Jumaat, 27 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Skandal Scorpene : Peguam Perancis Akan Tiba Ke Malaysia

Posted: 27 May 2011 03:00 PM PDT



SHAH ALAM 27 MEI : Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

SUARAM mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

SUARAM juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia SUARAM, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia. -TVS


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bongkar: Operasi sulit di Salak Tinggi ....

Posted: 27 May 2011 08:00 AM PDT

Mohamad Shafri Shamsudin
SEPANG: Penglibatan seorang pemuda yang mengaku ahli Umno dari Melaka dalam sindiket membuat kad pengenalan menimbulkan persoalan adakah benar Umno terlibat dalam kerja yang menyalahi undang-undang itu.


Lelaki itu mengaku mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang wakil rakyat BN di Melaka dan perkara itu turut menambahkan keraguan sama, ada benarkah ada penglibatan parti politik pemerintah dalam hal itu.


Perkara ini didedahkan oleh seorang penduduk tempatan, Mohd Hasli Hassan yang menyertai serbuan di sebuah hotel di Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.


Beliau menceritakan pada malam itu beliau menyertai satu mesyuarat penduduk dan kemudian mendapat maklumat  terdapat pergerakan yang meragukan sebuah hotel berhampiran.


Maklumat itu menyatakan terdapat kumpulan membabitkan warga asing dipercayai menjalankan sindiket membuat kad pengenalan.


Terdapat lebih 100 warga asing membuat urusan di bilik atas hotel.


Menurut laporan itu lagi, urusan telah berjalan sejak jam 9.00 malam lagi.


Kemudian katanya beliau dan penduduk mengambil keputusan untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.


"Kami kemudiannya berbincang apa strategi yang akan dibuat, kemudian mengambil keputusan untuk memerhatikan dahulu daripada jauh dan memantau keadaan sekeliling.


"Apabila telah pasti urusan proses kad pengenalan, berjalan kami mengambil keputusan untuk bertindak menghubungi polis di samping terus memantau keadaan yang ada," katanya.


Pada pemerhatian beliau ada tiga bilik hotel itu yang digunakan bagi menjalankan urusan membuat kad pengenalan itu.


"Apabila polis datang, mereka kelihatan tidak mahu bertindak dan dengan itu memaksa kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku."


Katanya, beliau mengetuk pintu dan apabila pintu di buka beberapa sahabatnya sempat mengambil gambar dan kelihatan memang benar urusan membuat kad pengenalan dijalankan di situ.


Mereka yang disyaki menjadi kelam kabut apabila menyedari kehadiran kami terus berlari keluar dari bilik sambil membawa semua dokumen yang ada.


"Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika urusan itu berjalan.


"Mereka cuba menghalang dari gambar diambil tetapi gagal," katanya lagi.


Apa yang menjadi persoalan kepada Mohd Hasli jika benar ia adalah satu urusan yang sah dari segi undang-undang mengapa mereka perlu takut dan melarikan diri serta mengapa dijalankan pada waktu malam.


Di lobi hotel beliau dan rakan-rakannya telah menemuduga beberapa orang asing yang membuat urusan di situ dan mereka mengaku dalam proses membuat kad pengenalan penduduk tetap kepada warganegara.


Terdapat juga warga asing yang menyatakan bahawa mereka diarahkan untuk ke sana tetapi tidak menyatakan siapa yang menyuruhnya.


Keesokan harinya beliau dan sahabatnya membuat laporan di pejabat polis berhampiran.
-detikdaily-



gigitankerengga

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pemuda PAS bantah blog hina Islam

Posted: 27 May 2011 05:00 AM PDT

Pemuda buat lapuran terhadap blog hina Islam

Ismail Hashim


SHAH ALAM, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam hari ini membuat bantahan rasmi terhadap wujudnya sebuah blog yang disifatkan sebagai menghina Agama Islam, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Akhir Zaman.



Ketua Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Mohd Hilmi Radzuan (duduk, tengah) bersama AJKnya selepas membuat lapuran. Setiausaha, Radzi Ismail (kiri) dan Bendahari, Rizal Samardi. Berdiri, dari kiri: Yusri Saidi, Yuswan, Izwan Ibrahim, Khairul Affandi Ibrahim, Mohd Hafiz Azeman dan Hazizi Ismail.


Ketua Pemudanya, Mohd Hilmi Radzuan berkata, mereka sangat memandang berat sikap tidak bertanggungjawab menghina Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi Agama daripada Allah, Pencipta dan Pentadbir Alam ini.


Pemuda Shah Alam telah membuat tiga bantahan hari ini bermula di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kedua-duanya di Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


Hilmi berkata, pihaknya telah terbaca satu blog yang mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap Allah SWT yang dipanggil sebagai babi dan juga menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai babi.


Menurutnya, blog http://makcikhajjahsittalwuza2u.wordpress.com itu juga turut memaparkan imej-imej penghinaan seperti babi membaca al-Quran, wanita berbgel di atas Kaabah dan banyak lagi imej yang mencemarkan kesucian agama Islam.


"Saya juga mendapati penulis blog ini secara sengaja ingin menimbulkan kemarahan umat Islam melalui artikel-artikel provokatif yang ditulis dan dipaparkan di blog berkenaan.


"Kami berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penulis blog ini," tegas Hilmi dalam sidang akhbar selepas membuat lapuran berkaitan.


Dalam isu sama, Hilmi berkata, SKMM sewajarnya mengambil tindakan paling segera memandangkan perkara ini sangat besar kesannya kepada keharmonian dan kerukunan kehidupan dalam negara ini.


Katanya, pihaknya akan menimbulkan perkara ini dalam masa dua minggu selepas ini jika tiada sebarang tindakan positif diambil terhadap penulis dan blog berkenaan oleh pihak berkuasa.



Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Safwan Pujar memegang memo di SKMM, Putrajaya, hari ini. Bob, kiri dan Dzuang, kanan.


Berikut adalah memo penuh yang dihantar oleh Pemuda PAS Shah Alam kepada tiga pihak berwajib hari ini:-


Malaysia adalah sebuah negara aman dan makmur dihuni oleh masyarakat majmuk berbilang agama dan bangsa. Sesungguhnya kita semua maklum bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia.


Kami selaku Pemuda PAS Shah Alam berasa duka cita dan amat kecewa dengan tindakan pemilik website http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com yang terus terang menghina Allah swt, RasulNya dan agama Islam.


Sebagai umat Islam yang taat dan mengamalkan setiap ajaranNya, kami Pemuda PAS Shah Alam bersatu hati untuk membantah atas tindakan website ini. Kami bertegas mahu pihak polis, JAKIM dan SKMM agar menyekat dan mengambil tindakan dengan segera serta mengingatkan masyarakat supaya tidak bertindak keterlaluan yang boleh merosakkan akidah ummah dan menggugat perasaan ummat Islam khususnya.


Kami berharap pihak berkuasa jangan merasa mudah dan senang terhadap apa yang kami utarakan kerana ini melibatkan penghinaan kepada Yang Esa dan Rasulullah.


Mereka yang mengambil mudah di dalam hatinya terhadap perkara ini nescaya Allah Taala akan mengambil mudah buat dirinya di akhirat kelak.


Kami Pemuda PAS Shah Alam mengingatkan pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap pemilik website ini agar ia menjadi pengajaran bagi sesiapa sahaja yang cuba menghina mana-mana agama yang terdapat di Malaysia. -IBH


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BLOG HINA ISLAM : MANA MCMC? MANA MENTERI KOMUNIKASI?

Posted: 27 May 2011 03:00 AM PDT


Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Menghina Agama Islam Secara Terang

Pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan dengan segera berhubung satu entri blog yang menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor jerung di atas Kaabah selain menggunakan kata-kata yang menghina agama Islam.

Entri blog tersebut dikesan pada Isnin lalu dengan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com

Malah sebuah akaun laman sosial Facebook turut dikesan menggunakan profil 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Membaca entri blog terbabit ia satu tindakan yang tidak bermoral dengan menghina Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pemilik atau jurublog tersebut.-politikharian

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TELINGA DIPOTONG AKIBAT JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI ORANG

Posted: 27 May 2011 12:00 AM PDT


GAMBAR HIASAN
NIBONG TEBAL, 26 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya di dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi Khamis.



Katanya lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.



"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya kepada pemberita di sini.



Shafien berkata polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenalpasti.



Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.



-- BERNAMA

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

Posted: 26 May 2011 09:00 PM PDT




Jika selawat dr Allah swt ertinya rahmat dan jika ia drpd Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta'ala berfirman :
Ertinya : "Wahai mereka yg beriman,berselawatl ah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya".
[QS Al-Ahzab : 56]

Nabi saw bersabda : "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)".

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: "Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?" Baginda saw menjawab dgn sabdanya : "Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dgn kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt shj yg mengetahuinya" .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dgn disertai dgn kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yg mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya".

Sabda Nabi saw : "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta'ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka".

Nabi saw bersabda : "Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga".

Sabda Nabi saw : "Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka".

Sabda Nabi saw : "Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api".

Sabda Nabi saw : "Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan" .

Sabda Nabi saw : "Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya".

Nabi Muhammad saw bersabda : "Jibril telah dtg kpdku dgn berkata : "Wahai Rasulullah, tiada siapa yg berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya".

Sabda Baginda saw : "Malaikat yg berjalan di muka bumi menyampaikan salam drpd umatku".

sumber



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

HOSPITAL SHAH ALAM: BERLAKUKAH RASUAH?

Posted: 26 May 2011 06:00 PM PDT


Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

Khalid berkata Frontier menawarkan RM30 juta kepada Sunshine supaya syarikat itu mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak baru pembinaan hospital itu diberikan kepada Frontier.



Sebagai balasan, FSSB akan membayar sejumlah RM30 juta dalam bentuk pemberian sub-kontrak kepada SFSB, menurut syarat yang didedahkan oleh Khalid.

"Dia (FSSB) (janji) akan membayar balik RM 30 juta kepada Sunshine. Syarikat Sunshine sebelum ini sudah pun mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit sebelum ini apabila diberikan projek tersebut. Dari RM 480 juta dia dapat RM 60 juta," kata Khalid.

Khalid turut menunjukkan senarai pembida baru projek hospital itu berasaskan tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya pada Disember tahun lalu. Senarai itu menunjukkan FSSB tidak membida untuk projek berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan menerusi sepucuk surat menggarahkan Kementerian Kerja Raya menyenarikan FSSB sebagai pembida projek berkenaan.

"Sunshine mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan. Akhirnya Pengarah Kerja Raya yang menerima surat arahan ini daripada Kementerian Kewangan bertindak memasukan FSSB dalam senarai," kata beliau.

Khalid menegaskan tindakan mencurigakan Kementerian Kewangan, FSSB dan Sunshine adalah 'permainan' syarikat kroni-BN yang menyebabkan projek Hospital Shah Alam terus terbiar.

"Frontier Structure Sdn Bhd bukan kontraktor kelas A, jadi bagaimana surat (Kementerian Kewangan) ini boleh keluar? Inilah mainan di antara semua kroni yang berebut projek, yang jadi mangsa ialah rakyat Shah Alam. Projek ini sudah setahun terbengkalai. Dah jadi kawasan terbiar. Tak ada orang jaga," kata Khalid.

Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011 namun sehingga kini, bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sebelum ini menyatakan JKR dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Khalid mengakui beliau tidak mengetahui kesahihan surat tersebut namun ia nampak seperti surat rasmi

Justeru, beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat pendedahan-pendedahan dalam tiga surat berkenaan dan mengambil tindakan yang diperlukan.

"Saya hendak buat laporan kepada SPRM suruh siasat sama ada betul atau tidak. Tapi inilah surat yang saya terima. Ada Kementerian Kewangan boleh tulis kepada Pengarah JKR untuk masukkan syarikat yang bukan kelas A. Alasannya nak tunggu FSSB dapat lesen kelas A," kata Khalid.

kl-today


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: