ALHUSSEYN |
Ingatan kepada yang masih berkuasa Posted: 14 May 2011 07:51 AM PDT Sewaktu diambang kuasa, lupa diri dan hanya berusaha mengaut kekayaan dunia untuk diri dan kroni sendiri.Lupa kepada kekuasaan Yang Maha Kuasa yang pastinya memberi balasan yang setimpal kepada perlakuan mungkar dan zalim yang pernah dilakukan.Bertaubatlah sebelum terlambat.Jangan menerima nasib seperti yang menimpa Presiden Mesir yang diguling, Hosni Mubarak. Isterinya, Suzanne Thabet telah ditempatkan di bawah penjagaan intensif di sebuah rumah sakit di resort Laut Merah Sharm El-Sheikh kerana menderita serangan jantung selepas ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah. "Suzanne Thabet telah dipindahkan ke unit rawatan intensif di rumah sakit Sharm El-Sheikh selepas mengalami serangan jantung," kata televisyen negara Wanita berusia 70-tahun itu ditahan pada hari Jumaat kerana pengolehan kekayaan haram . Dia disoal siasat awal minggu ini tentang akaun bank yang mengandungi lebih daripada tiga juta dolar dan sebuah rumah mewah yang ia memiliki. Mubarak juga mengalami serangan jantung yang diduga ketika pertama kali ditanya pada bulan April. Dia sedang menerima rawatan di rumah sakit sementara dalam tahanan. Bekas Presiden itu menghadapi tuduhan terlibat dalam pembunuhan demonstran anti-rejim dan penyalahgunaan kuasa untuk keuntungan peribadi. Sekurang-kurangnya 846 orang terkorban dalam pemberontakan di negara yang menyebabkan jatuhnya Mubarak pada bulan Februari Dua orang anak lelaki bersama-sama dengan puluhan bekas Menteri, para pegawai dan pengusaha yang berkaitan dengan rejim-nya, ditahan di penjara terkenal Tora Kaherah. Kebanyakan pembangkang politik dihantar ke penjara Tora waktu era Mubarak. Sumber Kehakiman mengatakan Mubarak boleh menghadapi hukuman mati jika terbukti bersalah membunuh demonstran anti-rejim semasa revolusi. |
Bukan polis sahaja yang lembab, Timbalan Perdana Menteri pun lembab! Posted: 14 May 2011 06:07 AM PDT Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama". Kenyataan menteri tersebut seolah-olah lupa kepada soal siasat polis yang begitu lembab keatas surat akuan bersumpah RPK. Surat Akuan Bersumpah RPK yang mendakwa tentang penglibatan "seseorang yang ternama" di Malaysia.Bukan RPK yang mendakwa begitu.RPK mendedahkan bahawa beliau menerima dari sumber tertentu yang amat boleh dipercayai. Malah surat akuan bersumpah tersebut menyenaraikan beberapa nama yang turut berada ditempat kejadian pembunuhan wanita Monggolia itu. Sehingga kini polis masih belum lagi memanggil mereka yang namanya tersenarai dalam surat akuan tersebut : 1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib 2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung 3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah. RPK turut mendedahkan nama orang yang memberikan maklumat tersebut - Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan tentera yang kini telah digantung tugasnya. Pihak tentera telah menafikan dakwaan RPK dan mengambil tindakan menggantung tugas pegawai tersebut sehingga selesai siasatan dilakukan.Telah genap sebulan berlalu, tetapi hingga kini masih belum ada apa-apa kenyataan berhubung siasatan tentera tersebut. Adalah sesuatu yang janggal bila pihak tentera menafikan dakwaan RPK tetapi bertindak menggantung tugas pegawai tersebut.Dan laporan berkaitan siasatan tersebut terus menjadi tanda tanya umum, kenapa lewat sangat? Dan polis apa buat? Bukankah ini kes melibatkan "seseorang yang ternama'?Rupa-rupanya, bukan polis sahaja yang lembab, Timbalan Perdana Menteri pun lembab! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan