Rabu, 6 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KALAU `WANITA ITU' ISTERI NAZRI, MUSTAHIL NAZRI TIDAK KENAL

Posted: 06 Apr 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA orang pertama sepatutnya boleh ditunjukkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar selain dari pihak Polis? Sudah tentulah isteri beliau iaitu DS Wan Azizah kerana beliau juga mahu menyedapkan hatinya akibat fitnah yang diicipta melalui video berkenaan.

Memang benar, terlalu berat buat DS Wan Azizah serta keluarga untuk menonton video lucah berkenaan dan sememangnya dari awal beliau telah menolak untuk menontonnya atas alasan ianya jelas satu fitnah, keduanya kerana hukumnya haram disisi agama jika menonton video adegan seks samada tulin atau tidak video itu. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi jalan kepadanya untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki berperut boroi dan kadangkala tidak berjanggut itu. Maka, ada tangan yang gatal datang dari mana telah memuat turunkan klip video tersebut ke dalam youtube walaupun dibuat suntingan ke atas beberapa babak terutamanya babak yang memperlihatkan perbezaan susuk tubuh badan DS Anwar.

NONEApabila DS Wan Azizah dimaklumkan bahawa tiada adegan seks yang terdapat di dalam klip video pada youtube berkenaan, maka beliau bersetuju untuk menontonnya bersama anak-anak beliau. Akhirnya, kepastian diperolehi olehnya dan mengesahkan bahawa lelaki berperut boroi dan lenggang jalan seperti itu bukanlah suaminya.

Apabila ini terbongkar, maka amat menyulitkan pihak yang melakukan konspirasi jahat ini untuk meneruskan kerja fitnah mereka. Hajat dihati mahu melihat DS Wan Azizah melenting atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan di dalam politik bersama suami dan anaknya. Isteri mana mahu mempertahankan suaminya yang melanggan pelacur? Anak mana yang mahu membela ayahnya yang bermain kayu tiga dengan ibunya? Adakah DS Wan Azizah lebih pentingkan politik daripada moral keluarganya?

Sehubungan itu, apabila beliau dan anaknya telah memastikan bahawa itu bukan DS Anwar yang amat dikenalinya maka menjadi kewajipan pula baginya untuk mempertahankan suaminya. Apatah lagi beliau pun tahu sewaktu rakaman itu dibuat, beliau serta anak-anaknya berada bersama DS Anwar beserta beberapa pimpinan PKR di rumahnya. Bukti Twitter dan Facebook DS Anwar juga amat kukuh sebagai alibi di dalam kes ini walaupun Utusan Meloya agak bodoh di dalam pengiraan masa 2 jam kununnya DS Anwar hilang di dalam Twitter berkenaan.

Peliknya, seorang menteri bernama Nazri pula `susah hati' dengan kenyataan DS Wan Azizah yang menolak tuduhan ke atas DS Anwar. Mengapa beliau susah hati sangat? Adakah beliau berharap sangat lelaki boroi itu adalah Anwar? Nazri Aziz berkata," Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya," kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut (Malaysiakini).

Wahai Nazri, untuk mengenal suami sendiri tidak perlu cekap. Perlu kepada cekap adalah menangkap Rahim serta `three strooges' yang mengaku menayangkan video lucah yang tulin itu di Sri Carcosa. Perkataan `cekap' ini harus Nazri tujukan kepada KPN bukan DS Wan Azizah. Seandainya wanita yang melakukan adegan di dalam video tersebut mirip wajah isteri Nazri, mustahil Nazri tidak kenal, bukan?

Cukuplah semuanya ini. Sehingga kini semakin ramai yang tidak percaya apa yang mereka lakukan terhadap DS Anwar. Usah ditegak benang yang basah. Kita tunggu siasatan Polis untuk mengenalpasti siapa lelaki boroi itu, sementara itu juga kita tunggu sejauh mana geng `three strooges' ini mahu diselamatkan atas kesalahan menayangkan video lucah./wfauzdin.blogspot.com

CADANGAN AGAR BANGUNAN PEJABAT SPRM TIDAK PERLU BERTINGKAT

Posted: 06 Apr 2011 09:37 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang boleh diucapkan oleh SPRM kepada waris Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, pagi semalam selain dari ucapan takziah. Allahyarham ditemui mati ketika hadir untuk membantu siasatan di dalam kes melibatkan cukai tidak berbayar dan beliau sebelum ini telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Marilah kita bersama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang Soleh di sisi Allah SWT dan takziah juga kita ucapkan kepada ahli keluara beliau. Kes seperti ini mungkin tidak sehebat kes video lucah yang ditayangkan di Sri Carcosa dan juga di youtube, oleh sebab itu liputan terhadap berita menyayat hati ini terkebelakang dari arus media pencacai.

Walau bagaimanapun, suka saya cadangkan kepada SPRM atau kerajaan agar bangunan pejabat SPRM yang ada sekarang tidak lagi digunakan, sebaliknya tentukan bahawa setiap bangunan pejabat SPRM mestilah tidak bertingkat. Mungkin agak lucu cadangan ini, tetapi setelah melihat kepada dua kes sebelum ini ada lojiknya juga.

NONE

Sekali lagi kita berharap dan terus berharap agar pihak Polis untuk menyiasat kes berkenaan. Meskipun kes Teo Beng Hock masih belum selesai, kini timbul kes yang baru dan kita yakin pihak Polis akan telus menyiasat.

Polis di peringkat awal mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Namun, kita percaya siasatan yang bakal dijalankan nanti ada jawapannya walaupun mungkin mengambil masa yang agak panjang.


Bukan mudah untuk menyiasat kes seperti ini, sedangkan untuk menangkap atau menahan mereka yang menayangkan video lucah di Sri Carcosa pun tidak mudah walaupun ada yang mengaku bertanggungjawab.

Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga adalah lojik sekiranya bangunan pejabat SPRM tidak perlu bertingkat. Kini kita tertanya-tanya samada di dalam kes terbaru ini adakah rakaman CCTV diperolehi di sekitar tempat kejadian. Harapan kita, mudah-mudahan CCTV di situ masih elok dan tidak rosak./wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Posted: 06 Apr 2011 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno" (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah./wfauzdin.blogspot.com

KONSPIRASI VIDEO LUCAH : “TRADISI MEMPERBODOHKAN RAKYAT” DITERUSKAN

Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT

Malaysia berada di ambang paling gelap dalam sejarah politik dan moral apabila politik lucah menjadi percaturan terbaru juak-juak terdesak. Cebisan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur kononnya dari China, terbukti tidak berjaya meyakinkan rakyat yang menonton sebagaimana yang diharap-harapkan; khususnya dalam komplot terbaru mencalar imej dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sedutan video lucah yang dirakam di sebuah bilik dipercayai di Thailand itu, tersebar luas di Youtube sebelum disebarluas blogger anti-Anwar dan pro-Umno. Sedutan video lucah selama 1 minit 47 saat itu menunjukkan rakaman dua orang lelaki dewasa dan seorang wanita, sebelum seorang lelaki keluar dan membiarkan seorang lagi lelaki berdua-duaan dengan wanita terbabit.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat usaha terkutuk ini sebagai satu usaha pembodohan rakyat secara terang-terangan dan meletakkan maruah rakyat negara ini ke satu tahap paling hina dan menjijikkan. Terdapat beberapa keraguan yang ingin diperincikan di sini. Pertama, bagaimana setelah semua salinan asal video diserahkan oleh Datuk 'T' kepada PDRM, rakaman awal video tersebut boleh tersebar di Youtube dan kemudian di beberapa laman blog yang lain? Ini membawa kepada dua kemungkinan: samada Datuk T telah menipu pihak polis dengan menyimpan kemudian menyebarkannya melalui laman web, ataupun wujud kemungkinan pembocoran maklumat dalaman kepada blogger-blogger tertentu.

Keduanya, mengenai tempat video itu dirakamkan. Menurut maklumat awal, video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur. Namun apa yang meragukan adalah kewujudan tulisan Thai yang diterjemahkan sebagai Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011'. Jika benar video ini dirakam di Bangkok, maka ini sekaligus menafikan keterlibatan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mempunyai temurapat bersama-sama staf beliau di kediaman beliau bersama isteri dan anak-anak.

Jika dilihat kronologi kes pendedahan video seks ini, terdapat satu strategi yang mudah di baca: menimbulkan keraguan. Mengapa konklusi ini diperoleh?

(i) 21 Mac 2011, sewaktu video ini ditayangkan kali pertama di Carcosa Seri Negara, hanya kalangan wartawan sahaja yang dibenarkan menonton.

(ii) 4 April 2011, tayangan hanya sempat dipapar di laman Youtube di antara 5 – 6 jam sahaja, itupun hanya cebisan 1 minit 47 saat daripada keseluruhan 22 minit.

(iii) 5 April 2011, akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan Kosmo! (daripada penerbitan yang sama) turut menyiarkan petikan gambar yang didakwa sebagai Dato' Seri Anwar ini, yang berimejkan samar-samar dan hanya cebisan 3 ke 4 saat daripada keseluruhan 1 minit 47 saat.

Jika dilihat kepada kronologi ini, matlamat yang boleh dibaca tidak lain tidak bukan ialah mewujudkan persepsi jahat dan jelek ke atas Dato' Seri Anwar. Sekaligus juak-juak terdesak ini lupa akan alibi yang dinyatakan oleh Dato' Seri Anwar terdahulu. AIC mempersoalkan dimanakah peranan pihak polis yang sewenangnya membenarkan trio Datuk T yang secara terang mengaku mereka menyebarkan video ini, boleh bergerak seolah-olah tidak melakukan sebarang jenayah?

Di mana pula pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang sewajarnya menyiasat unsur-unsur lucah melalui hebahan ruang siber melalui penyebaran cebisan video ini yang terang-terangan bercanggah dengan undang-undang. AIC ingin mengajak semua untuk menyoroti kembali usaha-usaha jahat ini dan menentang habis-habisan segala bentuk fitnah yang meruntuhkan negara dan moral rakyat ini. Baik dalam konteks perundangan sivil mahupun Islam, prinsip hukum seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah adalah terguna pakai dalam apa jua keadaan.

Ketegasan beberapa orang Mufti dan ulama' dalam Negara mengenai hal ini jelas, betapa fitnah dan politik lucah ini harus dihentikan segera. Amatlah memalukan, di sebalik kebanggaan juak-juak terdesak kononnya Malaysia ini Negara islam contoh, tetapi sewenangnya membenarkan elemen fitnah dan politik lucah berlaku berleluasa dalam sistem politik negara hanya kerana kuasa.

Julailey Jemadi
Timbalan Presiden AIC

*Melalui email

Tiada ulasan: