Jumaat, 13 Mei 2011

Ajijoi

Ajijoi


Persiapan warga Surau Al-Ehsan meraikan pengantin baru

Posted: 12 May 2011 09:46 AM PDT

IPOH (12.5.2011): Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsan hari ini mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baru. Seluruh warga surau bertungkus lumus semenjak pagi lagi menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diagihkan bersama sebelum bermulanya kenduri pada malam harinya.

Pasangan pengantin yang akan diraikan adalah Pengerusi Surau Al-Ehsan sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar dan isteri, Hajjah Nor Ain.

Tetamu dan kariah yang dijemput sekitar 400 orang. Masakan seperti Nasi Briyani Hyderabad, Kari Kambing, Ayam Panggang dan Dalca disamping buah-buahan serta agar-agar disedia dan dimasak sendiri oleh AJK surau.

Suasana gotong-royong masih menjadi amalan kariah Surau Al-Ehsan yang menjadikan kenduri besar seperti ini mudah disiapkan.

Mari kita tinjau aktiviti persiapan waktu siangnya melalui turutan gambar-gambar ini:

Persiapan awas-awas untuk memasak oleh muslimat

Tuan Haji Syed Ayob sedang membasuh daging-daging kambing

Masakan daging kambing dan dalca dijalankan serentak. Kelihatan Ustaz Misbah bersama kariah surau

Mengalihkan khemah, yang muda-muda masih bersekolah waktu ini

Zamzuri sedang memasak dalca


Daging kambing (3 ekor) yang telah siap dibasuh

Muslimat sedang membungkus ole-ole sebagai buah tangan kepada tetamu nanti

Mereka juga ada QC (Quality Control) dalam memastikan setiap hadiah yang dibungkus berada didalam keadaan yang baik

Kerepek ubi, keropok, kuih bahulu dan agar-agar menjadi hadiah buat tetamu yang hadir nanti


Ustaz Fisol, Chef Utama di Surau Al-Ehsan
Kelihatan dalca (hadapan) telah siap dimasak manakala kari kambing masih perlukan masa lagi

Saudara Shamsul mengacau periuk memasak nasi

Semua ramuan untuk nasi briyani Hyderabad telah siap dimasukkan, Shamsul tolong kacau aje

Bunga manggar telah dipacakkan, kalau tak tahu kenduri apa lagi, sajanyalah

Ikat kuat-kuat, Puan Sakinah oiii

Ini pasangan chef suami isteri, Ustaz Fisol dan Hajah Mazidah

Seorang lagi chef lama di surau ini, Ustaz Tahir

Nasi briyani yang telah dimasak dengan rempah ratus tadi, ditoskan dan diletakkan kedalam talam, ditambah sayuran, daun pudina, minyak sapi, bawang goreng dan pewarna, lalu disusunkan diatas rak besi

Rak besi ini diletakkan diatas air yang mendidih


Pastikan nasi benar-benar ditoskan airnya


Nasi briyani ini akan dikukuskan

Kak Nah memantau keadaan


Dua belas talam nasi briyani dikukus sekali gus

Dengan menggunakan penutup

Yang dipanggil apollo

Tali digunakan untuk mengangkat dan menutup apollo tersebut


Tuala atau kain yang basah diletakkan dikeliling supaya wap tidak keluar

Menunggu untuk masak sepenuhnya

Ada lebihan nasi lagi, dikukus berasingan

Penutup apollo telah dibuka

Nasi briyani Hyderabad telah siap dimasak



Inilah rupa nasi briyani Hyderabad yang telah siap dimasak

Kaut nasi untuk dimasukkan kedalam balang menyimpan


Segala-galanya siap lebih kurang pukul 6 petang. Hanya menantikan ketibaan waktu untuk majlis meraikan pasangan pengantin baru malam nanti.

Selamat Pengantin Baru, Pesuruhjaya PAS Perak

Posted: 12 May 2011 09:12 AM PDT


Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussein telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Hajjah Nor Ain Binti Omar pada pagi hari Jumaat (6 Mei 2011) di Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Tuan Guru Haji Abu Bakar (58 tahun) yang kematian isteri Ogos tahun lalu akibat penyakit kanser, telah dijodohkan dengan Hajjah Nor Ain (47 tahun) seorang doktor Homeopati yang berasal daripada Negeri Sembilan tetapi telah lama menetap di Ipoh.

Tuan Guru Haji Abu Bakar melafazkan akad nikah dihadapan ayah mertuanya sendiri




Blog Ajijoi mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Tuan Guru Haji Abu Bakar serta isteri. Semoga beroleh keberkatan sehingga kehujung usia bersama.


Video ini dihadiahkan oleh Dewan Muslimat Pas Gopeng buat pasangan pengantin.

Sumber gambar: Haji Mat Razalli

Ada 'Kontraktor Besar' yang menguasai Majlis Bandaraya Ipoh?

Posted: 11 May 2011 05:13 PM PDT

Isu kontraktor menjual kontrak merupakan isu lama yang berpanjangan tanpa penghujungnya. Sudah lali kepada umum.

Apabila kontrak yang diperolehi mula berkurangan, maka terdengar suara meminta diagihkan 30% kepada kontraktor bumiputera. Tekanan mula dirasakan akibat kontrak-kontrak terlepas kepada golongan kontraktor yang besar.

Persoalannya disini, siapakah kontraktor-kontraktor besar ini. Siapakah yang menjaga kepentingan mereka? Apakah hubungan mereka dengan projek-projek kerajaan negeri?

Yang jelasnya, kontraktor-kontraktor bumiputera menjadi mangsa kepada kontraktor besar ini dalam memenangi kontrak-kontrak kerajaan termasuklah di Majlis Bandaraya Ipoh.

Kontraktor Melayu tidak pernah berjaya memenangi tender Majlis Bandaraya Ipoh?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak mendakwa terdapat 'kontraktor besar' yang menguasai urusan pemberian tender oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Yang Di Pertua PKMM Perak Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa menyerahkan lesen kepada kontraktor besar terbabit bagi mendapatkan kerja Pihak Berkuasa Tempatan itu.
"Maklumat yang diperoleh dari ahli persatuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi tender dan sebut harga di MBI sehinggalah mereka menyerahkan lesen itu kepada kontraktor besar berkenaan.
"Syarikat mereka akan mendapat kontrak MBI selepas menyerahkan lesen dan akan dibayar saguhati di atas projek yang diperoleh itu," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa mengulas amaran Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim semalam bahawa MBI akan menyenaraihitam kontraktor yang menjual kontrak yang diberi kepada mereka oleh MBI.
Jamaluddin berkata MBI patut melupakan soal hendak menyenarai hitam kontraktor sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah 'kontraktor besar' yang kini menguasai MBI sehinggakan kontraktor bumiputera gagal mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata MBI boleh membuat semakan terhadap senarai kontraktor yang telah mendapat kerja bagi mengesahkan dakwaan itu.-BERNAMA

Tiada ulasan: