Ahad, 15 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kesian.. Perang Jihad Ibrahim Ali Tak Diiktiraf Umno

Posted: 15 May 2011 12:24 AM PDT

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini.


Oleh itu kata Hishammuddin, "biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili."

Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

"Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya.

Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika "anda semua" menjadikannya berpengaruh.

Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan.

"... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah," kata Hishammuddin. - TMI



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Perh... Ibrahim Ali Sanggup Berjihad Demi Fitnah Utusan

Posted: 14 May 2011 10:14 PM PDT

Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.


"Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.

"Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

"Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh," kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.

"Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.

"Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia," katanya lagi.

Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.

"Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar," katanya lagi.

Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.

Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.

"Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan," katanya.

Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mukhriz .... ooo... Mukhriz... hang tau baca dak?

Posted: 14 May 2011 08:49 PM PDT

Statement yang Mukhriz buat ni, Dato' Bashah letih pula nak cover. Kalau tak reti main politik, baik dok diam, orang tak tau kata tak reti, suruh kontra rebat cukai tanah UUM dengan hutang kerajaan negeri.

Mukhriz tak tau nak beza pendapatan negeri dengan hutang negeri, mana ada negeri yang UMNO perintah buat lagu tu.

Aku minta lepas ni Mukhriz cadang dalam parlimen semua negeri yang ada hutang dengan kerajaan pusat kontra dengan hasil pendapatan negeri, berani ka dia cadang macam tu???

Aku dah kata kat hangpa banyak kali dah, Mukhriz tu tak layak lagi jadi Timbalan Ketua UMNO Kedah. Hari tu aku dah bagi tau kat hangpa, dia jadi orang politik pasai pasai tumpang tui bapak dia.


Tapi pak dia pun, padan dengan geng Kubang Pasu ajar saja. Bunggkus juga akhirnya.
Hasil cukai tanah tu adalah hak rakyat kedah. Dok pi cadang supaya pendapatan cukai tanah UUM dikontra dengan hutang kerajaan pusat pasai apa?

Ini dah ambil hak rakyat kedah, ini tak betul. Perangai lagu tu bukan nak bela hak rakyat Kedah , tapi dah buat kianat kepada rakyat Kedah.

Kita nak jadi pejuang rakyat kena pertahan hak rakyat, baru rakyat dapat nilai siapa perjuang rakyat.

Pasai hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, buat temu janji dengan Azizan, kena tengok aggrement dulu setahun kena bayar berapa.

Tanya Azizan hampa bayar ikut jadual ka, kalau tak boleh bayar, pasai apa? Habag mai sat, UMNO boleh bantu ka, macam mana nak ringan beban hutang kerajaan Kedah, lagu tu baru rakyat nampak umno ni matang. Ini bukan bakar kelambu, dengan rumah terbakar sekali.
Kalau Azizan kata hutang kerajaan negeri yang BN tinggai, dia suruh UMNO bayag mana nak letak muka?

Hutang yang dahulu kala termasuk yang Tok Det buat masa BN perintah kedah, Mukhriz buat la statement, kerajaan pusat sedia hapus hutang tersebut, baru la nampak hero di mata rakyat. Aku cabar Mukhriz. Kalau dok gian nak ambil tempat Dato Bashah sangat.

Kalau dah rebat cukai tanah UUM hak mutlak rakyat kedah tu nak dikontra dengan hutang kerajaan negeri, tak boleh ka, segala hasil cukai rakyat Kedah, mai bayar pada kerajaan negeri Kedah.

Aku bukan apa, cuma pikiag macam mana nak jadi pejuang hak rakyat kedah. Biag orang Kedah tau ada orang lebih cerdik dari Mukhriz.

Oleh: Lang Tok Teh

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

1 Malaysia - Kini Anda Bebas Mengedar Dan Menyimpan Video Seks

Posted: 14 May 2011 05:25 PM PDT

Video seks: MB kesal Umno edar VCD lucah di program Pakatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Umno menjadi dalang mengedarkan VCD seks ketika program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno.

Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.


Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan "tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan".


VCD rakaman video seks dan risalah diedarkan ketika program anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.

Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.

Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor.

"Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor.

"Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat.

"Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini," kata beliau ketika berucap.

Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor.

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

"Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

"Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan," katanya.

Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin.

The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar.

Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya "mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali."

Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah, bukan Umno

Posted: 14 May 2011 05:10 PM PDT

SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi.

Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.


"Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir.

Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – 'Antara Syariat dan Adat' yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin.

Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri.

Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan.

Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syiria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN.

Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula.

"Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu.

"Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.

"Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya.

Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu.

"Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari.

"Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini.

"Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin.

Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid.

Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain.

Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. - hrkh


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Anwar, Beri Kepada Ummi Hafilda

Posted: 14 May 2011 06:53 AM PDT

KLANG: Ummi Hafilda Ali yang menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja agar menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerah kepada Ketua Umum PKR itu.

Cadangan itu katanya disebabkan peribadi Anwar yang buruk dan dikaitkan dengan pelbagai salah laku seks, penipuan maka bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak layak menerima gelaran tersebut.

Beliau yang menggelarkan Anwar sebagai 'dajjal' sepanjang ceramahnya berkata pemimpin pembangkang itu dikurniakan kelebihan sebagai seorang pemidato yang hebat.


Namun Ummi mendakwa kelebihan itu digunakan Anwar untuk memutar belit kebenaran di mata rakyat sepanjang program ceramahnya.

"Saya cadangkan kepada Majlis Raja-Raja untuk menarik semula gelaran Datuk Seri daripada Anwar Ibrahim.

"Ular dalam Pakatan Rakyat adalah Anwar Ibrahim. Dia mahir berpidato itu kelebihan Allah bagi tapi disalah guna untuk memutar belitkan cerita, tapi jika kita kaji kenapa beliau (Anwar) tidak mahu bersumpah laknat?

Suruh bagi darah pun tidak mahu bagi…kalau kita buat salah apa susahnya bersumpah laknat?," soalnya ketika menyampaikan ceramah dalam Roadshow Selamatkan Dun Selangor, pendedahan pembohongan Anwar Ibrahim di Meru malam tadi.

Menceritakan detik sebelum pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 lalu, Ummi mahu rakyat menilai sifat sebenar pemimpin pembangkang itu.

Ummi mendakwa sehari sebelum Anwar dipecat pemimpin pembangkang itu berkata akan berdiri teguh di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, (Tun) Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Sehari selepas sambutan kemerdekaan iaitu ketika pemecatannya dibuat, Anwar mula mengutuk Mahathir dengan pelbagai kata-kata cercaan.

"31 Ogos 1998 sehari sebelum dipecat….Mahathir kata orang Melayu mudah lupa. Sebab itu Mahathir buat sajak Melayu mudah lupa. Masa hari merdeka wartawan serbu Anwar kerana sudah hidu beliau akan dipecat. Tapi Anwar kata saya akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Mahathir, ketua saya hanya satu, nakhoda saya hanya satu iaitu Mahathir.

"Pada 1 September 1998 saya dan para menteri berkumpul di Sri Perdana untuk membuat keputusan drastik dan dia (Anwar) dipecat.

"Maka dia pun kata maha Firaun, maha zalim, mamak kutti, mamak penipu, diktator dan sebagainya. Nilaikan manusia jenis apa dia ini, bila ada kuasa junjung…kena pecat kutuk Mahathir," dakwa Ummi.

Ulangi sumpah laknat

Ummi turut menyatakan dua sumpah laknat dibuatnya bagi menolak fitnah dilempar ke atasnya kerana membongkar perbuatan liwat membabitkan Anwar.

Sumpah laknat pertama menafikan penglibatan dirinya dengan Mahathir manakala yang kedua tentang zina dengan Baginda Minda.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya bersumpah tidak pernah diupah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau mana-mana tokoh politik bagi membuat keterangan bersumpah berkaitan salah laku Anwar. Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya bersumpah tidak pernah berzina dengan insan Baginda Minda Abdullah dan sekiranya saya berbohong biarlah Allah melaknat saya," katanya dihadapan 200 orang hadirin yang hadir.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

Posted: 14 May 2011 05:37 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

Lim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.


"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno Hantar Pencacai Berkempen Untuk Nasharudin

Posted: 14 May 2011 05:05 AM PDT

No 2 PAS: Ulama penentu kemenangan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Walaupun ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu mendahului senarai pencalonan bagi jawatan nombor dua parti itu, namun ia bukan petanda pemimpin itu boleh "merampas" kedudukan tersebut.

Ini kerana jelas beberapa penganalisis politik, faktor ulama dan golongan profesional adalah penentu kepada kemenangan mana-mana pemimpin PAS yang bertanding bagi jawatan dalam parti Islam itu.

Malahan mereka juga tidak menolak kemungkinan penyandang Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan terus mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Jun ini.

Setakat hujung minggu lalu The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.


PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing.

Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Menurut pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, jumlah pencalonan yang diterima Mohamad tidak boleh dijadikan ukuran bekas naib presiden PAS itu boleh merampas jawatan itu daripada Nasharudin.

Ini kerana jelas beliau, selama ini jawatan presiden dan timbalan presiden PAS dipegang golongan ulama dan agar sukar golongan profesional untuk memecah tradisi itu.

Justeru kata Sivamurugan, faktor itu harus diambil perhatian di samping perwakilan juga tidak harus mengetepikan sumbangan golongan profesional.

"Pencalonan tidak boleh menggambarkan kemenangan kerana ia akan bergantung kepada kompromi di saat-saat akhir dan dalam PAS lazimnya golongan ulama mampu menandingi kumpulan profesional.

"Saya setuju penentuan yang sama masih berterusan kepada sebilangan besar masih berpihak kepada kumpulan ulama berbanding golongan profesional.

"Tetapi ini tidak bermakna PAS harus meminggirkan golongan profesional kerana sumbangan golongan profesional semakin berkembang terutama dalam peningkatan ahli dari kelompok ini dan jika ruang berjawatan dan bersuara tidak diberikan, ia boleh memberi kesan kepada PAS dalam jangka panjang," katanya.

Selain itu tambah Sivamurugan, sudah tentu Hadi memerlukan seorang timbalan yang berkelayakan serta membantu beliau dalam melakukan perubahan dalam parti.

"Saya percaya presiden mahu seseorang yang boleh bekerja dengan beliau malahan strategi PAS juga mahukan seorang pemimpin yang boleh bergandingan dengan presiden.

"Ini bermakna, walaupun pencalonan Nasharudin masih kurang, peluang beliau masih ada," katanya.

Tambah beliau, pencapaian dan prestasi kedua-dua pemimpin PAS itu juga akan menjadi penentu siapa yang layak untuk memegang jawatan itu.

"Saya percaya sumbangan dan percapaian akan turut menjadi percaturan tetapi lebih daripada itu, siapakah yang mampu bergandingan dengan presiden akan menjadi faktor dominan kerana sudah pasti PAS tidak mahu melihat wujudnya kepuakan yang ketara pasca-pemilihan nanti yang boleh memberi kesan kepada struktur kepimpinan PAS," katanya.

Pandangan Sivamurugan itu dikongsi bersama Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat yang mengatakan ciri-ciri ulama dan profesional ada pada Nasharudin yang mana ia boleh menyumbang kepada perubahan PAS.

"Dari segi pencalonan saya tidak lihat ia mencerminkan kemenangan Mohamad Sabu kerana pencalonan hanya untuk lihat siapa yang layak bertanding.

"Dan, kalau kita lihat ciri-ciri yang ada pada Nasharudin, beliau masih mempunyai peluang kerana ciri-ciri itu memenuhi semangat yang diperlukan dalam kepimpinan parti," katanya.

Tambah beliau, walaupun Mohamad merupakan pemimpin lama dalam PAS, namun dari aspek kepimpinan dan latar belakang pendidikan Nasharudin mengatasi bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

"Saya tidak kata Mohamad Sabu ini bukan ulama, beliau ada ciri-ciri itu tapi ciri-ciri yang ada pada Nasharudin lebih banyak, selain berlatar belakang agama, pendidikan yang tinggi, masih muda dan Nasharudin mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan dalam parti.

"Selain itu, kalau kita lihat asas perjuangan PAS selama ini adalah Islam dan ulama menerajui PAS, kalau perwakilan mahu melakukan perubahan itu saya tidak pasti tapi yang saya pasti ulama adalah pilihan utama manakala profesional hanya cita rasa baru dalam PAS," katanya.

Pada pemilihan kali ini selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.

Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.

Bagaimanapun hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Bagi Prof Abdul Aziz Bari, Mohamad berpeluang untuk merampas jawatan timbalan presiden ekoran kegagalan Nasharudin melakukan perubahan dalam parti.

Bagaimanapun penganalisis politik itu tidak menolak banyak faktor lain yang boleh menentukan siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut yang mana ia bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mohamad dan Nasharudin.

Selain itu, jelas Aziz, penentu bagi kemenangan kedua-dua calon itu juga bergantung kepada fakor ulama atau golongan profesional yang bakal dipilih perwakilan pada pemilihan parti Jun ini.

Menurut beliau, kelemahan dan kegagalan Nasharudin sepanjang menyandang jawatan itu kemungkinan akan dinilai dan diambil kira oleh perwakilan.

"Ya, kemungkinan itu ada, lagipun Mohamad Sabu masih belum mendapat pencalonan dari Terengganu yang dikira kawasan Nasharudin . . . ertinya pencalonan itu menggambarkan mood dalam parti.

"Faktor ini memang penting tetapi kita belum tahu sama ada kali ini penentu, dari segi prestasi Mohamad lebih ke depan dan begitu juga jemputan ceramah Mohamad Sabu ke depan.

"Selama ini Nasharudin kelihatan gagal membantu Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), mungkin perwakilan akan melihat itu yakni presiden sudah ulama apa perlunya timbalan juga ulama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Aziz, prestasi Nasharudin yang tidak menyerlah juga akan memberikan kesan kepada Ahli Parlimen Bachok untuk mempertahankan jawatan itu.

"Apatah lagi apabila Nasharudin tidak begitu menyerlah, khususnya di Parlimen dan beliau hanya kelihatan apabila pemilihan hendak berlangsung.

"Sebelum ini Nasharudin tenggelam, ini menandakan prestasi yang kurang baik. Selain itu kita juga kena ambil kira prestasi sebagai ahli Parlimen yang sama teruk dengan ketika beliau jadi ahli Parlimen Yan dulu," katanya.

Ditanya peluang Mohamad yang bertanding buat kali kedua selepas tewas pada pemilihan dua tahun lalu, Aziz yang juga pensyarah UIA berkata, "peluang itu ada kerana tiada faktor lain yang boleh membantu kemenangan Nasharudin."

"Melihat kepada jumlah pencalonan saya fikir itu satu kemungkinan (kemenangan Mohamad kerana dalam dua pertandingan (pemilihan) sebelum ini ada faktor lain yang memenangkan Nasharudin.

"Kali ini faktor itu tiada lagi yang mana pada kali pertama Nasharudin disokong oleh golongan profesional yang mahukan Allahyarham Hassan Shukri digantikan dan pada pertandingan selepas itu pula Nasharudin menang kerana pecah undi antara Mohamad Sabu dengan Datuk Husam Musa (ahli jawatankuasa kerja PAS pusat).

"Dalam pertandingan kali ini Mohamad Sabu lebih bersedia dari awal dan momentum menyebelahi beliau, selain itu Mohamad Sabu adalah seorang yang terbukti veteran dalam politik dan ini saya fikir memberi kelebihan kepada beliau dan apa yang penting sekarang beliau perlu mengekalkan momentum supaya terus bersamanya," katanya.

Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Husam yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.

Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi. -TMI




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Sembab Dakwa Tok Guru Nik Aziz Keluar Fatwa Baru

Posted: 14 May 2011 04:00 AM PDT

Video seks: Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang "ternama."


"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

"Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan 'tak masuk syurga tuduh Anwar' terbabit dalam video seks berkenaan.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata: "(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah.

"Dia menjawab lebih kepada bahasa politik, bukan kepada hukum," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kota Baru semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

"Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

"Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka," katanya.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti," kata Nik Aziz lagi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"

Posted: 14 May 2011 03:29 AM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

"Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita," kata Anwar.


Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

Bulan lalu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut berada dalam keadaan membahayakan apabila kereta yang dinaikinya terbabas dalam perjalanan pulang dari memberi ceramah di Chemor Perak.

Pemeriksaan oleh mekanik mendapati sistem brek kereta Mercedez Benz itu dipercayai disabotaj oleh pihak tertentu.

Anwar menambah, pihak mekanik juga telah mengeluarkan surat hitam putih mengesahkan bahawa kereta yang dinaiki Azizah disabotaj.

"Memang benar, selain kepada saya, Azizah juga terlibat dengan satu kemalangan. Mekanik mengesahkan, hitam putih bahawa itu adalah satu sabotaj. Itulah sebab kita membuat laporan polis," katanya.

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said membuat laporan polis itu.

Beliau yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: