Khamis, 26 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


RON95 belum naik tanda PRU13 makin hampir

Posted: 26 May 2011 03:00 PM PDT

Oleh LEE KHAI LOON (Ketua Penerangan AMK Malaysia)

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) memandang keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG merupakan satu taktik menunda di mana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan pada masa yang terdekat.

Keputusan kabinet kelmarin jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN sanggup berbuat apa jua untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya dan sekaligus mengelak daripada ditolak oleh rakyat pada PRU13 yang akan datang.



Walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menafikan bahawa tindakan kabinet tersebut tiada kaitan dengan pilihanraya umum, tetapi sebenarnya kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan harga seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat. Rungutan dan kemarahan rakyat juga kian hari kian bertambah.

AMK kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat. Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat swasta Independent Power Producer (IPP). Polisi kerajaan adalah bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diwar-warkan oleh kerajaan Satu Malaysia.

Sebenarnya kerajaan sedar bahawa sekiranya menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG akan menyebabkan rakyat tolak UMNO/BN dan sekaligus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia. Dengan kata lain, jika UMNO/BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO/BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13.   

Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO/BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap. Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat.

AMK percaya PRU13 akan diadakan pada masa terdekat, rakyat perlu bersatu-padu untuk berjuang menentang masalah inflasi yang tidak terkawal. Dengan wujudnya sistem dua parti yang sihat, kerajaan akan selalu dipantau oleh pembangkang agar tiada penyelewengan berlaku. Maka rakyat yang akan menjadi tuan yang sebenar di dalam Malaysia.



DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MP: Polis perlu jelaskan kenapa video seks bocor

Posted: 26 May 2011 08:04 AM PDT



Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa polis supaya bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua kampung di Selangor.

NONEKhalid berkata, polis perlu menjalankan tindakan sama seperti yang dilakukan dalam siasatan ke atas kes penyebaran video seks presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini.

Polis pada masa itu telah memberi amaran untuk menangkap individu yang bertanggungjawab mengedarkan video berkenaan, kata Khalid.

"Tapi kenapa bahan porno ini yang dikatakan telah diserah kepada polis, original copy, berada dalam pasaran?" soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Shah Alam, Subang, Klang dan Meru yang mendakwa telah menerima video berkenaan.

Cakera video berkenaan – memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim – diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu.


Antaranya melibatkan ketua Kg Padang Jawa Petaling, Kg Kebun Bunga Batu Tiga, Kg Kuantan Klang dan Kg Melayu Subang.

NONESelain itu, ketua Kg Bukit Kapar (Meru), Kg Bukit Kerayong dan Kg Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos, kata Khalid lagi.

Sebelum ini, 18 orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan.

"Kemungkinan semua JKKK di seluruh negara telah menerimanya," katanya lagi yang turut meminta ketua kampung berkenaan untuk membuat laporan polis.

Ketika ditanya, Khalid berkata penyebaran video berkenaan semestinya dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Anwar.

Selain cakera video, kiriman melalui pos itu juga mengandungi sehelai kertas yang dicetak dengan tulisan bertajuk "Skandal Anwar Ibrahim."

Khalid telah menunjukkan cakera video serta tulisan berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam pagi ini.

-MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lain Kali Ajak Gerombolan Main Kat Jalanraya!

Posted: 26 May 2011 03:00 AM PDT

Oleh: LeeSlimShady

"PEMBANGKANG ENGGAN BUBAR DUN DI 4 NEGERI - berita hairan



Pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.

“DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.

“Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi.

“Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang.


LSS: Yeahhh!!!! bagoss! bagoss! ini adalah yang terbaik antara yang terbaik, jangan sesekali kita terperdaya dengan ajakan gerombolan United Malays National Organisation.Ini perlu di amalkan sampai gerombolan ikut apa kita nak "main".

Kalau gerombolan ajak main bola kita kena cakap "busy la bro! hari ni nak layan awek tengok citer "pirates Of Caribbean" esok, tulat atau palat nanti kita main Ok! " warghhh!!!....kah...kah...kah...kah

Apa saje cadangan semua kita kasi "beta"(tanya budak muda apa itu "beta") itu pasal nak kasi kantoi semua kelentong - kelentong gerombolan United Malays National Organisation .Biar diorang macam cacing kepanasan sket!

Gerombolan nak kelentong kaw - kaw ,kalau dia kata Islam bukan pengganas itu kelentong pasal Obama kata "islamic is terroris" itu pasal semua benda yang gerombolan United Malays National Organisation cadangkan semua kita kasi "beta" !

Abis tu sampai bila?

Sampai gerombolan tanya : Abis tu nak main apa ? Maka kat sini lah peluang kita untuk "main" kan diorang balik! nak main apa? main kat Jalanraya lah!!! meh kita tengok sape dulu kena langgar dek lori kah...kah....kah

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com
"


DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kucing 'jelmaan' masuk lokap

Posted: 26 May 2011 12:00 AM PDT


SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.-SH


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AWAS MAKANAN RINGAN TANPA LOGO HALAL

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT


PERNAH NAMPAK PIZZA KECIK NI KAT KEDAI? ADA KE LOGO HALAL KAT BUNGKUSAN MAKANAN RINGAN NI?


KAT BAHAGIAN BELAKANG PUN TIADA LOGO HALAL


GELATIN APA NI? ADAKAH GELATIN PANDY KUTTI???
DI BAHAGIAN BELAKANG BUNGKUSAN MAKANAN RINGAN INI TERTULIS ANTARA RAMUANNYA ADALAH GELATIN.(Klik gambar untuk besarkannya)

MAKANAN RINGAN INI BOLEH DITEMUI DI KEDAI RUNCIT STESYEN MINYAK CONTOHNYA DI KEDAI CALTEX STARMART.IBUBAPA PERLU BERWASPADA TERHADAP MAKANAN SEPERTI INI YANG TIDAK DIKETAHUI HALAL HARAMNYA.PIHAK BERWAJIB PULA SEHARUSNYA MEMANTAU DENGAN LEBIH KERAP TERHADAP BARANGAN SEPERTI INI YANG DIJUAL KEPADA ORANG-RAMAI TANPA ADA L0GO HALAL.


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana Umno?

Posted: 25 May 2011 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu.
Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil siasatan mengenainya.
"Sehingga kini siasatan ini didiamkan. Dulu dikatakan kerajaan akan dedahkan hasil siasatan di parlimen, tapi sehingga kini tidak ada langsung penemuan dan hasil siasatan yang diberikan kepada kita," kata Azan ketika dihubungi keadilandaily.com.
Azan merujuk skandal komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima individu tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Individu yang juga dikatakan ahli perniagaan itu dikatakan rapat dengan Umno dan kerajaan.
Menurut Azan, mata wang berganda yang memiliki nombor siri yang sama itu dipercayai digunakan Umno-BN untuk merasuah pengundi setiap kali pilihan raya umum dan negeri, seperti mana dikesan berlaku di Sabah.
Azan menyifatkan aktiviti percetakan mata wang berganda itu sebagai pengkhianatan kepada institusi kewangan negara dan lebih teruk berbanding spekulasi nilai mata wang.
Ini kerana lambakan mata wang berganda itu juga akan menyebabkan nilai mata wang jatuh dan mengheret negara ke arah inflasi.
"Apabila ini berlaku, nilai mata wang malaysia akan jatuh dan tak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangasa. Ia hanya laku dalam negara menyebabkan kejatuhan nilai. Ia menyebabkan inflasi dan juga terdedah kepada spekulasi.
"Di sesetengah negara, mereka yang didapati bersalah melakukan perkara ini akan dihukum mati," tambah beliau.
"Sebab itu, jika menyentuh soal mata wang berganda ini, saya merasa curiga kerana isu yang ditimbulkan sejak 2009 iaitu selepas pilihan raya pada Mac 2008 masih belum berjawab," katanya lagi.
Dalam masa yang sama Azan turut mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara perlu dilakukan melalui pihak ketiga.
"Seingat saya tiga kali perkara ini diberi perhatian di parlimen termasuk dalam belanjawan negara. Tetapi tidak ada jawapan munasabah mengapakah kita melantik agen sedangkan banyak negara seperti Thailand mengendalikan percetakan mata wang sendiri supaya mudah untuk diawasi," katanya.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: