Biaqpila |
- Isu agama rasmi propaganda jahat Umno
- Dangdut Seksi Di Alor Gajah
- MGR umum gula naik harga...
- KUIZ PETANG SELASA
- APA ADA HAL GULA RON95 TAK NAIK HARGA LAGI
- UUM dah jadi Universiti Uzur Malaysia; miskin sangat ke?
Isu agama rasmi propaganda jahat Umno Posted: 10 May 2011 03:00 PM PDT PETALING JAYA, 10 Mei: Setelah fitnah video seks ternyata gagal mencapai matlamatnya oleh Umno, maka isu yang berbaur agama kini direkayasa untuk memperdaya orang Melayu kembali menyokong mereka. Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) PKR, Ahmad Kasim menyatakan demikian sebagai mengulas muka hadapan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada 7 Mei lepas yang memaparkan tajuk 'Kristian agama rasmi?'. Katanya, tajuk tersebut secara terang-terangan cuba menimbulkan provokasi terhadap hubungan masyarakat pelbagai agama di negara ini. "Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat melalui congak politik kuno mereka," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, selepas melontar berita palsu, siri laporan polis oleh badut-badut Umno BN pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam. Tambahnya, setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara Umno BN sebenarnya telah gagal untuk memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. "Nilai-nilai agama dalam masyarakat langsung tidak diberi perhatian, Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan, gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau," katanya. Jabatan-jabatan agama, ujarnya dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja di mana akhirnya jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung. Justeru, katanya PKR ingin menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan, Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera serta Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jelasnya, DAP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berpegang kepada konsesus Pakatan Rakyat yang akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penganjur program berkenaan (National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship) dengan tegas menyangkal dakwaan blog-blog yang menjadi rujukan Utusan sebagai satu pembohongan dan tidak berasas sama sekali. Katanya, pertemuan tersebut sebenarnya membincangkan isu berkaitan rasuah dalam negara. Menurutnya, rakyat yang celik maklumat sedar bahawa isu itu hanyalah propaganda jahat Umno BN untuk mengalih perhatian daripada kegagalan fitnah video lucah yang dilontarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, rakyat semakin muak dan bertambah bencia terhadap kebobrokan mereka. Katanya lagi, Umno BN semakin kepanasan dan terdesak dengan kemunculan semula Anwar Ibrahim, Azmin Ali, R Sivarasa dan Karpal Singh di Parlimen pada 14 Jun 2011 nanti. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 May 2011 07:06 AM PDT BERDANGDUT...pelanggan lelaki dan wanita leka berjoget tanpa menghiraukan pelanggan lain menjamu selera. Penangan gelek seksi ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi 'kelab dangdut rimba' dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga. Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar. Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan. Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 May 2011 06:35 AM PDT Lihatlah apa dah berlaku di sini ya. Semuanya akibat tiada sebarang pengumuman dari pimpinan tertinggi kita MGR terus ambil alih... IBH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 May 2011 12:00 AM PDT GAMBAQ 1: TAKDAK POLIS GAMBAQ 2: POLIS BERLAMBAK SOALANNYA ADALAH: PERHATIKAN GAMBAQ 1 DAN GAMBAQ 2 DI ATAS DAN CUBA TEKA MANA SATU DEMO UMPORNO? SOALAN SENANG NI BEB!!! SILA JAWAB DALAM MASA 2 SAAT DARI SEKARANG... HADIAH UTAMA IALAH SEKAMPIT GULA YANG TELAH DINAIKKAN HARGA SEBANYAK 20 SEN SEKILO. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
APA ADA HAL GULA RON95 TAK NAIK HARGA LAGI Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT DEY MACHA!!!! TEH TARIK WONNNEKKK!!! GULA SUDAH NAIK HARGA INI HARI TAPI ITU GULA RON97 SAJA HARGA NAIK ITU GULA RON95 MASIH HARGA LAMA KAH! KAH! KAH! RAKYAT YANG UNDI BN TAK BOLEH MARAH DEPA MASIH BOLEH GUNA GULA RON95 KAH! KAH! KAH! MANA NAK DAPAT GULA RON95? ADA KA KAT PASARAN MACHA? KAH! KAH! KAH! SIKIT HARI LAGI ADA LA DEPA TENGAH DOK CIPTA GULA RON95 SUPAYA RAKYAT TAK MARAH BILA HARGA GULA NAIK KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
UUM dah jadi Universiti Uzur Malaysia; miskin sangat ke? Posted: 09 May 2011 06:00 PM PDT ZULKIFLI YAHAYA Sekali lagi ruangan Nota Utara akan mengutarakan isu di sebuah universiti yang terletak di Utara tanahair iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). Isu cukai tanah di UUM belum berakhir. Pihak UUM masih belum putus asa untuk terus merayu buat kali ke tujuh, meminta kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun. Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011. Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai. Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir. Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas IPTA itu ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00. Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00! Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan . Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun. Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok pula yang meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat? Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjankan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilantgan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah. Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan. USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'dauble standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku. Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik. Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Kita serahkan pada rakyat untuk menilai. gigitankerengga KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan