juga tidak dijaga dengan baik sama ada di Yan (1999-2004) atau sekarang di Bachok. Nasha juga terlibat dengan usaha mendekati UMNO. Jadi Nasha bukan sahaja tidak memperkasa parti tetapi juga melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat."

Abdul Aziz Bari juga mengulas "kepimpinan ulamak", yang dikatakan masih menjadi faktor pertimbangan utama ketika perwakilan memilih pemimpin mereka. "Kita kena sedar bahawa kelayakan 'ulama' ini tidak ada dalam perlembagaan PAS. Ia hanya timbul kerana pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979 dan begitu kedengaran sebagai slogan untuk menjatuhkan Asri Haji Muda pada tahun 1982. Selepas itu slogan itu terus ditiup untuk menjadi retorik parti. Tetapi dalam keadaan politik yang sudah berubah dan PAS perlu merakyat dan membuka pintu kepada non-muslim, ulama tidak lagi penting. Malahan ia seperti menjadi liabiliti apabila mereka yang digelar ulama gagal menjalankan kerja," Katanya.

Tuan Ibrahim mengumumkan bahawa kesediaannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, pada pagi ini. Yang berikut adalah kenyataannya (dipetik dari Harakah Daily):

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22 Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kalau Tak Ambil Kesempatan Bukan Umno Namanya...

Posted: 24 May 2011 07:30 AM PDT

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.


Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola

Posted: 24 May 2011 07:18 AM PDT

Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.


"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Pemuda sedia untuk Bersih 2

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar

Posted: 24 May 2011 05:22 AM PDT

SHAH ALAM 24 MEI : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.

Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.

"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.


Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.

Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.

Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.

Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.

"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.

"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.

Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.

"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.

Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.

"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari. - tvs



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Jangan Serang Saya..

Posted: 24 May 2011 05:18 AM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sambil menegaskan pendirian beliau dalam isu berkaitan subsidi adalah konsisten.

Oleh itu tegas Khairy, Saifuddin tidak sewajarnya menyerang beliau kononnya telah berubah pendirian berbanding tiga tahun lalu, sebaliknya patut menyokong usaha membantah pengurangan subsidi RON95.

Semalam, Saifuddin mendakwa Khairy bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin berkata Ketua Pemuda Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.


Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah satu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh kerajaan memandangkan ia bukannya satu perbelanjaan produktif," kata Khairy dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pada masa sekarang hanya tiga peratus daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong di kalangan rakyat miskin.

"Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi naib ketua Pemuda Umno, sehingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana," kata Khairy lagi.

Namun kata beliau, usaha ke arah itu harus mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus.

"Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

"Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikan harga RON95 dalam masa yang terdekat," katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairy, adakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itu yang dianggap terbaik untuk rakyat.

Khairy menambah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang patut menyokong pendiriannya membantah pengurangan subsidi RON95, bukannya menyerang beliau secara peribadi.

"Apakah beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda Umno dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?" kata Khairy lagi.

Khairy juga menambah, Saifuddin barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ahli-ahli politik yang mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu.

"Saifuddin juga tidak terkecuali. Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk menghentikan persidangan mengenai Timor Timur (kini Timor Leste) sewaktu beliau masih bersama Umno.

"Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut," katanya merujuk kepada insiden awal 1990-an.

Pokoknya di sini, jelas Khairy, terdapat perbezaan ketara antara pendirian beliau dengan Saifuddin atas alasan tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok.

"Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada.

"Sekiranya, Saifuddin masih bersikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?" kata Khairy.

Oleh itu tegasnya, "apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk hari in?"

"Bukankah Saifuddin juga belajar daripada pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?" kata Khairy sambil menambah, "tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang."

Maka, katanya, oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka "bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh."

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Untuk apa Felda pinjam RM6b dari KWSP

Posted: 24 May 2011 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?


"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Pada sidang media sama, Mazlan turut mempersoal status anak peneroka yang belajar di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC).

"Walaupun peluang belajar kejuruteraan kapal terbang suatu langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mesti telus. Felda mesti menjawab nbeberapa persoalan.

"Apakah status terkini program tersebut, berapa kos sebenar untuk seorang pelajar METC?

"Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat, Europen Aviation Safety Agency (EASA) atau British Civil aviation Regulation (BCAR)?

"Adakah benar dakwaan kos yang dibayar oleh Felda terlalu mahal? Setakat manalkah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh?" soalnya.

Tambahnya, Anak menerima laporan bahawa sebanyak RM260 ribu diperuntukkan untuk seorang pelajar.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: