Ahad, 15 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Terkini! Perang salib : Ibrahim Ali ditahan.

Posted: 14 May 2011 11:54 PM PDT

15 Mei Kuala Lumpur - Polis Cawangan Khas menahan Ibrahim Ali beserta 2 pengawal peribadinya malam tadi berikutan 140 laporan polis seluruh negara mengenai hasutan bahaya Ibrahim Ali. Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan itu.

"Kenyataan dan seruan itu sangat-sangat berbahaya kepada dasar demokrasi yang diamalkan negara ini sejak Malaysia memperoleh kemerdekaan dari British secara perjanjian tertentu. Saya sebagai Ketua Polis Negara memberi amaran kepada semua, terutama ahli politik supaya sentiasa bergerak dalam rangka demokrasi berparlimen, dan jangan sesekali melahirkan satu tindakan yang berbahaya seperti militian, persenjataan, peperangan dan sebagainya. Ini adalah kesalahan yang sangat2 serius."

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir menafikan bahawa beliau telah meminta Ibrahim Ali mengeluarkan seruan berkenaan.

"Tuduhan yang mengatakan Ibrahim Ali hanya membaca teks ucapan saya adalah fitnah. Saya kekal berada dalam perjanjian British kepada Malaysia. Sentiasa berada dalam rangka demokrasi. UMNO itu sendiri lahir dari British. Tidak seorang pun pejuang UMNO yang luka, lebam, apatah lagi mati dan dipenjara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan."

Sementara itu, wakil Agensi Berita Fakap di Kedutaan British telah merakamkan kenyataan Pesuruhjaya Tinggi British, Simon Featherstone sebagai berkata.

"Jika benar sekalipun perlembagaan Malaysia ini mahu diubah seperti yang didakwa, melalui demokrasi; maka hendaklah ditentang juga melalui demokrasi. British memandang serius kenyataan dari Ali (Ibrahim) itu. Parlimen British akan memperuntukkan usul berkenaan dengan ini." Agensi Berita Fakap


Tiada ulasan: