Sabtu, 7 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Sidang Media Chegu Bard keluar PKR.

Posted: 07 May 2011 10:01 AM PDT

May 6, 2011
Tempat : Ibupejabat PKR Tropicana
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 22 Mei 2011

Mesyuarat Biro Politik baru saja selesai. Wartawan berpusu-pusu masuk ketingkat satu Ibupejabat PKR untuk menghadiri sidang media berikutan pengumuman Chegu Bard meninggalkan PKR.

Saifuddin Nasution membaca teks yang telah disediakan. Ditengah-tengah ialah Ketua Umum PKR dan disebelah kanan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Aku tak tau Presiden pi mana. Mungkin tengah bancuh kopi sebab la ni dah tak ada orang nak bancuh kopi kat Anwar.

"Parti Keadilan Rakyat hari ini menerima satu surat dari Chegu Bard mengatakan beliau telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Parti menerima keputusan Chegu Bard ini dengan sikap terbuka. Pemimpin datang, pemimpin pergi tetapi ini tidak akan melemahkan parti. Parti tetap diterima oleh rakyat dan kami yakin, dalam pilihanraya akan datang…kita bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah kita sudah bersiap sedia untuk ke Putrajaya.

Kami faham, kami tidak akan mampu untuk memenuhi kehendak semua ahli, tetapi ahli-ahli patut faham tentang perjuangan. Ahli-ahli patut faham tentang semangat berpasukan sekiranya mahu menumbangkan Barisan Nasional.

Walaupun kami menerima keputusan Chegu Bard ini dengan terbuka, tetapi kami faham, Chegu Bard mengambil keputusan ini kerana kecewa kerana gagal dalam Pemilihan yang lalu."

Ada soalan?

Zainulfaqar: "Saya difahamkan bahawa Mustafa Kamil Ayub juga akan mengambil jalan yang sama. Apa komen YB?"

Anwar menyampuk:" Kita perlu berjiwa besar. Kita perlu beristiqamah dan perlu memahami dasar perjuangan parti. Saya duduk dalam penjara enam tahun, tapi masih kekal dengan prinsip dan perjuangan saya. Saya kena tendang dari Umno, tapi saya masih kental dengan perjuangan saya. Takkan la tak dapat jadi Timbalan dah nak keluar macam Zaid."

Wartawan Malaysiakini: " Apakah alasan-alasan Chegu Bard keluar PKR?"

Anwar: " Chegu bard memberikan alasan bahawa Pemilihan PKR yang lalu penuh dengan penipuan. Saya menyangkal tuduhan ini kerana Pemilihan tersebut diadakan dengan telus. biasa la…bila kalah, Jawatankuasa Pemilihan yang dipersalahkan."

Wartawan Utusan:" Tapi Dato Seri…bila PKR tewas di Sarawak dalam Pilihanray yang lalu, Dato Seri menyalahkan SPR. Bukankah alasan yang sama diberikan oleh Chegu Bard? "

Anwar:" Awak dari mana?"

Wartawan Utusan: "Utusan Malaysia."

Anwar: "Biasala. Utusan memang akhbar yang tak boleh harap. Sentiasa memutarbelit kenyataan saya. Saya ingin tegaskan lagi disini, bahawa SPR memang melakukan penipuan di Sarawak. Dan kita akan mengambil tindakan mahkamah tak lama lagi."

Wartawan entah dari mana: "Dato Seri. Benarkah Dato Seri sudah menyerahkan jam Omega kepada polis?"

Anwar: " Awak dari TV3?"

Wartawan: "Ya."

Anwar berpaling kepada Saifudin. " Macam mana you boleh lepaskan wartawan ni masuk? Any other question?"

Wartawan Harakah: " Dato Seri. Dalam kenyataan Chegu Bard semalam, dia sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan PKR yang ada hari ini. Dalam PKR sudah tidak ada lagi ketelusan. Apa komen Dato Seri?"

Anwar: " Itu cakap orang Umno. Dan kalau Chegu Bard cakap macam tu, suruh dia masuk Umno lah."

Wartawan Malaysian Insider: " Chegu Bard mendakwa, terdapat penyelewengan semasa Pemilihan PKR yang lalu. Terdapat politik wang semasa pemilihan."

Saifuddin pulak menyampuk. "Kita mempunyai bukti bahawa Chegu Bard didalangai oleh orang luar PKR. saya minta kepada SPRM untuk melawat Chegu Bard. Semua orang tahu, Chegu Bard bukan ada kerja. Tapi dari mana dia dapat duit beli KIA Citra? Dari mana dia dapat duit untuk menanggung kos kempen.

Kita juga ada bukti, dua resit cek yang ditandatangani oleh Chegu Bard. Dari mana datang duit ini? Saya bukan tuduh…saya cuma minta SPRM melawat Chegu Bard."

Wartawan: "Chegu Bard juga mendakwa dia dihalang daripada menyertai program-program PKR."

Azmin: "Itu semua fitnah. Chegu Bard bebas berceramah kat mana saja. Malam ni di Kulim, Kedah. Esok di Batu Gajah, Perak. So, sapa kata kami menyekat kebebasan beliau? ini yang Dato Sri Ketua Umum jelaskan tadi, kita perlu berjiwa besar. Kalau seseorang itu nak buat fitnah…masuk Umno saja la."

Wartawan: " Tapi…Chegu Bard bukan nak masuk Umno. Dia nak masuk DAP."

Saifudin:" Mungkin dia nak jadi Menteri Besar Perak kot. Kat Penang dah tak ada peluang."

Azmin: "Tak..tak…tak. Saya rasa Chegu Bard buat U-turn sebab dah kena beli.'

Anwar: "OK..we stop here. Thank you everybody. "

Berita selanjutnya : Malaysia Times


Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat (2)

Posted: 07 May 2011 01:28 AM PDT

Oleh : Lelaki Ini (Pemuda PAS Johor)

Dari sudut agama dan politik, ada yang berpendapat Anwar perlu bersumpah, ada yang tidak.

Sudut Agama


1. Anwar perlu bersumpah

- Dr. Juanda Jaya
- Dr. Asri Zainal Abidin
- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

2. Anwar tak perlu bersumpah

- Haji Abdul Hadi Awang
- Tuan Ibrahim Tuan Man
- Ustaz Harussani Zakaria

3. Kesimpulan

Anwar ada pilihan. Anwar boleh bersumpah mahupun tidak. Anwar berhak memilih dengan berpegang pada mana-mana hujah yang dikemukakan.

Sudut Politik


1. Anwar perlu bersumpah


2. Anwar tak perlu bersumpah

- Kita masih menanti hujah yang mengatakan Anwar tak perlu bersumpah.

3. Kesimpulan

Selagi tiada hujah konkrit yang membenarkan Anwar untuk mengecualikan diri dari tindakan bersumpah demi kepentingan politik Pakatan Rakyat, maka Anwar perlu bersumpah.

Gua highlight sekali lagi, dalam sub-tajuk ini, gua hanya berpandangan dari sudut politik. Sementara hujah agama dah dijelaskan panjang lebar oleh pihak-pihak di atas.

Persoalan Qazaf


Kepada yang nak sangat Qazaf sebat 80 kali, korang tau tak Qazaf versi Malaysia macam mana? Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah Qazaf hanya dikenakan denda RM 5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya. Mana Qazaf sebat 80 kali?

Qazaf sebat 80 kali tu ikut Hudud. Dan sejak bila pulak Kerajaan Malaysia laksanakan Hudud? Realistik la beb.

Dari memekak 'nak Qazaf nak Qazaf', baik minta Hudud dilaksanakan. Qazaf terkandung dalam Hudud. Nak anak, tapi ibu ditinggalkan. Nak Qazaf, tapi tolak Hudud. Demi Anwar Ibrahim beb. Hehe.

Sejarah Kes Qazaf di Malaysia

Rujuk kes liwat Saiful 2008. Ia telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Pada 2010, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir kemuka bantahan. Hakim terima bantahan dan tolak permohohan Qazaf oleh Anwar.

Anwar kata walaupun cukup jelas fitnah liwat tersebut, pendakwa sebagai pegawai rendah JAWI tak berani mendakwa. Lastly Anwar akan merayu terhadap keputusan tu, walaupun tak terlalu mengharap.

Semua tahu bai. Keadilan jenis apa yang boleh diharapkan ke atas Mahkamah Malaysia terhadap musuh politik BN. Tahanan ISA yang menang kes RM 2.5 juta dulu tu pun akhirnya tewas.

Kesimpulan


Dari AMK memekak nak Qazaf sebat 80 kali, baik suruh Anwar bersumpah demi memulihkan kekeliruan rakyat dan mengembalikan sokongan pengundi. So jentera parti dah boleh fokus pada isu kebajikan rakyat dan negara yang jauh lebih penting. Bila rakyat dah sokong, PRU BN tumbang, haa pinda la hukum Qazaf dan sistem perundangan mana yang patut ikut Qur'an. Then heret la pendakwa-pendakwa yang terlibat ke muka pengadilan. Itu pun kalau PKR ikhlas la nak tegakkan perundangan Islam, tapi kalau takat nak lepaskan tengkuk boss, gua tak tau la.

1998 Anwar bersumpah, semua setuju, takbiiir!
2011 Anwar takut bersumpah, semua setuju, walaaa'…

Lafaz pertahankan diri semudah "Wallahi, tuduhan itu palsu" pun Anwar tak berani, gua tak tau la nak kata apa. Masa jadi pembangkang pun tak berani tegur ketua yang silap, apatah lagi bila dah memerintah nanti. Serupa UMNO bai..

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: