Addin |
- (Live) Singapore General Election Result
- Akhirnya SNAP Keluar Pakatan Rakyat
- UMNO Bangang.. Pegawai Berintegriti Di Turunkan Pangkat
- Sah!! Utusan Meloya Bangsat!!
- Muktamar : Agenda Terpenting Perkukuhkan Persiapan PRU 13
- Lelaki Mati Selepas Beri Bantuan CPR
| (Live) Singapore General Election Result Posted: 07 May 2011 09:55 AM PDT (Latest) SINGAPORE, May 7 – The opposition Workers' Party (WP) is said to have wrested the hotly-contested Aljunied GRC from the PAP. The report comes from the Singapore Straits Times which quoted Cynthia Phua of the PAP's Aljunied team that lost to the Workers' Party. From friends Twitter :- Tian Chua - Opp certain to take 6 seats, close fight in many seats. Opp probably bagged 38-40% total popular votes. Great leap forward4 Spore democracy! Kebangkitan rakyat RT @chunwai09: Second Finance Minister-PAP Women's chief Lim Hwee Hua also gone with Foreign Minister George Yeo in Aljunied Winning Aljunied Group Constituency is a milestone for change. Congrat! WP supporters at Hougang Stadium were said to have erupted into cheers as word came through that the party has won in Hougang. The Workers' Party team in Aljunied GRC has been nicknamed by political watchers as the "A Team" of the opposition party. In 2006, the WP lost Aljunied to the PAP. WP then got 43.91 per cent of the votes while PAP won 56.09 per cent. Historic for SG RT @robertocoloma: SG oppo looks set to win 5-6 seats, up from 2 in the previous parliament. FM George Yeo will lose his jobSingapore GE results: PAP's Lim Biow Chuan wins Mountbatten with 58.65% of valid votes; PAP's Teo Ho Pin wins Bukit Panjang with 77.19% of valid votes; PAP's Sam Tan wins Radin Mas with 67.11% of valid votes
| ||||||||||||||
| Akhirnya SNAP Keluar Pakatan Rakyat Posted: 07 May 2011 09:01 AM PDT KUCHING, 7 Mei - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang menjalin hubungan singkat dan renggang dengan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak akhirnya berpisah selepas sekian lama bersabar dengan sikap dingin pakatan pembangkang negeri terutama ketika menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10 baru-baru ini. Presiden parti Edwin Dundang berkata parti itu merasakan mereka tidak lagi diterima dalam pakatan itu selepas setahun hubungan "cinta tetapi benci" dengan PR Sarawak yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS. "Bukan pilihan kami untuk meninggalkan mereka... bagaimanapun kami merasakan kami tidak lagi diterima dalam pakatan itu, terutama dalam pilihan raya negeri. "Sehubungan itu, kami tidak akan berdamai dengan PR Sarawak bermula dari sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini dan menambah parti itu merasakan yang mereka diketepikan oleh pakatan pembangkang itu semasa pilihan raya negeri 16 April. "Kami tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau sebarang aktiviti bersama. Ini menunjukkan mereka tidak mahu kami lagi dan mahu meminggirkan kami," katanya dan memaklumkan kali terakhir SNAP menghadiri mesyuarat PR Sarawak pada Mac lepas berhubung pembahagian kerusi pilihan raya negeri. Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng enggan memberi komen berhubung keputusan SNAP itu manakala Ketua PKR negeri Baru Bian tidak dapat dihubungi. Pada April tahun lepas, parti kaum Dayak itu menyertai PR dan membentuk PR Sarawak. Bagaimanapun, sebelum pilihan raya negeri, SNAP dan PKR berselisih faham berhubung pembahagian kerusi. Ini menyaksikan SNAP, PKR dan BN bertembung di 24 kawasan Dewan Undangan Negeri./Bernama Addin: Eloklah SNAP keluar PR daripada menjadi duri dalam daging.. sebelum bertukar menjadi barah.. | ||||||||||||||
| UMNO Bangang.. Pegawai Berintegriti Di Turunkan Pangkat Posted: 07 May 2011 07:45 AM PDT PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim (gambar), ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR. Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil. Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi. "Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau. Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin. Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'. Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. "Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara. Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab. "Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab. Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan. Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera. "Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi. "Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi. Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." | ||||||||||||||
| Posted: 07 May 2011 06:00 AM PDT PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya. "Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini," kata Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi ini. Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan. Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai. "Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli," kata Guan Eng. Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku. Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. "Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain," kata Guan Eng. Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama. "Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat," kata Guan Eng./KD Addin: Inilah permainan politik oleh UMNO paling bangsat!! Sanggup mempermainkan isu agama dan perkauman demi survival politik mereka. Nyawa rakyat diperjudikan... eloklah campak je 1Malaysia tu jauh-jauh.. retorik semata-mata.. | ||||||||||||||
| Muktamar : Agenda Terpenting Perkukuhkan Persiapan PRU 13 Posted: 07 May 2011 04:00 AM PDT "Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya. "Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya. "Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) ke-28, dekat sini, hari ini. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata, muktamar kali ini juga harus memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. "Bagaimana kita nak perkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.Kita tak mahu kita hanya menumpang tapi kena bersama menerajui perubahan dan kepimpinan dalam Pakatan. "Ini cabaran besar kerana terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama dan melibatkan hukum yang merupakan cabaran kepada pemimpin-pemimpin PAS," katanya. Menurutnya juga, PKR dan DAP akhir-akhir ini turut menerima serangan yang teruk daripada BN dan PAS sebagai parti Islam pula sering diserang berkaitan pendekatan Islam yang dibawa. "Kita lihat sekarang cabaran dalam PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kena serang teruk dengan beberapa ahli lompat parti. "DAP pula berhadapan dengan cabaran untuk meluaskan pengaruh untuk keluar daripada orang Cina sahaja. "Jadi PAS dilihat dalam pendekatan agama.Jadi kita tak nak lihat pendekatan agama dalam konteks yang negatif. "Kita tak tegaskan agama yang PAS bawa bukan tertutup tapi agama sebagai rahmat kepada seluruh alam samaada kepada orang Islam atau bukan Islam. "Kita kena terjemahkan supaya orang bukan Islam tidak melihat PAS ini sebagai ancaman. Tapi kalau pendekatan PAS sendiri agak tetutup, menyebabkan mereka salah anggap terhadap PAS," katanya juga. Tambahnya lagi, PAS menafikan kekalahan mereka di kesemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak disebabkan orang bukan Islam menolak dasar Islam yang dibawa. "Ada orang cuba kaitkan kekalahan PAS di Sarawak kerana dasar Islam yang kita bawa tapi kita bantah. "Kita dapat dokongan daripada orang Kristian.Mereka bawa kita ke rumah panjang dan bersama-sama kita dalam kempen. Jadi kita tak ditolak kerana agama. "Ini yang perlu kita yakinkan masyarakat dan PAS perlu bersama dalam arus perubahan politik negara," katanya./Hrkh | ||||||||||||||
| Lelaki Mati Selepas Beri Bantuan CPR Posted: 07 May 2011 02:00 AM PDT PORT DICKSON – Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di pantai di sini tidak kesampaian apabila dia mati secara mengejut. Mangsa, Zulkifly Hamzah, 42, tiba-tiba pengsan semasa memberi bantuan pernafasan resutasi pulmonari-kardio (CPR) kepada kanak-kanak tersebut sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson. Ibu mangsa, Nyapon Jantan, 63, berkata, semasa kejadian, dia bersama anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu sedang duduk di gerai miliknya di tepi pantai Teluk Kemang di sini. Ujarnya, mereka kemudian ternampak tiga kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang yang mandi di pantai berkenaan meminta tolong kerana dihanyut ombak. Ujarnya, beberapa pengunjung di kawasan itu telah terjun ke laut untuk menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut dan membawa mereka naik ke tepi pantai. "Apabila melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak sedarkan diri, Zulkifly memberi bantuan pernafasan kepada salah seorang daripada mereka. "Malangnya, sebaik sahaja kanak-kanak itu sedarkan diri, arwah pula rebah," katanya di sini semalam. Sepupu arwah, Badiozaman Abu, 43, berkata, walaupun sedih dengan kematian mangsa, dia bangga kerana mereka berdua dapat menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, mayat bapa kepada tiga anak itu telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan semalam./Kosmo | ||||||||||||||
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan