Blog-list Malaysia |
- Siasat Dan Dakwa Gani Patail
- Terkini - Eskay Terus Terlaknat Oleh Sumpah Laknatnya
- Pakatan Rakyat Akan Ditolak Oleh Rakyat Perak Dalam PRU13
- Nasib Bloggers Pakatan Seperti Anjing Menyalak Bukit
- Kenyataan Separuh Masak Mufti Perlis
- Hati-hati Terhadap Fitnah & Sumpah
- Eskay Sudah Dimakan Sumpah Laknat
- Minyak Naik Lagi Mulai Tengah Malam Ini.. Tahniah
- Pengarah JAWI Bersekongkol Dengan Sumpah Laknat Datuk K
- Rosmah Hadiri Program Di Turki, Media Rasmi Diarah Beri Liputan Meluas
- Eskay Nafi Dirinya Bapak Ayam
- Lagi Pendedahan Dari Manusia Fasik Bernama Eskay
Posted: 04 May 2011 11:38 PM PDT Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim. Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan." "Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara. "Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini. Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'. "Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi. Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan. Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara. Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan. "Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci. Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993. "Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara. "Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya. Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar. "Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis. "Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi. Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri. Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali." |
Terkini - Eskay Terus Terlaknat Oleh Sumpah Laknatnya Posted: 04 May 2011 08:49 PM PDT Jambatan bengkok: Mahkamah tolak saman Eskay Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta. Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak. "Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham. Begitu pun, Singham turut mengakui peranan Eskay dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd. Eskay yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu. Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu. Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan. |
Pakatan Rakyat Akan Ditolak Oleh Rakyat Perak Dalam PRU13 Posted: 04 May 2011 07:04 PM PDT Sentimen simpati Pakatan Perak pasca-Februari '09 mula pudar KUALA LUMPUR, 5 Mei — Sentimen marah di kalangan rakyat berhubung tindakan Barisan Nasional (BN), yang didakwa merampas kerajaan negeri Perak awal 2009, kelihatan mula pudar dengan kajian terbaru menunjukkan bilangan kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat (PR) merosot. Bilangan kerusi boleh dikuasai PR jika pilihan raya diadakan sekarang hanya sekitar 33 berbanding 40 kerusi yang diramalkan sejurus selepas krisis politik Februari 2009. Kajian pendapat umum yand dikendalikan PR sejurus selepas peristiwa Februari 2009 menunjukkan perikatan tiga parti itu boleh menyapu sehingga 40 kerusi ataupun majoriti dua pertiga daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri. BN memiliki 28 kerusi sekarang dan mempunyai sokongan empat Adun yang mesra perikatan itu selepas keluar komponen PR. Bagaimanapun kajian yang sama, yang diadakan PR Perak awal tahun ini menunjukkan ia hanya boleh memenangi 33 kerusi jika pilihan raya diadakan sekarang. "Sentimen sangat tinggi pada 2009. Sejak itu orang ramai sudah mula bertenang," kata Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kepada The Malaysian Insider. PR memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan seorang wakil rakyat DAP keluar parti menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PR tumbang. Pada Jun lalu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, juga meninggalkan DAP, untuk menjadi wakil rakyat mesra BN. Justeru, BN mempunyai kekuatan 32 anggota berbanding 27 wakil PR. Ngeh juga berkata, maklum balas peribadi daripada pengundi-pengundi Perak menunjukkan mereka kurang berminat dengan isu pengambilalihan kuasa dan mahukan kedua-dua perikatan berkhidmat kepada rakyat. "Selepas kami mengadakan mogok lapar pada Mei dan mencabar kesahihan kerajaan negeri BN pada beberapa sidang (Dewan Undangan Negeri), orang ramai mula memberitahu kami bahawa mereka menerima mesej dan sudah tiba masa bagi kami untuk bergerak ke depan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas. Dengan momentum kelihatan beralih kepada BN, Ngeh berkata, PR kemungkinan cuba menimbulkan balik isu ini ketika pilihan raya umum akan datang. Kata beliau, pihaknya juga telah bersetuju untuk mengekakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar jika PR memperoleh kerusi terbanyak. "Satu persoalan yang pengundi-pengundi Perak mesti putuskan ialah MB yang mereka inginkan?" katanya lagi. - TMI |
Nasib Bloggers Pakatan Seperti Anjing Menyalak Bukit Posted: 04 May 2011 06:09 PM PDT PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3. Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah. TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah. Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh. Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang. Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh. Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang. Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa. Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3? Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter. Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda. Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel. Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng. Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile. Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…"Eleh…Matsamankati syok sendiri." Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari. Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN. Ranking Alexa 20 November 2009 Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13. Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan. Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak. Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? "How many people read internet?" Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!! Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya? Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik. Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun. Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang. Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh. Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa. Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya? Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28. Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%. Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina. Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan. Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi. Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3. Kepala bapak hangpa. Oleh: MSK |
Kenyataan Separuh Masak Mufti Perlis Posted: 04 May 2011 04:43 PM PDT Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas. Ahmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam. "Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam. "Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya? "Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? "Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media. Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam. "Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis. "Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold..." "Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya. Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno. Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau |
Hati-hati Terhadap Fitnah & Sumpah Posted: 04 May 2011 09:35 AM PDT |
Eskay Sudah Dimakan Sumpah Laknat Posted: 04 May 2011 06:52 AM PDT Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi. Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan. Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau. Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet . Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu. "Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay. Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman. Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube. Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar. Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman. Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini. Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan. |
Minyak Naik Lagi Mulai Tengah Malam Ini.. Tahniah Posted: 04 May 2011 04:59 AM PDT Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90 Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. |
Pengarah JAWI Bersekongkol Dengan Sumpah Laknat Datuk K Posted: 04 May 2011 03:07 AM PDT Pengarah JAWI membisu kehadirannya di masjid Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat. che mat che aliKetika banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media. Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat. Seorang pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain. Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini. Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab. Pintu belakang mimbar Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu. Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri. Katanya, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut. Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ. Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan. |
Rosmah Hadiri Program Di Turki, Media Rasmi Diarah Beri Liputan Meluas Posted: 04 May 2011 01:52 AM PDT SHAH ALAM 4 MEI : Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Turki untuk menghadiri sidang Kemuncak Global 2011 dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil hanya bertindak sebagai pengiring. Turut serta dalam rombongan itu adalah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan RTM turut diarah turun ke Ankara untuk memberi liputan kepada Rosmah. Seperti lawatan beliau ke beberapa negara luar sebelum ini, penggunaan duit rakyat untuk membiayai krew media rasmi kerjaan bagi memberi liputan kepada ucapan Rosmah di Turki menerima kritikan. Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata lawatan-lawatan Rosmah ke luar negara menjadi "bisikan utama' di Putrajaya kerana menelan belanja yang besar, walaupun isteri Perdana Menteri itu tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. . Namun apabila isu itu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen, Kementerian Kewangan berdolak dalik memberi jawapan terperinchi mengenai perbelanjaan yang terpaksa ditanggung. "Sampai sekarang Perdana Menteri tidak bentangkan perbelanjaan Rosmah bila pergi ke luar negara," kata Zuraida. "Sampai sekarang perkara ini tidak dibuat walaupun sepatutnya dibentang di Parlimen. Nazri Aziz sebagai "budak suruhan" di Parlimen juga nampak takut dengan tuannya, dan tak berani bawa kebenaran," tambah Zuraida. Sejurus tiba di Turki, Bernama menemuramah penganjur persidangan yang dipetik sebagai berkata Rosmah adalah "contoh terbaik" bagi wanita khususnya kepada isteri-isteri pemimpin dunia. "Saya melihat Wanita Pertama anda seorang tokoh yang baik untuk dicontohi, dan sebab itu, kami menjemput beliau untuk menyampaikan ucap utama," kata Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011. Natividad berkata beliau amat gembira Rosmah menerima perlawaan untuk berucap di persidangan itu. Natividad berkata Wanita Pertama seperti Rosmah harus memahami peranan penting mereka yang memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat di negara masing-masing menerusi cara yang berbeza daripada kerajaan. Di Malaysia, Rosmah sering dikritik kerana di lihat terlampau campurtangan dalam urusan politik dan bidang kerja kerajaan. Beliau turut serta dengan suaminya berkempen di pilihanraya-pilihanraya dan lantang mengecam pembangkang. Sebelum bertolak ke Turki, Rosmah mengarahkan isteri-isteri wail rakyat Barisan Nasional di Selangor bahawa mereka harus turun ke padang untuk membantu BN merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan dating. Rosmah memberi "amanat" itu kepada Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) yang dipimpin oleh beliau sendiri. Zuraida berkata Rosmah semakin 'liar" melangkaui peranannya sebagai isteri Perdana Menteri yang akhirnya akan member kesan kepada suaminya sendiri. Beliau menyifatkan arahan terbaru Rosmah kepada isteri-isteri wakil BN untuk turun padang menawan Selangor sebagai "bencana terbaru' untuk Najib. "Kesilapan-kesilapan yang kurang bijak yang dia (Rosmah) lakukan. Macam dulu, komen tsunami di Jepun , pergi kempen pada pilihan raya dan umumkan itu ini tetapi tidak tunaikan. Sekarang satu lagi bencana yang dibawa Rosmah kepada Najib,' kata Zuraida. - tvs |
Posted: 04 May 2011 01:41 AM PDT Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki mirip pemimpin pembangkang. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube. "Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay. Eskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan. Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut. Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman. |
Lagi Pendedahan Dari Manusia Fasik Bernama Eskay Posted: 04 May 2011 01:35 AM PDT Shazryl: Saya akan dedah perkara baru pasal Anwar KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat. Bagaimanapun tegas Shazryl (gambar), pendedahan itu hanya akan dibuat selepas polis menyelesaikan siasatan dan mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar. "Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai. "Selain itu, saya juga tunggu polis mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks itu... kemudian baru saya akan buat tindakan. "Pendedahan terbaru ini tiada kena-mengena dengan rakaman video seks, ini soal lain," katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan berhubung kekecohan yang berlaku ketika beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As. Shazryl, salah seorang "Datuk T" pada 21 Mac lalu telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara. Dua lagi "Datuk T" adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Pada sidang media ringkas itu juga Shazryl juga menafikan dakwaan kononya rakaman video seks itu dibuat di Thailand ekoran klip yang disiarkan di laman Youtube mempunyai perkataan Thailand. "Saya tidak tahu, video yang saya dapat hanya ada tarikh sahaja dan tiada perkataan-perkataan lain. "Video itu diperoleh di Malaysia," katanya sambil menambah terpaksa memakai baju kalis peluru ketika melakukan sumpah laknat kerana bimbang akan diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada di Masjid Amru al-As. Beliau juga berkata baju kalis peluru adalah miliknya sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak. "Ia baju saya sendiri sebab sebelum ini saya adalah konsul besar Thailand dan jurucakap untuk negara ini dalam soal keamanaan, jadi anda tahu bagaimana keadaan di sana? "Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib saya tidak tahu daripada mana mereka dapat," katanya. Mengenai keengganan Anwar melakukan sumpah laknat dan ujian poligraf, Shazryl bagaimanapun berkata "biar rakyat sahaja menilai siapa sebenar Anwar." "Saya tidak buat qazaf sebab saya tidak tuduh Anwar berzina, saya tanya betulkah beliau?" katanya. Selain itu, beliau juga meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat yang mencetuskan kekecohan ketika upacara sumpah laknat itu meminta maaf kepada umat Islam. "Ya... ya.. mereka perlu minta maaf kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam masjid. "Saya minta Allah melaknat saya, bukan saya minta melaknat orang itu... saya minta Allah laknat saya kenapa perlu halang? "Kenapa perlu halang saya minta Allah laknat saya? Masjid bukan tempat buat kecoh," katanya. Shazryl pada 27 April telah memberikan sampel DNA kepada pihak polis bagi membantu siasatan rakaman video seks itu. Mengulas keterangan yang diberikan hari ini, Shazryl berkata menerima panggilan telefon pagi tadi meminta beliau hadir ke Balai Polis Kepong untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku itu. "Saya menerima panggilan telefon pagi tadi meminta saya hadir memberikan keterangan di Balai Polis Kepong berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As. "Saya hadir pada pukul 11 pagi sehingga 1.30 petang tadi. Dalam keterangan itu mereka bertanyakan bagaimana keadaan yang berlaku dalam masjid itu dan saya telah memberikan kerjasaman," katanya. Tambah Shazry, Rahim dan Shuib juga akan memberi keterangan hari ini. Kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As itu diketuai Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan kepimpinan sayap pemuda PKR itu selain mendapat sokongan penyokong Pakatan Rakyat. Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan. Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri. Shazryl bagaimanapun berjaya melafazkan sumpah laknat dengan dikawal ketat polis. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan