Selasa, 10 Mei 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


BUKU BARU BAKAL TERBIT

Posted: 10 May 2011 12:21 AM PDT



Bermula dari perdebatan Facebook, kemudian membawa kepada pentas debat. Fikrah Hizbut Tahrir ternyata tidak boleh dicabar. Apabila dicabar, kedengaran lebel negatif. Apabila berada dipentas, hujjah mereka tersasar. Fakta sejarah tentang demokrasi juga tidak tepat, malahan ia sekadar sentimen yang tidak berasaskan kepada ilmiyyah.

Hasil debat antara penulis dengan salah seorang pimpinan tertinggi Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] berjaya dicatatkan dan dibukukan. Ia untuk menjadi rujukan atau kajian fiqh untuk masa ini dan di masa akan datang. 

Ia bukan sebuah buku yang semuanya benar, yang tidak ada yang tidak benar, kecuali semuanya benar-benar belaka. Malahan, ia tertakluk kepada kritikan ilmiyyah, bersandarkan fakta dan penghujjah ilmu yang muktabar.

Insya ALlah, dalam masa seminggu lagi, ia akan berada dalam pasaran. Buku terbitan Sekolah pemikiran As-Syatibi ini akan boleh didapati menerusi nama-nama dan nombor telefon yang akan dipaparkan selepas penerbitannya nanti. 

sekian

Wallahu 'Alam



Tiada ulasan: