Sabtu, 23 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HIDUP LAGI KERAJAAN PERPADUAN KERANA DIGALI OLEH UMNO

Posted: 23 Apr 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU saja Umno ingin bernafas sedikit, tiba-tiba Setiausaha Agung PAS menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang disiarkan di dalam media pencacai bahawa PAS akan kaji hubungannya dengan PKR setelah selesai kes Anwar. Mustapha Ali meminta agar akhbar tersebut memohon maaf atau bakal dikenakan tindakan oleh beliau di atas penyiaran berita putar alam itu.

Apabila kenyataan Mustapha Ali tersiar, maka ada pemimpin Umno sudah mula memasang angan-angan untuk mendirikan kerajaan perpaduan di antara PAS-Umno. Isu kerajaan perpaduan ini sudah lama dibuang ke dalam `tong najis' oleh PAS tetapi dikutip balik oleh Ahmad Maslan. Apa kata Ahmad Maslan? "Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya (agendadaily).

Saya rasa tiada pemimpin PAS yang terliur dengan Umno. Cuma Umno yang masih perasan atau gila talak dengan PAS. Saya tidak tahu samada masih ada seorang dua pemimpin atau ahli PAS yang sanggup melutut dengan Umno dan teringin untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan yang diperkatakan oleh Ahmad Maslan.

Kepada semua pimpinan PR, mereka harus berhati-hati kerana di kala ini puak Apco sedang hebat menjalankan propaganda mereka. Hajat mereka cuma satu iaitu Anwar mesti dihalang dari terus memimpin PR dan PAS akan kembali bersekelambu dengan Umno. Nampaknya Umno akan terus mengigau dengan `Kerajaan Perpaduan' yang mengarut itu. /wfauzdin.blogspot

USAH MIMPI KAMI MAHU MELUTUT DENGAN UMNO

Posted: 23 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke 13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat.

Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini. Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu.

Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar.

Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com

MENYALAHKAN PIHAK LAIN, NIK ABDUH KENA BELAJAR LAGI DENGAN AYAHANDANYA

Posted: 23 Apr 2011 09:35 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG tiada pilihan lain untuk terus memimpin PAS selepas Muktamar PAS bulan Jun ini nanti melainkan Presiden PAS yang ada sekarang iaitu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Saya pun melihatnya begitu dan ramai di kalangan pimpinan PAS pun berasa sedemikian walaupun dikatakan ada pencalonan untuk memberi cabaran kepada tokoh utama PAS tersebut.

Saya turut bersetuju dengan pandangan Datuk Husam Musa bahawa perlunya Tuan Guru Hj Hadi terus memimpin PAS kerana tiada alasan kukuh untuk menamatkan kepimpinan beliau. PAS harus terus diterajui oleh pemimpin bertaraf Ulamak, dikenali diserantau dunia serta mempunyai serta boleh berdiplomasi dengan rakan-rakan di dalam PR. Sehingga kini, Tuan Guru Hj Hadi masih mengekalkan status itu tetapi bukan bererti beliau `perfect' seratus peratus. Mana ada manusia yang sempurna seratus peratus, tetapi Tuan Guru Hj Hadi masih lagi yang terbaik dari yang baik di dalam PAS.

Terbaru, sokongan terbuka oleh Us Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada Mursyidul Am PAS yang menyatakan sokongan kuat beliau terhadap Tuan Guru Hj Hadi. Di dalam akhbar Sinar hari ini, Nik Abduh `menyerang' Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi Awang sehinggakan menganggap Presiden PAS itu sebagai libialiti kepada PR. Sebagai seorang pemerhati dan peminat kepada PR, tidak salah Prof Dr Aziz mengkritik Presiden PAS tetapi beliau tidak boleh menggesa agar Tuan Guru Hj Hadi dijatuhkan. Oleh kerana itu, Nik Abduh mengkritik Prof Dr Aziz Bari dengan nada yang agak keras sesuai dengan kerasnya kritikan Prof Dr Aziz terhadap Presiden PAS. Itu tidak salah.

Tetapi apa yang tidak kena dengan kritikan Nik Abduh terhadap Prof Dr Aziz di dalam beliau mempertahankan Tuan Guru Hj Hadi? Apa yang tidak kena adalah apabila Nik Abduh menyindir dengan menyebut, mengapa Tuan Guru Hj Hadi di persalahkan dengan kekalahan 5 kerusi PAS yang ditandingi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini sedangkan bukan Tuan Guru Hj Hadi yang mencalonkan Baru Bian sebagai calon KM Sarawak jika PR memerintah Sarawak.

Sindiran Nik Abduh itu amat tidak bertanggungjawab samasekali kerana beliau cuba mengungkit perkara yang lepas lebih-lebih lagi ingin melepaskan tanggungjawab terhadap kekalahan PAS di Sarawak. Mungkin Nik Abduh fikir jika calon PAS dinamakan sebagai calon KM Sarawak, maka PAS boleh menang? Nik Abduh sepatutnya fikir juga mengapa kerusi PAS di Galas dapat dirampas, mengapa PAS tewas di Tenang, Merlimau dan Kerdau. Adakah yang bertanding di kerusi berkenaan adalah dari kaum Cina, India, Iban atau berbangsa Kristian? Mengapa PAS tewas di kubu sendiri dan juga di kawasan majoriti Melayu itu?

Saya hormat pendirian Nik Abduh mempertahankan Tuan Guru Hj Hadi tetapi mempertahankan Hj Hadi dengan menyerang keputusan PR di Sarawak bukan satu cara yang cerdik. Sepatutnya Nik Abduh teliti dahulu perkara-perkara berikut sebelum mengaitkan kekalahan PAS di Sarawak;

1. Adakah keputusan menamakan Baru Bian dari PKR sebagai bakal KM Sarawak tidak mendapat persetujuan kepimpinan PAS?

2. Mengapa ayah Nik Abduh iaitu Tuan Guru Nik Aziz sendiri menyeru agar rakyat di Sarawak menyokong semua calon PR di Sarawak dan tidak pernah kita dengar mana-mana pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan keputusan PR menamakan Baru Bian sebagai calon KM Sarawak?

3. Sepanjang kempen berjalan, pimpinan PAS semuanya menyatakan berpuas hati dengan sokongan rakyat terhadap PAS di kawasan yang ditandingi oleh PAS, bahkan disaat-saat akhir PAS begitu yakin akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi. Ketika itu mengapa isu Baru Bian tidak menjadi isu yang besar?

4. Adakah Nik Abduh tidak tahu betapa kesemua kawasan yang ditandingi oleh PR termasuk kawasan PAS ini telah diserang dengan segala tipu helah beserta rasuah politik oleh puak mereka?

5. Adakah DAP yang memenangi banyak kerusi di Sarawak adalah kerana Baru Bian bakal menjadi KM Sarawak?

Sekiranya bukan Baru Bian dinamakan sebagai calon dan diletakkan kaum Melayu Islam samada dari PKR atau PAS sebagai bakal KM Sarawak, adakah Nik Abduh yakin PAS boleh memenangi hatta satu kerusi di Sarawak? Atau, mungkin PAS dapat menang kesemua lima kerusi yang ditandinginya, tetapi mustahilkah berbelas kerusi lagi yang ditandingi oleh PKR atau DAP juga bakal hilang? PKR atau DAP juga akan mendakwa mereka tewas kerana calon bakal KM Sarawak itu tidak sesuai sama seperti yang Nik Abduh katakan sekarang.

Mungkin ada yang tidak mengundi PAS kerana Baru Bian dinamakan sebagai calon KM Sarawak, tetapi untuk menyatakan itu punca PAS tewas di Sarawak adalah satu jawapan yang tidak bertanggungjawab. PAS sebenarnya berjaya menambah peratusan undi walaupun tewas kesemua kerusi, masakan Nik Abduh tidak mengetahui akan kejayaan PAS ini?

Justeru itu, saya amat tidak berkenan dengan cara Nik Abduh membela Tuan Guru Hj Hadi sehingga sanggup menyerang orang lain. Apatah lagi Nik Abduh bersuara selepas `peperangan' selesai dan orangnya tumpas, sedangkan beliau tidak bersuara sewaktu PR melangkah ke medan `peperangan'. Ini menunjukkan Nik Abduh menyembunyikan perasaan tidak puas hatinya terhadap keputusan PR di Sarawak di dalam keadaan pimpinan utama PAS lebih arif dan tahu mengapa PR membuat keputusan sedemikian.

Nik Abduh seharusnya mensasarkan Prof Dr Aziz Bari tanpa melibatkan pihak lain. Saya bimbang nanti ada pihak yang mendakwa Nik Abduh juga adalah libialiti kepada PR. Beliau seharusnya belajar dari ayahandanya tentang politik terutamanya di luar Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

SEKALI LAGI PEMIMPIN KITA DI`BULI' OLEH MEDIA PENCACAI...

Posted: 23 Apr 2011 05:00 AM PDT

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Sumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. "Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah. "Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya. Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

MCA GESA RAKYAT BOIKOT UTUSAN MELOYA, CANTIKKKK....

Posted: 23 Apr 2011 03:20 AM PDT

Sumber Malaysiakini

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.

NONELoh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

[Baca berita penuh]

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?

Posted: 22 Apr 2011 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang tertanya adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali di dalam sidang medianya semalam seolah-olah mulai mencurigai moral DS Anwar. Kebanyakan blog pro Umno telah menafsirkan sedemikian, maka ada dikalangan kita yang mungkin terpedaya dengan `spin' oleh media mereka.

Apa yang Mustapha Ali beritahu? Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan. Ertinya, PAS mahukan siasatan dilakukan maka itu juga kehendak semua rakyat di negara ini bahkan DS Anwar juga mahu beliau disiasat, sebab itulah beliau membuat laporan Polis.

Seterusnya, Mustapha Ali menegaskan, "Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam," katanya. PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan". Jelas, bahawa PAS juga mahu agar mereka yang terlibat menayangkan video lucah tersebut diambil tindakan. " Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam"(AgendaDaily).

Sebagai sebuah parti Islam sudah semestinya PAS mahu agar kerajaan membawa kes ini mengikut kaedah-kaedah Islam. Bagi saya, tidak perlu puak mereka meracuni PAS untuk keluar dari PR seandainya keputusan menunjukkan terbukti DS Anwar terbabit di dalam kes tersebut kerana PKR sendiri akan memutuskan tindakan terhadap DS Anwar. Sudah tentu ahli-ahli PKR tidak bersedia menerima pemimpin yang mempunyai moral yang rendah. Maknanya, jika Umno ingin mengambil kesempatan di suatu masa nanti dengan harapan PAS kembali berpeluk dengan Umno, mereka tersilap perkiraan kerana di dalam PR perjuangan mereka bukan untuk batang tubuh DS Anwar.

Samada DS Anwar ditangkap atau dipenjarakan malahan jika umur beliau pendek, PR termasuk PAS akan terus menjadi musuh kepada Umno/Bn selagi Umno/Bn terus kekal sebagai parti yang rasuah, zalim dan banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah berpengalaman berjuang menentang Umno/Bn tanpa DS Anwar kerana di dalam PR kini kami mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang hebat dan berani.

Kita boleh membaca gerak tari lawan sekarang iaitu mereka mahu PR berpecah belah hanya kerana DS Anwar. Seharusnya mereka mesti berani membawa kes DS Anwar ini mengikut hukum Islam yang sebenar sekiranya mereka mahu melihat keadilan benar-benar wujud. Paling tidak, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil agar hajat mereka untuk menyaksikan DS Anwar bersumpah mengikut Islam akan terlaksana setelah segala bukti dan saksi dikemukakan. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka masih ingin bergantung dengan mahkamah sivil yang semua rakyat tahu rekod dan sejarahnya apabila membicarakan insan yang bernama Anwar ini?

Kesimpulannya, kita mahu DS Anwar dibawa ke mahkamah Syariah untuk memberi keadilan kepada yang menuduh dan yang tertuduh. Sekiranya kesemua proses ini dilaksanakan dan terbukti nyata DS Anwar terbabit, maka tidak perlu rakyat menurunkan DS Anwar atau PAS juga DAP menjauhkan diri, ahli-ahli PKR sendiri akan turunkan beliau dari puncak pimpinan parti. Selepas itu, PKR akan terus wujud bersama rakyat dan terus berjuang bersama PAS dan DAP sehingga PR menjejakkan kaki ke Putrajaya. Umno akan kecewa untuk melihat PAS melutut kepada parti sekular tersebut./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: